Be Thankful

Bersyukurlah..

Rumah kecil yang kau diami adalah syurga impian bagi yang tidak berumah.

Anak nakal yang memeningkan kepalamu saban hari adalah hadiah yang diharap dari Allah bagi mereka yang mandul.

Pekerjaan yang kau rasakan amat membosankan dan sering membuat kau stress, menjadi doa bagi mereka yang masih menganggur.

Maka, nikmat mana lagi yang kau dustakan.

Tetaplah bersyukur dengan apa yang kau miliki hari ini. Kerana seteruk mana pun kau rasakan kehidupan yang sedang kau jalani, percayalah, ada seseorang yang sedang bermimpi untuk menjalani kehidupan sepertimu.

Advertisements

Another milestone: Pembekal barangan perubatan kepada penerima Zakat Selangor

Bermula bulan Mac yang lepas, Farmasi Ideal tanpa diduga dan dijangka telah menerima tawaran untuk membekalkan alatan perubatan kepada penerima bantuan zakat Selangor. Semuanya bermula apabila seorang pelanggan bertanya samada Farmasi Ideal boleh menjadi pembekal untuknya. Kami pada ketika itu, tidak tahu menahu mengenai perkara ini, tapi demi tidak mengecewakan pelanggan tersebut kerana kebetulan kamilah satu-satunya Farmasi Melayu yang terdekat dekat kawasan rumah beliau, Kami pun mengambil inisiatif untuk pergi ke PUsat Zakat Selangor dan bertanyakan mengenai perkara tersebut.

Rupanya bukan susah untuk jadi panel zakat. Asalkan ada penerima zakat yang datang untuk meminta kita jadi pembekal, dan kita mempunyai kapasiti untuk membekal, Pusat Zakat tidak mempunyai sebarang masalah untuk meluluskan permohonan.

Prosesnya cukup mudah,

1. Pemohon bantuan akan datang dan berbincang dengan kami mengenai barangan yang diperlukan, sebagai contoh lampin dewasa, susu tepung diabetik, kerusi roda atau apa saja berkaitan dengan perubatannya.

2. Pihak farmasi akan mengeluarkan quotation harga untuk pemohon tersebut serahkan kepada Pusat Zakat bersama dokumen2 lain yang perlu disediakan oleh pemohon tersebut.

3. Pusat zakat akan menjalankan evaluasi ke atas pemohon dan membawa masuk permohonan ke dalam meeting bulanan samada untuk meluluskan kesemua permohonan ataupun sebahagian.

4. Surat kelulusan bantuan perubatan akan dikeluarkan kepada pemohon dan disalinkan kepada kedai farmasi yang mengeluarkan sebutharga@quotation tadi.

5. Pemohon boleh mula datang untuk mengambil barangan seperti yang telah dipersetujui dalam surat kelulusan dan menandatangani Delivery Order bagi membuktikan beliau telah menerima barangan untuk bulan tersebut.

6. Pihak Farmasi perlu mengemukakan surat tuntutan bayaran kepada Pusat Zakat Selangor bersama DO yang telah ditandatangani, Salinan Invois dan salinan surat kelulusan .

7. Pihak Farmasi akan menerima bayaran dalam bentuk cheque yang akan di pos ke alamat farmasi dalam tempoh masa paling lama 30 hari dari tarikh surat tuntutan bayaran dikemukakan.

Alhamdulillah, setakat ini Farmasi Ideal telah memberikan khidmat kepada 5 orang pemohon yang mengambil barangan mereka setiap bulan di sini. Kami sangat seronok dengan perkembangan ini, kerana bagi kami, bukan sahaja ianya merupakan satu jenis income yang confirmed, tetapi hasrat utama kami untuk membantu penduduk Kampung Jawa dimakbulkan Allah dengan jalan ini.

Memang rezeki Allah itu datang dari jalan yang tak disangka-sangka… kami tidak pernah terfikir untuk menjadi salah satu dari pembekal pusat zakat, tapi perancangan Allah itu lebih ┬ábaik kan.. Kami bersyukur sangat2. Walaupun kalau diikutkan kami baru sangat2 membuka kedai ini, tapi Alhamdulillah, nampaknya Allah permudahkan jalan.

Kami amat yakin yang jika kita teguh dengan pendirian untuk menjauhi yang syubhah, Allah pasti bukakan jalan..