Posted in Our Travelog

Eksplorasi Tasik Kenyir

Masya-Allah... picturesque kan?...

 

Mummy ngan Papa Irfan baru je pulang dari mengeksplore Tasik Kenyir pada hujung minggu yang lepas.

Percutian kali ni memang baudget tapi kan berbaloi lah jugak. yang tak best nye cuma perjalanan yang sangat jauh.. Mummy ingat mummy sorang yang terasa jauh sebab mummy pregnant.. rupanya semua orang pon rasa gitu. Dah lah jalan agak bumpy, and keta mummy plak agak cramp sebab 3 orang kat belakang. jadi cramps tu sebab last minit si Maxx nak ikut plak.. so Kaka kenalah duk keta kami..tu yang jadi tak selesa sket.

Perjalanan kami bermula jam 12 tengah malam dari rumah Fatah. Then, kami berhenti berehat di Hentian Temerloh. Nek Ma siap bekalkan kopi kawww lasgi untuk perjalanan kami ni. Dalam pukul 4 camtu kami sampai di Gambang, rumah Uncle Maxx. masing-masing tido jap sementara tunggu hari siang sket.

tepat jam 7 kami semua bergerak menuju ke Tasik Kenyir. tapi oleh sebab semua kelaparan, Uncle Maxx pun bawalah kami makan di satu restoran yang memang terkenal untuk sarapan di Kuantan. nasi lemak kat situ memang terbaekkk! makan pakai duit collection. Collection kami kali ni setelah dikira-kira adalah RM100 je sorang.. setiap kereta dapat RM200 untuk isi minyak dan tol pegi-balik.

Lepas makan, kami meneruskan perjalanan dan dalam kul 11.30 kami pon sampailah di Jeti tasik Kenyir tuh.. Owhh.. lega dan seronoknya dapat meregangkan badan.. Memang lama giler perjalanan. naseb baek Uncle Wafi yang bawak keta..Mummy, tido je kat belakang.. hahaha..

tenang dan mendamaikan..
Di Jeti, sementara tunggu En. Alias

Sampai di jeti kami pun call lah En. Alias,tanyakan bot kami. Oleh kerana check in kul 2, maka kami pun makan lah tengahari di Jeti dulu. Dalam jam 1.30 ptg, bot kami pun tiba untuk membawa kami ke Pulau Sah Besar. Air tasik Kenyir yang sangat hijau@biru amat menenangkan. kami juga terpegun melihat keindahan tasik buatan manusia ini.

dalam bot menuju ke pulau
menapak nak naik ke banglo

 

Sampai di Pulau kami pun check -in di jeti kemudia menuju ke banglo kami. MERAWAN nama banglo tu.. satu part yang tak best, kami kene mendaki tangga yang agak tinggi lah sementara nak sampai ke Banglo kami.. tapi bila sampai di Banglo…

Banglo Merawan

 

waaaaa….. puas hati betul lah..dengan harga cuma RM60 semalam, banglo tu memang tak mengecewakan. Dapur yang lengkap peralatan masaknya, bilik tido pon cukup untuk kami ber sembilan. siap ada extra tilam lagi. kami pun berehat2 lah sementara nak tunggu petang untuk aktiviti berkayak.

Master bed room

Dapor basah
dining hall

Sepanjang petang di habiskan dengan berehat dan aktiviti utama,,, main Kad…memang tergelak2 lah main.. kiranya ni pendidikan awal irfan untuk matematik lah.. cetts.. alasan..main Declare lah, Big 2 lah.. Royal lah…masa pun berlalu dengan pantas.

Jam 5 petang, kami menelefon En. Alias untuk aktiviti berkayak.. sekali hampanya kami biula dia bagitau, personnel yang in charge takde and tengah tunggu family lain kat jeti besar.. dia kata kami lambat inform.. hmm.. kecewa betul.. Dah lah masa tu dah turun jeti.. sedih sebab kena menapak balik nak naik atas tuh.. huhuhuhu…Then, kami sepakat untuk ready BBQ..Oklah, maka yang lelaki pun mulakan aktiviti membakar ayam, manakala yang pompuan termasuk Abg Syah, sebuk menyiapkan menu lain seperti Meehun goreng tomyam, french fries dan nugget..

orang laki bakar2 kat luar..
ayam and beef sausage jeh..

oleh kerana ayam untuk di bakar sikit je, maka before maghrib semua dah settle, apalagi, semua menikmati makan malam depan TV lah.. malam tu aktiviti kami hanyalah makan, tgk rancangan SITI bersama Tun, dan main kad sampai kul 12.30 sambil tgk movie, The Gridion Geng.. layannn..
Pastu semua pun tido, yang lelaki semua pakat2 tido depan TV…

Esoknya, awal pagi Mummy dah bangun untuk menyiapkan bekalan dan sarapan pagi. sarapan pagi tersebut ala-ala western gitu.. Ada baked bean, sandwich ngan mee hun semalam (ada extra sket)…

breakfast..

pastu spagetti pun dah di siapkan untuk lunch.

Kul 8.30, kami menuju ke Jeti untuk berkayak..memang best giler berkayak kat tasik kenyir ni, tapi tak dapat ambik gambarlah sebab takut kamera basah.. Tapi memeng tak ucap dek kata2 lah keseronokkannya. Harga berkayak ni murah je. Kalau kayak single RM5/jam, kalau kayak double RM7/hour. so, masing-masing carik partner lah, cume Wafi je kayak sorang2. kami mula berkayak jam 9.30 hingga 10.30.. tu pon dah lenguh tangan..

lepas kayak, tunggu bot gi air terjun

.Pastu jam 10.30 kami pon terus menuju ke Air terjun Saok untuk mandi-manda dan as usual.. ambik gambar!.. Air terjun ni pun memang cantik juga.. sejukkk, tak yah cakap lah..kami spent cuma satu jam je di situ sebab nak kejar masa check out kul 12.

Baru sampai jeti ke Air terjun
panoramic view of saok..

So, pendek cite, kul 11.45 tu kami sampai banglo, mandi-manda dan bersiap2 untuk check-out. pastu kami lunch dulu spagetti yang di siapkan tadi. tapi takdelah kami kuar tepat2 kul 12 pon.. rasanya delay gak sampai kul 1.30 baru betul2 kami sampai jeti.

Sampai di jeti, kami pon sempat bergambar dengan en.alias sebelum kami bergerak meninggalkan tasik kenyir dengan perasaan puas.

En. Alias yang hujung skali..

dalam perjalanan pulang, kami singgah beli keropok losong..untuk buah tangan mak bapak di rumah nanti. pastu sempat juga kami singgah teluk Cempedak untuk ambik gambar and minum air kelapa jap. Dekat2 maghrib baru kami sampai ke gambang untuk sembahyang maghrib dan mengucapkan selamat tinggal kepada Maxx. Kemudian perjalan diteruskan ke Shah Alam, dan Alhamdulillah kami selamat tiba pada jam 12 tgh mlm. tu pon sempat gak berenti makan jap kat Hentian Temerloh.. makan nasi lemak.. isi perut jap..huhuh..

Gambar2 akan di upload in short while ye.. Akhir kata, bagi kakitangan kerajaan sekalian, gunakalan fasiliti yang ada ni dengan sebaiknya.. murah, menarik dan menyeronokkan tau…kalau nak tempah, lawatilah laman web Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM. Sekarang nak tempah senang je.. semua on-line. bayar pon on-line gak..

Posted in Preggy Jurnal

Antenatal Class @ KPJ Shah Alam Part 2

Kali ni Mummy ngan PapaIrfan kuar awal sebab nak breakfast ngan Uncle Wafi dan Uncle Fatah kat.. mana lagi.. Restoran Gumbira lah..

Bila sampai KPJ, kami ingat kami dah lambat, sekali pasangan kedua yang sampai haritu. Cet..Sesi pertama agak bosan sebab Puan Faridah tu banyak merapu je.. hehe, tak lah merapu, Dia banyak bagi tips and resepi untuk masak. Mummy dah prepare nak belaja cara mandi kan baby ngan urut baby. Mummy dah wat muke tp PapaIrfan suh sabo, so sabo je lah..

PAs minum, class get interesting sket sebab Puan Faridah tu ajar cara nak mandikan baby. Dia ni banyak ajar guna bende murah-murah je. dia cukup marah kalau kita nak beli bath tub yang mahal2 tu. Dia kata membazir sebab harga dia mahal tapi pakai sekejap je, pastu baby tak nak mandi kat situ lagi dah. Tapi cara dia buat tu, make baby bath time seems soeasy and fun. PapaIrfan ada rakam. nanti Mummy upload ye.

Lepas tu kami di bawa melawat wad bersalin dan wad untuk lepas bersalin. Untuk bagi kami feels, camne rasanya kalau bersalin kat KPJ. Tempat memang best sebab dia baby friendly hospital. Tapi Mummy tak terpengaruh pun untuk bersalin kat sana. Mummy still choose Hospital Sg buloh or Hospital Selayang. watpe nak bayar mahal2 kalau u can get best service kat govt hospital kan? Mummy pon bayar tax so kenelah make use of the facility.. hehehe..

Lepas tu datang physiotherapist ajar cara-cara senaman untuk ibu mengandung. fun jugak session ni sebab wat sama2 ngan PapaIrfan. Siap ambik gambar lagi. Tp takle nak upload sebab posisi Mummy huduss…!! tapi oleh sebab kesuntukkan masa, kami tak ditunjukkan cara massage baby, cuma diberi brief tentang kebaikan massaging je, pastu dia bagi CD on how to massage baby.

Overall Mummy, agak puas hati lah gi kelas ni, at least muumy agak prepared on what to expect during labor and how to take care a newborn. banyak bende yang orang tua2 buat sebenarnya salah rupanya. Contohnya bedung baby.. kalau tgk orang tua-tua bedung baby ketat giler2 sampai baby takleh gerak.. Padahal baby bleh dapat heat stroke sebab cuaca Malaysia ni panas!!

So, Mummy amat mengsuggest kepada ibu-ibu baru untuk gi kelas-kelas camni. Sebagai persediaan mental. tapi terbaik kalau pergi masa awal pregnancy bukan dah akhir pregnancy.

 

Thanks kepada Midwife2 di KPJ yang menganjurkan kelas yang sangat berguna ni. Terutama kepada Puan Faridah yang telah memberikan kami banyak resepi untuk di cuba.. hahahha..

Oh ye, lupe nak inform, masa mummy pegi kelas tu, yuran dia cuma RM80 je, tapi this year akan naik kepada  RM100.. but still cheap if compared to other classes..