Posted in Muhasabah Diri

Relax…. Rezeki itu rahsia Allah.

Salam….

Lately, perniagaan berada di zon kurang selesa. Jiwa terasa sempit. Setiap pagi bila jam menunjukkan hampir jam 8 pagi, jantung mula berdegup laju. Selagi belum melepasi jam 9 pagi, jiwa terasa kabut. Itu adalah waktu-waktu kritikal di mana pihak bank akan menelefon jika sekiranya duit kami tidak cukup untuk membayar jumlah cheque yang telah kami keluarkan. Pernah satu masa tu setiap hari pihak bank call. Sampai satu tahap dah tak tahu nak korek kat mana lagi dah untuk mencukupkan duit yang kurang tu. Segala source telah diperas termasuk lah dari akaun sendiri dan akaun yang lain. Memang sempit sangat rasanya hati dan jiwa ini. Dunia terasa seperti menghimpit dari semua arah.

Bila berada dalam keadaan yang amat terhimpit dan terdesak, mula terfikir untuk bermuhasabah diri. Mencari-cari semula dimana silapnya. Nak kata sale tak bagus, tak juga. Job dengan offshore dan kapal boleh dikatakan masyuk. Jadi di mana silapnya?

Satu hari semasa sedang menyiapkan barang dan dokumen untuk satu job di Labuan, terpandang sebuah buku di rak fail. Rasanya memang dah lama ada buku tu kat situ, tapi tak pernah terfikir dan berselera nak baca pun. Tapi haritu, hati tertarik untuk mencapai dan membaca buku tersebut. Tajuknya “Mudahnya Menjemput Rezeki”

MMR

Dalam flight hampir 3/4 buku tersebut dapat dibaca. Agak ganjil juga sebenarnya sebab biasanya kalau naik kapal terbang terus tertidur sebab ada masalah motion sickness. Tapi, lain halnya hari tersebut. Yang lagi ganjilnya, hati tiba-tiba terasa sangat lapang. Seolah-olah satu beban berat di atas bahu telah teralih. Turun dari kapal terbang dengan hati yang berbunga-bunga dan senyuman terukir di bibir dan tekad untuk mengamalkan apa yang diajarkan oleh buku tersebut. Bukan ilmu baru pun, tetapi tak pernah serius untuk mempraktikkannya kerana kurang yakin dan mungkin kerana belum pernah diuji sebelum ini.

summary

Rezeki bukan hanya berbentuk material. Bukan datang dalam bentuk wang ringgit semata-mata. Mungkin di situ silapnya saya sehingga diuji Allah supaya tersedar tentang hakikat rezeki.

Acapkali diri terasa lelah apabila memikirkan yang kita tidak cukup bekerja kuat untuk mendapatkan rezeki. Rezeki yang dimaksudkan di sini adalah dalam bentuk material dan wang ringgit semestinya. Kadang kala terdetik untuk membandingkan pencapaian diri dengan rakan sebaya yang seangkatan tetapi berada di berlainan bidang. Tentu sekali perbandingan itu berkisar tentang material dan wang ringgit. Perbandingan tentu sahaja dari segi benda yang boleh diukur seperti gaji, rumah, lifestyle dan sebagainya, pendek cerita.. materials. Perbandingan-perbandingan ini menjadikan hati terasa sedih dan kadang kala terasa menyesal kerana meninggalkan zon selesa.

images (3)

Tetapi selepas membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR), pandangan mengenai rezeki itu berubah 360 darjah. Bila memikirkan hakikat sebenar rezeki menjadikan diri ini sentiasa bersyukur hampir setiap masa. Satu persatu perkara-perkara yang lepas yang pernah terjadi dalam hidup tidak kira baik mahupun buruk, kenangan manis, mahupun pahit semuanya terbayang dan tergambar depan mata umpama satu peta hidup yang jelas. Semua itu membuatkan diri ini tersenyum dan tidak putus memanjatkan kesyukuran kepada Sang Pemberi Rezeki.

Antara rezeki yang baru kusedari yang rupanya lebih besar nilainya dari wang ringgit dan harta benda adalah:

  1. Anak-anakku yang dua orang ini amat jarang jatuh sakit. Rasanya baru sekali anak sulungku dimasukkan ke hospital (itupun hanya satu hari dan disebabkan observation sahaja). Seringkali terdengar rungutan sahabat-sahabat yang berduit mengenai anak-anak mereka yang kerap keluar masuk ke hospital swasta atau keluhan mereka yang terpaksa selalu mengambik cuti kerana menjaga anak-anak. Saya mula mensyukuri nikmat kesihatan yang Allah kurniakan kepada anak-anak ini. Sesungguhnya, nikmat itu merupakan rezeki yang tak ternilai dengan wang ringgit.
  2. Dalam sesebuah perniagaan, terutamanya perniagaan kecil-kecilan seperti kami (kedai farmasi), antara masalah yang paling memeningkan kepala adalah masalah pekerja. Samada untuk mendapatkan staff yang setia ataupun staf yang jujur ataupun staf yang cekap. Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan kami rezeki mendapat staf yang setia, cekap dan jujur. Mula-mula tidaklah hal staf ini mendapat perhatian untuk disyukuri. Tetapi apabila berborak dengan rakan rakan niaga lain dan terdengar keluhan mereka mengenai staf yang tidak kekal, ataupun staf yang sentiasa bertukar ganti, membuatkan hati terfikir dan mula mensyukuri nikmat rezeki yang ini.

Ada banyak lagi contoh-contoh rezeki yang bukan berbentuk material yang perlu disyukuri sebenarnya. Cuma nak emphasized di sini tentang betapa pentingnya kita menggantungkan hati dan keyakinan hanya kepada Allah dalam bab rezeki ini.

Berada di zon kurang selesa mengajar kami beberapa perkara:

  1. Rezeki itu datangnya dari Allah bukannya berkadar terus dengan usaha kita. Kena faham konsep Sunatullah dan Kudratullah. Dengan memahami konsep ini, barulah hati akan menjadi sangat tenang apabila kadang kala usaha kita yang bersungguh-sungguh tidak membuahkan hasil.
  2. Sentiasa berlapang dada dengan setiap apa yang terjadi kerana kita yakin dengan janji Allah yang mana setiap yang hilang pasti digantikan dengan yang lebih baik jika kita redha. Contoh, mungkin kita kehilangan satu projek, tetapi rupa-rupanya Allah yang gantikan dengan projek yang lebih besar!images (2)
  3. Kena sentiasa yakin yang TIMING Allah sangat perfect. Jika kita telah meminta dan berusaha sehabis mungkin, tapi masih belum dapat apa yang dihajati, yakin sahajalah yang Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Pertolongan Allah akan sampai tepat pada masanya.images
  4. Ramai beranggapan bahawa perlu berusaha dahulu baru bertawakkal. Tapi, bagi saya, kita perlu bertawakkal dahulu seratus peratus kepada Allah, kemudian barulah berusaha dengan sehabis mungkin. Tak faham? Ambil contoh seorang peniaga/pekedai seperti saya. Bila kita hendak mula membuka kedai di pagi hari, kita tak tahu berapa ramai pelanggan akan masuk hari ini, kita tak tahu berapa income kita hari ini, kita tak tahu kerugian apa yang bakal kita alami hari ini. Maka saya memulakan hari dengan duduk mengadap Allah, Maha pemberi rezeki, Maha Penghalang Bala untuk menggantungkan segala keyakinan dan pengharapan agar Allah memberi rezeki yang melimpah ruah kepada saya, saya bertawakkal dengan sepenuhnya yang rezeki hari tersebut akan diturunkan kepada saya. Meminta dengan sesungguhnya dan bertawakkal seratus-peratus yang rezeki itu datangnya dari Allah. Kemudian, barulah saya akan menyusun strategi dan berusaha sehabis mungkin untuk menjadi asbab kepada turunnya rezeki tersebut kepada saya. Dengan bertawakkal dahulu, hati akan menjadi tenang walaupun sikit atau kurangnya rezeki yang kita dapat pada hari tersebut kerana kita yakin, Rezeki itu milik Allah dan hanya setakat itu rezeki yang diperuntukkan untuk kita pada hari tersebut.
  5. Sentiasa yakin yang Allah akan mencukupkan rezeki setiap makhluknya.Key word di sini adalah “CUKUP’. Pernah terjadi duit ditangan cuma RM50, duit di bank tinggal rm20. Padahal hari gaji lagi seminggu. Memang rasa tak tahu macam mana nak mengharungi hari-hari sehingga tibanya hari gaji. Tapi, tanpa disangka, saya survived minggu tersebut tanpa kepayahan. Setiap hari ada sahaja meeting di pejabat yang perlu dihadiri yang tentunya disertai dengan lunch dan minum pagi/petang. Minyak kereta cukup hingga seminngu tanpa perlu di isi. Dan sehingga hari gaji, duit ditangan sebanyak RM50 tadi masih belum terusik! Sejak dari itu, saya memang yakin dengan janji Allah yang Dia akan menCUKUPkan rezeki hamba-hambaNYA, dengan syarat kita perlu menjalankan kewajipan sebagai HAMBA tersebut.
  6. Mintalah pertolongan yang PERTAMA sekali dari ALLAH bila kita menghadapi masalah. Maksudnya, pengaduan masalah seharusnya diajukan kepad Allah kerana segala masalah atau ujian datangnya dari DIA. Saya cuba membiasakan diri untuk selalu mengadu dan bercerita kepada Allah. Cuba menjadikan tabiat untuk bersembahyang sunat atau hajat untuk meluahkan perasaan kepada Allah. Bukankah Allah dah berjanji yang pertolonganNYA sentiasa dekat. Kenapa kita masih mencari yang lain? Hasilnya memang menakjubkan. Bukan sahaja hati menjadi tenang malah sentiasa diberi ilham oleh Allah mengenai jalan keluar dari masalah tersebut ataupun akan mendapat pertolongan dari jalan yang memang tak terfikir dek akal kita. Contohnya, ada satu ketika, hutang kepada supplier agak banyak. Supplier mula menagih hutang dan menyebabkan diri terasa sangat stress. Sehingga tiada mood untuk melayan customer. Oleh kerana kebuntuan, saya terpanggil untuk solat sunat dan dalam solat tersebut saya tiba-tiba meluahkan perasaan sendiri. Umpama bercakap dengan cermin, saya bercerita satu persatu masalah yang dihadapi. Habis solat, hati masih tak keruan tetapi sedikit ringan. Tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari MARA mengenai bantuan berjumlah RM10,000 yang diluluskan. Padahal permohonan tersebut telah lama dibuat sehingga kami pun dah terlupa mengenainya! Terus saja sujud syukur kerana mengenangkan betapa cepatnya Allah menjawab dan memberi pertolongan kepada saya.  images (1)

Wahhh, panjang pula tulisan kali ini. Seronok rasanya berkongsi keajaiban memahami hakikat rezeki ini. Mungkin banyak lagi kisah-kisah menarik dari orang lain, namun ini adalah apa yang saya rasa dan alami sendiri. Mungkin tulisan ini akan dibaca oleh orang yang memerlukan. Saya yakin ada sebab mengapa Allah ilhamkan kepada saya untuk menulis posting ini malam ini.  Saya berharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada orang lain dan menjadi amal jariah kepada saya dan anda semua.

Akhir kata, yakinlah dengan sebenar-benar keyakinan bahawa Rezeki itu rahsia ALLAH…. Teruskan bertawakkal dan letakkan sepenuh pergantungan hidupmu pada Allah. Semoga rahmat Allah bersama kita semua.

Posted in Uncategorized

Masalah Keputihan: Punca, simptom, rawatan.

Salam sejahtera pembaca-pembaca yang manis..

Salah satu penyakit yang perlu dikenal oleh kaum wanita adalah Masalah Keputihan. Walaupun tidak semua Keputihan memerlukan rawatan, namun dengan mengenal dan mengetahui mengenainya sekurang-kurang kita dapat mengambil langkah awal bila terjadi kepada kita.

Image

Maka dari itu, pertama skali haruslah dibezakan dahulu, keputihan yang normal terjadi pada setiap wanita dan yang mana tidak. Keputihan Vagina atau dalam bahasa medicalnya disebut leukore atau flour albus, adalah cairan yang keluar dari vagina/liang kemaluan secara berlebihan. Dalam keadaan normal, cairan ini tidak sampai keluar, namun belum tentu cairan yang keluar tersebut merupakan suatu penyakit.

Image

Pada kesempatan kali ini, penulis akan cuba mengupas tentang jenis-jenis Keputihan berdasarkan simptom-simptom yang boleh dilihat. Gejala tersebut boleh diamati dari sifat cecair yang keluar ketika berlakunya keputihan. Sumber cecair boleh berasal dari vagina, cecair pangkal rahim, cecair uterus, dan cecair yang berasal dari tiub falopio.

  • Bila cecair yang keluar berwarna jernih, berlendir banyak tetapi tidak berbau maka hal ini merupakan sesuatu yang biasa terjadi ketika hampir hendak period, hormon estrogen yang berlebihan dan stress. Keputihan seperti ini juga sering dijumpai pada wanita hamil.Image
  • Jika cecair yang keluar seperti susu kental, likat, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu mencolok maka kemungkinan telah terjadi radang pada serviks/pangkal rahim (servicitis) dan vagina (vaginitis).
  • Cecair yang keluar berwarna coklat, cair seperti air, sangat banyak dan lembab, maka kemungkinan wanita tersebut menderita vaginitis, servisitis, gangguan pembuluh darah pada serviks, endometriosis dan kesan rawatan radiasi ketika merawat kanser. Warna coklat timbul akibat perdarahan yang terjadi akibat masalah-masalah tersebut. Ini perlu kepada perhatian dan rawatan doktor
  • Bila cairan berwarna kelabu dengan cebis/carik darah, cair seperti air, sangat banyak dan berbau busuk yang keluar dari vagina, maka kemungkinan wanita tersebut mempunyai ulser vagina, vaginitis. Kemungkinan lain yang sangat perlu diperhatikan adalah kemungkinan kanser benign. Segeralah mendpatkan kepastian dari doktor anda.
  • Jika cecair yang keluar berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka kemungkinan telah terjadi infeksi bakteri non spesifik. Gejala ini juga timbul saat seorang wanita kelebihan hormon estrogen. Untuk masalah ini, rawatan antibiotik biasanya akan dimulakan oleh doktor anda
  • Bila cecair yang keluar putih, cair berbintik bintik banyak, berbau hanyir disertai dengan rasa nyilu atau sakit ketika membuangImage air kecil serta gatal di sekitar kemaluan maka kemungkinan wanita tersebut menderita infeksi yang disebabkan oleh opportunistic fungus/kulat. Candida albicans adalah kulat yang paling sering didapati di kemaluan seorang wanita terutamanya wanita hamil kerana ketika hamil paras hormon yang tinggi akan menyebabkan pH di kemaluan wanita terganggu seterunya menyebabkan opportunistic fungal akan mula menyerang. Untuk masalah ini, rawatan dengan anti-fungal (Fluconazole tab, Clotrimazole vaginal tab,Candid V cream) samada ditelan ataupun dengan menggunakan pessary akan diberikan oleh doktor.
  • Bila cecair yang keluar berwarna kuning kehijauan, berbuih, merah, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan terasa sakit apabila ditekan pada sekitar kemaluan serta kemerahan pada vagina, maka kemungkinan telah terjadi infeksi yang disebabkan oleh kuman protozoa Trichomonas vaginalis.
  • Terakhir, bila cairan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan, sakit apabila ditekan pada daerah sekitar kemaluan, nyilu/sakit ketika membuang air kecil, maka kemungkinan besar wanita tersebut mengalami jangkitan kuman yang disebabkan oleh Nisseria Gonorrhea. Rawatan biasanya menggunakan antibiotik dari group penicillin

Dah dapat gambaran sedikit sebanyak tentang perbezaan Keputihan? Bagus.. Lepas ni kalau nampak macam lain macam je, cepat-cepatlah dapatkan nasihat dari doktor ye.

Tapi, kalau keputihan normal, walaupun ianya tidak membahayakan nyawa, saya yakin ramai berasa tidak selesa bila menghadapinya. Keputihan akan menyebabkan kita rasa rendah diri kerana kita risau orang berdekatan dengan kita akan dapat menghidunya. Dibawah ni, saya kongsikan beberapa tips untuk mengurangkan gejala keputihan.

1) Cuba cari cara untuk mengurangkan stress yang anda hadapi dengan cara yang anda selesa. Mungkin dengan berendam didalam air suam atau meluangkan masa untuk berurut dan bersauna di spa sekali sekala.

2) Ambil vitamin C dengan dos yang lebih tinggi dari biasa. Ketika stress, kadar penyerapan vitamin C dalam badan akan menurun secara mendadak. Vitamin C seperti yang kita tahu merupakan booster kepada immune system kita. Immune sistem yang lemah menyumbang kepada ketidakstabilan emosi juga memudahkan kita diserang kuman. Lebih lanjut mengenai vitamin C, sila baca di sini

ImageImage

3)Boleh ambil supplemen seperti alfalfa atau klorofil untuk membantu masalah keputihan. Alfalfa mempunyai antibacterial dan antifungal effect. Ianya juga pencuci darah yang agak effective. Pengambilan alfalfa sebagi diet harian daapat membantu mengurangkan masalah keputihan yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Image

4) Guna pantyliner berherba yang dibuat dari 100% kapas. kapas dapat menyerap lendir dan cecair keputihan dengan lebih effective dari gel. Herba yang terkandung dalam pantyliner tersebut sedikit sebanyak dapat membantu mencuci dan mengurangkan kegatalan yang dihadapi wanita tadi.Image

5) Cuci Miss V dengan air rebusan daun sireh yang masih suam. Sireh memang diakui mempunyai kesan antibacterial dan petua ini telah diamalkan secara turun temurun oleh nenek moyang kita. Ianya juga dapat menaikkan seri wajah wanita tadi. Miss V sihat, Seri wajah juga akan meningkat!

6)Gunakan pembersih wanita yang berubat seperti Candazole v feminine hygiene

Produk Shaklee pun ada yang boleh membantu masalah ini:

AlFalfa + Sustained released Vitamin C.. Saya namakan set ni SET MISS V SIHAT…

Image

Ada lagi tawaran hebat:

– Konsultasi kesihatan secara percuma dari ahli farmasi yang bertauliah dan berpengalaman

– Percuma keahlian Farmasi Ideal yang melayakkan anda mendapat harga disskaun menarik untuk produk supplemen dan rehaabilitasi

-Percuma Foot Detox sebanyak 5 pasang..

– SMS/whatapps laju2 kalau nak dapatkan harga kawan2!

p/s: Segala maklumat yang disiarkan adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Tidak boleh digunakanuntuk menggantikan nasihat dari doktor anda. Maklumat bukan bertujuan untuk mendiagnose, mahupun merawat penyakit.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen ataupun boleh hubungi saya secara telefon/sms/whaatapps di 013-2092866

atau menelefon kedai kami 03-51665866 atau walk in ke kedai kami di No 10, Jalan Nagasari E36/E, Desa Latania, 40470, Shah Alam, Selangor

Semoga entry kali ini membantu anda!