Be Thankful

Bersyukurlah..

Rumah kecil yang kau diami adalah syurga impian bagi yang tidak berumah.

Anak nakal yang memeningkan kepalamu saban hari adalah hadiah yang diharap dari Allah bagi mereka yang mandul.

Pekerjaan yang kau rasakan amat membosankan dan sering membuat kau stress, menjadi doa bagi mereka yang masih menganggur.

Maka, nikmat mana lagi yang kau dustakan.

Tetaplah bersyukur dengan apa yang kau miliki hari ini. Kerana seteruk mana pun kau rasakan kehidupan yang sedang kau jalani, percayalah, ada seseorang yang sedang bermimpi untuk menjalani kehidupan sepertimu.

Advertisements

VIRAL: ALOE VERA GEL FOR DEMAM

Semalam saya bertugas full day di Farmasi Ideal. Saya didatangi ramai parent yang mencari Aloe Vera Gel Brand Fruit of Earth. Saya tanyalah kenapa semua orang cari Gel ni.

foe_aloevera

Rupanya tengah viral orang guna gel ni untuk sejukkan badan yang panas.

Asalnya aloe vera gel digunakan untuk menyejukkan kulit selepas berjemur atau sun burnt. After sun use. Bagi saya xde salah pun kalau guna gel ni untuk sejukkan badan yang terlalu panas. Tapi saya x pasti ada beza kalau guna teknik tepid sponging atau tidak. Tepid sponging adalah teknik menyejukkan badan menggunakan tuala yang dibasahkan. Ala, macam orang tua2 selalu buat dulu tu. Letak tuala kat kepala, bawsh ketiak dengan kaki.

Cuma mungkin kalau guna towel ni, anak2 x selesa. Kalau guna gel lebih mudah penggunaannya.

Kuasa viral ni memang power kan. Orang kita memang percaya kuasa testimoni. Kadang jenuh gak nak explain dari segi scientificnya. Hihihi. Kalau benda betul ok je, tapi kalau macam kes difflam ungu tu, ermmm, sebenarnya, tak semua orang sesuai guna. Jadi, nasihat ahli farmasi masih diperlukan untuk menyaring siapa yang betul2 perlukan ubat tersebut bagi mengelakkan kesan samping atau pembaziran.

Ukhuwah

“Dimana ada azan berkumandang, di situ ada saudaraku”-Erdogan

“Perbanyakkanlah saudara seiman, kerna mereka mungkin bisa menyelamatkanmu di akhirat kelak”- Hassan AlBanna

1. Persaudaraan bukan sahaja diikat oleh pertalian darah, tapi persaudaraan yang diikat dengan ikatan akidah itu lebih utama dan penting.

2. Kita tidak pernah memilih untuk menjadi saudara atau anak siapa, itu semua ketentuan Allah. Tetapi untuk menjadi Hamba Allah yang sebenar, ianya adalah atas pilihan masing-masing.

3. Semua manusia asalnya adalah dari syurga, kita juga dialu-alukan dan ditunggui di syurga. Namun, kadang kala jalan yang dipilih dan dilalui tidak membawa kita ke syurga. Di sinilah pentingnya kita memilih dan mempunyai saudara atau sahabat yang bisa menuntun kita ke syurga.

Semua di atas adalah isi ucapan yang dikutip semasa sesi ziarah PONPES (PONdok PESantren) Islam Haji Miskin di Pandai Sikek.

Program CSR Farmasi Ideal 1.0

Alhamdulillah. TQ Allah, syukur selayaknye kpd Mu

Selesai prog CSR #JomTurunPadang pada 21 Feb yang lalu di tapak pasar malam Seksyen 24, Shah Alam.

Antara pemeriksaan kesihatan ringkas yang diadakan adalah
1. penilaian BMI,
2. paras gula dalam darah,
3. tekanan darah,
4. tinggi serta berat fizikal
5. Konsultasi kesihatan

Matlamat utama program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran akan kepentingan
1. pemantauan tahap kesihatan dan berat badan yang ideal di setiap masa
2. kepentingan menjaga kesihatan
3. dalam masa yang sama memberi pendedahan kepada masyarakat untuk mendalami beberapa aspek berkenaan kesihatan dan kebersihan.

Program yang telah dijalankan merupakan ‘pilot project’ bagi kesinambungan aktiviti yang sama akan datang. Semoga program ini mampu mencetuskan impak yang positif dari segi kesedaran tentang kepentingan memantau dan menjaga kesihatan diri di kalangan masyarakat.

TQ Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (PIMPIN) atas amanah yg diberi dan bantuan pre dan semasa program.
TQ Yayasan Peneraju atas peluang grant
TQ #TeamINC yg menjayakan.

👉PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN
👉4 kaunter pemeriksaan
👉waktu antara 5pm – 7.30pm
👉durasi 2 jam. minus setengah jam sewaktu hujan
👉PERCUMA

Insyallah akan diadakan program kedua akan datang.

INCCSR2.0

Lokasi akan diupdate kelak. Taksaba……….

Kredit copywriting: Muhamad Faris Badarudin

MD Ideal Nauticare Sdn Bhd

Muzium Buya Hamka

Kalau hidup sekadar hidup, kera di hutan pun hidup juga.

Kalau kerja sekadar kerja, kerbau di sawah pun kerja juga.

Itu antara kata2 hikmah yang dinukil oleh ilmuwan terkenal Pak Hamka.

Nama Pak Hamka memang terkenal. Banyak buku2 beliau yang famous dan menjadi rujukan. Antara yang termasyur adalah Tafsir Al-Azhar yang dihasilkan semasa beliau dipenjarakan akibat fitnah pada zaman Presiden Suekarno.

Hari ni sempat melawat rumah kelahiran beliau yang dijadikan muzeum. Menurut orang yang menjaga muzeum tersebut, muzeum itu sendiri di buat hasil sumbangan dari rakyat Malaysia dan ABIM. Kalau salah kefahaman saya, maaf ye.

Menarik juga, sebab banyak barang2 dan buku2 penulisan beliau ada di sini. Saya pun sempat beli cetakan baru buku beliau bertajuk LEMBAGA HIDUP.

Tapi yang menariknya adalah, nak sampai ke muzium ni kita kena pusing gunung Malinjau. Tengah2 gunung ni ada tasik malinjau. Kami kena lalu 44 selekoh. Setiap selekoh ditandai. Selekoh dia memang horror gak lahh😂😂😂. Jalan dia agak sempit. Pemandu memang cekap. Pemandangan sepanjang perjalanan memang wowww… Ada asmaul husna sepanjang perjalanan so bolehlah berzikir dan sambil2 mengkagumi keindahan Allah.

Program Dakwah: Refleksi Diri..

Bila disebut program dakwah, kita selalu beranggapan yang ianya melibatkan usaha pentarbiahan kepada orang yang didatangi.

Tapi kan, sebenarnya, bila kita ikut program2 macam ni, pentarbiahan itu sebenarnya kepada kita sendiri. Ianya adalah sesi refleksi diri sendiri.

Bila setiap kali en. kanda keluar berprogram, dia akan buat hashtag #kenaldirikenalpencipta. Asalnya saya hanya faham secara surface je. Tapi bila dah join sendiri, saya faham dengan sebenar faham apa maksud hashtag tersebut.

Hari ni kami melawat dan menyampaikan sumbangan kepada pusat asuhan anak2 yatim dan tahfiz di Bukit Tinggi. Jujur saya katakan, saya bukanlah orang yang kisah sangat hal anak yatim ni. Tapi hari ni, saya pun tak tau kenapa, air mata tiba2 bergenang bila berada dikalangan anak2 yatim ni. Saya tak faham rasa itu.

Betullah Nabi saw cakap, kalau nak lunakkan hati, selalulah menziarahi dan menyantuni anak yatim. Kelunakkan hati itu akan dikurniakan oleh Allah tanpa perlu kita minta. Hadirnya terasa sangat indah dan istimewa.

Podehhhh !!!!

Datang Padang/Bukit Tinggi memang best. Tapi bagi orang yang x makan pedas, satu penyiksaan jugaklah. Sebab most makanan dia podehhhh weiii😣😣😣😣…

Tapi i suka sangat belut goreng berlado dio. Sodapp weii😍😍.. Makan sambil bercucuran air hidung dan peluh merecik didahi😂😂😂.