Kenapa kena beramal soleh jika masuk syurga itu adalah atas Rahmat Allah?

Free Admission

Selalu tak dengar orang cakap, kita masuk syurga bukan sebab amalan kita tapi sebab Rahmat Allah?

Dah tu kenapa sibuk gak nak buat amal banyak2. Kenapa sahabat2 Nabi yang telah dijamin syurga pun tetap juga kuat beramal soleh?

syurga vs neraka

Saya tertarik dengan satu kupasan dari seorang ustaz ni. Dia kata perumpamaannya macam Hotel mewah.

best hotel.jpg

Hotel tu dibina dengan keadaan, makin tinggi tingkatnya, makin hebat fasiliti dan layanannya. Setahun sekali owner dia akan pilih 100 orang dari kalangan pekerja dia yang beribu tu untuk tinggal di hotelnya selama sebulan secara percuma.

Maka dia akan pilihlah ikut kehendak dia 100 staff tersebut. Masing2 akan dapat kupon khas.. Tapi, macam mana nak tentukan siapa dapat executive suit, atau siapa akan duduk bilik paling bawah dekat dekat lobi?

Haaaa, dari sini lah owner tu akan tengok balik rekod staf2 tu tadi. Tengok penilaian pekerjaannya sepanjang kerja di situ. Siapa yang cemerlang mengikut buku penilaian kerja tahunannya akan mendapat bilik yang paling mewah di tingkat atas dengan view yang paling ohsem walaupun dia hanya bekerja sebagai tukang dobi di hotel tersebut. Siapa yang rekod penilaiannya biasa2 akan dapat bilik yang biasa2.

Lepas saya dengar penjelasan ini, saya macam.. WOWWWWW! Walaupun sebenarnya tak boleh nak buat perbandingan macam tu, tapi untuk menyampaikankepada akal logik kita, perumpamaan tersebut dilihat cukup menarik dan sesuai.

So, now you know kan kenapa kena juga memperbanyakkan amalan soleh kita sewaktu didunia ni? Sebab kita tak nak lah jadi orang yang dikatakan menyesal walaupun kita dah didalam syurga. Sebab syurga nanti ada banyak tingkatnya juga…Apappun, beramallah sebaik mungkin dan lakukanlah hanya semata2 untuk mendapatkan Rahmat dan keREDHAan Allah sahaja..

TINGKATAN+SURGA.jpg

#seberatzarah

Kalau ada salah dan silap dalam penulisan ini mohon diperbetulkan ye. Shukran.

Advertisements

3 Cara Luarbiasa Menjamin Masa Depan Anak Anda (jika ditakdirkan anda mati awal)- Part 1

baby

Satu soalan yang paling biasa bermain di fikiran setiap ibu bapa adalah: “Bagaimana saya dapat terus memberi makanan dan perlindungan kepada anak2 saya bila saya meninggal?”

Antara hal yang paling dirisaukan oleh kita sebagai ibubapa adalah tentang masa depan anak2 jika ditakdirkan kita mati awal.

Ramai yang hidup dalam keluarga yang mana hanya seorang yang merupakan breadwinner atau mempunyai punca pendapatan. Dan masih ramai yang bergantung hidup dari satu slip gaji ke slip gaji seterusnya. Sedikit sahaja simpanan dapat dibaut dan mempunyai hubungan sosial yang terhad untuk bergantung harap.

Persoalannya, bagaimana kita dapat menjamin masa depan keluarga kita ketika mengalami bencana? How is that even possible bila bencana yang mendatang juga tidak kita ketahui bentuk dan masa datangnya?

Dilema ini sebenarnya bersifat universal dan telah ditanya sejak dari dulu lagi. Ayat Al Quran dalam Surah Al A’raf; 188, Allah menyuruh Nabi berkata “Aku tidak kuasa mendatangkan manfaat maupun menolak mudarat bagi diriku kecuali yang dikehendaki Allah. SEKIRANYA AKU MENGETAHUI YANG GHAIB,NESCAYA AKU AKAN BERBUAT KEBAJIKAN SEBANYAK-BANYAKNYA DAN TIDAK AKAN DITIMPA BENCANA. Aku hanyalah pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.

Ini bermaksud, sedangkan Nabi Muhamamd juga tidak dapat mengetahui tentang masa hadapan, tetapi Nabi Muhammad telah meninggalkan kepada kita model untuk diikuti dan best practices untuk diimplementasikan yang insya Allah dapat menjamin masa depan anak2 kita di kehidupan ini serta kehidupan seterusnya.

  1. Jaminlah masa depan anak anda – Spiritually

Dalam kisah Nabi Musa a.s dan Nabi khidir a.s (QS al Kahf 18:60-82), kedua mereka melintasi satu perkampungan dimana penduduknya bersikap kasar terhadap kedua nabi tersebut. Namun, Nabi Khidir a.s telah membaiki sebuah rumah yang dindingnya hampir runtuh. Hal itu menyebabkan Nabi Musa a.s bertanya sebab kepada perbuatan baik nabi Khidir a.s tersebut terhadap penduduk yang tidak layak diperbuat kebaikan kepadanya. Lalu dijawab oleh Nabi Khidir a.s,

“Dan adapun dinding rumah itu adalah milik dua anak yatim, yang dibawahnya tersimpan harta bagi mereka berdua, dan ayahnya adalah seorang yang SOLEH.Maka Tuhanmu mengkehendaki agar keduanya sampai dewasa dan keduanya mengeluarkan simpanannya itu sebagai rahmat dari tuhanmu. Apa yang kuperbuat bukan menurut kemahuan sendiri. Itulah keterangan perbuatan-perbuatan yang engkau tidak sabar terhadapnya”

Kesimpulannya, Allah mengilhamkan nabi Khidir dan Musa a.s ke tempat yang mereka yang jangka untuk sampai, berbuat perkara yang mereka tak terfikir untuk lakukan, untuk memelihara harta dua orang anak yatim yang tidak mereka kenali, semata-mata kerana kemuliaan yang Allah letakkan keatas bapa mereka disebabkan keSOLEHANya.

SOLEH: Kunci Pemeliharaan Ilahi Terhadap Anak Anda

Dari kisah tersebut, dapat kita simpulkan bahawa kualiti yang ada pada bapa tadi sehingga masa depan anak2nya dijamin adalah keSOLEHan dan kesungguhanya kepada Allah swt.

Kadang kala, agak sukar untuk kita mengaitkan kerohanian dengan situasi real life, tetapi inilah yang diajarkan oleh Nabi Muhamad saw dan sahabat2Nya yang mulia telah amalkan dalam kehidupan seharian.

Allah swt berfirman dalam surah At Thalaq ayat 2&3 yang intipatinya bermaksud,

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak dijangka. Barangsiapa bertawakal kepadaNya, nescaya akan dicukupkan keperluannya…”

Apabila kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah samada di depan orang ramai ataupun dalam keadaan tersembunyi, Allah pasti akan melindungi kita dan anak kita dengan cara yang tidak dapat kita terfikirkan.

Untuk sampai ke tahap ini, kita perlu sentiasa mempunyai kesedaran tentang keadaan rohani kita dan apa akibat dari perbuatan kita kepada kita dan keturunan kita.

Dalam kita memperkukuhkan aspek kerohanian, tidaklah bermaksud menidakkan kepentingan perlunya perancangan kewangan yang mencukupi untuk masa depan anak kita.

Bapa didalam kisah Nabi Musa a.s tadi digambarkan sebagai seorang yang soleh dan bertakwa, namun beliau bukanlah orang yang tidak mempunyai apa2 langsung. Kerana jika beliau tidak mempunyai apa, sudah tentu beliau tidak akan mempunyai rumah yang mana mempunyai dinding khas didalamnya yang berfungsi untuk menyembunyikan harta2nya. Ini menunjukkan, sepanjang waktu hidupnya, bapa tadi telah menjalani kehidupan yang terbaik sehingga dapat memenuhi keperluan material anak-anaknya.

Hehe.. Hadam dulu Part 1 ye.. Insya Allah nanti kita sambung lagi di PART 2. dimana kita akan bincangkan bagaimana kita dapat menjamin msa depan anak2 dari segi FINANCIALLY.

KEPENTINGAN MOSQUITO REPELLANT

KENAPA PERLU ADA MOSQUITO REPELLENT / PENGHALAU NYAMUK
47427741_1852669074850664_908602083815456768_n
 
Gigitan dari serangga seperti nyamuk, lalat hitam, langau, dan semut api boleh meninggalkan kesan pada kulit dan menyebabkan kegatalan yang kadang-kadang boleh menjadi serius akibat dari infection sekunder. Gigitan dan sengatan kebiasannya merah, bengkak dan gatal. Tanpa mosquito repellent, tak ada limit atau had berapa banyak gigitan dan snegatan yang boleh kita dapat terutamanya apabila berada di kawasan yang berlainan semasa melancong.
 
Tak kira lah jika anda melancong atau sedang bercuti untuk beberapa minggu, penghalau nyamuk adalah sangat diperlukan sebagai langkah berjaga-jaga. Mari kami share kan kenapa anda perlu simpan Mosquito Repellent ketika anda melancong atau bercuti.
 
MENGELAKKAN GIGITAN SERANGGA ADALAH SULIT
 
Tanpa mosquito repellent, menghindarkan diri dari serangan gigitan serangga dan nyamuk adalah amat sukar. Nyamuk ni boleh didapati di hampir kesemua kawasan di dunia kecuali Antartika. Nyamuk lebih kerap mendiami kawasan yang lembap, terutamnya di negara-negara yang hampir dengan climate tropica seperti hutan dan kawasan paya di Amerika Tengah dan Amerika Selatan, Asia Tenggara dan juga negara sub-sahara seperti Afrika.
 
NYAMUK DAN MALARIA
 
Hanya sedikit sahaja nyamuk yang tidak mendatangkan penyakit kepada manusia.Apabila nyamuk menggigit, mereka boleh mentransimisikan penyakit merbahaya seperti Demam Denggi Berdarah dan Malaria. Terutamanya pada waktu musim tengkujuh seperti sekarang, jika kawasan rumah kita terdedah kepada takungan-takungan air bersih, nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan Denggi akan senang untuk membiak dan ini mendatangkan ancaman penyakit Demam Denggi kepada manusia. Terutama bagi mereka yang gemarkan hiking dan camping, anda boleh mengelakkan gigitan nyamuk merbahaya ini hanya dengan satu semburan Mosquito repellent. No hassle kan?
 
Sekarang ni dah berbagai jenis mosquito repellent yang dijual di pasaran. Dari jenis roll-on, krim, patch-on sehinggalah spray untuk setiap peringkat umur, mahupun untuk baby lagi pun dah ada. Jadi, tak perlu nak takut dengan keselamatan menggunakan mosquito repellent untuk bayi, yang penting tanya saja pada Ahli Farmasi anda, okay?
 
#TeamFarmasiIdeal
#FarmasiIdealShares
#FarmasiIdealCares
#YourHealthCompanion
 
more Health info at : FB: Farmasi Ideal

Betapa kuatkah keyakinan kita kepada ALLAH s.w.t?

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Pernahkah anda melalui fasa hidup dimana kita sering dibelenggu rasa risau, takut dan bimbang dalam semua hal? Biasanya, hal berkaitan rezeki,. Hal berkaitan kerja, hal mengenai masa depan anak2 bila kita mati nanti, hal hutang dan kebimbangan sekiranya apa yang kita usahakan tidak menjadi. Tak selesa kan rasa itu. Kadang sampai mengganggu masa tidur kita.

buntu

photocredit : darinholic.com

 

Kesemua perkara di atas sudah pasti merenggut ketenangan dari hidup kita sehingga kadang kala membuatkan kita tidak dapat melelapkan mata, betul tak? Kita mungkin dapat menyembunyi keresahan dan kebimbangan tersebut dari orang sekeliling kita, namun kita tak kan mampu menyembunyikan rasa tersebut dari diri kita sendiri apatah lagi dari Allah Ya Alim , Yang Maha Mengetahui.

insomnia

Photo credit: penntoday.upenn.edu

Setelah  Nabi Adam dan Hawa melanggar perintah Allah akibat terpedaya dengan hasutan syaitan sehingga dikeluarkan dari syurga, Allah memerintahkan Nabi Adam, Hawa dan syaitan  turun ke dunia. Sebelum turun dari syurga, syaitan telah berjanji akan menyesatkan keturunan Nabi Adam. Maka elemen takut, bimbang, risau dan sedih inilah yang dimainkan oleh syaitan ke dalam hati manusia untuk menyesatkan manusia. Namun, Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya. Allah Maha Mengetahui keperluan makhluk ciptaanNya.

 

Lalu Allah berfirman:

“Kami berfirman, “Turunlah kamu semua dari syurga!  Kemudian jika datang kepadamu petunjukKu, maka barang siapa mengikuti petunjukKu, nescaya tiada ketakutan dan dukacita ke atas mereka”.(Al Baqarah 2:38)”

 

Allah menurunkan sekali bersama manusia petunjukNya melalui utusan2nya iaitu nabi-nabi dan rasul-rasul sejak zaman Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad saw. Dan yang terkahir ditinggalkan Al Quran yang membenarkan serta merangkumi keseluruhan ajaran2 dari kitab2 yang telah diturunkan sebelumnya.  Inilah kompas yang Allah turunkan supaya kita tidak tersesat dalam hidup ini akibat tipudaya syaitan yang dilaknat oleh Allah itu dan menghalang kita dari dihumban ke dalam neraka bersama syaitan.

 

Firman Allah:

“Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.(Al Baqarah 2:2)”

 

Maksudnya di sini kompas hidup kita ialah Al Quran. Di dalamnya ada panduan untuk mengatasi rasa takut, bimbang, risau dan sedih dalam hidup ini. Apapun, kesemuanya bergantung kembali kepada betapa kuat keyakinan kita kepada setiap apa yang dikatakan oleh Allah didalam Al Quran.

 

Banyak masa kita berasa ragu dengan apa yang diajar didalam Al Quran kerana ianya bertentangan dengan logik akal dan juga menongkah sistem yang dibuat oleh manusia. Seringkali kita akan berasa hesitant untuk mengikuti apa yang diajar dan diperintahkan didalam Al Quran. Lagi teruk jika kita tak cuba langsung mengambil tahu apa yang cuba disampaikan oleh Al Quran.

jauh dari quran

Sesungguhnya, al Quran itu diturunkan sebagai petunjuk. Bukan sekadar dibaca tanpa difahami maksudnya. Jom kita belajar memahmi intipati Al Quran. Percayalah, bila kita cuba untuk betul2 belajar, Allah akan permudahkan. Kita jangan risau pada result dia. Sebab result atau hasilnya hanyalah dalam pengetahuan Allah dan ditentukan oleh Allah sahaja. Tugas kita hanyalah berusaha dulu.

 

Semoga kita dapat menjadi tenang dengan Al Quran sebagai kompas kita.

#seberatzarah

Tafsir Al Baqarah Ayat 3.

Surah Al Baqarah ayat ketiga memberitahu kita tentang ciri-ciri orang bertaqwa yang akan mendapat petunjuk dari Al Quran.

Al Muttaqin iaitu orang yang bertakwa adalah orang yang :
1. Beriman kepada perkara Ghaib
2. Mendirikan solat
3. Yang MEMBELANJAKAN sebahagian dari REZEKI yang Allah telah berikan kepada mereka.

Mengupas kepada ciri yang pertama iaitu:

BERIMAN KEPADA PERKARA YANG GHAIB

Ramai dari kita menafsirka dan berpegang bahawa beriman kepada perkara yang ghaib itu hanyalah mencakupi Keimanan kepada segala mukjizat yang terdapat dalam AlQuran, Beriman kepada alam barzakh, kepada hari akhirat, kepada syurga dan neraka, mengakui wujudnya makhluk lain yang tidak dapat dilihat oleh manusia. Kesemua itu adalah betul dan semua orang memang beriman kepada nya.

Tetapi jika kita pandang dan kaji dengan lebih mendalam, maksud beriman kepada benda yng ghaib sebenarnya lebih luas lagi. Terutama di zaman sains dan teknologi menjadi asas dan tonggak utama dalam menyampaikan ilmu. Pada zaman ini, ramai menerima pendapat, jika ianya tidak dapat dibuktikan oeh sains, maka ianya tidak benar dan palsu.

Hakikatnya, teori tersebut tertolak dengan sendirinya bilamana banyak perkara dalam kehidupan seharian yang tidak dapat dikuantitatif dan dibuktikan melalui kaedah sains. Contoh mudah, bagaimana nak membuktikan rasa CINTA. Bila kita kata CINTA kita kepada suami adalah 100%, bagaimana kita nak buktikan menggunakan kaedah sains?

Selain itu, bagaimana ciri orang yang beriman dengan perkara ghaib adalah bilamana tindak tanduknya selari dengan apa yang diperkatakan oleh Allah didalam Al Quran.

Contoh:
1. Biasanya, dalam satu party, bila semua orang mengumpat orang lain, ianya dianggap biasa dan semua orang akan melakukan ghibah tersebut tanpa rasa apa2. Tapi bagi orang yang bertaqwa, hatinya akan merasa tak tenteram kerana ketika itu, dia teringat hadis mengenai larangan melakukan Ghibah dan hatinya yakin akan hukuman Al Muntaqim di akhirat kelak.

2. Bila seorang lelaki nampak wanita seksi, dia segera menundukkan pandangan kerana dia menyakini bahawa setiap perbuatannya akan dihisab kelak berdasarkan Ayat Al Quran
dalam surah An-Nur 24:30 iatu;
” Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha mengetahui akan apa yang mereka perbuat”

3. Dalam perniagaan contohnya, ketika seorang peniaga mempunyai peluang untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda akibat dari keterdesakan pembeli, seorang peniaga yang bertaqwa tidak mengambil kesempatan kerana dia yakin akan balasan dan ganjaran yang akan diperolehi akibat dari perbuatannya yang menahan diri dari bersikap tamak dan menindas orang yang sedang terdesak.

Ciri yang kedua iaitu:

MEREKA YANG MENDIRIKAN SOLAT.

Ada perbezaan nyata antara orang yang solat dan mendirikan solat. Maksud mendirikan solat adalah melakukan solat tersebut secara berjemaah. Kenapa perlu mendirikan solat secara berjemaah. Biasanya orang yang lembut hatinya untuk ke masjid mempunyai satu niat yang sama iaitu untuk sentiasa memperbaiki diri dan menjaga hubungan dengan ALLAH.

Berbanding mereka yang tidak menjalinkan hubungan silaturrahi dengan orang yang baik2, mereka akan menjadi lemah dan mudah dipengaruhi untuk melakukan dosa.
Orang beriman akan menjaga tiang agama yang satu ini kerana keyakinan bahawa hanya dengan mendirikan solat hubungan istimewa dengan Allah akan menjadi kukuh.

Ciri orang bertaqwa yang ketiga adalah;

MEREKA YANG MEMBELANJAKAN SEBAHAGIAN DAR REZEKI YANG DIKURNIAKAN KEPADA MEREKA.

Bab yang ini juga memerlukan penjelasan yang panjang lebar. Ini kerana, ramai orang menjumudkan maksud rezeki yang perlu dibelanjakan tersebut kepada hanya dalam bentuk harta dan wang ringgit. Natijahnya, ramai merasakan yang mereka tidak termasuk di dalam suruhan ayat ini kerana merasakan bahwa merka tidak mempunyai duit yang lebih untuk diinfakkan.

Hakikatnya, kta semua sedia maklum bahawa jenis rezeki yang dikurniakan kepada setiap makhlukya adalah berbeza.

Antara contoh REZEKI:
-wang ringgit
-emas & perak
-kecantikan
-kesihatan
-anak2
-pengaruh
-kepandaian
dan lain2.

Kesemua ini adalah rezeki yang mungkin diberikan kepada seseorang individu. Dan Allah meminta kita membelanjakan rezeki yang TELAH dikurniakan, bukan yang belum diterima oleh manusia.

Jadi,kita perlu perhatikan kepada diri kita sendiri. Nikmat dan rezeki yang mana yang Allah dah kurniakan kepada kita yang kita perlu sumbangkan kepada orang lain.

Dalam ayat tersebut, Allah tidak menspecifiedkan kepada siapa rezeki tersebut wajib dibelanjakan, jadi ianya sangat luas. Sebagai contoh, kita mungkin tidak mempunyai duit yang banyak, tetapi kita mempunya ramai followers dan rezeki kepandaian menulis dan wajah yang direzekikan kecantikan.

Maka dengan menggunakan kesemua rezeki yang ada, kita boleh sumbangkan untuk membantu mendapatkan dana melalui liputan di socmed.

Ramai orang takut memberi atau berinfaq kerana mereka takut harta mereka akan berkurangan. This is where things get more interesing. Hakikatnya, Allah yang menjetik rasa ingin memberi itu dalam hati kita. Sebelum itu, cuba renungkan, jika kita tidak percaya kepada janji Allah yang Allah tidak akan menjadikan orang yang bersedekah itu miskin, sudah tentu kita akan takut untuk bersedekah/berinfaq.

Hanya mereka yang yang percaya bahawa mereka sedang berdagang dengan Allah sahaja yang akanmemberi. Kita perlu menanamkan pemikiran bahawa apabila kita memberi sesuatu, kita bukanlah memberi kepada penerima langsung, tetapi kita sedang memberi kepada Allah untuk dimasukkan kedalam akaun akhirat kita.

Allah swt tak tengok kuantiti rezeki yang dibelanjakan tapi kualiti rezeki tersebut. Kerana itulah, rezeki tersebut bukan hanya bermaksud dan bertumpu kepada wang atau harta semata2.

Tafsir Al-Infithar : Nouman Ali Khan

Tuan Tanah dengan Pekerja
 
Tuan tanah telah maklumkan pada semua pekerjanya yang mereka bebas buat apa sahaja di kebun miliknya tetapi ada beberapa kawasan yang dia tak boleh masuk. Dan tuan tanah dah bagitau apa hukuman yang akan mereka terima jika pekerja2 ni masuk kawasan larangan tu. Tuan tanah pun dah bagitau yang seluruh kawasan kebun tu ada CCTV.
 
Ada beberapa pekerja yang degil dan cuba2 juga masuk kawasan tu walaupun tahu ada CCTV. Kali pertama, hati mereka rasa bersalah sangat sebab langgar arahan. Tuan tanah tau perbuatan dorang tapi tak buat apa2. Dia tengok je dan simpan rakaman tu. Tapi lepas tu, pekerja2 ni buat lagi dan lagi dan lagi selama bertahun2 dan menganggap ianya bukan kesalahan lagi kerana dibiarkan tuan tanah tanpa diberi apa2 hukuman. Tapi tuan tanah simpan segala rakaman salah laku pekerja tersebut. Tuan tanah tetap menjalankan tanggungjawab beliau sebagai tuan tanah terhadap pekerjanya dan berlaku baik kepada mereka. Diberikan gaji dan bonus dan macam2 lagi.
 
Setelah 10 tahun, tuan tanah panggil pekerja2 tersebut. Lalu bertanya, “kalian ingat lagi tak, saya pernah melarang kalian dari masuk beberapa kawasan di kebun ni?”
 
Pekerja2 menjawab, “ingat… tu lah. masa mula2 kami takut juga, tapi bila tuan macam tak kisah, kami rasa tuan cuma menakut-nakutkan kami je. Kelakar pula bila ingat masa awal2 tu kan, kawan2..hahahaah”
 
Tuan tanah lalu berkata, ” Nope, aku tak main2 tentang hukuman tu. Sekarang ni, aku akan kira balik berapa kali kamu masuk dan hukum kamu hari ini sehingga habis jumlah hukuman”
 
Pekerja2 tersebut terkejut bukan kepalang dengan penyataan Tuan Tanah tersebut. Sungguh mereka tidak menyangka, bahawa hukuman tersebut benar2 akan dilakukan oleh tuan mereka. Mereka sangkakan ianya hanyalah ancaman main-main sahaja kerana selama ini tidak pernah pula mereka dihukum atas kesalahan tersebut.
 
Lalu menyesallah mereka dengan sebenar2 sesal atas perbuatan mereka melanggar arahan tuan mereka dan tersalah sangka bahawa diamnya tuan mereka tanda redha. Namun, pada hari tersebut, sesal mereka tidak berguna lagi sebab segala bukti rakaman telah ditunjukkan, dan merekajuga tidak dapat memberi alasan bahawa mereka tidak tahu, kerana manual dan arahan tersebut telah jelas diberikan kepada mereka bertahun2 dahulu.
 
Anda rasa kisah ni analogi kepada apa? Ada rasa relate tak?
 
Actually contoh ni diberi oleh Ustaz Nouman Ali Khan dalam menerangkan tafsir surah Al-Infithar ayat ke 5-6. 
 
Dalam dunia ni ada ramai manusia yang tidak beriman kepada Hari Akhirat. Dan cara mereka menunjukkan ketidakpercayaan juga terbahagi kepada beberapa peringkat. jom check, ntah2 kita pun termasuk dalam salah satu golongan…erkkk…Naudzubillah…
 
1. Golongan yang memang langsung tak percaya dan menganggap tidak akan ada apa2 lepas kita mati mati, that’s it. End of story. and we only live for this life. So, bagi mereka, buatlah apa saje ikut logik dan hati mereka kerana tak kan ada consequences apapun melainkan didunia sahaja.
 
2. Golongan yang tak percaya sebab tiada bukti fizikal mengenainya. Golongan ni sentiasa mahukan bukti. Dan jika ianya tak dapat dibuktikan depan mata mereka, mereka tak kan percaya.
 
3. Golongan yang percaya bukan sebab keimanan tapi sebab logik. Especially bab justice. Mereka percaya setiap sesuatu mesti ada two sides of it. If some people tak dapat keadilan di dunia, dia mesti akan dapat pengadilan di tempat lain. So, they believe akan ada tempat lain untuk dapat pengadilan ni.
 
4. Golongan yang percaya adanya hari akhirat, tapi tak percaya yang Allah akan buat betul2 segala siksaan tu sebab anggap Allah kan sayangkan hambanya. Allah kan Ar Rahman Ar Rahim. Takkanlah Allah nak lempar kita dalam api neraka semata2 terlupa solat atau buat salah sekali sekala. Golongan yang merasakan Allah cuma acah2 je supaya kita takut dan akan follow cara hidup yang betul.
 
5. Golongan yang percaya pada akhirat, pada syurga dan neraka, tapi yakin yang Allah tak kan siksa kita sebab kita akan ada shield. Contohnya, orang kristian percaya mereka tak kan disiksa sebabJesus dah tanggung semua dosa umat dia. Ada golongan yang gunakan status sebagai Umat Nabi Muhammad untuk merasakan yang dia akan selamat dari api neraka sebab Allah sayang Nabi, so kalau kita sayang sangat kat Nabi and puja2 nabi, nanti Nabi akan bantu kita walau sebesar mana salah kita pada Allah swt.
 
6. Golongan seterusnya lebih ekstrem. Golongan ni percaya yang syurga dan neraka hanya cerita untuk orang2 yang imannya biasa2 sahaja. Bagi mereka yang maqamnya lebih tinggi, mereka dekat dengan Allah dan merasakan hal syurga neraka sudah tidak penting lagi. Jadi mereka merasakan tidak perlu melakukan segala ritual agama dan mengharapkan syurga kerana darjat mereka yang tinggi di sisi Allah swt.
 
So, kisah tuan tanah dengan pekerja tu adalah analogi kita nanti di akhirat. Ada beberapa golongan di dunia yang terpedaya dengan kemurahan dan kasih sayang Allah sehingga menyangkakan bahawa di akhirat nanti mereka tidak akan dihukum atas kesalahan2 mereka di dunia.Padahal, Allah cuma menangguhkan sahaja hukuman tersebut.
 
Pergh… siapa sangka macam ni punya deep pengajaran dari Surah Al-Infithar ni. Selama ni baca macam tu je kan? Rupanya… fuhhhhhh….Saya cuma ambil satu ayat je, actually kalau saya tulis semua dari ayat 1 hingga 19, terkeluar mata uols nak baca.. hahahaha
 
Disclaimer: most of the words memang saya translate terus dari kata2 ustaz NAK. Apa saya cuba buat adalah supaya mereka yang tak faham English, dapat juga manfaat dari kuliah Ustaz Nouman Ali Khan melalui terjemahan saya ke bahasa melayu. Those yang faham English dan ada masa, boleh subscibe Bayyinah.tv untuk dengar semua tafsir atau in depth view of all Surahs in Quran. Saya cuma nak share keterujaan saya terhadap tafsiran beliau dengan sahabat2 yang mungkin tidak berpeluang subcribe website tersebut.
 
Next saya sambung lagi pasal Perang Badar ye.. Sorry, ada selingan pula.. hehehehe
 
#seberatzarah
#sukamenulis

Pengajaran Perang Badar

Perang Badar as semua orang tahu adalah antara perang yang sangat penting untuk survival Islam.
 
Ada banyak sangat pengajaran dari peristiwa perang Badar. Saya list kan 5 dulu,
 
1. Number means Nothing – 2:249
2. Kemenangan hanyalah dari Allah dan dengan pertolongan Allah – 3:126
3. Jangan perlekehkan kuasa Doa
4. Kekuasaan Allah tiada bandingan – 3:125
5. Kekuatan Ummah pada Penyatuannya – 8:48
 
So, today jom kita kupas pasal pengajaran yang pertama..
 
NUMBER MEANS NOTHING.
 
Antara fakta menarik dalam perang Badar adalah, umat islam yang berkekuatan cuma 313 orang dengan tidak mempunyai kelengkapan perang yang lengkap telah berjaya mengalahkan tentera Quraisy Mekah yang berkekuatan 1000 orang lengkap dengan segala persiapan perang seperti kuda, senjata , perisai dan lain2.
 
(p/s: sebaiknya, masa baca ni korang ada Quran terjemahan sekali untuk korang rujuk bila saya bagi referal Nama Surah dan ayat. Baru nanti semuanya akan relate dengan cantik)
 
Ok, jom rewind sikit kebelakang. Cuba korang bayangkan korang adalah antara orang yang ada dalam pasukan Badar ketika itu. Asalnya korang ikut Nabi bukan untuk perang pun. Korang cuma keluar untuk rampas barang dagangan Abu Sufyan je. Sampai kat tempat yang dijangka rombongan dagangan tu lalu, tak muncul pula sebab rombongan tu dah guna jalan lain. Tetiba korang dapat tau, ada satu kumpulan TENTERA tengah on the way nak serang korang. Yang mana waktu tu, kalau ikut logik memang tak kan menang dah disebabkan jumlah korang yang sikit. Tu dah satu faktor yang korang rasa akan menyebabkan korang kalah lah kan.
 
Lagi satu faktor yang mungkin menyebabkan korang kalah adalah, dalam pasukan korang tu, ada 2 golongan pula. Satu golongan (ie: orang muhajirin) memang confirmlah kena join sebab perang ni memang berkaitan dorang. Tapi lagi satu golongan ni, takde kaitan apa2 pun dengan orang mekah. Tak de permusuhan apa2 pun dengan orang Mekah tu. Kalaulah golongan ni patah balik ke Madinah makin sedikitlah jumlah pasukan Badar ni. (Muhajirin:86, Ansar: 227).
 
So, secara jujurnya lah kan, apa perasaan korang masa tu? Mesti takut dan gerun kan? Mesti korang teringat anak bini dan harta2 korang kan? Mesti kat kepala korang fikir yang ni adalah misi membunuh diri kan? Macam tu juga lah perasaan kaum muslimin ketika tu. Lalu Allah bagi peringatan melalui Surah Al-Anfal: 27-30.
 
Bila dengar ayar2 ni, terus semua pasukan Badar tersedar dan taat dan ready untuk mengikut perintah Allah dan Rasulnya. Sebenarnya, Nab Muhamad minta pendapat dulu samada dari sahabat2 Nabi samada mereka akan maju untuk berperang atau tidak.
 
Sahabat2 dari kaum Muhajirin seperti Saidina Abu Bakr, Saidina Umar Al Khattab semua memang sokong seratus peratus. Nabi risau tentang sahabat dari kaum Ansar. Tapi ternyata keimanan dan kecintaan kaum Ansar amat tinggi kepada Allah dan Nabi melebihi nyawa mereka sendiri dan mereka menyatakan kesanggupan untuk berperang bersama Nabi melalui ucapan pemimpin nya Saad bin Muaz.
 
Tapi , untuk menambahkan motivasi orang2 ni untuk berperang walaupun semua kemungkinan menunjukkan mereka akan kalah dan mungkin mati syahid, Allah saw turunkan lagi satu kisah kaum Bani Israil selepas kewafatan Nabi Musa as. Kisah ni sangat signifikan kepada tentera Perang Badar sebab Allah macam bagi bayangan yang pada zaman sebelum Nabi Muhamad saw pun pernah ada pertempuran sebegitu. Perang antara raja Thalut dan Jalut. Di mana tentera Raja Thalut sangat sikit jumlahnya berbanding tentera Jalut yang sangat lengkap perisai, senjata dan mempunyai askar yang ramai. dan Jalut, seorang komander yang sangat hebat dan lengkap berperisai telah dikalahkan oleh Nabi Daud yang ketika itu hanya seorang budak/remaja.(Baca Al Baqarah: 246-251).
 
Masya Allah, bila turunnya ayat2 ni, umat Islam tak kira yang Muhajirin atau Ansar terus bersemangat kerana bertambah KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN yang mereka akan menang dengan pertolongan Allah. Lagi2 bila Allah berikan janji cara pertolongan tu dalam ayat 9-13, Surah Al-Anfal. Maka menanglah mereka dalam Perang Badar ni.
 
Kat sini, terbukti bilangan yang sikit tak semestinya kalah dan bilangan yang banyak tak menentukan kemenangan.
 
Perkara pertama terpenting adalah Kepercayaan, Keimanan dan Ketaatan kepada perintah Allah lah yang menyebabkan mereka menang hasil dari pertolongan dan beberapa faktor lain yang menyusul disebabkan KEIMANAN mereka ini.
 
Kedudukan sahabat yang terlibat dengan Perang Badar atau zaman ni kita panggil VETERAN BADAR sangat mulia dan tinggi kerana mereka menjadi contoh terbaik untuk semua umat islamselepasnya. Sikap mereka, Keimanan mereka dan keteguhan hati mereka menjadi penyebab syiar Islam terus tersebar sehingga hari ini.
 
Hahahahahah… panjang kan? Baru pengajaran pertama… Sorrylah, benda ni terlalu best untuk diceritakan.Kalau uols nakbaca ringkasan perang badar, banyak je bersepah kat internet ni. Tapi saya saja tulis in depth supaya kita appreciate ayat2 Quran tu. dan supaya kita dapat belajar betul2 dari Sirah. Its all realted. Nak belajar dan appreciate Quran, kita kena tau sebab penurunan ayat, nak tau sebab penurunan ayat, kena tau sirah. hehehehe..
 
Btw, saya tak kisah kalau takde yang baca, saya memang suka menulis dan saya yakin yang membaca kisah ni adalah hasil dari ilham dan dorongan Allah jua. No, worries, takdeyang baca pun, saya akan tulis juga sambungannya. Insya Allah.
 
Jika ada yang salah, saya mohon maaf. Saya olah ni dari ceramah beberapa ustaz seperti Nouman Ali Khan, Mufti Menk dan Suleyman Omar.
 
p/s: ada ke yang baca sampai habis? ke terus tekan Like sebab kesian je. wakakak. Kalau baca sampai habis, type ‘BADR’
 
#lessonfromwar
#sayasukamenulis
#seberatzarah