Everyone have their own clock. Wait for your time

Got to share this awesome video

Life clock

Remember, never compare your precious self with others! Everyone have our own path, and we are destined to live our own way.

Our definition of happiness is different for each person. But we will somehow find someone who share the same meaning someday!

We only live once in this world, but if we do it right, once is more than enough😘😘

Advertisements

Jika titik Mula berbeza, kenapa mengharap pengakhiran yang sama?

Permulaan perjalanan setiap pendiri bisnes adalah berbeza2. Setiap mereka adalah unik.

Ada yang bermula dari sebuah pengakhiran ( berhenti makan gaji), ada yang menyambung legasi keluarga, ada juga yang bermula dengan pinjaman dan geran, ada yang bermula hasil limpahan dana ibu bapa, ada yang merangkak2 bermula dari kosong, ada yang mudah terbang tinggi kerana kabel ibu bapanya. Ada yang perlu bersengkang mata berjimat cermat dengan setiap sen yang dia ada untuk menambah beberapa cawangan, ada pula yang bermula dengan 10 cawangan sekaligus.

Jadi setiap usahawan atau pendiri bisnes mempunyai permulaan yang berbeza. Laluan mereka juga berbeza, ada yang menempuh jalanyang lurus hingga ke puncak jaya. Ada juga yang terpaksa meredah onak duri ranjau derita untuk sampai ke puncak kejayaannya. Apapun, masing2 tetap melalui fasa pertengahan untuk membangunkan bisnes masing2.

Ada yang kecundang di pertengahan, ada yang alhamdulillah pengakhirannya memang sungguh membanggakan.

Tapi itulah, kadang2, terdetik rasa cemburu bila melihat perniagaan kawan bukan main laju berkembang. Sedangkan kita terasa sungguh payah untuk kedepan. Ada sahaja halangan dan masalah yang membantutkan usaha. Hingga ada masanya terasa seperti mahu berhenti sahaja.

Jika hadir perasaan itu, cepat2lah bawa semula hati dan akal kepada permulaan kita. Tidak adil hanya membanding situasi semasa, bandingkanlah juga permulaan kita. Kadang, kita akan berasa lebih lega kerana yang sebenarnya kita bukanlah selembab mana. Kita berada di jalan yang sama dengan rakan kita cuma timeline kita berbeza.

Itulah sebabnya mengapa seseorang pendiri bisnes perlu sentiasa bersandar kepada Allah Yang Maha Pengatur ( Al Bari'). Al Bari' tahu bila masa yang sesuai untuk kita berjaya. Akan diaturkan alat2 dan orang2 yang akan menjadi batu loncatan kearah kejayaan kita nanti. Sentiasalah yakin dan basahilah lidahmu dengan zikir Allahumma Ya Bari' setiap hari.

Allah juga Mada Adil dan Teliti (Al Adl', Al Khobir( kerana bukanlah satu kebetulan kita tiba2 berkawan dengan sahabat yang ada di sekeliling kita hari ini. Secara teliti Allah pilihkan mereka yang akan membantu kita untuk hadir dan menjadi sahabat kita. Kita juga ada manfaat kepada kehidupan sahabat kita itu.

Maka, tidak perlukah mempersoalkan mengapa ada orang mendapat nasib yang baik seperti dilahirkan menjadi anak orang kaya yang berpengaruh, atau menjadi anak raja atau sultan atau anak Siti Nur Halizah. Memanglah, pada pandangan mata kita tentu mudah jika dilahirkan dalam keluarga yang banyak harta. Banyak perkara yAng boleh dibuat tanpa perlu berkira2 contohnya, buka klinik yang cantik, buka banyak farmadi dengan stok yang penuh, bayar staf mahal, tambah cawangan restoran dengan cepat dan berbagai2 lagi.
Tapi , Allah Al Musawwir pasti telah menuliskan jalan hidup yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Yang pasti, nasib setiap manusia itu adalah berkait antara satu sama lain. Ada yang rugi hari ini supaya yang lain mendapat untung esok hari. Ada yang kemalangan di sini, supaya tiada kemalangan lebih besar berlaku disana.. Begitulah hebatnya Allah yang Maha Mengatur dan Maha Bijaksana.

So, be happy with who you are and where you are now. Berdamailah dengan takdir dan tak perlulah cuba mengambil kerja Allah yang Maha Pengatur dan Maha Memberi Rezeki dan Maha Mengkayakan itu… Tenang, tenang aja yee!!

Siapa yang baca sampai habis post ni, pasti Disebabkan oleh Allah yang melorongkan dan membuka hatinya untuk membaca coretan ini. Mungkin saja hatinya sedang rawan dn berduka. Moga kalam ini menjadi penyejuk hati dan sedikit sebanyak dapat menenangkan jiwa. Amiiinnn…

#kolamjiwa
#refleksidiri

Ada ke ubat untuk buasir semasa hamil?

Mengandung merupakan satu pengalaman yang terindah buat semua wanita. Namun, setiap wanita pasti mengalami pengalaman yang berbeza2. Ada yang melalui proses kehamilan dengan mudah dan tidak banyak masalah. Namun ada juga yang diuji dengan berbagai-bagai masalah kesihatan yang melibatkan perubahan hormon.

piles-in-pregnancy

Antara masalah kesihatan yang biasa berlaku pada wanita yang hamil adalah Buasir. Ada banyak faktor mengapa wanita hamil mudah mendapat buasir. Antaranya adalah sembelit yang berpanjangan, kurang minum air dan mungkin juga akibat duduk yang terlalu lama.

Semasa hamil, salur darah di bawah uterus akan mengalami tekanan akibat berat bayi yang bertambah. Simptom2 buasir yang biasa adalah kemunculan darah merah terang selepas membuang air besar, dan rasa gatal di area anus.

Bacaan lanjut mengenai buasir boleh dibuat di website BabyCenter.

Antara tips untuk mengelak mendapat buasir semasa mengandung adalah:

  • Minum banyak air semasa mengandung.
  • Jangan bertangguh apabila ada rasa untuk membuang air besar.
  • Gunakan tandas cangkung. Jika menggunakan tandas duduk, angkat kaki ke atas bangku semasa membuang air besar.
  • Bersenamlah dengan kerap. tapi pastikan senaman yang sesuai untuk wanita hamil tau.
  • Makanlah buah atau sayur yang mempunyai banyak serat.

Ada beberapa cara untuk mengurangkan kesakitan buasir yang boleh dilakukan tanpa ubat. Antaranya adalah,

  1. Mandi atau merendam punggung dengan air suam. Boleh cuba guna Sitz Bath.sitz bath
  2. menuam bahagian yang sakit menggunakan pek ais
  3. Cuba tolak masuk bahagian yang terkeluar menggunakan jari secara perlahan2 semasa sedang mandi.

Ada ke ointment atau ubat yang boleh digunakan untuk merawat atau mengurang buasir semasa mengandung?

Buasir biasanya boleh hilang dengan sendiri selepas beberapa minggu bersalin. Tetapi jika kesakitan tidak dapat ditanggung dan tidak menyelsakan anda, anda boleh meminta doktor menpreskrib anda dengan cream sapu untuk kurangkan gatal atau pun suppositori untuk mengecutkan bengkak tersebut.

Antara produk buasir yang terdapat di Farmasi Ideal yang selamat untuk wanita hamil adalah seperti berikut:

  1. Pilax cream (Himalaya)pilex-ointment-530
  2. Hemopropin.

Bahan utamanya adalah madu. Main function adalah untuk melegakan kegatalan dan mengurangkan bengkak menggunakan bahan2 semulajadi.

3. Benostan

Yang ni dalam bentuk spray. Agak effective dan mudah. Fungsi utama adalah untuk mengecutkan bengkak dan mengurangkan kesakitan.

4. Proctosedyl Ointment dan suppository

Product yang ini ada tiga fungsi. Satu untuk mengecutkan buasir, kedua untuk mengurangkan kesakitan, dan yang ketiga untuk mengurangkan kegatalan.

5. SITZ Bath

Sitz bath ni bukan sahaja untuk mengurangkan sakit dan bengkak buasir tetapi juga boleh digunakan slepas bersalin. Lebih-lebih agi yang bersalin normal.

So itu jelah info produk berkaitan buasir untuk wanita hamil yang ada di Farmasi Ideal. Untuk buasir yang lain, ada juga ubat makan. Tapi perlulah dapatkan pemeriksaan doktor dulu ye.

Jika anda perlukan pertanyaan lanjut atau nak tau macam mana nak dapatkan produk2 tersebut, bolehlah hubungi kami di 03-5166 5866. Consultant kesihatan kami juga Ahli farmasi kami yang dedikasi sedia melayan pertanyaan anda. Follow juga FB kami : Farmasi Ideal untuk mendapatkan maklumat2 berkaitan kesihatan dan ubat-ubatan terkini.

Sampai berjumpa lagi di post yang lain!

Bila anak ramai…(eh, 3 tu kira ramai ke?πŸ˜‚πŸ˜‚)

Dulu masa cuma ada Haris je, bila pergi majlis kahwin aman je nak makan dan berborak ngan kawan2. Boleh lagilah nak pakai ala2 diva gitu.

Tapi bila dah ada 3 orang ni, tengah fasa lasak pula tu, asal kata nak pergi majlis kahwin atau apa2 kenduri, mesti akan fikir 18 kali dulu😣😣😣. Dah terbayang dah scene Haris lari berkejaran dengan kawan baru, scene Luq bersemayam atas pelamin, scene azra nak terkencing, dan scene mun cung mommy memanjang sampai boleh sangkut hangerπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Dulu selalu macam terdetik kat hati kenapalah parents bagi ipad kat anak2. Layanlah budak2 tu.

Bila dah ada 3 orang ni, baru faham kenapa. Huhuhhhu.

Setiap anak mempunyai karekter yang berbeza. Anak pertama mungkin pendiam dan mudah diatur. Tapi anak kedua mungkin lasak dan kuat merajuk. Anak ketiga mungkin hyperactive dan tidak boleh duduk diam lebih dari 10 saat.

Jadi kalau baru mempunyai seorang anak, baik dan pendiam pula tu,janganlah nak kecam parent lain pula. Konon kita sorang pandai asuh dan didik anak. Siap bagi tips dan nasihat parenting lagi kepada parent yang ada anak 5-6 ni. Anak2 ni bukan robot tau. Setiap satu lain cara nak olah dan aturnya. Sebab tu parent kena faham sungguh karekter setiap anak mereka.

Tak perlu nak compare anak kita dengan anak orang lain. Kalau anak kita baik, alhamdulillah. Kalau lasak pun alhandulillah. Every kid is special in their own way.

Tak perlulah nak rasa kita ni hebat sangat dan mengecam orang lain tak reti disiplinkan anak. Sebab, kadang2 pada pandangan kita anak yang duduk diam dan melekat je dengan kita tu adalah anak yang baik. Yang lasak huru hara tu pula terus kita label sebagai budak nakal. Tidak ye.

Kadang budak yang lasak ni memang ada penyakit ADHD, (Attention Defisit Hyperactivity Disorder) keadaan di mana kanak2 ni memang tak dapat menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara untuk waktu yang lama. Budak macam ni kita nampak dia akan sentiasa bergerak dan sentiasa explore. Baca di sini untuk tahu lebih lanjut mengenai ADHD.

Mereka biasanya perlukan perhatian dari pakar dan akan diberikan ubat. Tapi ada parent yang denial dan anggap yang budak tu memang nakal dan ada ego yang tinggi. Tak mau bawa jumpa psiakiatris sebab takut orang mengata dan cakap gene mereka tak sihat. Isk, isk isk, ketepikan lah ego tu. Kesian kat anak tu. Nanti mesti emosi dia akan terganggu sebab orang asyik marah dan labelkan dia jahat dan nakal. Budak macam ni pun akan susah menerima pelajaran seperti budak normal yang lain. Mereka perlukan sesi pembelajaran yang khas. Natijahnya, mereka akan tercicir dalam pelajaran dan kelihatan seperti mereka adalah kanak2 yang tidak bijak dan bermasalah. Padahal, mereka telah dinilai secara tidak adil.

Itulah sebab kenapa setiap parent perlu peka dan faham dengan karekter setiap anak mereka. Walaupun semua anak kita lahir dari rahim yang sama, minum susu dari badan yang sama, dijaga dan dibelai oleh tangan yang sama, karekter dan perangai mereka tetap akan berbeza. Di sini lah salah satu dari kehebatan dan kebijaksanaan Allah Al Musawwir,Al Hakim dan Al Kholiq.

Saya juga kadang kala sangat stress dengan 3 orang cekodok tu. Dan masih belajar memahami anak2 sendiri. Tapi bila terfikir, cepat nampak tua kalau selalu marah, saya try bersabarrrr… HahahahH…Tu yang rasa nak sangat buat S.T.A.R analisis dengan Pn Sharifah Fadzliah dari SFA School of Mindset. Analisis guna fingerprint. Menarik kan?!

Nanti saya cerita apa itu Analisis STAR di post yang lain ye.

Bye!!!

When everything goes wrong….

Bulan Mac ni macam2 dugaan yang melibatkan wang ringgit. Mostly diakibatkan oleh keganasan Luq.
Mula2 windscreen kereta Merc retak, pastu dia pecahkan screen TV 3D, latest dia pecahkan skrin phone pula…

Ermmm, memang geram tapi masa kejadian tu berlaku, speechless. Senyum kelat je lah..

Pastu mulalah muhasabah diri.

Mesti terkurang bayar zakat, atau kurang sedekah, atau ada bahagian dari rezeki yang dapat dari cara yang x betul.

Or, mesti tu cara dia nak mintak perhatian dari mommy dia kot…!!

Apapepun, memang senak gak rasa otak bila fikir kerugian2 tu. Tapi alhamdulillah lepas Allah aturkan hingga dapat pergi program asmaul husna semalam, everything seems smooth je. Lapang je dada dan hati. Saya serahkan semuanya pada Allah utk uruskn. Allah Al Bari'. Dia yang Maha Pengatur.. kita ni selalu rasa susah hati sebab kita try nak buat kerja Allah.

Kadang tu saya terfikir gak, mungkin dugaan demi dugaan Allah bagi ni bertimpa2 pulak tu sebab saya dah lama tak mengadu dan merintih pada Dia kot. Sembahyang pun ala kadar sekadar untuk cukupkan 5 waktu je. Takde keghairahan pun nak berborak dengan Allah. So, Allah bagi cukup2, sampai the only choice and pertolongan is from Dia sahaja..😭😭😭😭😭.

Thanks pada Dr. Azura yang tak jemu2 mengajak kami untuk menghayati dan mengaplikasikan Asmaulhusna dalam kehidupan. Kena betul2 amalkan dan serahkan diri pada Allah Al Mutakabbir!!

Tengah try menyucikan jiwa guna terapi asmaul husna.

Ada masa jom lah join program terapi asmaulhusna ni.. nanti saya war warkan ye..

Ok bai😍😍😍

#imfeelingmuchbetternow
#Allahumma Ya Bari'

Im not a Wonder Women

There a time when you feels like u have failed. Failed as a mother, as a wife, as a daughter, as a community, as a pharmacist,πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯.

Ada masa terasa nak tekan butang reset. Tapi soalannya, nak reset dari bila? Am i regretting my life, Nope!! Not at all… Im totally blessed. Cuma, ada satu rasa dalam diri yang berkata macam kita x beri yang terbaik lagi.

Dalam banyak2 benda, saya rasa paling failed as mother. Disebabkan tugas saya sebagai community pharmacist dan maritime pharmaciat ni, saya perlu samada outstation atau berada di premis farmasi at all time. (Masih belum mampu hire resident pharmacist lagi). Sebagai mak kepada 3 orang anak yang berumur antara 3-7 tahun, seharusnya inilah masa dimana anak2 paling perlukan perhatian dan belaian seorang ibu. Tapi, disebabkan jadual kerja yang sangat ketat dan sibuk, tugas menjaga dan membesarkan anak2 banyak dipikul oleh bapa mereka.

My husband have done very good job in raising these kids. Tapi anak2 yang membesar tanpa cukup perhatian ibu ni lain perangainya. 😯😯. Lagi yang membuat saya sedih adalah bilamana anak2 sanggup berjaga untuk tunggu kepulangan saya dan bersungguh untuk bercerita hal mereka di sekolah. Sampai kadang2 berebut nak cerita sampai bergaduh. Dan akhirnya membuat saya marah sebab tak dapat tahan karenah mereka dicampur lagi dengan kepenatan. Tapi sebenarnya,budak2 tu cuma nakkan perhatian mak dia je.

Its about time for me to realign and adjust my life. Fow women, the priority must always be a muslim first, then family, then only the career. Kalau lelaki, aturannya lain sikit. Always muslim first, then career then family.

I must take action now. Jangan sampai bila kita dah tak sibuk, anak pula dah tak perlukan kita. Ermmmm….

Teringat kata2 seorang sahabat, membesarkan anak2, bukan sekadar memberi makan minum dan memberikan pakaian. Akhlaknya, akidahnya, agamanya semua perlu diberi perhatian. Bukan oleh gurunya, tapi sebaiknya dari ibu dan bapanya.

Post ni ditulis dikala sedang merasa down yang teramat. Ada masanya, kita akan rasa sangat motivated. Tapi ada juga masa kita akan terasa seperti seorang yang sangat loser. And its always okay to admit that we are not a wonder woman. But, there are thing and condition that we do cant be done by wonder women!!

Im so blessed to be surround by people that always supporting me. Friends yang always bagi kata semangat dan diam2 rupanya always me doakan saya. Tq so much. Tq Allah for all the good things you gave me.. Guide me to the right path dan bantulah aku untuk tidak menjadi orang yang rugi di akhirat nanti.

Vitamin untuk kulit. C atau E?

Kulit yang cantik bukanlah kulit yang putih melepak, tetapi kulit yang cantik adalah kulit yang sihat, tidak kusam dan terhidrat.

Ramai bertanya vitamin apa yang sesuai untuk kulit yang kusam.

Perdebatan selalunya adalah antara vitamin C dan E.

Meh kita kupas sikit pasal 2 vitamin ni.

Vitamin C

Vitamin C adalah sejenis anti oksidan. Selalunya akan ada banyak dibawah lapisan kulit. Fungsinya jika secara mudah nak faham adalah, dia akan ambik sinaran UV yang bahaya tu dan tukar jadi bahan yang tak bahasa kepada kulit. Semua orang tahu, UV light ni boleh menyebabkan kanser kulit kan? Jadi Vitamin C ni kiranya macam pendinding lah.

Selain itu, ia juga memastikan penghasilan kolagen dalam badan adalah mencukupi. So, kalau rsa kulit ala2 kusam and tak tegang tu cubalah boost dengan vitamin C. Dose harian untuk dewasa adalah dalam 1000mg. Sebab semakin kita berusia, semakin kurang penghasilan kolagen tu.

Vitamin E

Vitamin E juga adalah sejenis antioksidan dan mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan Vitamin C dalam reaksinya terhadap sinaran UV. Cuma ianya tidak mempunyai efek langsung dalam penghasilan kolagen. Vitamin E lebih efektif jika disapu berbanding dimakan. Jika anda mengalami masalah kulit kering, cuba sapu minyak vitamin E selalu. Pasti akan nampak perbezaannya.

Tapi kan, sebenarnya, makanlah apapun jenis vitamin, rules yang paling penting adalah, anda perlu minum air kosong dengan banyak. Itulah kunci untuk memastikan semua vitamin yang anda ambil berfungsi dengan baik. Kulit yang mendapat cukup air, pasti akan glowing dan nampak gebu walaupun gelap.

Jika ditanya, mana lebih efektif, yang dimakan atau disapu. Bagi saya, dua2 pun penting. Bagi area yang terdedah dengan pancaran matahari, sapuan krim yang mengandungi vitamin C dan minyak Vitamin E adalah perlu sebagai extra protective measure. Lebih lebih lagi di negara khatulistiwa seperti Malaysia.

Pengambilan suplemen juga sama penting kerana reaksi oksidasi yang menyebabkan sel2 kanser menjadi aktif bukan sahaja berlaku di kulit tetapi juga di dalam organ dan sel lain di dalam tubuh badan.

Antara produk vitamin C dan E yang laris dan selalu mendapat permintaan yang tinggi adalah seperti berikut:

1. Flavette Effervescent Glow

Ni paling top sekarang ni sebab penangan drama Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Nellydia Senrose tu.

Dalam dia lengkap ada Glutathion(untuk cerah), Vitamin C dan Vitamin E. Memang powerful untuk kulit. Harga dia antara RM35-40 untuk botol yang mengandungi 15 biji tablet.

2. Live-Well Time C-500 with RoseHip

Saya suka rekemen brand ni sebab dia jenis Time release. Maksudnya, sebijik tu cukup untuk satu hari walaupun dose dia cuma 500mg. Sebab teknologi dia, dia akan release dose tu sikit2 dalam usus untuk diserap. Lepas tu harga dia pun berpatutan. Satu botol cukup untuk 5 bulan.

3. Organic Aid Vitamin E oil and moisturizing cream

Yang ni saya selalu rekemen kepada mereka yang nak hilangkan parut jerawat dimuka. Atau sebagai moisturizing agent yang guna masa steroid free period bagi pesakit ekzema atau psoriasis yang menggunakan krim steroid.

Untuk kesan parut tu, memang ambik masa sikit kalau pakai minyak ni tapi dia akan bantu merawat kulit sekali. Parut hilang, kulit pun jadi halus dan flawless je.

4. Nature’s Bounty E-400

Yang ni untuk mereka yang nak cari vitamin E yang plain. Dia boleh guna dua cara. Satu ditelan, satu lagi, boleh pecahkan soft capsule tu pastu minyak dia boleh oleskan kat muka sebagai anti parut atau untuk kecutkan jerawat.

5. UHC Vitamin C+E+Rosehips

Yang ni product baru masuk di Farmasi Ideal. I choose utk simpan sebab bagi pandangan saya, kandungan dia sangat baik untuk kulit. Walaupun baru masuk, ramai customer setuju untuk cuba sebab kandungan extra dia adalah rosehip. Saya pun belum cuba lagi. Tapi kalau anda ada bajet yang tight, boleh choose supplement yang ini sebab both Vitamin C dan E ada. Dankalau anda takde masalah besar sangat dengan kulit muka cuma sekadar nak kasi glow je, yang ni dah mencukupi tanpa perlu mengambil cream dia.

Tapi kalau ada parut atau jeragat disertai dengan kulit yang terlampau kering, boleh lah ambil sekali krim dia. Untuk effect yang lebih baik dan berkesan

6. Last but not least, untuk mereka yang mencari pelembab muka untuk masalah jeragat, kering dan kusam, boleh guna cream dari jenama Fruit of the Earth. Cream dia sangat likat, sesuai untuk dijadikan mask waktu tidur. Biarkan ianya meresap dalam kulit dan esok pagi anda akan rasa kulit macam lembab je. Kalau kerja anda jenis yang memang kena berpanas, choose yang ada Aloe vera tu. Dia boleh sejukkan dan rawat kulit. Vitamin E pula akan babtu melindungi dari pancaran uv yang merbahaya tu.

So, itulah antara produk vitamin C dan E yang selalu saya rekemen kepada customer yang meminta pendapat untuk masalah kulit mereka.

Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah PM di Fb page Farmasi Ideal. Consultant kesihatan kami sedia memberikan konsulatasi kepada sebarang masalah anda.