Pelarian

Pelarian ni ada berbagai jenis. Tapi biasanya pelarian ni sering dikaitkan dengan pelarian perang. Mangsa yang tertindas yang lari dari negara asal mereka ke tempat yang lebih baik.

refugee

Bagi contoh moden dan masa kini, macam pelarian Rohingya, dan Syria. Both lari dari negara masing2 kerana mereka ditindas dengan zalim di negara tersebut. Maka mereka pun berhijrah lah ke negara lain untuk mendapatkan perlindungan dan menyelamatkan nyawa mereka.

Tapi penerimaan penduduk atau negara yang didatangi tadi berbeza2. Contohnya, Bangladesh tidak begitu mengalu-alukan pelarian ini dan penduduk Bangladesh merasakan kehadiran pelarian ini menggangu ekonomi dan menyebabkan banyak masalah kepada negara mereka. Terutama penduduk yang berdekatan dengan kem pelarian seperti di Cox Bazaar. Bare in mind, both pelarian dan penduduk tempatan adalah beragama Islam.

rohingya

Pada awal krisis di Syria, pelarian yang awal2 telah memasuki negara2 Eropah agak beruntung kerana mereka diterima dengan baik. Tetapi apabila jumlah pelarian semakin meningkat, Negara Eropah mula menutup pintu2 sempadan dan menghalang pelarian dari memasuki Eropah. Sama juga alasan yang diberikan adalah kehadiran pelarian yang terlampau ramai telah mengganggu ekonomi mereka dan mereka perlu mengeluarkan belanja untuk menampung kehadiran pelarian ini.

Tapi ada juga negara yang betul2 mengambil berat tentang masalah pelarian ini seperti Jerman yang menyediakan prasarana dan berbagai perkhidmatan kesihatan untuk memastikan pelarian ini cukup terjaga emosi mereka.

refugee camp- german

Ok, jom kita perhatikan bagaimana Islam melihat hal pelarian ini. Siapakah antara Pelarian yang termasyur dalam Islam?

Jawapan tentu sahaja Rasulullah dan para sahabat yang 4 tu. Setelah hampir sedekad Nabi Muhamad saw menjalankan dakwah di Mekah, Islam tetap tidak diterima dan penindasan terhadap umat Islam semakin menjadi2. Sehinggakan penduduk di luar tanah arab, walaupun tidak memeluk Islam berasa kasihan kepada orang Islam. Lalu turunlah perintah untuk berhijrah ke Madinah.

Orang Islam ketika itu berhijrah kerana 2 sebab, pertama adalah kerana menuruti dan mentaati perintah Allah dan Rasul. Kedua, demi mempertahankan akidah dan nyawa mereka dari penindasan kaum musyrikin Mekah.

Ok, kita tak nak ulas mengenai orang yang berhijrah ni. Jom kita perhatikan bagaimana sikap penduduk Madinah menerima golongan yang berhijrah atau pelarian ini.

Madinah ketika itu mempunyai bangsa yang berbagai dan mempunyai suku kaum yang berbagai juga. Ada orang Yahudi dan Nasrani dan orang islam ketika itu adalah kaum minoriti. Tapi, kalau fikirkan ikut logik, tak kan lah orang Madinah boleh senang2 terima pelarian yang ramai2 ni kan? Dalam keadaan ekonomi mereka yang juga tidak terlalu baik, kebanjiran pelarian yang ramai sudah pasti akan menyebabkan kekacauan ekonomi dan pelbagai masalah yang lain.

madinah

Tapi penduduk Madinah tetap juga menerima dengan hati yang terbuka. Dan tetap juga beria menerima pelarian2 Mekah. Mereka melayan dan memberikan the best hospitality kepada setiap pelarian ini. Mereka diberikan segala keperluan supaya mereka berasa seperti di kampung halaman sendiri. Mereka dialu-alukan dan di provides dengan sebaiknya.

Ini adalah contoh dan teladan terbaik tentang bagaimana sepatutnya kita melayan dan menerima pelarian atau mereka yang tertindas.

Tetapi situasi sekarang amat berbeza. Pelarian dilayan dengan sangat teruk dan dianggap menyusahkan. Mereka tidak diberikan layanan sebaiknya. Sudahlah mereka terpaksa melarikan diri dari penindas di tanah air mereka, kemudian di tempat mereka cuba mendapatkan perlindungan, mereka dibenci pula oleh orang tempatan dan menganggap kehadiran mereka sebagi satu ancaman. Antara faktor yang menyebabkan mereka bersikap sebegitu adalah, mereka takut jika hasil negara mereka tidak mencukupi untuk dikongsi dengan pelarian2 tersebut.

Padahal mereka lupa, rezeki setiap orang telah pun ditentukan dan bukan manusia yang menentukan nasib dan rezeki orang lain. Tetapi Allah Ya Muqit lah yang akan mencukupkan rezeki hamba2Nya.

Kadang kala terfikir yang jika sekiranya pelarian Rohingya itu comel2 dan mempunyai kulit yang cerah, adakah mereka akan dilayan seteruk mereka dilayan sekarang?!

Tepuk dada tanya iman..😞😞😞😞😞😞

Advertisements