Pengalaman bersalin 3 anak … Awesome experience ever!!!

Bila nampak di wall ramai share kegembiraan sebab melahirkan anak, terus saya teringat momen2 melahirkan 3 cekodok tu.😂😂. Setiap mereka mempunyai momen yang berbeza walaupun dilahirkan di hospital yang sama iaitu Hospital Sg. Buloh.

Ye, saya lahirkan anak2 saya semua di hospital kerajaan. Tak pernah terlintas nak lahirkan anak di hospital swasta walaupun masa mengandung anak sulung ada lah survey2 juga KPJ, Hospital Bersalin Razif, dan SMC. Tapi last2, decide pergi HSB. Tapi, alasan kenapa saya pilih hospital awam berbanding swasta, saya tulis kt post lain lah ye.

Anak pertama:Muhamad Haris, 3.65kg, 26 April 2011

Biasalah, bila anak pertama, memang tak tau nak expect apa. Walaupun dah pergi kelas persediaan bersalin di KPJ masa tu, tapi memang blank. Pada tarikh yang di expect haris lahir, saya actually xde rasa apa2 pun. Tapi pagi tu macam perasan darah atau 'show' dah keluar. So, cakap kt kanda, "i think its time". So, kami pun pergi terus ke HSB lepas inform both our parents. Sampai HSB,(masa tu baru bukaa, patient pun tak ramai), terus ada HO attend. Dia buat VE, katanya baru 2cm bukaan. Tapi bila scan, dia kata air ketuban dah kurang and agak bahaya untuk baby. So, saya terus di bawa ke ward atas. Masa tu masih senang dapat katil. Dalam 2-3 jam menunggu,asa tu contraction sekali sekala je dan x intense pun. Sekali datang pakar dan maklumkan yang saya perlu di induced sebab takut baby affected sebab air ketuban kurang. Saya pun sign borang setuju. Terus doctor masukkan pil yang pertama. 2 jam lepas tu, contraction bermula.. Pergh memang sakit gilerr. Maklumlah first time rasa kan.. Saya bertarung menahan sakit contraction tu almost 7 jam jugaklah😫😫😫. Saya asyik nak ke toilet sebab rasa nak terberak dan terkencing je masa contract tu, tapi tak keluar apa pun. Husband pun tak tentu arah tgk saya masa tu. Kesian tengok saya tapi dia pun x dapat buat apa.

Menangis je lah mampu sambil zikir minta dipermudahkan guna zikir nabi yunus tu.

Lailahailla anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin

Bila dah buka 8cm, saya di bawa ke bilik bersalin di bawah. Masa tu husband tunggu kat luar. Kat bilik ni agak sengsara sikit, sebab kena pasang alat untik monitor kat perut, so kita kena telentang je. Padahal contraction tu sakit giler dan untuk kurangkan tu saya lebih selesa mengiring. Dalam tu dekat 3 jam jugaklah. Bila sampai masa, few doctors masuk, tetiba student pun masuk, paling lega bila kanda pun masuk.

Since ini anak pertama, memang serious tak tahu macam mana nak push. Siap ada masa rehat, sebab saya putus nafas. Sampai nurse yang ada tu pun hangin ngan saya.. Hahahaha. Memang serious susah nak keluar. Tapi bukan sebab apa, sebab kita memang xde pengalaman. Cut story short, akhirnya lahir gak si haris setelah doktor uguk nk guna vakumm kalau saya x teran lama2. Klaka plak bila fikir part tu. So, lepas baby lahir je, terus dorang letak kt dada sementara doktor nak jahit. Yes, semua kelahiran saya kena jahit. Lepas bersalin tu, tangan saya lenguh sangat2 sampai tiga hari!!

Anak Kedua: Azra Ramadhani, 3.7kg, 1 August 2013

Azra lahir masa bulan ramadhan. Seminggu lepas adik lahirkan anak sulung dia. Masa ni dah pandai sikit. Maklumlah, tak jauh sangat beza dengan anak pertama. So, dah tau dah and dah target dah, cuma akan pergi kalau betul2 sakit je. Tapi masalah nye, masa tu dah lebih 3 hari dari tarikh dia patut lahir, tapi memang xde tanda pape. Tapi pergi jugaklah menyerah diri kat HSB tu. Ikut doktor time tu, dorang nak suruh induced. Tapi bila terkenang betapa sakitnya dan xbestnya pengalaman kena induced tu, saya terus query kenapa saya perlu diinduced. Sebab, semua result menunjukkan baby ok, air ketuban pun cukup. The only reason adalah sebab saya dah overdue 3 hari.

Saya bertegas yang saya nak lahirkan secara normal tanpa induced. For me, baby tu belum ready nak keluar kenapa nak paksa2. So, lepas dah di briefed oleh doctor pakar dan dah sign borang AOR(at own risk) saya pun pulang dan meniati saat2 akhir pregnancy dan makan sehabis mungkin. Ye lah nak pantang time raya, azab weiiii😂😂😂.

Lepas seminggu, saya mula rasa tanda2 nak lahirkan azra. Show keluar petang, tapi saya tetap tunggu dan rilex2 dulu dirumah. Bila selang masa contraction dah start every 5 minits, saya ajak kanda ke hospital. Sampai HSB, saya pun terus tuka baju. Kanda tunggu kat luar. Masa ni saya dah tau dah macam mana nak handle sakit contraction tu. Saya banyak berjalan dalam tempat menunggu tu. Masa ni patient ah ramai, dan saya tak dapat katil sebab semua penuh. Tapi saya ok je. Sebab saya lebih selesa berjalan2 untuk kurangkan sakit. Alhamdulillah, saya masuk jam 8pm, jam 10pm saya dah masuk labor room. Saya sangat tenang dan relax. Walaupun sakit tapi saya dah boleh tau bila nak push. Seriously, lahorlan azra agak mudah cuma sebab dia besar sikit, memang koyak juga dan perlu dijahit. Beza sangat rasa sakitnya bila baby betul2 nak keluar xengan jika kita paksa. Sakit kalau baby betul nak keluar, seekejap je dan nak push pun senang sebab memang dia dah nak keluar and masa dia dah tiba. Kalau induced, baby actually belum ready nak keluar, tapi kita guna ubat untuk paksa rahim tu tolak baby keluar. So, boleh bayang kan, senario tu. Hence beza rasa sakit tu macam mana.

Anak ketiga: Luqman Hakim, 3.88kg, 2 May 2015

Kelahiran Luq memang paling mudah dan kelakar. Memang masa tu kita tertunggu2 dia keluar, sebab berharap sangat dia lahir sama tarikh dengan saya iaitu 29 April. So, pada 28 April tu pergilah HSB menyerah diri. Tapi doktor suruh balik sebab dia kata baby belum ready nak keluar lagi. Pulakkkk! Keciwa makkkk..

Tapi pada malam 1 May tu, saya pergi ke HSB ditemani kanda. Siap lepak minum kat hentian jejantas sungai buloh dulu. Dalam jam 12 tu saya pun pergi HSB. Masa tu memang tak rasa apape,cuma sebab dah ada show, maka datang jugaklah. Bila buat VE, doktor kata dah bukak 5cm. Serious lahh.. Sebab memang tak rasa any contraction. Kat bilik sebelah sorang pompuan ni dah terpekik terlolong. Seram gak dengar, bila tanya nurse dah nak bersalin ke tu, nurse cakap baru bukak 2 cm.. Adudududdu… Siannya.. Mesti anak pertama tu. Tu sebabdia rasa sakit sangat contraction tu. Tak taulah macam mana dia nak hadapi contraction masa 8-10cm tu. Lagi intense.

Btw, back to Luq story, lepas dah masuk and tukar baju, saya pun menunggu di depan kaunter. Macam biasa katil takde untuk saya berehat. Saya redha je. Saya macam biasa buat rutin berjalan. Keluar masuk jumpa kanda yang tengah buat kawan xengan bapak2 lain kat luar. Lebih kurang jam 2 camtu, saya rasa contraction setiap 2 minit. Saya rasa nak terberak sangat. Teringat nurse cakap, kalau ada rasa nak terberak, jangan gi toilet. Tapi saya pergi juga sebab sakit makin kuat dan saya rasa lega bila dapat duduk di toilet tu. Masa tu saya kencing but suddenly rasa macam blopping sound. Air banyak giler keluar. Menggelabah ayam weiii.. Masa tu tak tau nak fikir apa. Keluar toilet cepat2 and bgtau kat doktor yang rasanya air ketuban saya dah pecah. Doktor panik, time tu tak ramai patient tapi nurse pun tak tau kat mana semua. Rasanya dorang attend patient kat bilik2 yang tengah kesakitan kot. So saya terus duduk kat satu katil ni. Sorang nurse datang dan terus seluk saya kat situ gak. Dia cakap, aduh, dah ready sangat ni. Terus dia bawak saya ke bilik bersalin. Nasib baik ada yang memang dah ready dan kosong. Masa tu memang saya rasa nak keluar sangat dah si Luq tu. Bila dorang transfer je, saya terasa satu contraction yang sangat kuat, saya pun teran sekali. Plup, macam tu je Luq keluar. Macam tak percaya sangat saya dah bersalin masa tu. Macam pisang dia keluar, very smooth, saya bersyukur sangat. Mungkin sebab Luq anak ketiga dan jalan nak keluar tu pun memang dah ada, maka senang sangatlah proses kelahiran beliau tu. Pengalaman lahirkan Luq memang paling amazing dan paling senang😍😍😍

Tapi betullah Allah tu maha adil. Ikut ranking bersalin,paling suzah is Haris>Azra>Luq. Tapi ranking nak jaga bila dah besau ni, paling susah nak jaga is Luq>Azra> Haris..hahha..

Pasrah je lahhh..

So tu jelah nak cerita pengalaman bersalin saya. Cuma nak bagi few tips lah;

  1. Kalau takde masalah pada kandungan, silalah opt out induced.
  2. Banyakkan berjalan masa contraction untuk mudahkan proses bersalin. Baring lagi sakit wei. Baik jalan. Bila contraction occur, korang berhenti pegang dinding, tahan sambil zikir Ya Fatah, Ya Salam.
  3. Kalau korang choose bersalin di hospital kerajaan, sila expect the worst. Sebab bila korang dilayan baik sikit korang akan rasa betsyukur sangat. Jangan expect layanan macam kat swasta plak. Memang ko akan kecewa pastu meroyan kat Fb lah gamaknya.
  4. Bagi yang first time melahirkan, dont worry, memang sakit giler rasa contraction tu. Tp actually sebab u never experiences that kind of pain. My advice is, just enjoy the pain. Cakap kat otak, rasa sakit tu sebab baby tak sabar nak kluar jumpa you!!
  5. Untuk expect the pain, sentiasa pandang jarum saat jam. Biasanya kita akan notice bila rasa sakit tu akan muncul. Then you'll be ready. Dah boleh ready nak pegang dinding atau nak mengerekot. Seriously it helped me. Bila kita dah expect rasa tu datang, the intensity of the pain macam reduced sebab u are mentally prepared. Hehehe..

Oklah, saya rasa cukuplah cerita saya pasal bersalin ni. Sekarang ni Haris pun dah 7 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru semalam lahirkan dia.

Tq Allah for the opportunity merasa pengalaman melahirkan 3 orang hamba Allah ni. Saya doakan, semua yang membaca entry ni, jika sedang menunggu hari, semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti. Jika anda masih belum berpeluang merasai pengalaman ini, jangan sesekali putus asa dengan rahmat Allah ye. Teruskanlah usaha dan berdoa. Allah Ya Baari' pasti sedang aturkan yang terbaik untuk kalian.

Siti NurHaliza pun akhirnya dapat juga cahayamata selepas 11 tahun penantian.

Sampai jumpalagi di post yang lain.

Advertisements

“Mommy, kenapa ‘Bird’ saya keras?”… erk……

“Mommy, abang nak tanya sikit boleh?” Haris tiba2 bersuara sambil tangan dia main slime.

“Tanya apa?”

” kenapa bird abang jadi keras kalau nampak perempuan cantik?”

‘Erkk….ye ke bang? Nampak perempuan cantik kat mana?”

“kadang2 kat dalam TV, kadang2 kat rumah pengantin, kadang2 kat wayang, kat mana2 lah”

” perempuan cantik tu maksud abang yang pakai seksi2 tu ke?”

” bukan, yang muka dia cantik sangatt”

“owhhhh…….”

Ini adalah conversation sebenar saya dengan anak sulung saya, Haris yang berusia 7 tahun. Seriously masa dia tanya tu, memang dia bersahaja je. Tapi saya yang macam tertelan biji nangka nak jawab. Actually, serious tak tau nak jawab macam mana. I do expect this day would come, but not this early. Masa kejadian tu pula, Papa dia takde di rumah. Aduhhh….. Memang jenuh jugaklah fikir camne nak jawab.

So, saya just cakap kat dia masa tu, It’s normal untuk boy dan itu tanda abang dah nak jadi budak besar. Tapi saya bagitau dia yang saya akan buat bacaan dulu dan bagitau dia kenapa perkara tu terjadi.

Well, mommies. Nak tanya ni, kalau soalan ni popped up, how would you explain it?

Setelah membuat beberapa rujukan di few website dan forum, saya dapat simpulkan beberapa perkara dan tips untuk jawab persoalan sepertini.

  1. Pertama sekali, pastikan anda jangan marah dan bereaksi seumpama anak anda sedang melakukan satu kesalahan. Tindakan dia bercerita kepada anda menunjukkan anak anda sangat percaya dan selesa dengan anda. Jadi jangan rosakkan kepercayaan dan rasa selesa itu. Believe it or not, tak semua budak nak bercerita hal macam ni pada parent dia tau.6855008_stock-photo-strong-grandmother-with-her-grandson
  2. Betulkan mindset anda sebagai parent. Bahawa tujuan anda memberitahu maklumat adalah ikhlas untuk bantu dia faham tentang diri dia. Jadi akan berterus terang dan tidak rasa segan untuk berbincangdengan anak anda. Treat dia sebagi budak yang dah boleh faham. Jangan pandang dia sebagai budak kecil yang tak faham apa2. Lebih baik dia dapat kefahaman dari anda dengan informasi yang betul, daripada dia cuba cari sendiri di internet atau cuba faham sendiri. Takut nanti dia salah faham dan confused dengan diri dia sendiri! Kesian anak anda.
  3. Maklumkan pada anak anda yang perkara tersebut adalah Normal process. Sebaiknya, tugas memaklumkan dan explaination dilakukan oleh sang bapa. Tapi bergantung kepada siapa yang anak tersebut lebih rapat, maka decidelah siapa lebih layak untuk memberi penerangan tersebut. Normal proses bermaksud, ianya akan berlaku kepada semua budak lelaki. Cepat atau lambat je. Nak buat dia faham, maklumkan juga yang ayah dia juga dulu lalui perkara yang sama. Dan dia tak perlu cemas dengan kejadian itu.dady and son moments
  4. Sebanyak mana informasi perlu diberitahu? Ini sangat bergantung kepada umur dan tahap kecerdasan anak anda. Ada kalanya, anda hanya perlu beritahu tentang apa yang terjadi secara physiology sahaja. Iaitu, oleh kerana kita suka atau excited, salur darah akan mengembang dan akan masuk masuk penuhkan ruang dalam penis secara automatik. Kalau rajin, bolehlah tunjukkan gambar atau info mengenai fisiologi sebenar penis kepada nak tersebut. Tapi jika anak anda telah hampir ke umur baligh, sesuai sangat nak cerita terus tentang perubahan2 yang bakal dia nampak pada diri dia. Seperti, perubahan suara, otot2 semakin membesar, kulit akan lebih berminyak, wet dreams, dan lain-lain. Kalaudia dah dibagitau awal2, maka dah tentu dia tak terkejut bila terjadi perubahan tersebut.itsoktotalk_twitter_logo_400Px_1
  5. Kena juga explain dari segi implikasi agama. Kenapa kena control. Cuma kena pastikan jangan sampai buat dia rasa bersalah. Sebab waktu sekarang ni, ereksi tu terjadi secara automatik tanpa di triggered oleh anak kita. Untuk kes Haris, dia cukup bijak untuk detect punca ereksi itu, maka lebih mudah nak explain. Maka, bolehlah terus explain kenapa Allah suruh orang lelaki tundukkan pandangan seperti dalam Surah An-Nur tu. Maka, harapannya dia akan faham lah. Dalam masa dia nak kenal diri, dia akan mula explore badan dia, maka perkara ini sangat perlu diexplainkan implikasinya dari segi agama. Anda juga sedang mendidik anakanda menjadi laki-laki beriman, Insya Allah.tundukkan pandangan
  6.  Oleh kerana Haris bagitau saya, yang triggered dia bukan perempuan yang seksi, maka saya ajarkan supaya jika nampak perempuan yang pada standard dia “Cantik” hingga boleh buat dia ereksi, saya suruh dia puji Allah dulu sebab ciptakan makhluk yang sangat cantik. Puji kehebatan Allah sebab Allah pandai sangat buat perempuan jadi cantik. Suruh zikir Ya Kholiq, Ya Musawwir, Ya Badi’. Lepas tu, alihkan pandangan dia. Jangan tengok lama. Sebab dia ada juga bagitau, bila ereksi tu terjadi dia rasa senak dan tak selesa. Hahahaha.. (memang detail Haris cerita kat saya!!). So, saya cakap, kalau abang tengok lama, nanti bird keras, abang yang sakit. Jadi baik abang jangan tengok lama2 sampai boleh jadi keras. Nanti abang yang sakit!! Dia nampaknya macam faham. (Hopefully)portrait-handsome-boy-who-just-has-got-idea-caucasian-inspired-facial-expression-isolated-white-background-58156923

So far, itu je lah yang dapat saya kongsikan. Apapun, layankan setiap pertanyaan anak anda dengan hikmah. Jangan terus marah atau cakap benda tu dosa! tak adil bagi dia sebab bukan terjadi sebab dia buat. Terjadi sendiri dan ianya adalah fitrah semulajadi badan dia nak membesar.

Sebenarnya, ianya juga adalah latihan untuk kita lebih mengenali Allah. Bila kita dapat explain dan kaitkan setiap kejadian tu dengan kekuasaan Allah, Insya Allah, kita akan lebih dekat dengan Allah.

Ermmm… lepas ni giliran nak explain dan prepare anak perempuan saya pula. Sekarang dia baru 5 tahun, tapi dah banyak dia tanya tentang hal-hal perempuan. Contohnya, kenapa mommy period, kenapa breast mommy besar and etc.. Fuhhhhhh, seriously cabaran sangat. Masa saya kecik dulu, saya serious segan nak tanya pada mak saya. Belajar dan explore dan faham sendiri je lah!! Tapi as kids nowaday beza ngan kids zaman dulu, kita sebagai parent pun memang kena prepare dan bersedia untuk hadapi situasi macam ni. Bantu anak-anak kita untuk faham diri mereka. Bantu mereka faham, apa yang betul dan apa yang tidak. Sedar atau tidak, inilah permulaan pendidikan seksual kepada kanak-kanak secara informal oleh ibu bapa.

Saya sangat mengalu-alukan jika rakan2 atau sesiapa yang lebih berpengalaman dan layak untuk berkongsi tips dan kaedah untuk handle situasi seperti ini. For the sake of other mommies juga! Jika ada kesalahan, mohon juga beri komen ye!

download

 

When everything goes wrong….

Bulan Mac ni macam2 dugaan yang melibatkan wang ringgit. Mostly diakibatkan oleh keganasan Luq.
Mula2 windscreen kereta Merc retak, pastu dia pecahkan screen TV 3D, latest dia pecahkan skrin phone pula…

Ermmm, memang geram tapi masa kejadian tu berlaku, speechless. Senyum kelat je lah..

Pastu mulalah muhasabah diri.

Mesti terkurang bayar zakat, atau kurang sedekah, atau ada bahagian dari rezeki yang dapat dari cara yang x betul.

Or, mesti tu cara dia nak mintak perhatian dari mommy dia kot…!!

Apapepun, memang senak gak rasa otak bila fikir kerugian2 tu. Tapi alhamdulillah lepas Allah aturkan hingga dapat pergi program asmaul husna semalam, everything seems smooth je. Lapang je dada dan hati. Saya serahkan semuanya pada Allah utk uruskn. Allah Al Bari'. Dia yang Maha Pengatur.. kita ni selalu rasa susah hati sebab kita try nak buat kerja Allah.

Kadang tu saya terfikir gak, mungkin dugaan demi dugaan Allah bagi ni bertimpa2 pulak tu sebab saya dah lama tak mengadu dan merintih pada Dia kot. Sembahyang pun ala kadar sekadar untuk cukupkan 5 waktu je. Takde keghairahan pun nak berborak dengan Allah. So, Allah bagi cukup2, sampai the only choice and pertolongan is from Dia sahaja..😭😭😭😭😭.

Thanks pada Dr. Azura yang tak jemu2 mengajak kami untuk menghayati dan mengaplikasikan Asmaulhusna dalam kehidupan. Kena betul2 amalkan dan serahkan diri pada Allah Al Mutakabbir!!

Tengah try menyucikan jiwa guna terapi asmaul husna.

Ada masa jom lah join program terapi asmaulhusna ni.. nanti saya war warkan ye..

Ok bai😍😍😍

#imfeelingmuchbetternow
#Allahumma Ya Bari'

Terkejar- kejar….

Hari ini bangun seawal jam 4 pagi untuk bersiap menghadiri mesyuarat mingguan BNI Ikon. Mata agak panda sebab adik Luq agak fussy malam tadi.

Hari ni meeting sangat best sebab setting dewan yang sangat awesome oleh Nadia, Nahara Lab. Dan visitor saya ie Tn.Hirwan pula memberikan referal yang besar2 kepada beberapa orang ahli Ikon. Syukurrrr..

Lepas meeting, kami ada sesi Bragg dan 121 Party.. Masa tengah meeting tu, tetiba dapat whatapp minta saya buat inspection di Miri jam 2 petang.. Erkkk, tengok jam masa tu jam 10 pagi. Sempat ke nak kejar gi airport. Tapi since minggu ni memang langsung xde inspection, saya pun, ok kan je. So, keluar dari Pusat Kreatif Kanak kanak Tuanku Bainun dalam jam 11.15 pg, terus nak shoot ke KLIA2. Tapi half way, baru teringat, pagi tadi pakai high heel😂😂. Memang kena balik rumah jugak untuk ambil sneakers. Mana boleh naik kapal pakai high heel..

So sampai rumah dah jam 12.15(ye, sejam jugak dari TTDI ke Sijangkang tuu). Tukar seluar, tukar tudung, terus sarung kasut adidas pink (sebab sketches tu kanda baru basuh malam tadi, x sempat kering). Siap semua, terus pecut ke KLIA2.

Sampai ke KLIA dalam jam 1.30ptg. Baru perasan belum check in. Flight jam 2.45. Kena masuk boarding room jam 1.55… arghhh, stress😫😫😫.

Sampai kiosk, masa tengah beratur, disapa dengan sekumpulan wanita berpurdah meminta tolong untuk check in. Seram gak dikerumuni wanita2 ni. Dari lenggok bahasa dan gaya cakap, saya rasa mereka dari kemboja tapi destinasi yang dituju adalah ke Jogja. Hendak sambung belajar katanya. Saya kerling jam, alamak dah jam 1.40 ptg. Nak tolong ke tidak ni… Akhirnya saya tekad untuk tolong sambil dalam hati berdoa, "Ya Allah, kau mudahkanlah urusan ku berkat aku membantu mereka ini".

Habis urusan check in dan boarding pass, mereka xtau pula cara untuk drop baggage. Alamakkk, dah lah dah lambat ni.. jam dah tunjuk pukul 1.55.. saya bawa mereka ke lane yang menunjukkan ke Indonesia dan meminta petugas Airasia membantu urusan mereka. Setelah memintaizin, saya pun berlarian menuju ke tempat pemeriksaan bagasi. Alhamdulillah, tak ramai orang. Syukurrr.. saya turun tangga dan confirmkan gate pelepasan, aduhhhh K14 pula. Jauhnyaaaa😔😔. Saya jalan laju2 sambil doa "Ya Allah, sempatkanlah aku sampai ke pintu K14 tuu"

Rasanya kalau saya masuk lumba jalan kaki memang boleh menang lah. Punya besar langkah kaki saya. Hahahha. Syukur, sampai gate K14, rupanya flight delay. Sempatlah saya duduk rilax dan update perjalanan ke kanda..

SampI ke Miri, jam menunjukkan 5.45pm. Abang Syafiq, PIC dah tunggu di luar untuk membawa saya ke kapal. Saya maklumkan kepada beliau yang flight balik saya jam 9.15 malam. Terkejut beliau bila tau saya balik malam ni juga.😂😂😂.

Saya memang jenis yang akan balik hari walaupun outstation. Saya nak tidur juga dengan suami dan anak2. Walaupun outstation ke Singapore, Kemaman, Labuan, tetap nak balik hari. Orang yang mengikuti saya di Fb kadang2 hairan tengok saya ada dimana2. Tak kurang juga yang bertanya, x penat ke travel balik hari? Ada juga yang cakap, saya ni dah sama level ngan Bangla bekerja. Saya balas, bangla pun kerja 5 hari je seminggu weii😂😂😂.

Hahahahah… tu lah hidup saya, memang ada masanya terkejar2 sangat. Masa kadang2 macam tak cukip 24 jam. Tapi terus terang cakap, saya sangat enjoy terkejar2 begini. Teraa setiap masa tu berguna dan terisi. Saya jenis yang balik je dari inspection, malam tu dah siap report. Xde nak tangguh2 ke esok hari. Dalam flight saya akan siapkan report tersebut. Balik rumah, nak spend masa layan anak2 dan suami yang kerinduan. Huhuhuhu…

Sepatutnya flight balik jam 9.15, tapi dimaklumkan delay ke 11.30 malamm😭😭😭😭

bertabahlah hendra!!! Pasti ada hikmah dan benda baik Allah nak bagi esok ni.💪🏻💪🏻😍😍😍

Basic Islamic Q&A You should teach to your child

Soalan-soalan simple dan jawapan yang boleh diajar kepada anak-anak dari kecil. Walaupun simple tapi ianya dapat menanamkan teras Tauhid dan akidah yang kuat dalam diri anak-anak. Mungkin mereka akan hanya menghafal pada mulanya, tapi lama-kelamaan bila mereka telah bersedia untuk memahami, ibubapa perlu menerangkan dan memberikan pemahaman yang betul. Tapi untuk memberikan penerangan yang betul, ibu bapa perlu memastikan bahawa mereka juga benar-benar faham dan mempunyai ilmu!!.. Jadi ayuh ibubapa sekalian, persiapkanlah dirimu dengan ilmu….

CHILDREN’S ISLAMIC EDUCATION PART 1 

Written By Mufti Jalal-Ud-Din Ahmad Amjadi
Translated by Haji Saleem Ghisa Rizvi
Prepared by 
Molvi Kaleem Raza 

Q) Who are you?
A) I am a Muslim

Q) Who do you call a Muslim?
A) Those who believe in one Allah and believes that Muhammad Sallallahu Alaihe Wasallam is the messenger of Allah and believes that the Holy Quran is the book of Allah

Q) What is the name of your religion?
A) Islam

Q) What is the message of Islam (Kalima)?
A) La ilaha illallaho Muhammadur Rasoolallah’ This is Called the first Kalima (Kalima Tayyab)

Q) What is the meaning of this Kalima?
A) There is no-one worthy of worship except Allah, Muhammad Sallallahu Alaihe Wasallam is the messenger of Allah

Q) Who is Allah?
A) Allah created humans, the sun, moon and every single creation.

Q) Who is Muhammad Sallallhu Alaihe Wasallam?
A) He is the messenger and Prophet of Allah Ta’ala. He is the highest ranking Prophet of all prophets. He is the greatest Prophet. We are all his followers, we are from his Ummat and he is our Prophet

Q) When was our Prophet born?
A) He was born on the 12 th of Rabbi-ul-Awwal (approx.20 th April 571 ad.)

Q) What is the name of the Holy Prophet’s father?
A) It is Hazrat Abdullah (may Allah be pleased with him)

Q) What is the name of our Holy Prophet’s mother?
A) It is Hazrat Amina (may Allah be pleased with her)

Q) What is the names of our Holy Prophet ‘s grandparents?
A) Our Holy Prophet’s grandfather’s name was Abdul Muttallib and his grandmother’s name (Maternal) was Wahub.

Q) How many years did our Holy Prophet stay alive?
A) After our Holy Prophet passes away, by the power of Allah he is still alive in his holy shrine. His presence in the world was 63 and 10 years In Madinah.

Q) On what date did our Holy Prophet pass away?
A) Our Holy Prophet Passed away from in front of the human eyes on the 12 th of Rabbi-ul Awwal (Approx. June 12 th 632ad…)


Q) What is the Holy Quran?
A) The Holy Quran is the book of Allah.

Q) How do we know that the Holy Quran is Allah’s book?
A) There has never been a book that someone could create which was anything like the Holy Quran this then proves that the Holy Quran is the book of Allah. If the Holy Quran had been written and created by someone other than Allah then it would have been easy to create something similar, which of course has not been possible.

Q) Who was the Holy Quran revealed to?
A) It was revealed to our Holy Prophet, MUHAMMAD Sallallaho Alaihe ‘Wasallam.

Q) Was the Holy Quran Revealed all at once, or in parts?
A) It was revealed bit by bit according to the need of the people.

Q) Over how long a period was the Holy Quran Revealed?
A) It was Revealed over 23 years.

Q) How was the Holy Quran Revealed?
A) Hazrat Jibraeel Alaiyhissallaam revealed, chapter and versed to our Holy Prophet, by the grace of almighty Allah. Our Holy Prophet memorized these passages and repeated them to the people. These people then memorized these passages and wrote then down.

Q) What is preached in the Holy Quran?
A) Everything is in the Holy Quran, i.e. regarding everything in all walks of life and the hereafter.

Q) Why was the Holy Quran Revealed?
A) To show people the right way in life. So people can recognise Allah almighty and his Holy Prophet and so that they can live life in a pure way.

Q) Who is Hazrat Jibraeel Alaiyhissalaam?
A) He is an angel who brought messages (wahi) from Allah Almighty to the Prophets.

Q) What are Angels?
A) They are created from light (Noor), by Almighty Allah; they are neither male or female. They don’t eat or drink. They worship Allah constantly. (Non Stop)

Q) Why are human created?
A) They are created to worship Almighty Allah.

Q) How do Muslims worship Allah?
A) They worship Allah in the following ways:
1) They pray Namaz (Salat)
2) They fast during the month of Ramadan.
3) Rich Muslim offer Zakat (charity) Muslim.
4) They perform pilgrimage (hajj)

Q) What is the best from of worship?
A) Namaz (Salat) is the best form of worship.

Q) What is Namaz (Salat)?
A) Namaz (Salat) is a form of worshiping Allah Almighty which is performed a certain way. A person praying Namaz, stands facing Qibla (Holy Ka’aba) they recite verses from the Holy Quran and bow down before Allah. They praise Allah, and they pray Durood (blessings) for our Holy Prophet.

Q) How many times a day do we pray Namaz?
A) Namaz is prayed five times a day.

Q) What are the names for these five Namaz?
A) Fajr, Zohr, Asr, Maghrib and Isha.

Q) When is the Fajr Namaz preyed?
A) From the break of dawn until the beginning of sunrise

Q) When Zohr Namaz prayed?
A) Zohr Namaz is prayed from after midday until the beginning time of Asr Namaz.

Q) When is Asr Namaz prayed?
A) Asr Namaz is prayed from late-afternoon until sunset.

Q) When is Maghrib Namaz prayed?
A) Maghrib Namaz is prayed from sunset, upto a maximum of One and Quarter hours.

Q) When is Isha Namaz prayed?
A) Isha Namaz is prayed after Maghrib time has lapsed upto the beginning of Fajr time.

Q) What is the process called when one washes their hands, face, feet and pass water over their hair?
A) This process is called WUZU (Ablution)

Shared from : http://www.ummah.com/forum/showthread.php?162153-Childrens-Islamic-Education

Haris and Islamic Education

Jika untuk English Education saya memilih pakej “Learn English With Noddy”, untuk pelajarn Islami, saya suka mengikut tips-tips yang diberi oleh Islamic Parenting Network. Pendidikan awal Al-Quran seawal usia 4 bulan amat menakjubkan. Teknik pertama yang saya gunakan kepada Haris adalah teknik flash card jawi yang sekarang banyak yang dah koyak rabak. I started showing him the flash card since he was 6 months old.  By 8 months old, i play the Arabic cartoon and huruf hijaiya song repeatedly. Since he was 9 months old, i start to bring him to mosque.

Haris mula mengikut gerak geri solat pada usia 11 bulan bila dia mula berjalan. Kami bawa haris ke masjid setiap kali solat maghrib dan mendengar kuliah just to make him love and familiar dengan suasana masjid. Alhamdulillah, kariah masjid di sini amat mesra dengan budak dan bayi. Jadi saya boleh bersembahyang jemaah sambil mendokong Haris tanpa pandangan pelik dari jemaah lain.

Alhamdulillah, sesuatu yang menarik dapat di lihat dari amalan membawa Haris ke masjid. Setiap kali mendengar azan, Haris akan turut sama azan mengikut alunan muazzin dan akan khusyuk mendengar sehingga habis. Dan setiap kali mendengar Takbir, Haris akan samada Qiam atau sujud. But in his own funny style ler..

Kami juga sering menerapkan A is for Allah… dan sekarang jika ditanya kepada beliau ” Haris.. A for?.. ALLAHHH!’ haris akan jawab.  Setiap kali dia terjatuh atau barang terjatuh, perkataan yang akan keluar dari mulut kecil comelnya adalah Allah!…Kami tahu haris tak faham pon apa yang diucapkannya. Tapi sekurang-kurang menyebut nama Allah dapat mencerahkan hati. Sekurang-kurangnya, ada juga usaha ku untuk memahat nama-nama Allah di lidah dan akal Haris yang menjadi.

Pada masa kini kesedaran untuk memupuk ajaran Islam dalam diri kanak-kanak semakin mendapat perhatian ibu-ibu moden termasuklah saya. Banyak juga organisasi samada NGO atau kerajaan yang menawarkan pelbagai program untuk melahirkan anak-anak celik agama. Montesori Islami seperti Genius Aulad, Little Caliph juga semakin mendapat perhatian. Ibu moden sangat beruntung kerana terdapat banyak cara untuk mendapatkan panduan mendidik anak. Internet, the 8th wonder of the world, perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dalam mengutip ilmu-ilmu yang berguna untuk mendidik anak. Kitab-kitab mendidik anak secara islam juga kini boleh didapati dengan mudah dalam bentuk terjemahan Bahasa Melayu.

Kitab/Buku yang boleh menjadi panduan:

1. Pendidikan anak-anak dalam Islam oleh: Dr Abdullah Nasih Ulwan

2.  Children Islamic Education :Mufti Jalal-Ud-Din Ahmad Amjadi

My goal is to make sure Haris punya tahap penguasaan Bahasa Arab is as good as his English. Insya Allah, he can at least read and memorize Juz Amma before dia masuk tadika.  That is my KPI for this 4 years.

Ya Allah, bantulah aku untuk melahirkan Ideal Syabab yang akan membantu mendaulatkan dan membela agama-Mu..Bantulah aku Ya Allah. Berilah aku pedoman untuk merealisasikan impian ku. Namun jika Engkau mempunyai perancangan lain untuk anakku, aku redha kerana aku yakin Engkau adalah sebaik-baik perancang..

Haris’s English Journey : Week 1

Since beli pakej English Noddy di pesta buku kelmarin, kami terus memulakan  pengadaptasikan English environment kepada Haris. It’s only the day 2, but we can see the progress. We played the first CD repeatedly and he can now speak and sing along the song. How amazing the baby’s brain is. They are an amazing learner. The repetitive technique is truly works!

As for today, he can imitate few steps in the video and blurt out the word “car..car..car”. At first, when he saw the spotty dance the act of car, he didn’t respond. However, after I acted exactly like the character, he started to stand and imitate me. It’s really fun. I knew then, the parent must get involve to make this program work. No points putting your child in front of the TV but you are not there to guide him.

Last week, I taught him the word shoe by showing him his shoes. He seems to ignore me and I’m quite disappointed at that time. But, I continue to tell him the word every time I put it on him. Then, last Sunday, when we were about to go out, I said to him, ” Haris, where is your shoe?” without expecting any reaction from him. But to my surprise, he walked to his shoe, picked it up and gave it to me!!!.. I and my husband were hesitating as we can’t believe he can actually understand! What a wonderful moment…Since then, I knew that there’s a lot of potential in him that we can dig out and we just need to help him.

He understands few words such as ball, drink, eat, lion, car, kiss, hug, sit, up and maybe pray. Quite a lot for 1 year old baby. The best part is when we said “Lion”, he’ll immediately “Roars”…hahaha. My method is simple, I use a lot of expressions when talking and playing with him. Since his first toy is book, I can see that he’s always attracted to book and always ask me to read to him. That’s why I always bought new book for him as I’m happy to see his enthusiasm when he has new book.

I love to spent time with him and help him become smarter each day. I can proudly say that quitting my job is the best decision I’ve ever made!