Posted in Our Travelog

Jerebu oh jerebu

Since semalam masa memandu pulang dari tempat kerja, dah perasan yang kualiti udara dari P.Jaya sampai ke Shah Alam memang teruk. Lebih teruk lagi bila hujan langsung tak turun untuk membersihkan udara yang tercemar ni.

Hasil pembacaan secara lalu di online news tadi, jerebu ini berpunca dari kebakaran hutan di Sumatrra indonesia. IPU (Indeks Pencemaran Udara) di Shah Alam semakin terus dan kini mencatatkan bacaan 129, iaitu dalam kategori tidak sihat.

Pagi tadi bangun tgk udara masih tak getting better. So, kami plan untuk keluar dari Selangor untuk ke tempat yang kurang tercemar. Kebetulan abah Pasoh ada jemput untuk datang kenduri lenggang perut kak Teh, so apa lagi, lepas habis tengok movie “what’s your number”, kami pun cepat2 packing dan bertolak ke felda Pasoh 3 di Nogori Sembilan..

Malam ni start masak air bersama abang-abang ipar angkat. Masak bawah bangsal tau.. Very the kampung… Pengalaman yang menarik untuk Haris..

Jgn terparut tangan sudah...!
Fokus & tenang melakukan tugas (parut kelapa !)
Nilah bangsal yang buat masak air tu..(nmpk scary kan?!)
Ini kaki ayam... (obviously!)
Rabbit jantan yang terasing
Memotong & menyiang ayam di pagi hari
Dari kolam sendiri

Posted using Tinydesk Writer iPhone app

Posted in Our Travelog

Day 1- kuching -sarikei trip 23-28/5/2012

23/5/2012
Bertolak dari shah alam jam 9.30pg-singgah dengkil mkn sampai jam 10.15am- sampai lcct jam 10.45am- check-in tapi got problem sebab lupa bawak surat beranak haris but settle by police report- boarding plane 11.05am
1.30 keluar airport- keta wish merah menyala sudah menunggu-bertolak ke homestay di jalan depo-rehat
4.30pm jalan ke barok, makan mee kolok, laksa sarawak and the most important thing, teh c peng special, terbaekkk!!!!!- naik sampai jalan di waterfront-6.45pm gi airport ambik ila n family- mlm mkn di satok-9.30 balik homestay…-finish day 1 in kuching.

Harga homestay di jalan depo tu RM230/day. 3 bilik tapi amat berbaloi2. Rumah lengkap fully aircond, rumah macam di deco oleh eric leong gitu..
Keta wish plak rm150/day, keta baru. Mmg puas hati sangat!!

Our homestay
Brook cafe & bistro at waterfront
Naik sampan, 50sen je tambang!
My dear haris sangat seronok main
Nak turun ke jeti sampan

Posted using Tinydesk Writer iPhone app

Posted in Our Travelog

Eksplorasi Tasik Kenyir

Masya-Allah... picturesque kan?...

 

Mummy ngan Papa Irfan baru je pulang dari mengeksplore Tasik Kenyir pada hujung minggu yang lepas.

Percutian kali ni memang baudget tapi kan berbaloi lah jugak. yang tak best nye cuma perjalanan yang sangat jauh.. Mummy ingat mummy sorang yang terasa jauh sebab mummy pregnant.. rupanya semua orang pon rasa gitu. Dah lah jalan agak bumpy, and keta mummy plak agak cramp sebab 3 orang kat belakang. jadi cramps tu sebab last minit si Maxx nak ikut plak.. so Kaka kenalah duk keta kami..tu yang jadi tak selesa sket.

Perjalanan kami bermula jam 12 tengah malam dari rumah Fatah. Then, kami berhenti berehat di Hentian Temerloh. Nek Ma siap bekalkan kopi kawww lasgi untuk perjalanan kami ni. Dalam pukul 4 camtu kami sampai di Gambang, rumah Uncle Maxx. masing-masing tido jap sementara tunggu hari siang sket.

tepat jam 7 kami semua bergerak menuju ke Tasik Kenyir. tapi oleh sebab semua kelaparan, Uncle Maxx pun bawalah kami makan di satu restoran yang memang terkenal untuk sarapan di Kuantan. nasi lemak kat situ memang terbaekkk! makan pakai duit collection. Collection kami kali ni setelah dikira-kira adalah RM100 je sorang.. setiap kereta dapat RM200 untuk isi minyak dan tol pegi-balik.

Lepas makan, kami meneruskan perjalanan dan dalam kul 11.30 kami pon sampailah di Jeti tasik Kenyir tuh.. Owhh.. lega dan seronoknya dapat meregangkan badan.. Memang lama giler perjalanan. naseb baek Uncle Wafi yang bawak keta..Mummy, tido je kat belakang.. hahaha..

tenang dan mendamaikan..
Di Jeti, sementara tunggu En. Alias

Sampai di jeti kami pun call lah En. Alias,tanyakan bot kami. Oleh kerana check in kul 2, maka kami pun makan lah tengahari di Jeti dulu. Dalam jam 1.30 ptg, bot kami pun tiba untuk membawa kami ke Pulau Sah Besar. Air tasik Kenyir yang sangat hijau@biru amat menenangkan. kami juga terpegun melihat keindahan tasik buatan manusia ini.

dalam bot menuju ke pulau
menapak nak naik ke banglo

 

Sampai di Pulau kami pun check -in di jeti kemudia menuju ke banglo kami. MERAWAN nama banglo tu.. satu part yang tak best, kami kene mendaki tangga yang agak tinggi lah sementara nak sampai ke Banglo kami.. tapi bila sampai di Banglo…

Banglo Merawan

 

waaaaa….. puas hati betul lah..dengan harga cuma RM60 semalam, banglo tu memang tak mengecewakan. Dapur yang lengkap peralatan masaknya, bilik tido pon cukup untuk kami ber sembilan. siap ada extra tilam lagi. kami pun berehat2 lah sementara nak tunggu petang untuk aktiviti berkayak.

Master bed room

Dapor basah
dining hall

Sepanjang petang di habiskan dengan berehat dan aktiviti utama,,, main Kad…memang tergelak2 lah main.. kiranya ni pendidikan awal irfan untuk matematik lah.. cetts.. alasan..main Declare lah, Big 2 lah.. Royal lah…masa pun berlalu dengan pantas.

Jam 5 petang, kami menelefon En. Alias untuk aktiviti berkayak.. sekali hampanya kami biula dia bagitau, personnel yang in charge takde and tengah tunggu family lain kat jeti besar.. dia kata kami lambat inform.. hmm.. kecewa betul.. Dah lah masa tu dah turun jeti.. sedih sebab kena menapak balik nak naik atas tuh.. huhuhuhu…Then, kami sepakat untuk ready BBQ..Oklah, maka yang lelaki pun mulakan aktiviti membakar ayam, manakala yang pompuan termasuk Abg Syah, sebuk menyiapkan menu lain seperti Meehun goreng tomyam, french fries dan nugget..

orang laki bakar2 kat luar..
ayam and beef sausage jeh..

oleh kerana ayam untuk di bakar sikit je, maka before maghrib semua dah settle, apalagi, semua menikmati makan malam depan TV lah.. malam tu aktiviti kami hanyalah makan, tgk rancangan SITI bersama Tun, dan main kad sampai kul 12.30 sambil tgk movie, The Gridion Geng.. layannn..
Pastu semua pun tido, yang lelaki semua pakat2 tido depan TV…

Esoknya, awal pagi Mummy dah bangun untuk menyiapkan bekalan dan sarapan pagi. sarapan pagi tersebut ala-ala western gitu.. Ada baked bean, sandwich ngan mee hun semalam (ada extra sket)…

breakfast..

pastu spagetti pun dah di siapkan untuk lunch.

Kul 8.30, kami menuju ke Jeti untuk berkayak..memang best giler berkayak kat tasik kenyir ni, tapi tak dapat ambik gambarlah sebab takut kamera basah.. Tapi memeng tak ucap dek kata2 lah keseronokkannya. Harga berkayak ni murah je. Kalau kayak single RM5/jam, kalau kayak double RM7/hour. so, masing-masing carik partner lah, cume Wafi je kayak sorang2. kami mula berkayak jam 9.30 hingga 10.30.. tu pon dah lenguh tangan..

lepas kayak, tunggu bot gi air terjun

.Pastu jam 10.30 kami pon terus menuju ke Air terjun Saok untuk mandi-manda dan as usual.. ambik gambar!.. Air terjun ni pun memang cantik juga.. sejukkk, tak yah cakap lah..kami spent cuma satu jam je di situ sebab nak kejar masa check out kul 12.

Baru sampai jeti ke Air terjun
panoramic view of saok..

So, pendek cite, kul 11.45 tu kami sampai banglo, mandi-manda dan bersiap2 untuk check-out. pastu kami lunch dulu spagetti yang di siapkan tadi. tapi takdelah kami kuar tepat2 kul 12 pon.. rasanya delay gak sampai kul 1.30 baru betul2 kami sampai jeti.

Sampai di jeti, kami pon sempat bergambar dengan en.alias sebelum kami bergerak meninggalkan tasik kenyir dengan perasaan puas.

En. Alias yang hujung skali..

dalam perjalanan pulang, kami singgah beli keropok losong..untuk buah tangan mak bapak di rumah nanti. pastu sempat juga kami singgah teluk Cempedak untuk ambik gambar and minum air kelapa jap. Dekat2 maghrib baru kami sampai ke gambang untuk sembahyang maghrib dan mengucapkan selamat tinggal kepada Maxx. Kemudian perjalan diteruskan ke Shah Alam, dan Alhamdulillah kami selamat tiba pada jam 12 tgh mlm. tu pon sempat gak berenti makan jap kat Hentian Temerloh.. makan nasi lemak.. isi perut jap..huhuh..

Gambar2 akan di upload in short while ye.. Akhir kata, bagi kakitangan kerajaan sekalian, gunakalan fasiliti yang ada ni dengan sebaiknya.. murah, menarik dan menyeronokkan tau…kalau nak tempah, lawatilah laman web Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM. Sekarang nak tempah senang je.. semua on-line. bayar pon on-line gak..