Posted in My Drug Stor, Uncategorized

Thinks out of box..

Salam sejahtera,

Semua orang tahu yang seorang peniaga seharusnya berfikir di luar kotak (Think Out-of-box kata orang putihnya), tapi berapa ramai yang betul-betul mempraktikkannya? Dalam bidang saya, iaitu Kedai Famasi Retail, macam mana kita nak praktikan ye?

Saya tak tahu prang lain buat macam mana. Tapi antara cara saya adalah dengan menawarkan perkhidmtan yang kedai farmasi lin tak buat iaitu Pengurusan Luka atau Dressing. Kawasan saya ni banyak kilang. Maka banyaklah expatriate nye. Mereka2 kalau ke klinik untuk buat basic dressing pun dah kena caj ratus2. Maka saya melihat perkara ini sebagai satu peluang. Kebetulan pula staf saya semuanya jururawat terlatih dan mereka memang biasa buat dressing ni, maka setelah mendapat persetujuan mereka maka kami pun menawarkan perkhidmatan ni dengan harga yang berpatutan. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan.
Bukan sahaja abang2la yang mendapatkan perkhidmatan kami, malah orang tempatan juga datang utk buat dressing terutama bagi penghidap lencing manis dan selepas kemalangan..

Alhmdulillah, disamping mendapat sale kami juga dapat membantu mereka2 yang memerlukan perkhidmatan ini. Kadang kala, perkhidmatan ini dilakukan dirumah pesakit terutama bagi mereka yang tidak dapat bergerak.

So, ini adalah salah satu tindakan berfikir di luar kotak yang telah kami praktikkan di kedai kami..

20141007-123741.jpg

Posted in Financial Jurnal

Biarkan duit bekerja untuk kita..

Salam semua,

Walaupun my last entry entah berapa kurun lepas, namun visitor tetap ramai. Especially ke entry2 berkaian kesihatan. Ramai juga yang hantar soalan-soalan secara personal melalui emel. Mana yang saya sempat jawap, saya jawap ye. Tapi ada juga soalan2 tu yang berulang dan dah dijawab di entry2 itu sendiri. hihi..

Lately terasa penat sangat bekerja dan berniaga. Lagi-lagi bila sale agak merudum sikit. Tak tau mana silap nya. Tapi bila berorak dengan rakan2 lain memang katanya bila musim cuti sekolah, sale memang menurun sikit. fuhhhh, lega rasanya. Ye lah kita baru 2 tahun meniaga, kita tak nampak lagi trend naik turun sale ni. Rakan-rakan seniorlah yang banyak membantu dan bagi semangat.

Tapi bila hari-hari duduk di kedai dari jam 10 pagi ke 10 malam (sebenarnya taklah full time sangat, kadang keluar juga dating dengan suami!), terfikir tak kan sampai ke tua saya kena duduk menguruskan kedai ni kan? Mesti kena ada strategi supaya kedai ni bergerak sendiri dan jadi salah satu source income saya. So, saya mula duduk balik and susun strategi semula. Saya perhatikan, ramai businessman yang kaya-raya ni tak pon bekerja secara hardworking. Mereka tidak bergantung kepada active income, tapi yang menjadikan mereka kaya adalah passive income mereka. Tapi tak dapat dinafikan, yang mereka2 yang kaya ni tidaklah terus bergoyang kaki. Mereka juga bertungkus lumus pada awal fasa pengembangan pernigaan mereka. Saya ambil 5 tahun sebagai tempoh paling minima untuk bekerja dengan sehabis kuat. Lepas tu sepatutnya telah ada strategi supaya duit kita bekerja untuk kita.

Hasil dari pembacaan yang pelbagai, saya dapati salah satu cara untuk menjana pasif income adalah dengan melabur di unit2 trust. Ada banyak jenis unit trust. Bergantung pada tahap risiko yang sanggup diambil. Kalau jenis duit banyak dan sanggup rugi besar, boleh ambil yang jenis agresif. Kalau tak, boleh ambil yang jenis menghasilkan income seperti bond dan FD atau yang dijamin kerajaan seperti ASB.

Lain2 punca pasif income adalah melalui pelaburan hartanah. Mungkin ramai yang kata pelaburan hartanah memerlukan modal yang besar. Tapi tahukah anda anda boleh terlibat dengan pelaburan hartanah hanya dengan modal serendah rm1000/ Ramai tak tahu kan?

Selain itu, menjadi penulis e-book atau blogger juga merupakan punca pendapatan pasif. tapi untuk ini anda memerlukan idea sentiasa.

Menjalankan perniagaan internet yang berjalan secara automatik juga merupakan salah satu source of pasif income. Tapi bagi menjadikan perniagaan internet anda  ini income pasif, ianya perlu mempunyai beberpa ciri seperti berikut:

  • transaksi atau bisnes tetap berjalan walaupun kita bercuti raya atau ke luar negara selama berhari2.
  • anda tidak perlu menyemak order dan menyediakan barang untuk penghantaran secara manual.

Lagi satu cara untuk menambah pendapatan secara pasif adalah dengan memiliki mesin-mesin vending senidri ataupun mempunya mesin urut berbayar ataupun mesin menjual air. ini juga satu cara yang mudah untuk mempunyai pendapatan pasif yang lumayan. Walaupun modal awalnya tinggi, tetapi anda telah menjimatkan kos overhead, kos pekerja, dan takk perlu buat inventory yang memeningkan…

Maka, saya rasa saya kena rancang betul2 bagaimana saya nak dapatkan pasif income selepas 5 tahun nanti. Saya berazam saya tak akan bergantung kepada aktif income sahaja. Mesti ramai yang mulakan dulu kan/ Saya budak baru belajar. Tap better late then never, betul tak?

Sehingga bertemu semula di entry yang lain yang tak tau lagi bila  nakk munculnya… hahahahaha

Salam Aidil Adha!