“Mommy, kenapa ‘Bird’ saya keras?”… erk……

“Mommy, abang nak tanya sikit boleh?” Haris tiba2 bersuara sambil tangan dia main slime.

“Tanya apa?”

” kenapa bird abang jadi keras kalau nampak perempuan cantik?”

‘Erkk….ye ke bang? Nampak perempuan cantik kat mana?”

“kadang2 kat dalam TV, kadang2 kat rumah pengantin, kadang2 kat wayang, kat mana2 lah”

” perempuan cantik tu maksud abang yang pakai seksi2 tu ke?”

” bukan, yang muka dia cantik sangatt”

“owhhhh…….”

Ini adalah conversation sebenar saya dengan anak sulung saya, Haris yang berusia 7 tahun. Seriously masa dia tanya tu, memang dia bersahaja je. Tapi saya yang macam tertelan biji nangka nak jawab. Actually, serious tak tau nak jawab macam mana. I do expect this day would come, but not this early. Masa kejadian tu pula, Papa dia takde di rumah. Aduhhh….. Memang jenuh jugaklah fikir camne nak jawab.

So, saya just cakap kat dia masa tu, It’s normal untuk boy dan itu tanda abang dah nak jadi budak besar. Tapi saya bagitau dia yang saya akan buat bacaan dulu dan bagitau dia kenapa perkara tu terjadi.

Well, mommies. Nak tanya ni, kalau soalan ni popped up, how would you explain it?

Setelah membuat beberapa rujukan di few website dan forum, saya dapat simpulkan beberapa perkara dan tips untuk jawab persoalan sepertini.

  1. Pertama sekali, pastikan anda jangan marah dan bereaksi seumpama anak anda sedang melakukan satu kesalahan. Tindakan dia bercerita kepada anda menunjukkan anak anda sangat percaya dan selesa dengan anda. Jadi jangan rosakkan kepercayaan dan rasa selesa itu. Believe it or not, tak semua budak nak bercerita hal macam ni pada parent dia tau.6855008_stock-photo-strong-grandmother-with-her-grandson
  2. Betulkan mindset anda sebagai parent. Bahawa tujuan anda memberitahu maklumat adalah ikhlas untuk bantu dia faham tentang diri dia. Jadi akan berterus terang dan tidak rasa segan untuk berbincangdengan anak anda. Treat dia sebagi budak yang dah boleh faham. Jangan pandang dia sebagai budak kecil yang tak faham apa2. Lebih baik dia dapat kefahaman dari anda dengan informasi yang betul, daripada dia cuba cari sendiri di internet atau cuba faham sendiri. Takut nanti dia salah faham dan confused dengan diri dia sendiri! Kesian anak anda.
  3. Maklumkan pada anak anda yang perkara tersebut adalah Normal process. Sebaiknya, tugas memaklumkan dan explaination dilakukan oleh sang bapa. Tapi bergantung kepada siapa yang anak tersebut lebih rapat, maka decidelah siapa lebih layak untuk memberi penerangan tersebut. Normal proses bermaksud, ianya akan berlaku kepada semua budak lelaki. Cepat atau lambat je. Nak buat dia faham, maklumkan juga yang ayah dia juga dulu lalui perkara yang sama. Dan dia tak perlu cemas dengan kejadian itu.dady and son moments
  4. Sebanyak mana informasi perlu diberitahu? Ini sangat bergantung kepada umur dan tahap kecerdasan anak anda. Ada kalanya, anda hanya perlu beritahu tentang apa yang terjadi secara physiology sahaja. Iaitu, oleh kerana kita suka atau excited, salur darah akan mengembang dan akan masuk masuk penuhkan ruang dalam penis secara automatik. Kalau rajin, bolehlah tunjukkan gambar atau info mengenai fisiologi sebenar penis kepada nak tersebut. Tapi jika anak anda telah hampir ke umur baligh, sesuai sangat nak cerita terus tentang perubahan2 yang bakal dia nampak pada diri dia. Seperti, perubahan suara, otot2 semakin membesar, kulit akan lebih berminyak, wet dreams, dan lain-lain. Kalaudia dah dibagitau awal2, maka dah tentu dia tak terkejut bila terjadi perubahan tersebut.itsoktotalk_twitter_logo_400Px_1
  5. Kena juga explain dari segi implikasi agama. Kenapa kena control. Cuma kena pastikan jangan sampai buat dia rasa bersalah. Sebab waktu sekarang ni, ereksi tu terjadi secara automatik tanpa di triggered oleh anak kita. Untuk kes Haris, dia cukup bijak untuk detect punca ereksi itu, maka lebih mudah nak explain. Maka, bolehlah terus explain kenapa Allah suruh orang lelaki tundukkan pandangan seperti dalam Surah An-Nur tu. Maka, harapannya dia akan faham lah. Dalam masa dia nak kenal diri, dia akan mula explore badan dia, maka perkara ini sangat perlu diexplainkan implikasinya dari segi agama. Anda juga sedang mendidik anakanda menjadi laki-laki beriman, Insya Allah.tundukkan pandangan
  6.  Oleh kerana Haris bagitau saya, yang triggered dia bukan perempuan yang seksi, maka saya ajarkan supaya jika nampak perempuan yang pada standard dia “Cantik” hingga boleh buat dia ereksi, saya suruh dia puji Allah dulu sebab ciptakan makhluk yang sangat cantik. Puji kehebatan Allah sebab Allah pandai sangat buat perempuan jadi cantik. Suruh zikir Ya Kholiq, Ya Musawwir, Ya Badi’. Lepas tu, alihkan pandangan dia. Jangan tengok lama. Sebab dia ada juga bagitau, bila ereksi tu terjadi dia rasa senak dan tak selesa. Hahahaha.. (memang detail Haris cerita kat saya!!). So, saya cakap, kalau abang tengok lama, nanti bird keras, abang yang sakit. Jadi baik abang jangan tengok lama2 sampai boleh jadi keras. Nanti abang yang sakit!! Dia nampaknya macam faham. (Hopefully)portrait-handsome-boy-who-just-has-got-idea-caucasian-inspired-facial-expression-isolated-white-background-58156923

So far, itu je lah yang dapat saya kongsikan. Apapun, layankan setiap pertanyaan anak anda dengan hikmah. Jangan terus marah atau cakap benda tu dosa! tak adil bagi dia sebab bukan terjadi sebab dia buat. Terjadi sendiri dan ianya adalah fitrah semulajadi badan dia nak membesar.

Sebenarnya, ianya juga adalah latihan untuk kita lebih mengenali Allah. Bila kita dapat explain dan kaitkan setiap kejadian tu dengan kekuasaan Allah, Insya Allah, kita akan lebih dekat dengan Allah.

Ermmm… lepas ni giliran nak explain dan prepare anak perempuan saya pula. Sekarang dia baru 5 tahun, tapi dah banyak dia tanya tentang hal-hal perempuan. Contohnya, kenapa mommy period, kenapa breast mommy besar and etc.. Fuhhhhhh, seriously cabaran sangat. Masa saya kecik dulu, saya serious segan nak tanya pada mak saya. Belajar dan explore dan faham sendiri je lah!! Tapi as kids nowaday beza ngan kids zaman dulu, kita sebagai parent pun memang kena prepare dan bersedia untuk hadapi situasi macam ni. Bantu anak-anak kita untuk faham diri mereka. Bantu mereka faham, apa yang betul dan apa yang tidak. Sedar atau tidak, inilah permulaan pendidikan seksual kepada kanak-kanak secara informal oleh ibu bapa.

Saya sangat mengalu-alukan jika rakan2 atau sesiapa yang lebih berpengalaman dan layak untuk berkongsi tips dan kaedah untuk handle situasi seperti ini. For the sake of other mommies juga! Jika ada kesalahan, mohon juga beri komen ye!

download

 

Advertisements

Robocop & Al Musawwir

Few days ago, saya menonton movie Robocop. Yang pakai suit hitam tu. Actually dah repeat few times dah. Tapi ntah kenapa malam tersebut bila saya menonton movie tu, saya jadi sangat takjub.

Bila ada satu scene tu yang bila the doctor and the team nak prepare dia for duty, they have to insert macam2 dalam badan dia, with precise calculation supaya otak, paru2, dan jantung robocop tu boleh function dengan sebaiknya. Antara bahan yang dia masukkan adalah antibiotic, protein, carb, dan cecair yang mengandungi tenaga berjumlah beberapa kJ kalori. I was so amazed dan saya ucapkan Masya Allah few times.

Like seriously?! Bila tengok scene tu terus ternampak kehebatan Al Kholiq. Tuhan yang Maha Pencipta, terus juga kekaguman dengan betapa creative dan sempurnanya penciptaan kita ni. Allahumma Ya Musawwir memang takde tolok banding.

Tahukah anda, ada banyak kejadian atau aktiviti badan kita yang berlaku secara automatik? Dan kalau lah kita perlu set semuanya setiap pagi, saya rasa sampai ke maghrib x settle tau.

Contoh nye,cuba bayangkan yang kita kena set dan reset secara manually benda2 macam di bawah ni,

1. Rambut perlu gugur dalam 80-100 helai setiap hari.

2. Darah merah perlu ditukar setiap 3 bulan.

3. Sel kulit perlu diperbaharui setiap seminggu.

4. Jantung perlu berdegup 4,800 kali setiap jam.

5. Mata perlu berkedip sebabyak 1,200 kali sejam

6. Perut perlu menghasilkan sebanyak 20-100ml cecair yang mengandungi campuran asid hydrochloric, potassium chloride dan sodium chloride yang mana perlu berada dalam pH 1-2 bagi memastikan pencernaan makanan berlaku dengan baik.

7. Otak perlu menapis infomasi yang doterima sepanjang hari dan memastikan kita bermimpi untuk membuang infomasi yang tidak perlu setiap hari.

8. Emosi perlu diregulate seperti cerita inside out tu.

Banyak lagi sebenarnya.. Bayangkan kalau kita kena set dan reset semua ni sendiri? Mampukah kita? Iskk, tak terbayanglah dek akal.

Maka betullah, dalam penciptaan manusia ni sebenarnya dah cukup dah untuk membuktikan kekuasaan, kebesaran, kebijaksanaan, kekreatifan dan kehebatan Allah yang Maha Agung!!

Kadang bila orang cakap tengok movie barat tu melalaikan, saya rasa tak jugak. Ada banyak benda yang kita boleh belajar dan melihat kebesaran Allah dari movie2 tu. Saya pun bercerita hal ni kepada anak2 saya. For me, its how you see and accept. Sebab tiada sesuatu pun yang terjadi adalah sia2. Yang menyia-iakan adalah kita sendiri.

Wallahualam.. Kalau ada mana2 bahagian dalam penulisan ini yang salah,maafkan saya ye. Bolehlah tinggalkan komen untuk dibetulkan.

“Mak aku tak penat, dia duduk rumah je”

sahm

“Wei, kesian mak ko kan. Mesti dia penat sebab dia kerja. Mak aku tak penat. Dia duduk rumah je”, terkejut saya dengar kata-kata yang diucapkan oleh kawan haris. Lepas tu dia tambah lagi, ” mak aku duduk rumah mana ada buat kerja pape, dia kerja makan je!”

Allah… sedihnya dengar bila anak2 cakap macam tu. Padahal kita kenal mak dia. Seorang wanita yang meninggalkan kerjaya untuk menjaga dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada amanah Allah. Saya cuma berharap yang mak dia tak dengar lah dia cakap macam tu. Kalau saya mak budak tu, mau terduduk sambil mengalirkan air matalah gamaknya..

Tak dapat nak nafikan yang usia mereka terlalu mentah untuk menilai dan menghargai pengorbanan dan usaha ibu mereka di rumah. Saya tau betapa beratnya tanggungjawab seorang suri rumah sepenuh masa. Lagi-lagi bila ada anak-anak yang telah bersekolah pagi dan petang. Perghhh! Serious cakap, kalau saya, memang menangis…. Dan saya juga percaya, tidaklah seorang ibu itu berharap akan dihargai oleh anak2nya. Namun, ucapan terima kasih dan sedikit usaha untuk meringankan tugas2 ibu pasti akan membuatkan seorang ibu tersenyum.

man-husband-ironing-at-home-helping-his-wife-HY94W7

Pada saya, sang ayah perlu memainkan peranan dalam hal ini. Seorang ayah perlu mengajar anak2 untuk menghargai ibu mereka. Setiap ibu mahukan yang terbaik. Seorang ayah/suami perlu mengiktiraf dan berterima kasih kepada seorang isteri yang dengan rela hati memilih untuk menjadi suri rumah. Sungguh bertuah suami yang ada isteri yang sanggup memikulkan tanggungjawab beliau di rumah.

Saya pernah terbaca kisah di mana seorang suami yang memandang rendah dan malu dengan isterinya yang tidak bekerja. Pertanyaan “isteri ko kerja apa?” dijawab “owh, dia duduk rumah JEE” dengan nada yang segan.

Hellooooo!!!! Duduk rumah JEEEE?. Kalau lah orang lelaki ni tau betapa penatnya DUDUK RUMAH JE tu.. hmmmmm, pasti tak gamak dia nak memperkecilkan isteri dia. Suri rumah, memang takde punch card, tapi dorang kerja 24 jam hokay! Rumah awak tu takdenya boleh bersih sendiri. Ingat isteri awak tu Mary Poppins ke, ada magic wand yang ayun-ayun je semua siap? Awak ingat rumah awak tu memang semulajadi kemas berkilat ke bila awak balik rumah. Kalau awak takde anak and cuma ada nak kucing je, bolehlah awak nak cakap isteriawak tu goyang kaki je duduk rumah. Tapi kalau anak  ramai, kecik2 pulak tu, erm, isteri  mesti macam Charlie Chaplin dah nak menyiapkan dan menguruskan segala benda. Jadi, sila lah hargai dan hormat sikit profession SURI RUMAH SEPENUH MASA nih.. Kalau sang ayah pun tak tahu nak hargai isteri dia, bagaimana pula dia nak ajar anak2 dia menghargai ibu dan wanita yang memilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa.

A man with a headache

Silalah beri peluang untuk mereka juga mempunyai masa untuk diri sendiri. Dapat keluar bersama kawan atau at least untuk dia keluar shopping sendiri tanpa anak2.

me time

Saya betul2 kagum dengan kawan2 saya yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Pengorbanan memang sangat besar wei. Kalau lah suri rumah ni bergaji, saya rasa tak siapa sanggup bayar. Sebab job scope dia sangat luas! Dari guru mengaji, pakar dobi, drebar, pengasuh, amah, tukang masak, tukang kebun dan lain-lain lagi.. Ishhh…. saya yang kena gonyoh baju anak seminggu sekali ni pun dah rasa penat yakmat, macam manalah mak2 yang hari2 menghadap kain baju nak kena basuh lipat dan gosok tu.. Lagi2 kalau kena buat sendiri tanpa pertolongan suami atau pembantu rumah..

sahm 5

Ermm.. sebenarnya saya emosi sebab dulu masa saya remaja pun saya rasa segan dengan kawan2 sebab mak saya suri rumah JE. Saya duduk asrama, so, bila tengok mak orang lainjenis berkerjaya, saya rasa mak saya orang biasa sangat. Saya bertekad sangat tak nak jadi macam mak saya. Tapi sekarang bila saya dah ada nak 3 orang, baru sayanampak betapa susahnya mak saya menguruskan rumah tangga waktu dulu. Masa zaman takde mesin basuh, mama kena basuh baju pakai tangan. Lepas tu betapa gigih dia jual macam2 supaya kami adik beradik dapat semua permainan yang tengah top pada zaman tu. Rumah sentiasa kemas dan teratur. Mama akan pastikan sebelum ayah balik kerja, rumah tiptop, minum petang dah ready. Sarapan pun tak pernah missed. Sekarang ni baru saya nampak betapa mak saya tu seorang Wonder Women!!

ww

Saya tak mampu nak buat apa dia buat untuk kami dulu2. So, saya faham betapa surirumah sepenuh masa bukanlah satu tugas yang mudah. Ianya juga adalah sebuah pekerjaan yang layak dihormati walaupun, tiada cuti sakit, tiada socso, tiada bonus tahunan. Sebab tu juga Islam membolehkan sang isteri walaupun dia adalah suri rumah, dia boleh menuntut harta sepencarian apabila berlaku perceraian ataupun kematian. Indahnya islam tu kan. Sangat menghargai wanita. Sebab tu jugalah Nabi Muhammad sentiasa suruh sentiasa lebihkan ibu dalam apa-apa hal berbanding ayah.

Itu jelah nak tulis harini. Hati rasa rawan sangat sejak dengar kata2 kawan haris tu. I feel pity to her mom as i know how struggle she is everyday. Semoga setiap titsan peluh yang tercurah kerana menjaga keluarga beliau akan dibalas dengan selayaknya oleh Allah di akhirat kelak. Bak kata En. Kanda, hidup kat dunia ni sekejap je. Walau berat macam mana pun, sabar je lah. Kat akhirat tu tempat rehat dan dapat segala balasan kebaikan selama2-nya.

Post ini didedikasikan kepada wanita2 yang gigih menjaga amanah Allah dengan ikhlas diseluruh dunia. Walaupun kadang kala anda rasa kurang dihargai atau dihormati, ingatlah, pandangan manusia itu tidak penting, yang paling penting adalah Allah sentiasa melihat anda dan Allah itu Maha Adil..

Masih belum terlambat untuk wish Selamat Hari Wanita Sedunia to all Amazing women in the world! Let us be One, be With One, and Raise One of those Amazing women!

(Photo credit semua dari internet not owned by me)

Program Dakwah: Refleksi Diri..

Bila disebut program dakwah, kita selalu beranggapan yang ianya melibatkan usaha pentarbiahan kepada orang yang didatangi.

Tapi kan, sebenarnya, bila kita ikut program2 macam ni, pentarbiahan itu sebenarnya kepada kita sendiri. Ianya adalah sesi refleksi diri sendiri.

Bila setiap kali en. kanda keluar berprogram, dia akan buat hashtag #kenaldirikenalpencipta. Asalnya saya hanya faham secara surface je. Tapi bila dah join sendiri, saya faham dengan sebenar faham apa maksud hashtag tersebut.

Hari ni kami melawat dan menyampaikan sumbangan kepada pusat asuhan anak2 yatim dan tahfiz di Bukit Tinggi. Jujur saya katakan, saya bukanlah orang yang kisah sangat hal anak yatim ni. Tapi hari ni, saya pun tak tau kenapa, air mata tiba2 bergenang bila berada dikalangan anak2 yatim ni. Saya tak faham rasa itu.

Betullah Nabi saw cakap, kalau nak lunakkan hati, selalulah menziarahi dan menyantuni anak yatim. Kelunakkan hati itu akan dikurniakan oleh Allah tanpa perlu kita minta. Hadirnya terasa sangat indah dan istimewa.

Movie Review: Goon (2012)

 

Baru lepas menonton movie Goon. Well, i guess, movie yang menarik. I’ve learnt something about ice hockey game. It’s rough and the rule is ridiculuos but i’m happy as i knew new knowledge today. I’m always happy to watch movie that is based on true story. Even though it might be exaggerated by the scriptwriter as to make the film more marketable and interesting, still you’ll learn a lot from other’s experience. I believe that everything happen in this world is a lesson for those who wanna learn.
The last song played in the movie is really nice and inspiring. Try to read the lyric and you’ll see what i mean. It’s so optimist. .. May those who think they have nothing, be inspired by this song. Chills!!

Socalled – Work With What You Got

[Song from Goon (2011) movie end credit song list soundtrack] (youtube)

Start the music!

As I walk around feeling really good
About everything from my health to my hood
realize that I’m blessed with a lot
So all I gotta say is work with what you got

They say my voice really wasn’t made for rapping
Straight out the deep homme it would never happen
As a teenager had my first child
and in all the photos you never seen a smile

But now I’m the best that ever did it
The greatest female rapper and they all must admit it
So all the haters I say thanks a lot
Life can turn out really good if you work with what you got

I know it’s hard but it takes some work to be (working with what you got)
If you got nothing or even if you got it all (working with what you got)
(x2)

If you have an idea just think it
If you have one eye just blink it
If you have a drop of rum just drink it
Working with what you got

If you got one leg just shake it
If you don’t want to smile than fake it
If you got one potato bake it

You got to walk it out until you can’t walk it no more (working with what you got)
You got to walk it, walk it until you know you score (working with what you got)
You got to walk it ’til you can’t walk it no more (working with what you got)
If you got nothing or even if you got it all (working with what you got)

Let me hear you sing along

I know it’s hard but it takes some work to be (working with what you got)
If you got nothing or even if you got it all (working with what you got)
(x2)

Any time you see (?) shows you a cove
I know deep in your heart you don’t deserve
You maybe ticking a licking and keep on ticking
That’s the way it’s gonna keep do nothing

Cause life can turn out good if you work with what you got

Let me hear you sing along

If you got nothing or even if you got it all
Work with what you got!

Play your own turf

There was a say ” Babies are born genius, but the parent spent the first 5 years of the child’s life degeniusing them“.. I cant say that i am not agree with this statement. Some of us, the parent, terlalu jumud dan tidak berfikir di luar kotak dan hanya mengikut acuan yang dibentuk oleh ibu-bapa kita dari kecil. Tidaklah bermaksud acuan tersebut salah, tapi sebagai generasi yang banyak terdedah dengan ilmu parenting, tak kiralah dari barat atau timur, Islam atau tidak, sepatutnya, cara didikan dan apa yang diimplan ke dalam minda anak-anak kita lebih baik dari dahulu.

Jika dahulu, kita diajar untuk mengikut kata ibu-bapa dan dianggap derkaha jika menentang, kita tidak boleh mengimplan perkara ini ke dalam minda anak-anak. We have to admit that the world is changing so rapidly. We can’t be too proud saying that we know everything. With the evolvemnet of  technology, its not surprising if our child become more brilliant each day. They might argue with us on certain thing we asked them. But, we can’t say that they are Derhaka..! We should take that as freedom of opinion based on the fact that been presented. When we allow our child to choose what they wanna be, we let them play at their own turf.

We can’t, however, simply let them choose without guidance. First and foremost, we should built the strongest foundation in their heart and mind. Implan dalam minda dan hati mereka mengenai konsep ketuhanan yang sejati. Ini lah asas yang terpenting. Apabila konsep beragama dan bertuhan ini kukuh, apa jua cabaran akan dapat di tackle dengan berkesan.

Biarkan anak-anak ini memilih padang mereka sendiri. Jangan diketawakan jika mereka gagal dikemudian hari. Di situlah peranan ibubapa untuk sentiasa membantu mereka berdiri kembali.

Kejayaan bagi setiap insan berbeza definasinya. Mungkin dengan berjawatan tinggi, berkereta mewah dan berumah besar adalah definasi kejayaan bagi Si A, tapi tidak bagi si B.  There’s no One-size-fit-all definition for Success. We should stop looking at others and focus on what we want most in life. In order to focus, however, we need to have clear vision on what we want first. After we already have that goal, now we move toward it, and focus to achieve it and play it at our own turf. That way, we’ll be more comfortable and know what we are doing. There’s no need to tell and convince others just as long you know what you are doing.
So, come on guys, create and play your own turf!.

Posted using Tinydesk Writer iPhone app

Few quotes that inspire me…

Tengah-tengah malam ni terasa nak tulis blog yang dah beberapa hari tak terusik.  Jadi suri rumah dan menjaga  Haris betul-betul exhausted dan agak sukar mencari masa untuk update blog. But don’t get me wrong, I’m not complaining, instead i really enjoy to see him getting smarter each day. I just need more time to adjusting my new life.

By the way, dalam sedang mencari-cari idea nak tulis tentang topik apa, suddenly bumped into these few quotes yang betul-betul inspire me. I think i should share it manalah tau ada orang lain yang terinspired juga kan…

It’s so true , dont you agree?

Erm… Maybe LUCK also plays an important role here.

I am totally inspired by this.

I hope, my decision to take the different route in this life, is the best. Insya Allah

I really like this statement. Dalam hidup ini, kita hidup dalam keterbiasaan. Kita didididk untuk sentiasa mengikut trend, atau norma hidup atau kebiasaan. Kita takut untuk melakukan sesuatu yang di luar norma kebiasaan. Kita takut untuk berada di luar kotak atau garis yang telah dilukiskan untuk kita. Persolannya, mengapa perjalanan hidup ini perlu ditentukan oleh orang lain? Mungkin ramai yang tidak setuju dengan pernyataan ini tapi cuba duduk dan berfikir dengan hati terbuka dan fikiran yang lapang. Ask this question to yourself, ” Are we living the life the way we really wanted? Or are living it they way the system want it to be?”

Sekian saja sesi mengarut.. bertemu lagi…