Posted in My Drug Stor

Bekerja Makan Gaji vs Berniaga

Pernah dengar ungkapan-ungkapan seperti ini? Di sini ada beberapa koleksi kata-kata yang dikutip dari pelbagai forum bila tajuk post ni di taip di ruangan search En. Google.. Erm, terjentik minda untuk memberikan komen balas dan pandangan sendiri terhadap komen-komen tersebut. However, perlu diingat, those  are only my 2 cents as everyone is entitled to have opinions, right?
1. Ko pernah masuk kursus keusahawanan tak? Ko cakap bukak Franchise.. ko tau ke apa masalah yang akan timbul.. dokumen yang diperlukan… OD bank.. mcm2 lah… Ayah ko bukak bisnes boleh la cakap… cuba datang dari keluarga yang takde bukak bisnes.. mesti ada sedikit penentangan.. pressure untuk memecah tradisi family ni. TQ
My komen:
Tiada siapa berani nafikan, memang susah nak berniaga. But, High risk-high return.. Uols ingat chinese yang kaya tu senang-senang ke kaya. Diorang pun pernah melalui semua dugaan ni. Semua dah rasa tersungkur..Ingat Mukhtar Bukhary tu secara tiba-tiba ke boleh dapat AP beras and bukak syarikat? Yang penting is how brave you are to take the first step!! And family background mungkin memainkan peranan tapi ingatlah, dalam setiap family yang berniaga, mesti ada satu generasi yang menjadi pemula, yang berani memulakan langkah pertama!
2. Pada yang nak resign dan bisnes pastikan at least ada backup fund 12-24 bulan gaji.. Jangan terus nak full time biz but start part time dulu ambil feel….
My komen:
Bila bisnes tu adalah part-time based and kita ada source income lain yang lebih stabil, kita tak kan bersungguh-sungguh dengan bisnes tu. Tapi, bayangkan kalau bisnes tu lah satu-satunya income kita untuk bayar segala hutang (kereta, rumah, makan anak bini, dan segala mak nenek), konfirm uols akan buat sehabis baik dan give 200% of effort kan? Percayalah, kita tak sedar yang kita ada potential yang sangat menakjubkan sebab we’ve never been push beyond our limit. About ada back-up fund for 12-24 months before berenti kerja, i rasa macam tak berapa setuju. Sebab by the time uols ada simpanan banyak tu, uols confirmed dah berada di zon super selesa and lebih takut dan keluar dari zon tersebut. Masa tu uols tak kan hendaknye bersusah payah and start from scratch. Nak niaga seeloknya dari muda, less komitmen, if jatuh, still boleh bangun lagi.
3. Kebanyakkan dari kita telah diimprint dan dididik dari kecil dengan pemikiran:
a. Belajar pandai-pandai, bila besar nanti dapat kerja bagus.
b. Makan gaji, masa depan terjamin
c. Orang bisnes takde masa depan. Boleh gagal bila-bila
d. Jangan buat business, nanti kalau pinang anak orang, kena tolak.
dan banyak lagi pemikiran negatif yang menakutkan tentang bisnes. Jika dari kecil dah tertanam pemikiran macam ni, memang tak hairanlah jika ramai yang tak nak berbisnes dan selesa makan gaji.

My Komen:
Sangat setuju dengan pernyataan ini. Ini adalah pemikiran yang di tanam dalam minda anak-anak melayu. Pernah berborak ngan nyonya cina, dia kata anak orang cina kalau pandai di suruh berniaga, yang bodoh and so-so je dalam pelajaran di suruh kerja makan gaji ngan kerajaan.. Aduh!!! Maknanya kita yang kerja makan gaji ni setaraf ler ngan anak-anak orang cina yang bodoh ye? Patutlah, anty-anty cina tu sesuka hati je nak marah-marah officer gomen ni.. Aduh..!!
4. Nak niaga kena ada modal besar… mana nak dapat?

My Komen:
Takde siapa cakap boleh berniaga tanpa modal. Memang kena modal. Kalau takde modal, carik. Banyak cara, Pinjam adik beradik ke , family ke, gi PUNB ke, carik investor ke. Paling best, kumpul modal sendiri, Plan and ada target bila nak start bisnes yang diidam-idamkan, tu pentingnya ada bisnes plan, ada gantt chart. Lepas dah target berapa nak guna untuk modal, buatlah bisnes kecik-kecik dulu, yang menggunakan modal kecik seperti jual goreng pisang ke, chakoi ke, pasar malam ke. Ni lah orang kata mula dari bawah. Tapi orang melayu tak sabar, dalam kepala otak dia, meniaga mesti ada kedai cantik, kena ada modal 200K-1 juta. Tak pandang peniaga-peniaga kecik ni. Dia tak tau, peniaga jalanan ni lah lagi kaya dan berjaya dari peniaga besar yang nampak gah tapi hutang keliling pinggang plus untung kecik. Hah, apa lagi? Nak modal kena berusaha, otak kena kreatif, ketepikan malu tu. Kalau betul-betul nak, mesti jumpa caranya. At least mulakan dengan membaca dan carik mentor! Ingat, mentor itu lebih penting dari duit 300K dalam tangan.
Setiap kali kita cuba menyatakan hasrat nak berniaga pada rakan-rakan yang sedang makan gaji dan ada pendapatan dalam RM3-4 sebulan, konfem diorang akan cerita kisah kawan-kawan diorang yang tak berjaya dalam perniagaan. Mesti diorang akan bagi fakta-fakta yang menakutkan. Mesti kata ” kalau tak maju macam mana?”. Persolan di sini, mengapa orang melayu  sering mensinonimkan perniagaan dengan kegagalan dan bukan kejayaan? Hasil yang akan kita dapat sangat berkait dengan mind set kita dan gambaran yang dipahatkan dalam minda bawah sedar kita. Jika kita sering mendengar dan membaca kisah kegagalan, tak mustahil perniagaan kita juga cenderung kepada kegagalan. Oleh itu, saya mengajar diri saya untuk sentiasa mendengar kisah kejayaan dan berkawan dengan orang-orang yang berjaya dalam bidang perniagaan yang saya nak ceburi. Do not poison your own mind!! We have the strongest mind power, use it!! And please dont discuss bisnes with orang yang tak berbisnes, u’ll end up getting all the facts wrong!!..
Advertisements
Posted in Book Review

Silent Millionaires

Hari ini nak ulas sikit tentang satu buku menarik yang baru beli semalam. Tajuk: Menjejaki Jutawan Senyap oleh Dr. Rusly Bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Li.

Buku setebal 296 mukasurat ini bersaiz B5 kelihatan begitu humble tapi isinya sangat menarik. Penyampaiannya juga amat mantap dan bersahaja. Kepada usahawan-usahawan Melayu Islam, buku ini umpama lampu suluh yang menerangi bilik yang gelap gelita.

Bagi yang masih tercari-cari motivasi untuk menerjunkan diri dalam bidang keusahawanan, buku ini mampu memberikannya. Buku ini menceritakan bagaimana kiah hidup beberapa orang biasa berubah menjadi jutawan senyap hasil bisnes kecil-kecilan yang dipandang orang sebagai low class. Kisah hidup insan bernama Hamidon, Sutinah, Sudoyo dan beberapa lagi yang tidak pernah didengari dan tidak seglamor Tan Sri Mokhtar Bukhary dipaparkan dan betul-betul memberi inspirasi dan membuka mata saya tentang perniagaan belakang rumah ini.

Orang melayu terlalu takut untuk berniaga dan terlalu bergantung kepada orang lain untuk rezekinya. Umpama Ayam belaan yang bising berkokok ke sana ke mari bila bertelur sebiji dua. Namun peniaga peniaga yang kita anggap low class kerana tidak bekerja di bilik yang berhawa dingin dan tidak memakai tali leher ini mempunyai falsafah Penyu yang amat menarik. Selama ini para peniaga kecil atau usahawan jalanan tidak dipandang orang. Mereka dianggap ‘kelas bawahan’ tidak ada pejabat dan tidak ada business card. Cara mereka berusaha macam penyu lepas ke lautan luas yang tidak tahu untung nasibnya. Apabila mahu bertelur pulanglah ia ke daratan dan barulah diintai orang. Bertelur ratusan biji tetapi tetap tidak bersuara, yang keluar hanyalah air mata. Akhirnya tanpa sedar harta mereka mencecah jutaan ringgit. Mereka masih tetap senyap. Tidak terpandang dan tidak terbilang. Tiada glamor, kuasa dan nama. Namun mereka tetap hebat…

Antara kisah yang paling menarik adalah kisah seorang pendatang haram bernama Diyono Santoso yang datang ke Malaysia secara haram pada tahun 1986. Untuk datang ke Malaysia, ibunya menggadaikan satu-satu harta mereka iaitu sawah kepada ketua kampung sebagai kos perjalanan. Sampai di perairan malaysia, Diyono perlu terjun dari bos dan berenang ke persisiran. Dalam kebasahan beliau diambil oleh tauke kelapa sawit dan bekerjalah beliau di ladang kelapa sawit selama setahun. Sedihnya, beliau langsung tidak pernah di bayar gaji. Akhirnya beliau dan beberpa rakan tekad melarikan diri ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, beliau menjadi berhati-hati takut di tipu lagi. Tiga bulan menganggur tapi mata dan otaknya ligat memerhati peluang. Beliau membuat kesimpulan,

1. Setiap orang yang lalu lalang di Kuala Lumpur mempunyai duit dalam saku mereka. Bezanya sikit dan banyak.

2. Barangan bernilai RM1 ke bawah tidak dijual orang lagi. Berbelanja RM 1 untuk dikira amat murah malah kanak-kanak juga mampu membelinya.

3. Barang apa pun kalau di bawa ke KL asal pandai mempromosi pasti laku.

Maka dengan satu-satunya kepandaian beliau iaitu membuat air soya dan cendol, beliau mula membuka warung jualan , itu pun menumpang di gerai orang di Kampung Baru. Hari pertama, air soya dan cendol tak habis dijual tetapi beliau berjaya mendapat hasil sebanyak RM 100.  Beliau bertambah yakin dan warungnya pon semakin bertambah. Dalam masa 3 tahun warungnya sudah berkembang menjadi 7 buah. Bayangkan saja pendapatan beliau jika pendapatan sehari minima setiap warung adalah RM100? Sebulan pendapatn beliau adalah RM21K.. Menarik bukan? Semasa hendak pulang ke Indonesia, dia menjual perniagaannya kepada pendatang lain dengan harga RM100,000 dan dengan simpanan lain, beliau membawa pulang RM 400,000 tunai ke Indonesia dan menjadi modal mengembangkan perniagaan lain disana. Beliau hairan mengapa orang Malaysia sendiri tidak boleh menjadi kaya seperti beliau. Katanya, “Hidup di Malaysia jika tidak kaya adalah Malang”.

Kisah ini membuka mata saya tentang keusahawanan dan persepsi mengenainya yang salah selama ini. Buku ini juga mengupas berbagai lagi kisah-kisah orang lain yang berjaya hasil dari jualan jalanan di pasar malam dan pasar lambak. Juga mengupas persepsi masyarakat melayu mengenai perniagaan.

Saya amat mencadangkan buku ini bagi sesiapa yang ada rasa ingin berniaga tapi tidak mempunyai idea dan motivasi serta masih takut-takut. Buku-buku beliau yang lain juga agak menarik. Beliau juga menganjurkan berbagai kursus motivasi dan juga kursus masakan. Walaupun saya tidak pernah mengikuti mana-mana kursus anjuran beliau berbanding kursus-kursus anjuran Azizan Osman, namun saya suka membaca buku-buku beliau yang sangat santai tapi isinya benar dan realistik kerana konteks subjeknya adalah dari kalangan tempatan dan bukannya icon-icon barat yang berjaya melalui jalan yang mungkin tidak terdaya atau tidak halal diikuti oleh orang Melayu Islam.

Selamat membaca sahabat sekalian…

Posted using Tinydesk Writer iPhone app