Vision Board- Bagaimana ia bertindak?

Ramai biasa dengar tentang Vision Board kan? Benda ni kita dah buat since kita sekolah lagi. Tapi persoalannya sekarang, adakah anda pernah mendapat manfaat dari vision board yang anda buat? Pernah tak anything dalam Vb anda menjadi kenyataan?

Saya mula buat vision board dengan serious lepas berkenalan dengan Dr Azura Hashim. Beliau banyak buat kelas tentang vision board. And amazingly, banyak benda best yang berlaku dalam hidup dia hasil dari buat vision board. Antara yang paling amazing adalah bila kami sesama travel secara backpackers ke Jepun pada tahun 2017. MAsa tu dia tunjuk kat kami satu gambar yang dia buat randomly. Gambar beliau dengan suami beliau, Tn Hj Ahmad Firdaus didepan satu kuil. Which mengikut beliau waktu tu, dia memang random je pilih gambar tu dari internet. Tapi dia tau kuil tu ada kat Jepun, which part of Jepun secara specifik, memang dia tak tau.

Nak dijadikan cerita, kami pergi ke satu kuil di Kyoto kalau tak silap. and zasss, it’s the exact kuil yang dia ambik gambar pada awal tahun tu. (Kami p[ergi pada bulan 11). And dia dapat gambar yang sama macam yang dia bayangkan kat Vision board dia. Bila beliau tunjuk gambar VB dan gambar sebenar, memang kami semua kagumm. Subhanallah. Hebatnya kuasa visualisasi dan ilham dari Allah.

Saya mempunyai satu pendapat dan kepercayaan yang jika kita terfikirkan sesuatu tu, sebenarnya itu adalah Allah yang berikan kita ilham untuk kita terasa “nakkan’ sesuatu tu. And actually benda tu dah memang meant for us! Tinggal masa je kita tak tau bila. So, sebab tu lah whenever saya teringin sesuatu, walau sebesar dan semustahil pun ia, saya akan senyum dan happy dulu. I know someday i akan dapat.

Berlaku beberapa kali dalam hidup saya, bila saya terfikir, saya dapat. Antaranya, bila saya tiba-tiba teringin nak pakai kereta Mercedes Benz. padahal saya tak pernah terbayang pun nak teringin pakai keta mewah sebegitu. Tapi, in the same years, saya dapat kereta tu. Mula2 rasa macam betul ke ni? mampu ke aku nak bayar nanti, tapi masya Allah, Tabarakallah, smooth je sampai hari ni alhamdulilah.

Another event adalah bila saya macam teringin nak gi umrah. MAsa tu baru2 lagi bukak farmasi, dan sedang mengandungkan anak kedua. KAlau ikut kemampuan memang tak mampu nak gi masa tu. Tapi Allah takdirkan dan ilhamkan saya untuk macam teringin nak dapat gi masjid Al Aqsa sekali. Alhamdulillah , saya dan suami dapat pergi Umrah 3 masjid dengan harga yang sangat tak masuk akal. which is around RM4988 sahaja. Segalanya macam dimudahkan sangat ketika itu, sedangkan saya takde pun simpanan yang banyak. Tapi tulah, bila kita biarkan impian kita tu Allah yang makbulkan, dan tak letakkan realiti impian kita kepada kudrat dan kemampuan kita, Insya Allah, semua akan dipermudahkan.

Sebab tu lah, bila kita buat Vision Board, kita kena make sure, kita jangan berimpian berdasarkan kudrat kita. Berimpianlah sebesarnya, hingga sampai tahap yang kita rasa mustahil untu dicapai dengan kudrat kita. Try cari gambar2 yang sesuai dan tampalkan gambar kita disana. Kemudian, tiap malam sebelum tidur tengok dan doa moga Allah takdirkan kita dapat apa yang kita tengok tu. Tiada yang mustahil bagi Allah yang Maha Pengatur kehiduapan manusia dan alam semesta.

Kenapa kena tengok waktu sebelum tidur dan just after kita bangun pagi. Kerana pada ketika ini, gelombang otak kita sedang berada dalam Theta dan Lpha state. State dimana kita sedang mengajar subsconsious kita untuk menjadi kreatif dan percaya apa juga yang kita tengok. Dalam keadaan beta, otak kita akan dipengaruhi logik dan event semasa atau yang lepas. Tetapi jika kita dapat tap minda kita semasa otak berada di gelombang theta dan Delta, maka kita akan dapat apa yang kita nak kan. Insya Allah….

Nasib baik dan Miracle tidak terjadi dengan tiba2, mereka yang dapat mengawal dan manipulate otak mereka ketika berada di gelombang Theta atau Delta akan selalu bernasib baik. Orang seperti ini, dikatakan sebagai mereka yang mempunyai Strong Mind. Don’t worry, skill ni kita boleh train sebenarnya. Ada banyak kelas atau tengok je d Youtube. Ada banyak guru2 NLP yang bagi tips dan ajarkan di Youtube.

Btw, My impian for 2023 di dalam Shaklee adalah untuk dapat menjadi MAster Coordinator dan qualified untuk ke USA pada tahun 2023. KAlau ikutkan macam agak mustahil, sebab kita baru sangat join dan tiap bulan pun tak dapat efektif dengan konsisten. SAya memang tak mampu, tapi jika Allah berkehendak, Insya Allah dia akan bagi ilham dan tunjukkan ajlan atau hadirkan2 peluang2 dari jalan yang tak saya sangka untuk saya dapat mecapat apa yang saya nakkan.

Dengan dayaMu Ya Allah, aku akan dapat sampai ke USA pada tahun 2023 denga Trip Shaklee.
Ya Mujib, makbulkan doaku untuk menjadi MAster Coordinator pada tahun 2023. HAdirkan team2 yang bagus dan hebat didalam team kami yang mana dengan mereka juga aku dapat sama2 pergi ke USA juga. Ilhamkan aku jalan dan cara untuk mencapai impian ini Ya Hadi…

Leave a comment