Posted in Uncategorized

Hukum Tarikan dalam Perniagaan

Penulisan ini adalah berdasarkan apa yang dialami sendiri oleh penulis.

Law

Pertolongan Allah dan cara Allah memberi rezeki kepada kita memang dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tak terfikir oleh akal kita. Adakala dalam bentuk ilham juga dalam bentuk doa yang makbul. Kita juga tidak pasti bilakah saat makbulnya doa kerana itu semua adalah rahsia Allah.

Lately, saya selalu mengalami perkara yang menakjubkan. Ianya juga dirasai oleh staf-staf di Farmasi Ideal. Mungkin bagi uolz, rasa bende ni biasa je. Not for us….

Kes 1.

Satu pagi, semasa sedang mengemas kedai (bersihkan habuk dan mengemop lantai) bersama staf, i pun buatlah produk knowledge kat diorang pasal first aid kit. Jenis-jenis first aid kit, kesesuaian saiz untuk penggunaan rumah, sekolah dan kilang dan sebagainya. End up pada hari tersebut, sebanyak 15 kotak First Aid kit terjual! Walaupun hari sebelum tu almost 2 weeks kotak first aid kit tu terbiar di shelves. Menakjubkan kan?

Kes 2.

Satu tengahari, seorang regular customer masuk kedai dan bertanya tentang testkit untuk mengesan dadah dalam air kencing. Tidak pernah kami menerima permintaan seperti itu. kami juga tak tahu mana nak dapatkan benda tu. Tapi kami minta customer tersebut untuk meninggalkan no phone, dan berjanji akan call dia jika kita dapat supplier. What happen next? Out of blue moon, masuk satu supplier baru product disposable. Guess what? This supplier dari Johor ada testkit tersebut!! Masya Allah… Speechless saya….

Kes 3.

Satu hari, kami berbincang tentang range product yang boleh ditambah di Farmasi Ideal. Antara suggestion adalah membawa masuk singlet cegah boroi, seluar fit untuk lelaki yang mengalami air pasang, alat untuk support tulang belakang dan sebagainya. Maka, kami pun mulakan pencarian mencari supplier. Surprisingly, petang dan malam tersebut, masuk beberapa customer, bertanyakan tentang produk-produk tersebut!! MAsya Allah.. kami semua takjub.. Maha Suci Allah..

Banyak lagi kejadian-kejadian yang menarik berlaku sebenarnya. Teringat pada buku Law of Attraction yang pernah saya baca lama dahulu. Saya relatekan dengan apa yang terjadi. Saya juga teringat kata-kata motivator hebat Dr. Azizan Osman. Bila kita cuba menambah nilai hidup orang lain, Insya Allah, Allah akan memberikan jalan dan rezeki dari jalan yang tak tersangka. Dulu saya tak berapa ambil peduli dengan kenyataan beliau. Tapi selepas saya mengalaminya sendiri, memang saya sendiri terkejut dan mengakui kebenarannya. Saya juga kini mengubah cara berniaga saya. Dulu, saya sering memikirkan bagaimana strategi bagi manikkan keuntungan syarikat. Untung adalah point utama. Tapi kini saya sentiasa berfikir bagaimana farmasi saya dapat memberi manfaat kepada orang. Apa produk selain ubat yang boleh saya jual bukan sahaja demi untung tapi boleh memberi manfaat besar kepada pelanggan saya. Apa lagi perkhidmatan yang boleh kami tawarkan untuk pelanggan sekitar farmasi saya.

law2

Alhamdulillah, bila saya mula mengubah direction perniagaan saya, saya nampak, rezeki lebih mudah masuk. Pelanggan juga semakin bertambah dan kurang karenah. Mungkin Allah beri rezeki dengan cara lembutkan hati customer.

Apapepun, dalam perniagaan memang kita kena sentiasa berfikir positif dan bersangka baik dengan Allah. Cakap pun mesti perkara yang positif sahaja. Kita tak tahu bila saat dan ketika waktu doa itu makbul. Setiap tutur kata patah perkataan kita adalah doa. Kadang-kala, apa yang terlintas di fikiran juga boleh menjadi kenyataan. Maha pemurahnya Allah.

Law of Attraction is real and no jokes….Belajarlah mendalaminya. Serapkan sisi ajaran Al-Quran di dalam praktikalnya.. Insya Allah teruja dengan hasilnya… law of attraction

Advertisements
Posted in Uncategorized

Vitamin C: Yang mana untuk anda?

Salam ceria…

Hari ini Farmasi Ideal hendak mengupas sedikit mengenai Vitamin C. Umum mengetahui mengenai khasiat vitamin C iaitu untuk boost immune sistem. Biasanya doktor akan menyarankan kanak-kanak yang mudah dijangkiti selsema dan demam untuk mengambil supplement tambahan iaitu Vitamin C. Perlu difahami bahawa Vitamin bukan bertindak dengan cara menyembuhkan penyakit secara terus, tetapi ia bertindak dengan mengaktifkan sistem imun badan secara semulajadi.

Vitamin C tidak dihasilkan secara semulajadi oleh badan kita dan ianya sangat larut air maka ianya tidak dapat disimpan lama didalam badan kita.

Dose yang diperlukan oleh orang dewasa adalah sekitar 60-75mg sahaja sehari. Tetapi apabila ubat atau supplemen dimakan melalui oral, 90% dari ubat tersebut akan hancur atau dimusnahkan semasa melalui hati. Hanya 10% sahaja yang akan berjaya diserap oleh sel badan. Jadi jika kita memerlukan 60mg Vitamin C, sebenarnya, kita perlu mengambil sebanyak 600mg Vitamin C. Kerana itulah, kebanyakkan tablet vitamin C yang ada di pasaran adalah 500mg ataupun 1000mg.

Antara tanda-tanda tubuh kita kekurangan vitamin C adalah seperti berikut

  1. Keletihan (Fatigue)- kekurang vit c akan menyebabkan seseorang mudah letih dan rasa tak bertenagafatigue
  2. Moody- Vitamin C yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang mudah marah
  3. Sakit sendi dan otot- Jika selalu rasa sakit otot atau sendi, berkemungkinan besar badan anda kekurangan vitamin C. kalsium dan Vitamin Dache
  4. Senang Lebam (Bruising)- Paling mudah dilihat pada kanak-kanak. Kadang kala, kulit senang lebam walaupun terlanggar sedikit sahaja. Orang dewasa juga boleh mengalami perkara ini.bruising
  5. Gusi berdarah- Kekurang vitamin C akan menyebabkan gusi senang berdarah walaupun ketika memberus gigi. Keadaan gusi berdarah yang teruk dipanggil Scurvy. Dan memerlukan perhatian segera.gum bleed
  6. Ulser mulut yang kerap- Biasanya akan dialami oleh mereka yang stress dan kurang minum air. APabila kita stress serta merta Vitamin C akan berkurangan. Oleh itu, pengambilan Vitamin C ketika ini perlu ditambah untuk mengawal stress dan juga mengurangkan kekerapan mendapat ulcer mulut.
  7. Kulit dan rambut kering- Jika anda cakar kulit anda dan mendapati garis putih muncul, itu menunjukkan yang kulit anda kering. Tanda-tanda anda kekurangan air juga vitamin C.
  8. Senang mendapat jangkitan kuman mahupun virus- Kerap demam dan selsema juga menunjukkan badn anda kekurangan vitamin C.

Sumber : http://www.fitday.com/fitness-articles/nutrition/vitamins-minerals/8-symptoms-of-vitamin-c-deficiency.

Di pasaran kini terdapat berbagai jenis Vitamin C. Persoalannya, yang mana satu sesuai untuk anda?

1. Vitamin C 30mgvita c30

Biasanya dalam bentuk tablet atau pastil yang boleh dikunyah dan mempunyai pelbagai perisa. Biasanya untuk kanak-kanak berusia 1-5 tahun. Sebagai supplemen untuk menguatkan immune system. Pengambilan paling penting ketika musim hujan bila kanak-kanak mudah terdedah dengan kuman dan selsema. Dose setiap hari adalah 2-3 biji sahaja. Jika diambil secara berlebihan akan menyebabkan cirit-birit (side effect yang amat jarang terjadi)

2. Vitamin C 100mg

Datang dalam bentuk tablet boleh kunyah juga dalam pelbagai perisa. Untuk kanak-kanak 5-12 tahun. Dose lebih tinggi sesuai dengan pertambahan berat badan kanak-kanak tersebut. Pada peringkat ini, kanak-kanak tersebut juga mempunyai aktiviti harian yang aktif seperti di sekolah, padang dan taman permainan maka lebih terdedah kepada kuman.vit c

3. Vitamin C 100mg with lysine

Yang ini dikhususkan untuk kanak-kanak yang senang sakit dan kurang selera makan. Lysine adlah untuk menambah selera makan. Biasanya ianya ditambah di dalam multivitamin. Tetapi ada juga product yang mencampurkan lysine dengan Vitamin C.lysine

4. Vitamin C 100mg Sugar-free

Kadang kala ada ibu-ibu yang sangat prihatin dengan kandungan gula pada makanan yang diambil untuk kanak-kanak. JAdi, Vitamin C yang sugar-free amat sesuai untuk kanak-kanak seperti ini. Ianya juga akan mengurangkan risiko gigik rosak. Lebih-lebih lagi jika inaya datang dalam bentuk boleh dikunyah (chewable). Jangan risau, rasanya tetap manis.sugar free

5. Vitamin C 500mg

Dose ini adalah untuk orang dewasa. Boleh diambil setiap hari ataupun ketika demam dan selsema untuk membantu badan kita melawan kuman secara semula jadi. Selain mengambil supplemen, boleh juga mengambil buah oren tetapi kandungan vitamin C dalam sebiji oren mungkin tidak mencukupi jika dimakan ketika telah demam dan selsema. Terdapat dalam bentuk tablet, chewable dan effervescent(larut air).Shine Vitamin C-500 plus (60s chewable tablet)

6. Vitamin C 500mg Acid Free

Yang ini sesuai untuk orang yang mempunyai masalah gastrik. Vitamin C biasa bersifat acid dan mempunyai kecenderungan  untuk membuatkan symptom gastrik bertambah teruk. Jadi bagi pesakit gastrik, anda boleh mengambil Vitamin C yang Acid-free.acid free

7.  Vitamin C 500mg Sugar-Free

Sangat sesuai untuk mereka yang sangat menjaga pengambilan gula setiap hari. JUga untuk mereka yang menghidap diabetes.

8. Vitamin C 1000mg (plus Calcium dan Vitamin D)

Oleh kerana kandungan yang tinggi, biasanya vitamin C 100mg datang dalam bentuk larut air (effervescent). Mereka yang biasanya mengambil Vitamin C jenis ini adalah mereka yang telah mempunyai simtom-simptom kekurangan vitamin C seperti gusi berdarah, sakit-sakit tulang (selalu rasa nyilu tulang), senang terkena selsema, dan badan rasa lemah. Mereka yang selalu workout di Gym juga suka mengambil Vitamin C dengan dose besar kerana ianya membantu proses pembakaran lemak dengan lebih cepat. Kalsium adalah untuk tulang dan Vitamin D pula diperlukan untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang dengan lebih optimum.effervescent

9. Vitamin C 1000mg Slow/extended/prolonged released.

Vitamin C seperti ini biasanya diambil untuk menggalakkan pembentukan kolagen semulajadi di dalam kulit kita juga membantu dalam proses pembaikan tisu badan yang diakibatkan oleh toksin dan radikal bebas. Sementelah telah ada kajian yang mengatakan badan kita sebenarnya tidak menyerap kolagen yang kita makan dari luar, maka mungkin lebih elok kita mengambil Vitamin C yang membantu kepada pembentukan kolagen kulit secara semulajadi, cuma mungkin kesannya tidaklah seawal 3 hari!  Side effect yang paling biasa adalah cirit-birit. Jika ini berlaku, maka, pengambilan pil atau tablet tersebut perlulah diselangkan hari.tr vit c

10. Injeksi Vitamin C.

Salon-salon kecantikan banyak mempromosikan penggunaan IV Vitamin C yang dikatakan dapat memberikan kesan pencerahan yang hebat. Penggunaan IV Vitamin C sebenarnya adalah untuk mereka yang menghidap penyakit scurvy. Keberkesanan Vitamin C jika diambil secara suntikam masih tidak dapat dibuktikan lagi. Tetapi ramai juga yang mengambil suntikan tersebut dan Farmasi Ideal juga pernah mendapat permintaan untuk menjual cecair Vitamin C tersebut tetapi bila tanya supplier, tiada supplier pharmaceutical yang mempunyai produk ini., Kebanyakkan vial Vitamin C datang dari Thailand, Korea dan China. Maka, kami tidak berani untuk mengambil risiko untuk menjualnya.

Sebenarnya, banyak lagi jenis vitamin C yang ada di pasaran.. Gambar yang ditunjukkan adalah contoh produk yang ada di Farmasi Ideal.

Semoga bermanfaat kepada semua!!

Posted in Uncategorized

Facts about Glutathione…

Banyak produk kecantikan di pasaran ketika ini claim mengandungi jumlah Glutathione yang tinggi. Kadangkala sehingga 100k-900,000mg! Yang menjadikan produk-produk ini laku bagai pisang goreng panas adalah claim yang dibuat oleh pengeluar produk yang mengatakan Glutathione boleh mencerahkan dan menggebukan kulit wajah. Di tambah lagi dengan testimoni-testimoni pelanggan dan duta-duta artis yang telah ‘berjaya’ menjadi putih seperti artis Korea pujaan hati rakyat Malaysia. Persoalan di sini, benarkah kesan pemutihan yang dialami oleh si pemakai berpunca dari glutathione?

Sebelum menjawab persoalan tersebut, mari kita baca beberapa fakta mengenai Glutathione.

1. Glutathione dihasilkan secara semula jadi oleh hati kita dalam jumlah yang diperlukan oleh badan kita.

2. Fungsi utama Glutathione adalah sebagai anti-oksidan yang menghalang radikal bebas dari merosakkan sel badan.

3. Ia juga penting untuk membina DNA, protein dan bahan penting lain dalam badan kita.

4. Ianya juga penting untuk menghancurkan toxin dan Karsinogen (bahan yang menyebabkan kanser) juga untuk sistem imun badan.

5. Bagaimanapun, studies menunjukkan yang ianya TIDAK DISERAP oleh sel badan jika diambil secara oral (dalam bentuk tablet, air, elixir, syrup etc).

6. Penggunaan injeksi Glutathion mungkin mempunyai sedikit efek kepada pemakai. Biasanya injeksi Glutathione digunakan untuk mengurangkan toxic effect akibat kemoterapi. Tetapi penggunaannya bukanlah dengan kelulusan FDA.

7. Recommended dosage untuk diambil melalui oral adalah 50-600mg. Tetapi dose maksimum yang selamat diambil masih belum dapat dipastikan lagi.

 

Berdasarkan fakta-fakta tersebut, saya terfikir, jika glutathione tidak diserap oleh badan jika diambil secara oral, apakah ‘bahan’ yang sebenarnya diserap oleh badan pengguna produk kecantikan (yang claim mengandungi sehingga 900,000mg Glutathione), sehingga menjadi putih melepak? Scary juga memikirkannya kan?