Everyone have their own clock. Wait for your time

Got to share this awesome video

Life clock

Remember, never compare your precious self with others! Everyone have our own path, and we are destined to live our own way.

Our definition of happiness is different for each person. But we will somehow find someone who share the same meaning someday!

We only live once in this world, but if we do it right, once is more than enough😘😘

Advertisements

Jika titik Mula berbeza, kenapa mengharap pengakhiran yang sama?

Permulaan perjalanan setiap pendiri bisnes adalah berbeza2. Setiap mereka adalah unik.

Ada yang bermula dari sebuah pengakhiran ( berhenti makan gaji), ada yang menyambung legasi keluarga, ada juga yang bermula dengan pinjaman dan geran, ada yang bermula hasil limpahan dana ibu bapa, ada yang merangkak2 bermula dari kosong, ada yang mudah terbang tinggi kerana kabel ibu bapanya. Ada yang perlu bersengkang mata berjimat cermat dengan setiap sen yang dia ada untuk menambah beberapa cawangan, ada pula yang bermula dengan 10 cawangan sekaligus.

Jadi setiap usahawan atau pendiri bisnes mempunyai permulaan yang berbeza. Laluan mereka juga berbeza, ada yang menempuh jalanyang lurus hingga ke puncak jaya. Ada juga yang terpaksa meredah onak duri ranjau derita untuk sampai ke puncak kejayaannya. Apapun, masing2 tetap melalui fasa pertengahan untuk membangunkan bisnes masing2.

Ada yang kecundang di pertengahan, ada yang alhamdulillah pengakhirannya memang sungguh membanggakan.

Tapi itulah, kadang2, terdetik rasa cemburu bila melihat perniagaan kawan bukan main laju berkembang. Sedangkan kita terasa sungguh payah untuk kedepan. Ada sahaja halangan dan masalah yang membantutkan usaha. Hingga ada masanya terasa seperti mahu berhenti sahaja.

Jika hadir perasaan itu, cepat2lah bawa semula hati dan akal kepada permulaan kita. Tidak adil hanya membanding situasi semasa, bandingkanlah juga permulaan kita. Kadang, kita akan berasa lebih lega kerana yang sebenarnya kita bukanlah selembab mana. Kita berada di jalan yang sama dengan rakan kita cuma timeline kita berbeza.

Itulah sebabnya mengapa seseorang pendiri bisnes perlu sentiasa bersandar kepada Allah Yang Maha Pengatur ( Al Bari'). Al Bari' tahu bila masa yang sesuai untuk kita berjaya. Akan diaturkan alat2 dan orang2 yang akan menjadi batu loncatan kearah kejayaan kita nanti. Sentiasalah yakin dan basahilah lidahmu dengan zikir Allahumma Ya Bari' setiap hari.

Allah juga Mada Adil dan Teliti (Al Adl', Al Khobir( kerana bukanlah satu kebetulan kita tiba2 berkawan dengan sahabat yang ada di sekeliling kita hari ini. Secara teliti Allah pilihkan mereka yang akan membantu kita untuk hadir dan menjadi sahabat kita. Kita juga ada manfaat kepada kehidupan sahabat kita itu.

Maka, tidak perlukah mempersoalkan mengapa ada orang mendapat nasib yang baik seperti dilahirkan menjadi anak orang kaya yang berpengaruh, atau menjadi anak raja atau sultan atau anak Siti Nur Halizah. Memanglah, pada pandangan mata kita tentu mudah jika dilahirkan dalam keluarga yang banyak harta. Banyak perkara yAng boleh dibuat tanpa perlu berkira2 contohnya, buka klinik yang cantik, buka banyak farmadi dengan stok yang penuh, bayar staf mahal, tambah cawangan restoran dengan cepat dan berbagai2 lagi.
Tapi , Allah Al Musawwir pasti telah menuliskan jalan hidup yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Yang pasti, nasib setiap manusia itu adalah berkait antara satu sama lain. Ada yang rugi hari ini supaya yang lain mendapat untung esok hari. Ada yang kemalangan di sini, supaya tiada kemalangan lebih besar berlaku disana.. Begitulah hebatnya Allah yang Maha Mengatur dan Maha Bijaksana.

So, be happy with who you are and where you are now. Berdamailah dengan takdir dan tak perlulah cuba mengambil kerja Allah yang Maha Pengatur dan Maha Memberi Rezeki dan Maha Mengkayakan itu… Tenang, tenang aja yee!!

Siapa yang baca sampai habis post ni, pasti Disebabkan oleh Allah yang melorongkan dan membuka hatinya untuk membaca coretan ini. Mungkin saja hatinya sedang rawan dn berduka. Moga kalam ini menjadi penyejuk hati dan sedikit sebanyak dapat menenangkan jiwa. Amiiinnn…

#kolamjiwa
#refleksidiri

When everything goes wrong….

Bulan Mac ni macam2 dugaan yang melibatkan wang ringgit. Mostly diakibatkan oleh keganasan Luq.
Mula2 windscreen kereta Merc retak, pastu dia pecahkan screen TV 3D, latest dia pecahkan skrin phone pula…

Ermmm, memang geram tapi masa kejadian tu berlaku, speechless. Senyum kelat je lah..

Pastu mulalah muhasabah diri.

Mesti terkurang bayar zakat, atau kurang sedekah, atau ada bahagian dari rezeki yang dapat dari cara yang x betul.

Or, mesti tu cara dia nak mintak perhatian dari mommy dia kot…!!

Apapepun, memang senak gak rasa otak bila fikir kerugian2 tu. Tapi alhamdulillah lepas Allah aturkan hingga dapat pergi program asmaul husna semalam, everything seems smooth je. Lapang je dada dan hati. Saya serahkan semuanya pada Allah utk uruskn. Allah Al Bari'. Dia yang Maha Pengatur.. kita ni selalu rasa susah hati sebab kita try nak buat kerja Allah.

Kadang tu saya terfikir gak, mungkin dugaan demi dugaan Allah bagi ni bertimpa2 pulak tu sebab saya dah lama tak mengadu dan merintih pada Dia kot. Sembahyang pun ala kadar sekadar untuk cukupkan 5 waktu je. Takde keghairahan pun nak berborak dengan Allah. So, Allah bagi cukup2, sampai the only choice and pertolongan is from Dia sahaja..😭😭😭😭😭.

Thanks pada Dr. Azura yang tak jemu2 mengajak kami untuk menghayati dan mengaplikasikan Asmaulhusna dalam kehidupan. Kena betul2 amalkan dan serahkan diri pada Allah Al Mutakabbir!!

Tengah try menyucikan jiwa guna terapi asmaul husna.

Ada masa jom lah join program terapi asmaulhusna ni.. nanti saya war warkan ye..

Ok bai😍😍😍

#imfeelingmuchbetternow
#Allahumma Ya Bari'

“Mak aku tak penat, dia duduk rumah je”

sahm

“Wei, kesian mak ko kan. Mesti dia penat sebab dia kerja. Mak aku tak penat. Dia duduk rumah je”, terkejut saya dengar kata-kata yang diucapkan oleh kawan haris. Lepas tu dia tambah lagi, ” mak aku duduk rumah mana ada buat kerja pape, dia kerja makan je!”

Allah… sedihnya dengar bila anak2 cakap macam tu. Padahal kita kenal mak dia. Seorang wanita yang meninggalkan kerjaya untuk menjaga dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada amanah Allah. Saya cuma berharap yang mak dia tak dengar lah dia cakap macam tu. Kalau saya mak budak tu, mau terduduk sambil mengalirkan air matalah gamaknya..

Tak dapat nak nafikan yang usia mereka terlalu mentah untuk menilai dan menghargai pengorbanan dan usaha ibu mereka di rumah. Saya tau betapa beratnya tanggungjawab seorang suri rumah sepenuh masa. Lagi-lagi bila ada anak-anak yang telah bersekolah pagi dan petang. Perghhh! Serious cakap, kalau saya, memang menangis…. Dan saya juga percaya, tidaklah seorang ibu itu berharap akan dihargai oleh anak2nya. Namun, ucapan terima kasih dan sedikit usaha untuk meringankan tugas2 ibu pasti akan membuatkan seorang ibu tersenyum.

man-husband-ironing-at-home-helping-his-wife-HY94W7

Pada saya, sang ayah perlu memainkan peranan dalam hal ini. Seorang ayah perlu mengajar anak2 untuk menghargai ibu mereka. Setiap ibu mahukan yang terbaik. Seorang ayah/suami perlu mengiktiraf dan berterima kasih kepada seorang isteri yang dengan rela hati memilih untuk menjadi suri rumah. Sungguh bertuah suami yang ada isteri yang sanggup memikulkan tanggungjawab beliau di rumah.

Saya pernah terbaca kisah di mana seorang suami yang memandang rendah dan malu dengan isterinya yang tidak bekerja. Pertanyaan “isteri ko kerja apa?” dijawab “owh, dia duduk rumah JEE” dengan nada yang segan.

Hellooooo!!!! Duduk rumah JEEEE?. Kalau lah orang lelaki ni tau betapa penatnya DUDUK RUMAH JE tu.. hmmmmm, pasti tak gamak dia nak memperkecilkan isteri dia. Suri rumah, memang takde punch card, tapi dorang kerja 24 jam hokay! Rumah awak tu takdenya boleh bersih sendiri. Ingat isteri awak tu Mary Poppins ke, ada magic wand yang ayun-ayun je semua siap? Awak ingat rumah awak tu memang semulajadi kemas berkilat ke bila awak balik rumah. Kalau awak takde anak and cuma ada nak kucing je, bolehlah awak nak cakap isteriawak tu goyang kaki je duduk rumah. Tapi kalau anak  ramai, kecik2 pulak tu, erm, isteri  mesti macam Charlie Chaplin dah nak menyiapkan dan menguruskan segala benda. Jadi, sila lah hargai dan hormat sikit profession SURI RUMAH SEPENUH MASA nih.. Kalau sang ayah pun tak tahu nak hargai isteri dia, bagaimana pula dia nak ajar anak2 dia menghargai ibu dan wanita yang memilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa.

A man with a headache

Silalah beri peluang untuk mereka juga mempunyai masa untuk diri sendiri. Dapat keluar bersama kawan atau at least untuk dia keluar shopping sendiri tanpa anak2.

me time

Saya betul2 kagum dengan kawan2 saya yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Pengorbanan memang sangat besar wei. Kalau lah suri rumah ni bergaji, saya rasa tak siapa sanggup bayar. Sebab job scope dia sangat luas! Dari guru mengaji, pakar dobi, drebar, pengasuh, amah, tukang masak, tukang kebun dan lain-lain lagi.. Ishhh…. saya yang kena gonyoh baju anak seminggu sekali ni pun dah rasa penat yakmat, macam manalah mak2 yang hari2 menghadap kain baju nak kena basuh lipat dan gosok tu.. Lagi2 kalau kena buat sendiri tanpa pertolongan suami atau pembantu rumah..

sahm 5

Ermm.. sebenarnya saya emosi sebab dulu masa saya remaja pun saya rasa segan dengan kawan2 sebab mak saya suri rumah JE. Saya duduk asrama, so, bila tengok mak orang lainjenis berkerjaya, saya rasa mak saya orang biasa sangat. Saya bertekad sangat tak nak jadi macam mak saya. Tapi sekarang bila saya dah ada nak 3 orang, baru sayanampak betapa susahnya mak saya menguruskan rumah tangga waktu dulu. Masa zaman takde mesin basuh, mama kena basuh baju pakai tangan. Lepas tu betapa gigih dia jual macam2 supaya kami adik beradik dapat semua permainan yang tengah top pada zaman tu. Rumah sentiasa kemas dan teratur. Mama akan pastikan sebelum ayah balik kerja, rumah tiptop, minum petang dah ready. Sarapan pun tak pernah missed. Sekarang ni baru saya nampak betapa mak saya tu seorang Wonder Women!!

ww

Saya tak mampu nak buat apa dia buat untuk kami dulu2. So, saya faham betapa surirumah sepenuh masa bukanlah satu tugas yang mudah. Ianya juga adalah sebuah pekerjaan yang layak dihormati walaupun, tiada cuti sakit, tiada socso, tiada bonus tahunan. Sebab tu juga Islam membolehkan sang isteri walaupun dia adalah suri rumah, dia boleh menuntut harta sepencarian apabila berlaku perceraian ataupun kematian. Indahnya islam tu kan. Sangat menghargai wanita. Sebab tu jugalah Nabi Muhammad sentiasa suruh sentiasa lebihkan ibu dalam apa-apa hal berbanding ayah.

Itu jelah nak tulis harini. Hati rasa rawan sangat sejak dengar kata2 kawan haris tu. I feel pity to her mom as i know how struggle she is everyday. Semoga setiap titsan peluh yang tercurah kerana menjaga keluarga beliau akan dibalas dengan selayaknya oleh Allah di akhirat kelak. Bak kata En. Kanda, hidup kat dunia ni sekejap je. Walau berat macam mana pun, sabar je lah. Kat akhirat tu tempat rehat dan dapat segala balasan kebaikan selama2-nya.

Post ini didedikasikan kepada wanita2 yang gigih menjaga amanah Allah dengan ikhlas diseluruh dunia. Walaupun kadang kala anda rasa kurang dihargai atau dihormati, ingatlah, pandangan manusia itu tidak penting, yang paling penting adalah Allah sentiasa melihat anda dan Allah itu Maha Adil..

Masih belum terlambat untuk wish Selamat Hari Wanita Sedunia to all Amazing women in the world! Let us be One, be With One, and Raise One of those Amazing women!

(Photo credit semua dari internet not owned by me)

Date Night

Penting ke ada date night untuk pasangan yang dah berkahwin?

Depends sebenarnya pada pasangan itu sendiri. Bagi kami yang dah ada anak 3 ni, kami memang selalu ada date night atau ngedate waktu siang.

Dulu2 masa zaman bercinta di universiti, aktiviti kegemaran kalau dating is tengok movie. (Bukan buat movie tau..no no no!!). So, bila dah kawen and masing2 dah bekerja, kami tetap try carik masa satu malam dalam seminggu untuk ngedate. Bila dah beranak pinak ni pun, still aktiviti diteruskan. Ada masanya aktiviti berunsur sukan dan diteruskan dengan midnight movie.

Kami xde maid, so kami upah adik2 untuk jadi baby sitter kami pada malam ngedate tu.. Heeheh.. Syukur rumah dekat ngan parent dan dekat ngan adik2…

For me, walaupun u dah beranak 3 ke 10 ke, as husband u should never stop dating your wife and as a wife, u should never stop flirting with your husband!!😍😍😍😍😍

Tips tidur lena…

Salam…Rindunya nak menulis.

Terpanggil untuk menulis sebab melihat trend di farmasi ideal kebelakangan ini. Sesuatu yang agak merunsingkan apabila banyak pesakit datang dengan prescription untuk ubat penenang dan ubat tidur.  Psychotropc drugs. Ubat-ubat seperti Alprazolam, Stilnox, Xanax, dan seangkatan dengannya. imsomnia

Yang menyedihkan adalah, rata-rata umur pesakit yang datang untuk mendapatkan ubat tersebut adalah dalam lingkungan 30 hingga 40-an. Terfikir juga kenapa ye? Mungkin taraf hidup sekarag ni menyebabkan semakin ramai yang mengalami depressi dan kemurungan sehingga menyebabkan masalah sukar tidur yang agak teruk.

Kami tak simpan ubat-ubat yang seperti ini kerana ianya memerlukan special kabinet untuk penyimpanan. Lagipun, side effectnya banyak….Tapi sebagai ahli farmasi, kami cuba membantu golongan sebegini dengan modaliti lain.

Antara tips yang kami berikan untuk memudahkan mereka tidur adalah seperti berikut:

1. Aromatheraphy

Cuba gunakan aromatherapy. Gunakan minyak Lavender dan Ylang-Ylang untuk membantu tidur yang lebih lena. Pasangkan di bilik anda seawal jam 8 malam dan biarkan deria anda menghidu baunya. Otak akan terstimulate untuk tidur dan berasa lebih tenang untuk tidur.aromatherapy

2. Berurut dengan essential oil.

Urut bahagian leher dengan minyak essential seperti lavender dan Ylang-Ylang. Anda pasti kagum dengan hasilnya kerana biasanya leher akan berasa tegang bila kita berada dalam keadaan stress. Urutan lembut dapat mengurangkan ketegangan urat di leher dan membantu kita untuk tidur.stress massage

3. Makan sebiji pisang.

Percaya atau tidak, pisang amat membantu untuk mendapatkan tidur yang lena. Tryptophan, bahan kimia yang terdapat dala pisang bukan sahaja membantu melawan stress, malah ia dapat membantu mendapatkan tidur yang sangat lena. Makan sebiji pisang sebelum tidur untuk mendapatkan hasil yang terbaik.pisang

4. Mendengar muzik klasik/ayat Quran

Kedua-dua musik klasik/aaa al-qurankan menghasilkan gelombang yng dapat menenangkann otak kita. Ianya merupakan salah satu terapi yang agak nerjaya digunakan di seluruh dunia untuk membantu mengatasi anxiety.al quranmusic

5. Pengambian supplement

Supplement berasaskan herba seperti Himalaya Ashvagandha dan  21st Century Herbal sleep juga telah membantu ramai pesakit saya yang sukar tidur.P272035286

6. Mandi dengan air suam

Mandian dengan air suam juga boleh membantu untuk tidur. Lebih baik jika dapat berendam dalam air rebusan herba yang suam…..(pakai rebusan herba untuk ibu bersalin tu pon ok).. ataupun, boleh guna bunga sebagai ganti herba kalau anda jenis yang tak suka atau allergik dengan herba!mandi

7. Melakukan hubungan intim

Kelebihan untuk mereka yang telah berkahwin adalah, melakukan hubungan seksual amat membantu mendapatkan tidur yang lena. Hubungan seksual mempunyai banyak kelebihan seperti mengurangkan stress, mengawal migran dan sakit kepala dan banyak lagi. Kelebihan hubungan seks akan dibincang lanjut di entry yang lain ye.

Hikmah Sedekah

Dalam ayat 271 Surah Al-Baqarah tersebut terdapat rahsia yang diungkapkan Allah kepada orang-orang yang beriman dalam Al-Quran. Orang-orang yang beriman memberikan harta untuk mencari keridhaan dan rahmat Allah dan surga-Nya. Namun menyedari tentang rahsia yang diungkapkan dalam Al-Quran, mereka juga mengharapkan Rahmat dan Kurnia Allah.

Semakin banyak mereka meberikan hartanya di jalan Allah, dan semakin mereka membrikan hartanya dijalan Allah, dan semakin mereka memperhatikan apa yang diharamkan dan yang dihalalkan, Allah akan semakin menambah kekayaan mereka, memudahkan tugas/urusan mereka dan Allah memberikan kesempatan yang semakin banyak untuk menafkahkan hartanya di jalan Allah……

Harun Yahya: Beberapa Rahasia Dalam Al-Quran, 2004