Posted in Uncategorized

Selamatkah Produk Pelansingan dan Pemutihan Yang Anda Ambil?

Akhir-akhir ini terlalu banyak produk kecantikan dan kesihatan yang dilambakkan di pasaran. Promosinya pula dibuat secara berleluasa disurat khabar, laman sosial dan internet.

Jika dilihat trend terkini product pemutihan dan pelangsingan amat popular. Contoh produk-produk yang terhangat di pasaran antaranya seperti TabiTha, AuraWhite, Tanaka, RadiGlow, Shape Plus, Miaxara dan macam-macam lagi. 

Antara punca lambakan produk ini adalah proses mendapatkan kelulusan dari KKM yang semakin mudah dan hanya memerlukan Notifikasi sahaja berbanding melalui proses pendaftaran yang lebih ketat. Jika produk tersebut mempunya label NOT dan bukan nombor MAL, maka sebaiknya pengguna perlu lebih berhati-hati dan mempunyai perasaan curiga sebelum menggunakannya. 

Kadang-kala sedih bila mana ramai terpengaruh dengan pengiklanan produk2 ini yang menggunakan artis2 yang sudah sememangnya cantik dan ditambah pula dengan teknik fotoshop untuk mencantikkan lagi wajah dan postur tubuh mereka di iklan2. Yang lebih menakutkan, kadang-kala mereka yakin sahaja untuk makan atau minum produk-produk tersebut tanpa mempunyai pengetahuan mengenai kandungannya. Yang penting, produk tersebut dapat memberi kesan yang cepat. Kadang-kala hasilnya boleh di lihat dalam masa 5 hari. Tidak adakah rasa ragu dan takut dengan perkembangan seperti ini? Bagaimana jika ianya dicampur dengan ubat-ubat terkawal seperti sibutramin dan hydroquinon?

Tahukah anda, kebanyakan produk pelansingan yang memberikan kesan penurunan berat yang cepat dicampur dengan Sibutramin? Tahukah anda apakah itu Sibutramin? Meh sini, akak nak bagitau…Pada tahun 1997, Sibutramin (atas nama Meridia) telah diluluskan oleh FDA untuk digunakan oleh pesakit yang mempunyai masalah kegemukan atau obesity dengan BMI melebihi 30. Ianya mempunyai dose tertentu dan penggunaan sangat dikawal oleh doktor pakar yang merawat pesakit tersebut secara spesifik. Tetapi ianya telah ditarik balik dari pasaran kerana didapati mempunyai adverse reaction berkaitan dengan sistem kardiovaskular yang serius. Ianya juga didapati boleh menyebabkan kemurungan yang serius jika dose yang berlebihan diambil.

So apa masalahnya kan kalau produk tu dicampur dengan Sibutramin? Patutnya bagus lah kan? Masalahnya dek oi, kita tak tahu berapa banyak gram or kilogram yang dicampurkan kat dalam produk tu.. Kebanyakkan produk bukan diformulate oleh nutritionist atau chemist atau pharmacist pon. Kebanyakkannya produk belakang rumah cuma di packing cecantik balik je bila masuk Malaysia. Dan side effect paling teruk ialah Kemurungan…. Badan dah cantik, tapi gila.. Adoi.. nak ke?

Untuk pengetahuan juga, kesemua produk-produk ini sedang diperhatikan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi di KKM. Mereka juga sedang memantau kesemua blog2 yang mempromosikan produk2 ini. 

Sebagai penjual memang lumrahlah nak dapat untung semaksimum mungkin. Mereka-mereka ni bukan pakai pun produk-produk tu sebab tau dari mana asal-usulnya. Tapi kita sebagai pengguna, kenalah jadi pengguna bijak yang kritis. Badan kita yang akan menanggung akibatnya nanti. 

Trend2 seperti ini telah memberi idea untuk saya sebagai seorang ahli farmasi untuk mencipta ubat kanser seperti kanser kulit pulak kerana saya menjangkakan yang pasti ramai yang akan mendapat kanser kulit dalam jangka masa 5 tahun dari sekarang disebabkan produk-produk seperti ini..(Ini ramalan sahaja!!)

Jadi adik kakak sekalian, tolonglah jangan cepat sangat terpengaruh ye. Kalau boleh check dulu status produk-produk ni di Laman Web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my atau pun boleh menelefon Bahagian Penguatkuasaan Farmasi di talian 03-78413200 untuk mendapatkan kepastian mengenai produk-produk yang pernah dirampas kerana mengandungi bahan terlarang.

Pasni post pasal produk pemutih plak. dan ubat peransang seks (Ni lelaki paling suka ni)ImageImageImageImage

In business, I’ve discovered that my purpose is to do my best to my utmost ability every day. That’s my standard. I learned early in my life that I had high standards. – Donald Trump

Islam pon memang dah ajar supaya buat sesuatu mesti sahabis baik.. Cuma kadang-kadang orang islam kurang menghayatinya.. Orang bukan islam yang lebih menghayati falsafah ini dan terbukti menjadikan mereka individu yang berjaya!!

Do your best!!

Posted in Uncategorized

Pengaruh Iklan terhadap Pengguna

IKLAN

Akan digunakan untuk pelbagai tujuan, bukan sahaja untuk mempromosikan sesuatu produk dan perkhidmatan tetapi ianya juga bertujuan untuk menawarkan jawatan-jawatan kosong, menganjurkan seminar / ceramah, tarikh-tarikh pelancaran sesuatu, acara-acara perayaan dan juga untuk menarik Pelabur-Pelabur yang bermacam-macam kategori.

Post ini saya bukan untuk merungkai kebaikan Iklan untuk si pegiklan tetapi KEBURUKAN untuk si pembaca yang akan tertarik dengan iklan-iklan yang tertentu, dimana dimasa ini telah banyak iklan-iklan untuk menarik minat orang ramai terhadap sesuatu perniagaan yang tidak menepati syarat-syarat undang-undang perniagaan mahupun undang-undang Negara masing-masing.

HARUS diketahui, setiap Produk dan Perkhidmatan yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat, pertubuhan dan individu dituju KHAS kepada pembaca yang merupakan golongan SASARAN yang akan dijadikan pembeli, pengguna, pelabur atau penyambung usaha-usaha mereka. TIDAK ADA sesuatu produk dan perkhidmatan yang ditujukan kepada yang BUKAN MANUSIA sekalipun mereka menjual produk makanan dan peralatan untuk binatang!!!..kerana si manusia jugalah yang akan menjadi pembelinya.

Adalah TIDAK TEPAT dan TIDAK MUNASABAH jika ada yang mengatakan produk dan perkhidmatan mereka tidak perlu “Mencari Orang” atau tidak perlu “Menjual” dan kata-kata seumpama itu, kerana di dalam KONSEP PEMASARAN Produk & Perkhidmatan…MANUSIAlah golongan SASAR pengiklan.
Kerana itu, sebagai golongan pembaca yang dijadikan sasaran oleh para pengiklan, kita HARUS TAHU dan FAHAM apakah TUJUAN sesuatu IKLAN itu disiarkan. Apakah MAKSUD disebalik sesuatu Iklan itu.

Iklan daripada syarikat-syarikat JUALAN LANGSUNG (JL)  dan MULTI LEVEL MARKETING (MLM) contohnya, mengeluarkan iklan dengan 2 TUJUAN
1…Untuk menjual produk
2…Untuk menambah Ahli

Kerana sistem JL dan MLM berlandaskan 2 keutamaan tersebut, tanpa Ahli baru mereka tidak dapat MENGHIDUPKAN Hirarki penjualan mereka, dan tanpa Hirarki pendapatan mereka akan TERHENTI begitu sahaja.

Jika produk-produk mereka itu banyak kebaikan dan manfaat maka orang-orang yang menjadi sasaran tidak merasa kerugiannya tetapi jika produk-produk mereka tidak begitu berguna maka akan kerugian mereka yang menganggotainya.

Semua faktor ini harus diambil kira oleh si pengguna, jangan TERPENGARUH tawaran KEWANGAN yang dicadangkan kerana ia berbentuk sementara bagi memanfaatkan sistem menjana kewangan mereka melalui sistem penjanaan berhirarki atau piramid
Melaui kajian diperingkat Antarabangsa, sekitar 80-90% orang-orang yang menjadi ahli-ahli MLM atau JL akan meninggalkan perniagaan itu disebabkan beberapa faktor:-

1…Tidak sesuai dengan kebolehan mereka untuk berinteraksi
2…Tidak mendapat menjana kewangan seperti yang diterangkan
3…Tersepit dengan pekerjaan sepenuh masa
4…Produk-produk yang tidak baik atau tidak mnepati keinginan pengguna
5…Tidak dapat bertahan kerana tidak aktif dan keahlian tamat secara otomatik

Ini adalah sebahagian contoh penyebab ahli-ahli jenis perniagaan ini gagal bertahan, yang bertahan hanya mereka-mereka yang duduk dikedudukan teratas kerana pecahan hirarki bawahan mereka sudah besar dan luas, mereka hanya perlu “mengisi” ruang-ruang yang kosong” sahaja bagi mendapat pendapatan yang berterusan.

IKLAN PELABURAN
Begitu juga dengan iklan-iklan PELABURAN atau PERMAINAN FOREX dan EMAS yang banyak terdapat masa ini, mereka mensasarkan pelabur-pelabur baru bagi menjana pendapatan mereka diperingkat atas atau upline, walaupun mereka tidak bercorak hirarki tetapi mereka bergerak secara mengambil ahli-ahli baru sebagai penggerak pendapatan mereka yang menggerakkan sesuatu pelaburan.
Dan pelaburan jenis-jenis ini selalunya dijalankan melalui ONLINE dan dimiliki oleh syarikat-syarikat luar Negara dan mereka akan bersandar kepada perkataan bahawa mereka menjalankan perniagaan pelaburan secara OFFSHORE dimana segala Permit dan Lesen Perniagaan tidak diperluak dimana-mana Negara luar kawasan mereka…Itu memang benar boleh dilakukan TETAPI setiap Negara seperti Negara Malaysia tidak membenarkan perniagaan-perniagaan yang bercorak Pelaburan dan Forex TANPA mendaftar dan mendapatkan Lesen-Lesen Pelaburan dibawah Akta Peburan Bank Negara Malaysia.

Ini akan menyebabkan setiap UrusNiaga setiap pelaburan dan forex syarikat luar yang dijalankan didalam Negara akan menjadi TIDAK SAH dan kerajaan pada bila-bila masa sahaja dibawah Akta tersebut boleh menyekat, menyita, menahan apa juga akaun-akaun kewangan syarikat-syarikat atau individu yang menyertainya yang menggunakan Bank-bank di Malaysia.
Oleh kerana itu, anda perlu sangat berhati-hati, jika ramai yang mengatakan bahawa perniagaan mereka sudah bertahun-tahun beroperasi di Malaysia tanpa masaalah perundangan, itu menandakan bahawa kegiatan mereka BELUM LAGI dikenakan tindakkan oleh Kerajaan.

KESIMPULAN

Ulasan ini BUKAN bertujuan untuk menyanggah atau menidakkan jenis-jenis perniagaan tersebut tetapi jika anda ingin menjadi seorang PELABUR samada jenis FOREX, EMAS atau SAHAM, anda perlu melabur di Bursa Saham dan Pusat-Pusat Pelaburan yang berdaftar di Malaysia..Itu lebih selamat dari segi perundangan tetapi perniagaannya tetap memiliki risiko.

Inilah KEKUATAN IKLAN walau dimana juga ianya disiarkan dan tidak mengira apakah bangsa  yang membacanya, kerana IKLAN memiliki suatu “KUASA” untuk mempengaruhi pemikiran dan hati orang ramai.

Jangan mudah terpengaruh, sebagai orang kebanyakan anda perlu mengambil tahu banyak perkara sebelum menceburi diri didalam bidang-bidang yang tidak pernah anda ceburi sebelumnya.

Akhir kata jadilah pengguna yang bijak ye

Posted in Uncategorized

KESILAPAN2 SEPANJANG 9 BULAN BERNIAGA-PART 2

KESALAHAN 3: TIDAK MEMBUAT SURVEY HARGA DENGAN PESAING SEBELUM MELETAKKAN HARGA PADA PRODUK JUALAN.

Ini merupakan antara kesalahan terbesar yang kami lakukan. Oleh kerana kami mengimport database produk kami (untuk sistem Point Of Sale) daripada mentor kami iaitu Puan Faten dari Farmasi Medipro, maka kami terus menggunakan harga yang sama. Apa yang kami terlepas pandang adalah, Farmasi Medipro terletak di kawasan Shah Alam manakala Farmasi Ideal pula terletak di kawasan Klang walaupun alamat kami adalah Shah ALam. Masalah di kawasan Klang adalah, kebanyakkan kedai farmasinya telah matured dan stabil. Mereka boleh meletakkan harga yang rendah kerana mereka membeli secara pukal dan mempunyai group untuk sharing barang. Walaubagaimanapun, kami juga silap kerana terlalu mempercayai customer tanpa usul periksa. Oleh kerana takut kehilangan customer, kami menjual ubat tersebut pada harga yang beliau kata dapat dari Farmasi lain di Klang. Kami agak tertekan kerana harga yang disebutkan adalah agak tidak munasabah sebenarnya. 

Setelah beberapa bulan berniaga dan berborak dengan ahli group farmasi melayu yang lain, kami mengambil keputusan untuk buat test buy hot item seperti asthalin inhaler (untuk asma) dan Zynor (ubat darah tinggi) di beberapa farmasi di sekitar Klang yang selalu disebut-sebut oleh customer kami.. Hasilnya… rupanya kami yang jual paling murah iaitu cuma RM10 berbanding Farmasi lain yang menjual antara RM12-14 sekotak. 

Pengajarannya,  di awal perniagaan kami banyak ‘tertipu’ dengan helah pelanggan yang hendak mendapatkan harga murah. Bukan salah mereka pun tapi kami menyalahkan diri kami sendiri kerana tidak buat survey dan bertanya harga market di sekitar kawasan kami. Kini, kami tidak lagi takut kehilangan pelanggan kerana kami yakin dan boleh memberi jaminan yang harga kami adalah kompetitif berbanding farmasi lain yang telah lama. Ini adalah hasil survey yang kami lakukan sendiri di farmasi-farmasi pesaing kami di sekitar Klang. Buktinya, pelanggan yang selalu komplen harga mahal dan memaki-maki kami, tetap saja menjadi pelanggan setia kami sehingga hari ini!

KESALAHAN 4: TERLALU MENGHARAP PADA PEKERJA/STAFF UNTUK MEMBUAT SALE

Setelah 3 bulan beroperasi, saya mula berasa selesa dengan keadaan berniaga dan mula hendak bersenang-senang dan berehat-rehat di rumah. Seperti orang yang dah berjaya sangat nak duduk lepak dengan anak di rumah saja gayanya. Mula jadi malas. Lagi-lagi bila staf-staf di lihat semakin pandai memberi ubat yang sesuai dengan penyakit pesakit. 

Tapi rupanya, tabiat tersebut memakan tuan apabila sale dilihat semakin menurun. Paling ketara apabila kami pergi umrah pada bulan mac yang lepas. Sales kedai tersangat turun. Kami mula post mortem di mana kesilapan kami. Setelah mengkaji kesemua kemungkinan, kami mengambil keputusan untuk berada di kedai terutama ketika peak hour iaitu dari 5 petang sehingga 10 mlm. Terbukti, dengan adanya kami di kedai, sales semakin baik dan meningkat. Kami membuat kesimpulan, dengan adanya kami di kedai, customer lebih yakin untuk membeli dan lebih seronok kerana kami dapat memberikan kaunseling yang lebih berkesan. Kami juga belajar,  servis terbaik yang diberi dengan hati yang ikhlas akan menarik customer untuk datang lagi ke kedai kami. Walaupun harga kami mungkin lebih mahal sedikit dari kedai pesaing, namun servis kami terutama dari segi kaunseling adalah lebih baik (mungkin customer belum ramai sangat, jadi kami boleh spent masa dengan satu2 customer lebih lama!!) Moral of the story, even though you are the boss, tapi you must work triple harder than your worker/staf!!! Bila mereka lihat kita kerja kuat, dorang pon akan terinspirasi untuk bekerja kuat juga.. JIka boss di lihat asyik bersenang lenang, pekerja pun akan mula rasa tak bermotivasi utuk sama-sama memajukan perniagaan tersebut.. 

Oklah.. kena sambung lagi ke part 3 pula.. dah letih pula badan ni, lagi-lagi dah masuk 32 minggu pregnancy ni.. Nak balik rehat pula.. Esok nak kena bagi talk di De Palma hotel pula…

I don’t pay good wages because I have a lot of money; I have a lot of money because I pay good wages. – Robert Bosch

Ramai peniaga beranggapan mengambil pekerja yang berskill kurang akan dapat menjimatkan cost mereka.. Tapi hakikatnya, banyak company besar2, sanggup membayar skilled workers dengan kadar yang lebih tinggi kerana mereka dapat menjimatkan kos latihan dan skilled workers biasanya boleh membawa lebih banyak revenue berbanding non-skilled workers…. 

I don’t pay goo…

Posted in My Drug Stor, Uncategorized

Kesilapan2 yang dilakukan sepanjang 9 bulan berniaga (part 1)

Diam-diam, dah hampir 9 bulan Farmasi Ideal beroperasi. Banyak pengalaman dan cabaran yang kami pelajari sepanjang tempoh yang singkat ini. Adat berniaga, jika mahu maju kena sentiasa post-mortem kelemahan dan kesilapan yang pernah dilakukan supaya tidak berulang lagi. Kami juga banyak menceduk pengalaman otai-otai yang lain yang telah lama berada dalam arena perniagaan farmasi ini. Ada yang telah berniaga lebih 12 tahun dan sudah pasti banyak pengalamannya kan..

Ada pepatah Inggeris menyebut: “Orang yang pandai belajar dari kesilapan sendiri, tapi orang yang bijak belajar dari kesilapan orang lain”

Jadi di post kali ini, saya ingin kongsikan beberapa kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang sembilan bulan ini untuk menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tak perlu mengulangi kesilapan yang sama. Sebab bagi saya, bukan resepi kejayaan sahaja yang perlu dikongsi, tapi resepi kegagalan juga perlu dikisahkan supaya the overall picture of business dapat diketahui sebelum anda2 nak terjun ke dunia perniagaan dan keusahawanan….

Kesilapan 1: TIDAK MENETAPKAN HALA TUJU PERNIAGAAN YANG JELAS

master plan

Masa kami mengambil keputusan untuk membuka kedai, kami cuma buat Rancangan Perniagaan untuk mendapatkan pinjaman kewangan sahaja. Kami tidak mempunyai PELAN PERANCANGAN PERNIAGAAN untuk jangka masa pendek dan panjang yang betul-betul jelas dan menyeluruh.

Setelah beberapa bulan berniaga, dan bertemu dengan ramai usahawan yang hebat2 seperti En. Khairil Hafidz (Pengusaha Tart Royal Ananas), En. Rozi Rosli (Sahabat yang mempunyai banyak jaringahn perniagaan yang hebat pada usia yang muda) dan beberapa orang lagi, kami merasakan yang betapa perlunya mempunyai satu BLUEPRINT atau MASTER PLAN perniagaan yang betul2 jelas. Blueprint ini perlu mengandungi dengan jelas apa yang kita hendak buat setiap tahun, apa yang kita rancang untuk 5 tahun, bagaimana kita rancang untuk merealisasikannya, Apa juga rancangan dalam 10 tahun (contohnya: kita nak syarikat kita tersenarai dalam BURSA KL).. Bila target dah dibuat, ianya perlu diikuti dengan strategi untuk memastikan target tersebut tercapai. Perkara ini memerlukan satu sesi brainstorm yang betul-betul serious antara orang-orang yang akan menentukan hala tuju perniagaan kita.

Sesi perbincangan dengan En Khairul Hafidz @belacak betul2 telah membuka mata kami tentang apa yang perlu kami buat untuk memastikan kami sentiasa move forward. (Beliau dapat ilmu ni dengan membayar harga yang mahal, kami pula mendapatnya secara percuma melalui beliau yang tidak lokek berkongsi ilmu.. Tq fren)..  Statement berbaur  cabaran dari En Mohd Rozi Rosli juga betul2 membuakkan lagi semangat kami untuk betul2 merancang hala tuju perniagaan kami. Beliau antara sumber inspirasi kami. Melihat semangat beliau dalam mengembangkan empayar perniagaannya.. kata-kata beliau masih terngiang-ngiang di telinga saya saban hari ‘

“Tak kan lepas 5 tahun ko masih bangga nak cerita kat orang pasal satu kedai farmasi ko tu je?”… huhuhu….betul jugak kan? Dah lah setiap tahun Fakulti Farmasi akan jemput untuk bagi talk kat student final year. Tak kan every year nak cite pasal satu kedai ni je..

Jadi, me and husband pun start sit down and buat our blueprint.. All our ideas was put into paper and semua strategy pon difikirkan Dan kami mula nampak ke mana arah tuju kami. Alhamdulillah…Mungkin kami lambat berbanding orang lain, but better late than never kan?

Kesilapan 2: TIDAK MEMPUNYAI SKILL BER’NEGOTIATION” DENGAN PEMBEKAL

nego

Skill negotiate ini amat penting ketika berurusan dengan pembekal terutama dengan Sales Repnya. Oleh kerana sumber pendapatan utama sales rep ini adalah berdasarkan komisyen jualan, maka mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menjual kuantiti yang banyak kepada kita. Oleh kerana pada awalnya kita tidak mempunyi grup dan kawan2 yang otai, kita tak pandai nak menolak apa yang rep2 ni suggest. Kita rasa malu kalau tak ambik apa yang dioffer. Akibatnya, ada ubat yang setelah 9 bulan cuma jalan satu tube je dari 98 kotak yang kita dah bayar!! Maknanya kita dah rugi kat holding stok.. Naseb baik lepas masuk group business farmasi2 wanita, banyak yang saya belajar, rupanya kalau ubat kita tak jalan, kita boleh nego ngan sales rep untuk pulang dan tukarkan dengan barang yang memang laku.. Lepas tu kalau rep tu push2 kita, kita jangan malu2 untuk tolak and kata tak nak sebab yang akan tanggung kerugian nanti bukan dia, tapi kita.. Skill negotiate saya semakin baik sejak akhir2 ini especially bila selalu bertanya kepada kakak2 @ mentor2 yang dah lama berniaga dalam bidang ni. Alhamdulillah…. memang betullah kita takkan terus pandai dalam berniaga ni.. tapi semuanya melalui pengalaman dan ringan mulut.. Nasihat saya, siapa yang nak bukak farmasi, pergilah buat kawan dengan owner2 farmasi yang berdekatan than kalau boleh buat strong connection yang dorang supaya kita boleh tanya2 nanti and kalau lagi baik boleh kongsi2 beli barang.. banyak jimat tu walaupun kalau ikut law, tak boleh!!! hihih..

That’s all for now.. tunggu sambungan Part 2 tau.. banyak lagi kesilapan yang dah buat nih sebenarnya…nak share sgt ngan orang2 lain supaya uolz tak yah buat kesalahan nih bila mula niaga nanti…

The critical ingredient is getting off your butt and doing something. It’s as simple as that. A lot of people have ideas, but there are few who decide to do something about them now. Not tomorrow. Not next week. But today. The true entrepreneur is a doer, not a dreamer. – Nolan Bushnell

Inilah yang dimaksudkan dengan kuasa bertindak.. Idea yang paling baik dan berharga sekalipun, jika tidak direalisasikan tidak akan membawa anda ke mana-mana.. Jadi bertindaklah sekarang.. Hasilnya berbeza antara mereka yang bertindak hari ini dengan mereka yang bertindak minggu depan ataupun tahun depan….

Kuasa bertindak…