Posted in Uncategorized

Psoriasis: Pengalamanku

Salam sayang semua..hari ini nak share pengalaman saya menangani masalah psoriasis yang saya hadapi. Saya tak kan elaborate mengenai symptom atau apakah itu psoriaisis tapi lebih kepada modalities yang ada untuk manage psoriasis simptom. Kepada yang berminat untuk mengetahui mengenai psoriasis, sila klik di sini.

Post kali ini lebih ditujukan kepada insan-insan bertuah yang terpilih oleh Allah untuk mendapat penyakit ini. 

I have my first flare up selepas 5 bulan melahirkan anak pertama. Pada mulanya, saya just ignored kulit kering yang mula tumbuh secara bertompok2 di tangan dan badan saya. ImageKawasan tersebut bersisik dan bewarna kemerah-merahan. Gatalnya, Allah sahaja yang tahu. Keadaan semakin teruk apabila ia mula menyerang bahagian kulit kepala. Kulit kepala menjadi berkeruping, Pantang diusik mula berguguran kepingan umpama salji. Kegatalan menyebabkan saya selalu menggaru dan cuba mencabut kulit tersebut. Hampir saja kepala menjadi botak. 

ImageImageImage

 

Pergi ke farmasi (masa tu belum buka farmasi sendiri lagi dan masih bekerja di KKM), dicadangkan memakai polytar syampoo dan menggunakan sabun sastid. Krim pula diberi candid-B. (Mungkin ahli farmasi tersebut melihat keadaan saya dan membuat kesimpulan yang saya dijangkiti kulat. Selepas mencubanya, keadaan makin teruk. Sendi-sendi lutut dan siku pula selalu sakit, terutama pada waktu pagi. 

Saya mula hilang keyakinan diri. Saya memang tak terfikir yang saya menghidap psoriais. Kulit tangan semakin teruk. Ia mula merebak ke sekitar kawasan sulit. Pada ketika itu, saya menyusukan anak dengan susu badan sepenuhnya. Lingkaran hitam sekitar puting payudara juga hilang akibat penyakit misteri ini. Setiap hari en. husband akan menyapu rumah dan akan dapat dikumpul lebih kurang 3 genggam cebisan kulit dan rambut yang berguguran dari badan dan kepala. Sedih yang amat sangat masa tu. Terfikir mengapa saya yang terpilih dari banyak2 manusia untuk mendapat penyakit ini. Saya stress…!

Image

Satu hari, saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor untuk masalah kulit saya. Setelah diberitahu rawatan yang telah saya cuba, dia menyesorkan saya untuk berjumpa dengan pakar kulit. Saya memilih untuk berjumpa dengan pakar kulit di Hospital Sungai Buloh kerana lebih mudah untuk ke tempat kerja. Cut the story short, setelah menunggu tarikh temujanji yang agak lama juga, saya didiagnosed dengan GUTTAE Psoriasis.. (Kim Kardashian pun salah seorang pesakit psoriasis ye!!)

Image

Saya diprescrib dengan krim betametasone dan salicylic acid. (Kalau spital gomen dia akan bekalkan dalam dua bekas berlainan dua krim ni. kena bancuh sendiri before sapu kat kulit). Nampak perubahan tapi gak lambat. Pada temujanji kedua, dia mengesyorkan saya untuk mencuba rawatan UVB therapy yang kebetulan memang ada di hospital tersebut.  

Saya membuat rawatan tersebut 3 kali seminggu. Saya maklumkan kepada bos saya mengenai masalah tersebut dan meminta kebenaran khas untuk masuk lambat setiap hari isnin, rabu dan jumaat. Saya juga membuat bacaan lanjut mengenai penyakit psoriasis dan mula join Psoriasis Association of Malaysia di Facebook, juga banyak maklumat mengenai cara-cara untuk hidup dengan penyakit ini. 

Alhamdulillah, saya mulakan rawatan pada akhir bulan Oktober, 2011, pada awal bulan Feb, 2012 saya resolved sepenuhnya. Tiada langsung kesan parut di tangan, lengan, kaki, payudara dan bahagian sulit. Saya rasa seperti mendapat hidup baru!!

 Ramai yang manage psoriasis dengan menggunakan ubat yang diberikan oleh hospital iaitu krim betametasone dan salicilic acid. Tapi ramai yang tidak mengetahui mengenai kaedah rawatan tambahan iaitu  menggunakan phototherapy. Dari pembacaan saya juga, krim Daivobet (high dose calcipotriol dengan bethamethasone juga amat membantu). Saya gunakan krim Daivobet di kawasan kulit yang bersisik dan cloderm lotion di kulit kepala sebelum saya masuk ke machine UV tersebut. Kesannya amat menakjubkan. Mandian juga saya tak gunakan sabun sebarangan. untuk memastikan kulit sentiasa lembab, saya gunakan aqueous cream sebagai sabun. kadang-kala jika kulit menjadi gatal, saya gunakan Pinertasol lotion/moisturizer. 

Image Image

Kini setelah saya mempunyai farmasi sendiri, ada banyak lagi produk yang boleh disyorkan untuk menangani kegatalan tanpa steroid. contohnya mengambil virgin coconut oil atau virgin olive oil. Pesakit psoriasis tak boleh stress.. Stress akan menerukkan kondidi penyakit. Oleh itu, saya banyak menasihatkan pesakit psoriasis untuk menguruskan stress mereka. Saya syorkan untuk selalu solat tahajjud kerana itulah terapi stress yang terbaik.. MAnaging psoriasis memang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi juga dari segi masa. Psoriasis mungkin bukanlah penyakit yang boleh membawa maut dalam jangka masa yang cepat tetapi efeknya kepada emosi dan sosial amat menekan. Hanya mereka yang menghidap psoriasis sahaja yang tahu betapa tertekannya dan rendahnya keyakinan diri.Image

Walau apapun, saya amat bersyukur kerana pernah mendapat penyakit ini kerana kini saya dapat memahami dan membantu pesakit-pesakit psoriasis yang datang ke kedai saya. Saya amat memahami tekanan perasaan yang mereka hadapi dan saya dapat memberikan konsultasi dan cadangan dengan lebih baik kerana saya sendiri pernah mengalaminya. 

 

Image

Nasihat saya kepada mereka yang menghidapi psoriasis, jangan rendah diri.. Kim Kardashian, peragawati terkenal Cara Delevingne juga penghidap Psoriasis.. Lihat betapa confidentnya mereka menjalani hidup!

ImageImage

 

Advertisements