Psoriasis- Produk untuk kulit kering dan gatal

Ramai pesakit psoriasis yang datang ke farmasi saya. Ada antara mereka yang tidak tahu pun yang mereka sedang menghidap psoriasis dan mostly ingat mereka sedang mengalami reaksi alergi ataupun jangkitan fungal.

Apapun, yang paling saya tekankan untuk mereka yang ada psoriasis adalah pastikan kulit mereka sentiasa lembab. Yes, saya tahu ramai yang akan cakap, lecehlah kalau asyik nak kena pakai msturiser atau lotion, tapi memang tulah rule of thumbs in management of dry and itchy skin in psoriasis.

Antara bahan yang perlu diperhatikan kalau nak beli lotion atau krim untuk psoriasis ni adalah seperti berikut:

1. Salicylic acid

Sekarang ni banyak skin care atau lotion yang dah dicampur dengan salicylic acid ni. Jangan risau, walaupun namanya ada acid tapi. Ianya bagus untuk lembutkan atau hilangkan sel kulit mati atau dalam kes psoriasis, bagus untuk hilangkan atau kurangkan keruping2 di kulit. Biasanya salicylic acis ada dalam bentuk cream/lotion untuk spray dan juga dalam bentuk ointment. Beprosalic ointment, Salosone ointment, Betacylic ointment adalah antara brand yang dikenali. Boleh dibeli di farmasi2 sahaja kerana ianya adalah ubat terkawal.

Beprosalic Lotion sesuai dipakai di kulit kepala dan belakang telinga. Price RM28-35
Beprosalic Ointment untuk kegunaan di tangan, kaki dan badan. Price: RM18.90-22.90

2. Ceramide

Ceramide ni macam yang saya selalu bagitau, fungsi dia adalah macam simen yang mengikat batu bata. Untuk mereka yang ada psoriasis, semasa tengah flare, keadaan kulit kita agak rapuh dan mudah break menyebabkan kulit menjadi luka, kemerahan dan rapuh. Untuk itu, lotion atau cream yang mempunyai ceramide amat sesuai digunakan semasa psoriasis sedang flare-up. Ceramide lebih sesuai dan diperlukan oleh penghidap eczema.

Mandian Ceravis . Beli disini :https://shp.ee/gzid9eh

3. Urea

Antara features utama psoriasis adalah kulit yang kering dan gatal. Oleh kerana tidak advisable untuk memakai krim steroid dalam jangka masa yang lama, Urea adalah sesuai digunakan untuk membantu mengurangkan kegatalan di kulit. Kalau pergi farmasi, boleh try minta cram Urea ya. Ada yang dicampur dengan steroid ada jug yang plain. Qarbyx 10 adalah antara yang saya selalu rekemen pada mereka yang datang mengadu gatal kulit.

Carbyx 10 – Urea 10%, 100g (RM35-40)

3. Calcipotriol

Calcipotriol merupakan analogue kepada Vitamin D3 yang akan membantu mengurangkan kecepatan penghasilan sel kulit bar. Macam kita tau, kenapa kulit orang psoriasis menjadi berkeruping adalah disebabkan sel kulit terhasil dengan lebih cepat dari rate biasa. Penggunaan Calcipotriol dalam bentuk sapuan dapat membantu mengurangkan penghasilan keruping. Nama produk yang ada calcipotriol adalah Daivonex dan Daivobet (kombinasi dengan steroid). Masa saya kena flare yang pertama dulu, sebelum masuk ke mesin fototerapi, saya kan sapu dulu cream daivobet ke kawasan yang berkeruping tebal kemudian baru saya masuk dalam chamber tu. Memang alhamdulillah, ianya bagi kesan yang lebih cepat dan efektif.

kombinasi dengan Betamethasone (stteroid) untuk mereka yang tidak tahan gatal dan mempunyai simptom radang (merah, bengkak, gatal) Price: RM130-160
Plain calcipotriol – (harga sekitar RM150-180)

4. Pine tar

Untuk mandian atau shampoo, carilah shampoo atau mandian yang mempunyai pine tar atau coal tar. Mereka mempunyai fungsi anti radang dan antibacterial. Sebab tu semasa menderita kegatalann mandilah mengunakan mandian yang mengandungi Pine Tar. Antara produk mandian yang mengandungi pine tar adalah Pinetarsol, Sebitar dan Mentar.

Whatapp saya untuk mendapatkan produk Pinetarsol di https://wa.me/0132092866/nakpinetarsol

5. Oatmeal

Ada mandian dan lotion yang mengandungi orgnic oatmeal. Oatmeal ni bagus dalam membanatu mengurangkan gatal2. Untuk mereka yang mempunyai eczema dan psoriasis, cubalah berendam dalam air suam yang diletakkan oatmeal. Insya allah akan bagi kelegaan segera. Antara produk yang mengandungi oatmeal adalah Aveeno.

6. Probiotik

Pelikkan? Tapi percyalah memang wujud ye mandian, lotion dan cream yang mempunyai probiotik spesifik untuk kulit. And memang ada banyak feedback positif yang kita terima lepas pakai range yang ada probiotik ni. Brand yang ada di farmasi kami adalah Boyan-i. Customer kami yang banyak bei adalah dari Singapore.

Boleh dapatkan disini : https://shp.ee/xp9rrfa

Oklah, sampai sini dulu perkongsian untuk harini. Secara jujurnya masa saya kena flare, lotion yang saya paling sukapakai adalah crem dan Lotion Boyan-i. Saya nampak kesan yang lebih baik bila pakai brand ni. Tapi bukan bermaksud saya pakai Boya-i semata2 ye. Ikut keadaan flare saya juga. Masa Flare paling teruk, saya akan pakai Daivobet atau Beprosalic ointmnt as base product. Yang biasanya saya akan sapu sekali atau dua kali sahaja. Tapi antara masa tersebut, bagi mengurangkan rasa merenyam dan kering, saya akan menggunakan krim urea dan Boyan-i lotion.. These combination works wonder for me.

Meh share apa pula kombinasi yang sesuai untuk anda dan yang memang anda guna semasa psoriasis anda flare up. Moga perkongsian anda dapat membantu sahabat2 lain yang sedang struggling mencari produk yang sesuai untuk mereka.

#psoriasistipsandinfo #psoriasisfighter #driskinproductSelangor #Produkkulitkering #produkuntukpsoriasis

Jika anda hendak membeli produk2 yang dinyatakan diatas, anda boleh menekan link yang disertakan atau berhubung dengan saya di https://wa.me/60132092866 untuk pembelian secara post atau anda boleh datang terus ke farmasi saya dan kita boleh bincang dan borak secara terus tentang masalah psoriasis anda.

Sampai jumpa lagi di posting seterusnya

Leave a comment