Tafsir Al-Infithar : Nouman Ali Khan

Tuan Tanah dengan Pekerja
 
Tuan tanah telah maklumkan pada semua pekerjanya yang mereka bebas buat apa sahaja di kebun miliknya tetapi ada beberapa kawasan yang dia tak boleh masuk. Dan tuan tanah dah bagitau apa hukuman yang akan mereka terima jika pekerja2 ni masuk kawasan larangan tu. Tuan tanah pun dah bagitau yang seluruh kawasan kebun tu ada CCTV.
 
Ada beberapa pekerja yang degil dan cuba2 juga masuk kawasan tu walaupun tahu ada CCTV. Kali pertama, hati mereka rasa bersalah sangat sebab langgar arahan. Tuan tanah tau perbuatan dorang tapi tak buat apa2. Dia tengok je dan simpan rakaman tu. Tapi lepas tu, pekerja2 ni buat lagi dan lagi dan lagi selama bertahun2 dan menganggap ianya bukan kesalahan lagi kerana dibiarkan tuan tanah tanpa diberi apa2 hukuman. Tapi tuan tanah simpan segala rakaman salah laku pekerja tersebut. Tuan tanah tetap menjalankan tanggungjawab beliau sebagai tuan tanah terhadap pekerjanya dan berlaku baik kepada mereka. Diberikan gaji dan bonus dan macam2 lagi.
 
Setelah 10 tahun, tuan tanah panggil pekerja2 tersebut. Lalu bertanya, “kalian ingat lagi tak, saya pernah melarang kalian dari masuk beberapa kawasan di kebun ni?”
 
Pekerja2 menjawab, “ingat… tu lah. masa mula2 kami takut juga, tapi bila tuan macam tak kisah, kami rasa tuan cuma menakut-nakutkan kami je. Kelakar pula bila ingat masa awal2 tu kan, kawan2..hahahaah”
 
Tuan tanah lalu berkata, ” Nope, aku tak main2 tentang hukuman tu. Sekarang ni, aku akan kira balik berapa kali kamu masuk dan hukum kamu hari ini sehingga habis jumlah hukuman”
 
Pekerja2 tersebut terkejut bukan kepalang dengan penyataan Tuan Tanah tersebut. Sungguh mereka tidak menyangka, bahawa hukuman tersebut benar2 akan dilakukan oleh tuan mereka. Mereka sangkakan ianya hanyalah ancaman main-main sahaja kerana selama ini tidak pernah pula mereka dihukum atas kesalahan tersebut.
 
Lalu menyesallah mereka dengan sebenar2 sesal atas perbuatan mereka melanggar arahan tuan mereka dan tersalah sangka bahawa diamnya tuan mereka tanda redha. Namun, pada hari tersebut, sesal mereka tidak berguna lagi sebab segala bukti rakaman telah ditunjukkan, dan merekajuga tidak dapat memberi alasan bahawa mereka tidak tahu, kerana manual dan arahan tersebut telah jelas diberikan kepada mereka bertahun2 dahulu.
 
Anda rasa kisah ni analogi kepada apa? Ada rasa relate tak?
 
Actually contoh ni diberi oleh Ustaz Nouman Ali Khan dalam menerangkan tafsir surah Al-Infithar ayat ke 5-6. 
 
Dalam dunia ni ada ramai manusia yang tidak beriman kepada Hari Akhirat. Dan cara mereka menunjukkan ketidakpercayaan juga terbahagi kepada beberapa peringkat. jom check, ntah2 kita pun termasuk dalam salah satu golongan…erkkk…Naudzubillah…
 
1. Golongan yang memang langsung tak percaya dan menganggap tidak akan ada apa2 lepas kita mati mati, that’s it. End of story. and we only live for this life. So, bagi mereka, buatlah apa saje ikut logik dan hati mereka kerana tak kan ada consequences apapun melainkan didunia sahaja.
 
2. Golongan yang tak percaya sebab tiada bukti fizikal mengenainya. Golongan ni sentiasa mahukan bukti. Dan jika ianya tak dapat dibuktikan depan mata mereka, mereka tak kan percaya.
 
3. Golongan yang percaya bukan sebab keimanan tapi sebab logik. Especially bab justice. Mereka percaya setiap sesuatu mesti ada two sides of it. If some people tak dapat keadilan di dunia, dia mesti akan dapat pengadilan di tempat lain. So, they believe akan ada tempat lain untuk dapat pengadilan ni.
 
4. Golongan yang percaya adanya hari akhirat, tapi tak percaya yang Allah akan buat betul2 segala siksaan tu sebab anggap Allah kan sayangkan hambanya. Allah kan Ar Rahman Ar Rahim. Takkanlah Allah nak lempar kita dalam api neraka semata2 terlupa solat atau buat salah sekali sekala. Golongan yang merasakan Allah cuma acah2 je supaya kita takut dan akan follow cara hidup yang betul.
 
5. Golongan yang percaya pada akhirat, pada syurga dan neraka, tapi yakin yang Allah tak kan siksa kita sebab kita akan ada shield. Contohnya, orang kristian percaya mereka tak kan disiksa sebabJesus dah tanggung semua dosa umat dia. Ada golongan yang gunakan status sebagai Umat Nabi Muhammad untuk merasakan yang dia akan selamat dari api neraka sebab Allah sayang Nabi, so kalau kita sayang sangat kat Nabi and puja2 nabi, nanti Nabi akan bantu kita walau sebesar mana salah kita pada Allah swt.
 
6. Golongan seterusnya lebih ekstrem. Golongan ni percaya yang syurga dan neraka hanya cerita untuk orang2 yang imannya biasa2 sahaja. Bagi mereka yang maqamnya lebih tinggi, mereka dekat dengan Allah dan merasakan hal syurga neraka sudah tidak penting lagi. Jadi mereka merasakan tidak perlu melakukan segala ritual agama dan mengharapkan syurga kerana darjat mereka yang tinggi di sisi Allah swt.
 
So, kisah tuan tanah dengan pekerja tu adalah analogi kita nanti di akhirat. Ada beberapa golongan di dunia yang terpedaya dengan kemurahan dan kasih sayang Allah sehingga menyangkakan bahawa di akhirat nanti mereka tidak akan dihukum atas kesalahan2 mereka di dunia.Padahal, Allah cuma menangguhkan sahaja hukuman tersebut.
 
Pergh… siapa sangka macam ni punya deep pengajaran dari Surah Al-Infithar ni. Selama ni baca macam tu je kan? Rupanya… fuhhhhhh….Saya cuma ambil satu ayat je, actually kalau saya tulis semua dari ayat 1 hingga 19, terkeluar mata uols nak baca.. hahahaha
 
Disclaimer: most of the words memang saya translate terus dari kata2 ustaz NAK. Apa saya cuba buat adalah supaya mereka yang tak faham English, dapat juga manfaat dari kuliah Ustaz Nouman Ali Khan melalui terjemahan saya ke bahasa melayu. Those yang faham English dan ada masa, boleh subscibe Bayyinah.tv untuk dengar semua tafsir atau in depth view of all Surahs in Quran. Saya cuma nak share keterujaan saya terhadap tafsiran beliau dengan sahabat2 yang mungkin tidak berpeluang subcribe website tersebut.
 
Next saya sambung lagi pasal Perang Badar ye.. Sorry, ada selingan pula.. hehehehe
 
#seberatzarah
#sukamenulis
Advertisements

Pengajaran Perang Badar

Perang Badar as semua orang tahu adalah antara perang yang sangat penting untuk survival Islam.
 
Ada banyak sangat pengajaran dari peristiwa perang Badar. Saya list kan 5 dulu,
 
1. Number means Nothing – 2:249
2. Kemenangan hanyalah dari Allah dan dengan pertolongan Allah – 3:126
3. Jangan perlekehkan kuasa Doa
4. Kekuasaan Allah tiada bandingan – 3:125
5. Kekuatan Ummah pada Penyatuannya – 8:48
 
So, today jom kita kupas pasal pengajaran yang pertama..
 
NUMBER MEANS NOTHING.
 
Antara fakta menarik dalam perang Badar adalah, umat islam yang berkekuatan cuma 313 orang dengan tidak mempunyai kelengkapan perang yang lengkap telah berjaya mengalahkan tentera Quraisy Mekah yang berkekuatan 1000 orang lengkap dengan segala persiapan perang seperti kuda, senjata , perisai dan lain2.
 
(p/s: sebaiknya, masa baca ni korang ada Quran terjemahan sekali untuk korang rujuk bila saya bagi referal Nama Surah dan ayat. Baru nanti semuanya akan relate dengan cantik)
 
Ok, jom rewind sikit kebelakang. Cuba korang bayangkan korang adalah antara orang yang ada dalam pasukan Badar ketika itu. Asalnya korang ikut Nabi bukan untuk perang pun. Korang cuma keluar untuk rampas barang dagangan Abu Sufyan je. Sampai kat tempat yang dijangka rombongan dagangan tu lalu, tak muncul pula sebab rombongan tu dah guna jalan lain. Tetiba korang dapat tau, ada satu kumpulan TENTERA tengah on the way nak serang korang. Yang mana waktu tu, kalau ikut logik memang tak kan menang dah disebabkan jumlah korang yang sikit. Tu dah satu faktor yang korang rasa akan menyebabkan korang kalah lah kan.
 
Lagi satu faktor yang mungkin menyebabkan korang kalah adalah, dalam pasukan korang tu, ada 2 golongan pula. Satu golongan (ie: orang muhajirin) memang confirmlah kena join sebab perang ni memang berkaitan dorang. Tapi lagi satu golongan ni, takde kaitan apa2 pun dengan orang mekah. Tak de permusuhan apa2 pun dengan orang Mekah tu. Kalaulah golongan ni patah balik ke Madinah makin sedikitlah jumlah pasukan Badar ni. (Muhajirin:86, Ansar: 227).
 
So, secara jujurnya lah kan, apa perasaan korang masa tu? Mesti takut dan gerun kan? Mesti korang teringat anak bini dan harta2 korang kan? Mesti kat kepala korang fikir yang ni adalah misi membunuh diri kan? Macam tu juga lah perasaan kaum muslimin ketika tu. Lalu Allah bagi peringatan melalui Surah Al-Anfal: 27-30.
 
Bila dengar ayar2 ni, terus semua pasukan Badar tersedar dan taat dan ready untuk mengikut perintah Allah dan Rasulnya. Sebenarnya, Nab Muhamad minta pendapat dulu samada dari sahabat2 Nabi samada mereka akan maju untuk berperang atau tidak.
 
Sahabat2 dari kaum Muhajirin seperti Saidina Abu Bakr, Saidina Umar Al Khattab semua memang sokong seratus peratus. Nabi risau tentang sahabat dari kaum Ansar. Tapi ternyata keimanan dan kecintaan kaum Ansar amat tinggi kepada Allah dan Nabi melebihi nyawa mereka sendiri dan mereka menyatakan kesanggupan untuk berperang bersama Nabi melalui ucapan pemimpin nya Saad bin Muaz.
 
Tapi , untuk menambahkan motivasi orang2 ni untuk berperang walaupun semua kemungkinan menunjukkan mereka akan kalah dan mungkin mati syahid, Allah saw turunkan lagi satu kisah kaum Bani Israil selepas kewafatan Nabi Musa as. Kisah ni sangat signifikan kepada tentera Perang Badar sebab Allah macam bagi bayangan yang pada zaman sebelum Nabi Muhamad saw pun pernah ada pertempuran sebegitu. Perang antara raja Thalut dan Jalut. Di mana tentera Raja Thalut sangat sikit jumlahnya berbanding tentera Jalut yang sangat lengkap perisai, senjata dan mempunyai askar yang ramai. dan Jalut, seorang komander yang sangat hebat dan lengkap berperisai telah dikalahkan oleh Nabi Daud yang ketika itu hanya seorang budak/remaja.(Baca Al Baqarah: 246-251).
 
Masya Allah, bila turunnya ayat2 ni, umat Islam tak kira yang Muhajirin atau Ansar terus bersemangat kerana bertambah KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN yang mereka akan menang dengan pertolongan Allah. Lagi2 bila Allah berikan janji cara pertolongan tu dalam ayat 9-13, Surah Al-Anfal. Maka menanglah mereka dalam Perang Badar ni.
 
Kat sini, terbukti bilangan yang sikit tak semestinya kalah dan bilangan yang banyak tak menentukan kemenangan.
 
Perkara pertama terpenting adalah Kepercayaan, Keimanan dan Ketaatan kepada perintah Allah lah yang menyebabkan mereka menang hasil dari pertolongan dan beberapa faktor lain yang menyusul disebabkan KEIMANAN mereka ini.
 
Kedudukan sahabat yang terlibat dengan Perang Badar atau zaman ni kita panggil VETERAN BADAR sangat mulia dan tinggi kerana mereka menjadi contoh terbaik untuk semua umat islamselepasnya. Sikap mereka, Keimanan mereka dan keteguhan hati mereka menjadi penyebab syiar Islam terus tersebar sehingga hari ini.
 
Hahahahahah… panjang kan? Baru pengajaran pertama… Sorrylah, benda ni terlalu best untuk diceritakan.Kalau uols nakbaca ringkasan perang badar, banyak je bersepah kat internet ni. Tapi saya saja tulis in depth supaya kita appreciate ayat2 Quran tu. dan supaya kita dapat belajar betul2 dari Sirah. Its all realted. Nak belajar dan appreciate Quran, kita kena tau sebab penurunan ayat, nak tau sebab penurunan ayat, kena tau sirah. hehehehe..
 
Btw, saya tak kisah kalau takde yang baca, saya memang suka menulis dan saya yakin yang membaca kisah ni adalah hasil dari ilham dan dorongan Allah jua. No, worries, takdeyang baca pun, saya akan tulis juga sambungannya. Insya Allah.
 
Jika ada yang salah, saya mohon maaf. Saya olah ni dari ceramah beberapa ustaz seperti Nouman Ali Khan, Mufti Menk dan Suleyman Omar.
 
p/s: ada ke yang baca sampai habis? ke terus tekan Like sebab kesian je. wakakak. Kalau baca sampai habis, type ‘BADR’
 
#lessonfromwar
#sayasukamenulis
#seberatzarah

Jumaat & Al Kahf

al kahf
 
Esok hari jumaat dan surah yang signifikan dengan hari jumaat adalah Surah Al Kahf. Antara kelebihan Surah Al-Kahf seperti yang kita tahu adalah sebagai shield kepada Fitnah Dajjal.
 
Tapi kenapa Hari Jumaat? Kenapa juga 10 ayat pertama tu signifikant dengan Dajjal? Pernah terfikir tak? Adakah dengan hanya menghafal 10 ayat tu kita akan selamat tanpa memahami maksudnya?
 
Persoalan pertama, kenapa Jumaat? Well, for muslim, kita memang start our week pada hari Jumaat kan? So, bila kita baca dan tadabbur Al Kahf pada malam jumaat ianya umpama kita sedang memperingatkan diri kita or refrshed balik mengenai pengajaran2 dalam Al Kahf.
 
Persoalan kedua, Kenapa Al Kahf? Ok, dalam Surah Al Kahf, ada 4 khutbah dan 4 Kisah yang sangat relate dengan kehidupan manusia akhir zaman.
 
Kisah ke-1: Kisah Ashabul Kahf : Its about Akidah dan Tauhid (Ayat 9-26)
 
Kisah ke-2 : Kisah 2 lelaki dengan 2 Kebun: Berkaitan Harta kekayaan and how to react to it. (Ayat 32-44)
 
Kisah ke-3: Kisah Nabi Musa a.s dengan Hamba Allah yang Berilmu: Tentang Ilmu Pengetahuan (Ayat 60-82)
 
Kisah ke-4: Kisah Dzulkarnain : Berkaitan POWER dan Kuasa (Ayat 83-102)
 
Kesimpulan: Kita diajar mengenai AKIDAH, HARTA, Knowledge & POWER.
 
So, apa kaitannya ngan Dajjal? Sabar.. sabar..
 
Untuk tahu perkaitannya, kita kena perhatikan khutbah pertama yang ada pada ayat 1-10. (refer sebagai Part 1)
 
In order untuk memahami ayat2 dalam Part 1 ni, kita kena tahu dan kaji dulu mengenai sebab penurunan ayat ni. Ianya ada kaitan dengan perbalahan dikalangan orang2 kristian yang ada pada zaman tu mengenai agama mereka sendiri. Dan untuk tau kenapa mereka berbalah, kita kena tau juga jenis2 kristian yang wujud selepas Nabi Isa diangkat ke langit tu. (Ayat 4-5). Kita kena juga kaji serba sedikit mengenai Revolusi dalam Kristian untuk memahami bagaimana sebenarnya fitnah Dajjal tu. Ayat 6-7 ni cakap pasal zaman Dajjal. Lepas tu pada ayat 8 adalah bagai mana keadaan bumi selapas Nabi Isa menewaskan Dajjal nanti.
 
Ayat 5 tu actually refer kepada Kisah Seven Sleepers of Epheses iaitu Kisah Ashabul Kahfi versi Kristian. Orang kristian waktu tu sibuk berbantah hal remeh seperti “berapa orang sebenarnya ada dalam tu, berapa tahun dorang tertidur, kat mana gua yang dimaksudkan”. Padahal perkara utama yang perlu diambil pengajaran adalah tentang Bagaimana pemuda2 tersebut MEMPERTAHANKAN AKIDAH mereka. Adakah mereka ni muslim? Kenapa lepas tu Allah cerita detail kat ayat 9-26?
 
So, overalnya, Kisah ke-1 ni actually adalah cara Allah nak ajar kita on how to react to Fitnah. Akhir zaman ni akan ada banyak Fitnah/Dugaan. Kita kena tahu macam mana nak Fokus kepada Perkara UTAMA. bukan kepada perkara yang remeh temeh. Lihat dan fikir dari perspektif tauhid.
 
Nanti ada masa, saya tulis detail pasal Youth of Ephesus dan Revolusi Kristian ni. Sebab dari situ baru kita akan appreciate Surah Al Kahf sebab dari situlah kita akan faham apa itu FITNAH DAJJAL. Ianya telah dan sedang berlaku pun sekarang nih. Kita je macam tak sedar sebab kita bayangkan dan tunggukan Dajjal yang bermata Satu tu.
 
Nantilah kalau rajin setiap malam jumaat, saya tulis something from Al Kahf. Disamping baca ayat, bolehlah faham sikit2 cerita2 dia dan diambil pengajaran. Barulah rasa seronok dan excited baca Al Kahf setiap jumaat.
 
P/s: Diolah dari kuliah tafsir Al Kahf by Ustaz Nouman Ali Khan.
 
#noteformyself
#sukamenulis
#sukabercerita
#sebesarzarah

Perumpamaan Kusyuk dalam solat

Ada orang bertanya, apakah hukum solat yang tidak kusyuk?
solat-1
Seorang pendakwah/ilmuwan di Indonesia yang agak terkenal tetapi sedikit kontroversi iaitu Muhammad Quraish Shihab memberikan jawapan yang disertai dengan satu analogi yang sangat menarik dan mudah difahami.
quraish shihab
Jawapan beliau kepada persoalan di atas adalah “ Dari segi hukum, tidaklah terbatal solat jika tidak disertai dengan kusyuk. Tetapi maksud kusyuk bukanlah bermaksud langsung menghilangkan segala benda/urusan dunia dari fikiran”
Quraish Shihab memberikan satu analogi melakukan solat itu umpama mendapat undangan ke galeri lukisan untuk pameran lukisan2 agung dan terkenal.
arts1-3
  1. Ada orang yang apabila mendapat undangan, diatak berminat dan tak pergi sebab dia memang tak faham apa2 pasal lukisan so, dia rasa buang waktu dia.
  2. Ada orang dapat undangan, instead tak tahu apa2, dia pergi jugak sebab hormatkan orang yang mengundang. So mereka datang, masuk dan pusing di galeri tersebut, tanda tangan di guest book, dan pulang.
  3. Ada orang pula, dia ada pengetahuan pasal lukisan, maka dia pergi ke galeri tu dan seronok melihat setiap lukisan. Tapi mereka tak betul2 menghayati setiap lukisan dan melihat2 dengan sekali lalu sahaja kerana ada benda lain yang lebih menarik perhatian mereka.
  4. Ada orang bila dapat undangan, walaupun tak tahu apa2, tapi dia berminat nak belajar, lalu diapun memenuhi undangan dan cuba bersungguh2 menghayati keindahan lukisan tersebut. Secara kasar dia seronok tengok kecantikan lukisan tetapi dia tak faham maksud tersirat lukisan tersebut. Tapi yang secara kasar tu pun dah membuatkan dia seronok dan looking forward for another invitation.
  5. Bagi seorang pakar seni dan lukisan, mendapat undangan ke galeri lukisan begitu mengujakan dia. Dia datang dengan the best dress and paling awal sebab nak spent so much time to menghayati setiap lukisan dalam galeri itu. Dia ambil masa untuk menghayati dan terpaku di setiap lukisan. Bila keluar dari galeri, dia mengecapi kenikmatan dan keseronokan sebab dapat melihat lukisan yang begitu mengkagumkan dan meninggalkan kesan di pemikiran dan hati mereka.
Di sini, orang yang ke-5 itu dikatakan mempunyai tingkat kusyuk yang paling tinggi. Jadi lakukanlah solat mengikut tahap kita. Oleh kerana pemahaman kita berbeza2 maka tingkatan kusyuk kita juga berbeza. Bagi mendapatkan kusyuk yang lebih baik, seharusnya kita meningkatkan kefahaman kita tentang MENDIRIKAN SOLAT.
Quraish Shihab adalah antara ilmuwan yang mengkaji Al Quran di Indonesia. Ada menulis tafsirnya iaitu Tafsir Al-Misbah. Namun, ada beberpa pendapat dan tafsirannya yang menjai kontroversi dan tidak dipersetujui oleh ilmuwan dan ulama lain di indonesia. Salah satunya adalah berkaitan pandangan beliau terhadap isu tudung/hijab.
tafsir al misbah
Apapun, kupasan tafsir beliau adalah antara asbab kepada terbukanya hati untuk mempelajari Al Quran secara in-depth. Saya berdoa agar Allah membimbing dan membantu untuk sentiasa mencari ilmu yang benar dengan niat untuk mengenali Allah dan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah selalu.
#noteformyself

Beautiful order in the Last 10 Surahs of Al Quran – Malay translation

Tahukah anda adanya kaitan dari Surah Al Fil hingga Surah An Nas? Semua surah ni berkait dan mempunyai flow…

Since kita berada di 10 malam terakhir Ramadhan, saya rasa best juga kalau kita boleh tahu how these last ten surahs in Quran connected. (Post agak panjang, warning awal2)

Ok, bermula dengan doa Nabi Ibrahim dalam Surah Al Baqarah:126, baginda meminta agar bumi mekah menjadi negeri yang aman (asking protection) dan berilah rezeki berupa buah buahan kepada penduduknya (indicating prosperity). Dua perkara ini, Allah makbulkan dan buktinya ada dalam surah Al Fil dan Surah Quraisy.

Surah Al Fil menceritakan bagaimana tentera bergajah hendak menghancurkan Mekah tapi Allah protect dan serangan tidak berjaya. Ini sangat berkait dengan doa pertama Nabi Ibrahim kan?

tentera abrahah

Kemudian Allah menceritakan bagaimana orang Quraisy iaitu penduduk Mekah yang telah diberi kelebihan dan dihormati oleh seluruh bangsa arab ketika itu. Deskripsi mereka ini Allah narrate dalam Surah Quraisy.

Tiada satu bangsa berani kacau mereka ni. Mereka bebas berdagang pada bila2 masa dan dimana2 tanpa risau akan dirompak. Kenapa ye mereka ni dihormati? Ada dua sebab,

1. Setiap bangsa/kabilah arab mempunyai satu jenis berhala yang mewakili bangsa mereka. Dan semua berhala ni ada di Mekah dan dijaga oleh kaum Quraisy. So, kaum lain risau, kalau dorang buat pape kat orang Quraisy, takut orang Quraisy buang pulak berhala dorang dari Mekah. Nanti akan jadi terhinalah dan x dapat mereka melakukan haji ke mekah. Berhala Utama

patung berhala

2. Sejak peristiwa serangan tentera bergajah tak berjaya, Kaum Quraisy digelar The Untouchable. Ye lah, tentera paling kuat pun xboleh mengalahkan dorang waktu tu wei dan mereka ni dipelihara Allah. Up sikitlah kasta mereka.

Pada ketika tu, orang arab dah makin terpesong dari millat Nabi Ibrahim. Mereka tidak lagi menyembah Allah tetapi memuja berhala. Mereka melakukan haji dan korban tetapi bukan seperti yang disyariatkan kepada Nabi Ibrahim.

Lalu, Allah turunkan Surah Al Maun.

Dalam surah ni Allah panggil dan describe sifat2 orang Quraisy yang sangat bertentangan dengan Nabi Ibrahim. Mereka dipanggil pendusta agama. Walaupun mereka tinggal di Mekah tapi mereka tidak langsung mengikut legasi Nabi Ibrahim dari segi layanan kepada anak yatim, orang miskin dan sikap mereka yang riyak, yang kedekut dan tidak mahu berzakat. Allah kata “No, these people is not worthy untuk mewarisi agama Nabi Ibrahim”.

So, what happen next? Allah appoint seseorang yang layak dan mengikut millat Nabi Ibrahim. Seseorang yang bersolat (menyembah Allah dan menyembelih binatang korban hanya kerana Allah). Masa ni Nabi baru diangkat jadi Nabi dan pengikut semakin ramai. Tapi nabi pun banyak penentang dari kalangan orang kafir quraisy. Maka dalam surah At Kautsar ni, Allah tegaskan bahawa Nabi Muhammad adalah orang yang layak untuk mewarisi legasi Nabi Ibrahim dan Allah cakap, orang Quraisy yang x ikut Nabi terputus dari rahmat Allah. Orang2 ni bukan dah dari kalangan nabi walaupun mereka satu bangsa.

Hence turun
surah Al Kafirun. Allah terus panggil orang2 yang xikut nabi dalam surah At Kautsar dengan panggilan “Orang2 Kafir!”. Pada kebiasaan orang2 arab dulu2, bila ada puak cakap ” ko bukan dari kalangan kami,so ko buatlah apa ko nak buat” means jugak orang tu dah dianggap musuh! So, dalam erti kata lain, surah Al kafirun ni macam declaration of war lah antara orang kafir dan orang islam. Bukan maksud perang lawan pedang tu. Tapi perang ideologi. Samada agama nenek moyang atau agama baru islam yang akan menguasai Mekah later. Bila kita kata perang mesti ada pihak yang menang kan? So, siapa rasa2nya akan menang?

Sejarah Perang Badar Lengkap

Allah bagi jawapan dalam Surah An Nashr. Surah ni merupakan janji Allah yang Islam akan menang. Tapi bukan terus menang. Ianya akan ambil masa tapi pasti akan menang dan pada ketika tu, berbondong2 manusia akan memeluk agama islam. But wait…. masa tu macam tak nampak jalan, macam mana Islam nak menang? Padahal orang kafir lebih kuat dan orang islam banyak yang tertindas. Macam mustahil hokay. So, untuk menguatkan janji dan keyakinan bahawa kemenangan itu pasti, Allah bagi sikit sign/petanda.

Pada awal islam berkembang, antara musuh islam yang paling teruk adalah Abu Lahab dan isterinya. So, Allah turunkan surah Al Masad untuk bgtau bahawa jalan menuju kemengan semakin mudah sebab Allah dah bereskan Abu lahab. Sebab bila Abu Lahab dengar pasal surah ni, hati dia menjadi gentar dan kurang sikit perbuatan2 jahat dia. So, Insya Allah jalan menuju kemenangan telah Allah mudahkan dan umat islam semakin yakin.

Tapi kan, uols perasan tak, bila kita dah lama berperang, kadang2 kita terlupa apa objektif utama kita berperang. Kadang2, bila kita dah menang war tu, kita mula menyimpang dari tujuan utama kenapa kita nk menang. Betul tak? Contoh lah, pada asalnya anak cucu nabi Ismail yang di tanah arab semua bagus ikut arahan untuk solat semua. Tapi bila semakin lama dorang dah mula kembali syirik dan menyimpang dari kebenaran. Sebab tu Allah bagi reminder melalui Surah Al Ikhlas.

Surah Al Ikhlas adalah sebagai reminder kepada semua bahawa hanya Allah je yang layak disembah, hanya Allah tempat bergantung. Allah suruh kita pasakkan keimanan yang kukuh dalam hati.

Next, bila dah ada iman dalam hati, ianya perlu dipelihara dengan bersungguh2 sebab akan ada banyak cubaan dan gangguan untuk merosakkan iman tersebut.

Maka Allah bagi Surah Al Falaq dan Surah An Nas. Both Surah adalah sebagai cara meminta pertolongan Allah dari ancaman yang boleh merosakkan iman dari unsur luaran dan dari dalam diri sendiri…

Kat dalam kedua surah ni, Allah bagitau kita apa ancaman luaran yang perlu kita perhatikan seperti syirik, sihir dan perbuatan orang yang dengki terhadap kita. Ini adalah ancaman luaran (surah Al Falaq) Tapi Allah juga remind dan menegaskan bahawa, ancaman yang paling utama adalah bisikkan was was dan idea kejahatan oleh syaitan ke dalam dada kita melalui jin ataupun manusia (hawa nafsu). Yang ini lebih bahaya, sebab tu sampai 3 kali kita describe Allah masa nak minta perlindungan..

Fuhh.. Amacam? Lenguh ibu jari den menaip. Menarikkan perkaitan 10 surah terakhir ni.

Selama ni kita baca setiap surah dalam Alquran as independent surah dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. Tapi kan inilah antara kehebatan Al Quran, in how Allah menyusunnya. Sangat sistematik dan simetri. Between the surah as well as within the surah. Itulah antara mukjizat Al Quran. Yang sangat mengkagumkan ramai bijak pandai arab ketika itu. Mereka pun mengakui hal ni, tapi tetap tidak mahu beriman sebab ego.

Btw, berikut adalah turutan 10 surah terakhir Al Quran

Al Fil (105)
Al Quraisy (106)
Al Maun (107)
At Kautsar (108)
Al Kafirun (109)
An Nashr (110)
Al Masad (111)
Al ikhlas (112)
Al Falaq (113)
Al Nas (114)

Penulisan ini adalah hasil mendengar kuliah Ustaz Nohman Ali. One of my feveret ustaz in tafsir. Lecture dia utk tajuk ni lebih kurang satu jam. In English. So, saya cuba translate and tulis semula supaya siapa yang tiada masa dengar ceramah dan kurang faham bahasa inggeris boleh juga mendapat manfaat dari penulisan ini kan. Dari tulis hal politik better den tulis benda camni. Ado gak manfaat orang yang membacanya.

Siapa nak dengar kupasan ustaz NAK yang lebih comprehensive mengenai tajuk ni, boleh guna link
https://youtu.be/k9VjnoPYiD8

Oklah, sampai sini saje perkongsian untuk pagi ni. Dah nak akhir Ramadhan ni, jom ligan. Sebarkan ilmu pun kira ibadah yang baik kan.. Esok jika diberi keizinan kita tulis lagi ye… Lepas ni kalau solat, and baca surah2 lazim ni bacalah sambil benar2 memahami maksud dan hikmahnya, barulah solat lebih manis dan bermakna kan…

Jom gandakan ibadah…Selamat berpuasa!

#journeytounderstandQuran
#notetomyself
#mayAllahease

Idols of Today

People always think that their family is safe from idolatry. Tapi Nabi Ibrahim yang dapat Nabi Ismail yang sangat patuh tu pun keep berdoa agar dia dan keturunannya terpelihara dari menyembah berhala. (Ibrahim: 36)

ibrahim-35

 

Nabi Ibrahim sangat risaukan tentang penyembahan berhala. We dont have that problem right now. We dont have statue and big cross being worship openly. Setiap zaman ada berhalanya. Zaman ni kita tak kan nampak orang islam sembah patung dan sebagainya macam kita bayangkan masa zaman Rome tu, sembah Zeus, Athena, Hades, Poseidon etc. Tapi, kita faham tak sebenar-benar maksud berhala atau Idol nih?

Olympians

An Idols today is something you worship, something your heart is always associated with, and something you think about all the time, something that replaces the place of Allah in your heart. Well, let’s look around…. honestly, what in our daily life have these descriptions?

Look at us, at all time what are we holding on to? What we filled our time with? Technologies have become new idols in this generation.

sharing-too-much-information-on-social-networks.jpg-710x450

 

Islam perlu menjadi agama yang penuh kesedaran. Bukan sekadar menjalankan beberapa ritual keagamaan seperti solat jumaat, solat terawikh dan sebagainya. Bukan sekadar memakai tudung dan jubah. We should practice Islam from the core. We should ensure that our akidah is strong and we really understand the fundamental of Islam.

Most of the time, we as parent emphasizes the Fiqh part of Islam but not the Akidah. For example, We ask our kid to solah without introducing them to the Ultimate creator first. We ask our kid to recite Al Quran without emphasizing the meaning and how the stories in Quran should lead their life.

cb5ddc444bf44b3e3b28a50b84bb111e

People nowadays only care about Money, Look and their gadgets. Our emotional get upset if we don’t have the latest Iphone or Samsung. We feel terrible if our dress or scarf are not branded as our friends, we feel bad if we cant get our kids latest version of PSP, we feel depressed if our car is outdated. We spent more time commenting in FB and whatapps then flipping through the Quran. Why is it so? Because we read Quran like it is a CORPSE. Like reading an artifact. We don’t feel relate to it. We think is it the boring stories of people of the past. We cant feel the magic of it as we don’t understand the language, so we don’t appreciate it.

And why is it we don’t understand the language? because we don’t have time to learn the language because our time have been filled with other thing. Things that already deviate us from our main purpose. We are so busy to get money. We don’t really believe that Allah will suffice. We always depend on our hardwork to ensure our need is fulfilled. We are so blinded by all this materialistic world. These Idols which we unknowingly  worshiped now.

We unintentionally  committing shirk to Allah. But we denied it as we are blinded and falsely believes that shirk is only done by worshiping idols in the form of STATUEs. Nauzudbillah… May Allah forgives us and lead us back to the right path.

We should cut the string to this worldly things. Doesn’t mean that we can not enjoy this life. But, we cant let our heart to be too dependent to it. We need to watch out our heart always. Put the Dunya in your hand, not in your heart.

images

Saya pun tengah berusaha untuk mengingatkan diri saya sehari2 tentang hal ini. Tengah berusaha untuk mendidik anak2 tentang mengEsakan Allah. Menanam Tauhid dalam diri mereka. Agak sukar kerana saya sendiri baru mula hendakmengenal Allah. Hati pun selama ini terlalu dibutakan dengan dunia. Cuma tetap berdoa agar masih tidak terlambat untuk mendekati Allah dan berharap agar tidak terperangkap dengan Islam yang tidak betul.

Jom dengar tazkirah pendek dari Ustaz Nouman Ali Khan tentang Idols of Today

 

 

 

Quranic Parenting 1- Nabi Yaakub a.s

Nabi Yaakub adalah bapa Nabi Yusuf.
 
Walaupun anak2 Nabi Yaakub dibesarkan oleh seorang Nabi (yang sudah pasti akan mendidik dengan cara terbaik), tapi anak-anaknya tetap tak semua menjadi Nabi dan mempunyai perangai yang baik. Cuma Nabi Yusuf dan Bunyamin yang mempunyai sifat yang baik. Padahal anak-anak yang lain tetap terpengaruh dengan penyakit hati seperti Hasad sehingga sanggup membunuh saudara kandungnya.
 
Pengajaran:
 
Kita sebagai parent, memang BERTANGGUNGJAWAB untuk mendidik anak2 untuk mengenal dan mengikut syariat Allah kerana mereka merupakan amanah yang diberikan oleh Allah kepada kita. Tetapi kita kena terima yang kita tidak akan berupaya untuk CONTROL manusia yang macam mana mereka akan jadi bila dewasa.
 
Jika ditakdirkan anak- anak kita nanti menjadi orang yang hanyut (Naudzubillah,minta dijauhkan) dan mungkin akan selalu ingkar kepada kita, Berlapang dadalah…. Yang penting, kita telah menjalankan tanggungjawab kita dengan sebaiknya sewaktu anak tersebut belum menginjak alam dewasa. Kerana, setiap tindakan manusia yang telah dewasa akan dipertangungjawabkan atas dirinya sendiri. (Surah Al Muddatsir 74: 38)
 
Seperti mana respon Nabi Yaakub ketika anak2nya datang membawa baju Yusuf yang berlumuran darah, Nabi Yaakub hanya mampu bersabar dan menyerahkan segala keputusan dan memohon pertolongan hanya kepada Allah kerana pada ketika itu beliau telah pun tahu yang anak2nya sedang menipu beliau. (Surah Yusuf 12:18)
 
Tak perlu kita merasa bersalah dan bersedih dengan perangai atau tindakan anak2 tersebut. Ada dua relationship antara anak dan ibu bapa iaitu Spiritual Relationship dan Emotional relationship.
 
Spiritual Relationship adalah dimana ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak dididik dan dimaklumkan dengan tatacara menjadi muslim yang baik, di ajar mengenal Allah. Memberi nasihat dan ancaman jika menyimpang dari jalan yang benar. Bonding Spiritual Relationship perlu dikuatkan dan ditekankan ketika anak2 masih belum dewasa dan memerlukan tunjuk ajar ibu bapa. (lebih kurang sebelum umur remaja ie bawah 16 tahun)
 
Emotional Relationship adalah hubungan emosi seperti rasa sayang, marah, dan sebagainya antara ibu bapa dengan anak2nya. Hubungan ini tidak pernah berhenti walaupun anak2 telah meningkat dewasa.
 
Ketika anak2 semakin membesar dan mempunyai pemikiran dan pandangan sendiri, ada kala mereka akan memberontak dan mula menyimpang dari jalan yang sebenar. Dan mula mempertikaikan setiap tindakan dan arahan ibu bapa khususnya dalam bab keagamaan. Ketika ini, ibu bapa hanya perlu memberikan kasih sayang dan tidak perlu memberikan syarahan kepada anak2. Kerana dengan bersikaptegas kepada mereka hanya akan menerukkan keadaan. Jika pada ketika ini, anak2 diasak dengan ceramah dan nasihat2 keagamaan, mereka akan merasa annoyed dan menyebabkan Syaitan mudah mempengaruhi mereka.
 
Ketika ini, apa yang perlu anda lakukan adalah melepaskan pengawasan ie spiritual relationship tersebut kepada Allah. Ketika ini, hanya hidayah Allah yang akan membantu anak2 anda. Yakinlah bahawa pemilik hati anak2 kita adalah Allah. dan Allah pasti akan membimbing mereka. Kita perlu bersabar dan tetap mendoakan agar anak2 tersebut akan kembali kepada jalan Allah. Tetaplah menyayangi mereka. Teruskan emotional relationship dengan anak2 anda.
Allahumma Ya Hafiz, Ya Muhaimin, Kau lah Allah yang Maha Menjaga dan Mengawasi. Hanya kepada Engkaulah kami mohon perlindungan. Peliharan akidah dan iman anak-anak kami dari hasutan hawa nafsunya sendiri dan hasutan syaitan. Allahumma Ya Mateen, Kau pasakkanlah keimanan yang kukuh ke dalam dada kami dan ahli keluarga kami sepertimana kau pasakkan gunung-gungung dimuka bumi ini.
Sesungguhnya hanya kepada Engkau Ya Somad kami gantungkan segala pengharapan dan meminta segala pertolongan.
Aminnn…