Posted in Uncategorized

Satu pencerahan yang menarik.. Kita tak kenal pejuang-pejuang islam kita sendiri dan tersalah pilih tokoh dek kerana membaca fakta yang salah. Semoga kita menjadi pembaca yang kritis…

Genta Rasa

Aku mesti menulis tentang Aurangzeb. Namanya yang sengaja dihitamkan oleh ahli-ahli sejarah yang prejudis dengan Islam harus dibersihkan. Sejak kecil aku mengenali tokoh ini melalui buku-buku sejarah yang diajar di sekolah rendah.

Kata mereka dia adalah seorang tokoh kejam, tidak bertimbang rasa dan tidak berakhlak. Malah pada waktu itu aku menjadi seorang antara  ribuan orang Islam yang menyanjung Akbar, Shah Jehan dan lain-lain raja dalam Dinasti Mogul di India.

Akbar tidak patut disanjung seperti yang ditonjolkan oleh orientalis-orientalis Barat. Sifat bertimbang rasa, lembut dan pemaafnya sangat tidak kena pada tempatnya. Malah ia adalah penguasa yang jelas menentang hukum-hakam Islam dengan menyediakan pelacur-pelacur di tempat-tempat rehat para musafir di dalam negaranya.

Dan kemungkaran terbesar yang dibuat oleh Akbar ialah mencipta agama Din Ilahi, iaitu agama paduan antara Hindu, Buddha, Kristian dan Islam. Ia juga terlalu memberi muka kepada penentang-penentang Islam dengan menarik semula pembayaran jizyah sepertimana yang telah ditetapkan oleh syariat.

View original post 1,000 more words

Posted in Uncategorized

Terjumpa post ini pada waktu yang sangat tepat.. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana mendorongkan hati dan tangan sehingga terjumpa jawapan ini… Allah menyayangi ku…

Genta Rasa

tasawuf-21Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat…

View original post 1,859 more words