Posted in My Drug Stor, Uncategorized

Kesilapan2 yang dilakukan sepanjang 9 bulan berniaga (part 1)

Diam-diam, dah hampir 9 bulan Farmasi Ideal beroperasi. Banyak pengalaman dan cabaran yang kami pelajari sepanjang tempoh yang singkat ini. Adat berniaga, jika mahu maju kena sentiasa post-mortem kelemahan dan kesilapan yang pernah dilakukan supaya tidak berulang lagi. Kami juga banyak menceduk pengalaman otai-otai yang lain yang telah lama berada dalam arena perniagaan farmasi ini. Ada yang telah berniaga lebih 12 tahun dan sudah pasti banyak pengalamannya kan..

Ada pepatah Inggeris menyebut: “Orang yang pandai belajar dari kesilapan sendiri, tapi orang yang bijak belajar dari kesilapan orang lain”

Jadi di post kali ini, saya ingin kongsikan beberapa kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang sembilan bulan ini untuk menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tak perlu mengulangi kesilapan yang sama. Sebab bagi saya, bukan resepi kejayaan sahaja yang perlu dikongsi, tapi resepi kegagalan juga perlu dikisahkan supaya the overall picture of business dapat diketahui sebelum anda2 nak terjun ke dunia perniagaan dan keusahawanan….

Kesilapan 1: TIDAK MENETAPKAN HALA TUJU PERNIAGAAN YANG JELAS

master plan

Masa kami mengambil keputusan untuk membuka kedai, kami cuma buat Rancangan Perniagaan untuk mendapatkan pinjaman kewangan sahaja. Kami tidak mempunyai PELAN PERANCANGAN PERNIAGAAN untuk jangka masa pendek dan panjang yang betul-betul jelas dan menyeluruh.

Setelah beberapa bulan berniaga, dan bertemu dengan ramai usahawan yang hebat2 seperti En. Khairil Hafidz (Pengusaha Tart Royal Ananas), En. Rozi Rosli (Sahabat yang mempunyai banyak jaringahn perniagaan yang hebat pada usia yang muda) dan beberapa orang lagi, kami merasakan yang betapa perlunya mempunyai satu BLUEPRINT atau MASTER PLAN perniagaan yang betul2 jelas. Blueprint ini perlu mengandungi dengan jelas apa yang kita hendak buat setiap tahun, apa yang kita rancang untuk 5 tahun, bagaimana kita rancang untuk merealisasikannya, Apa juga rancangan dalam 10 tahun (contohnya: kita nak syarikat kita tersenarai dalam BURSA KL).. Bila target dah dibuat, ianya perlu diikuti dengan strategi untuk memastikan target tersebut tercapai. Perkara ini memerlukan satu sesi brainstorm yang betul-betul serious antara orang-orang yang akan menentukan hala tuju perniagaan kita.

Sesi perbincangan dengan En Khairul Hafidz @belacak betul2 telah membuka mata kami tentang apa yang perlu kami buat untuk memastikan kami sentiasa move forward. (Beliau dapat ilmu ni dengan membayar harga yang mahal, kami pula mendapatnya secara percuma melalui beliau yang tidak lokek berkongsi ilmu.. Tq fren).. ┬áStatement berbaur ┬ácabaran dari En Mohd Rozi Rosli juga betul2 membuakkan lagi semangat kami untuk betul2 merancang hala tuju perniagaan kami. Beliau antara sumber inspirasi kami. Melihat semangat beliau dalam mengembangkan empayar perniagaannya.. kata-kata beliau masih terngiang-ngiang di telinga saya saban hari ‘

“Tak kan lepas 5 tahun ko masih bangga nak cerita kat orang pasal satu kedai farmasi ko tu je?”… huhuhu….betul jugak kan? Dah lah setiap tahun Fakulti Farmasi akan jemput untuk bagi talk kat student final year. Tak kan every year nak cite pasal satu kedai ni je..

Jadi, me and husband pun start sit down and buat our blueprint.. All our ideas was put into paper and semua strategy pon difikirkan Dan kami mula nampak ke mana arah tuju kami. Alhamdulillah…Mungkin kami lambat berbanding orang lain, but better late than never kan?

Kesilapan 2: TIDAK MEMPUNYAI SKILL BER’NEGOTIATION” DENGAN PEMBEKAL

nego

Skill negotiate ini amat penting ketika berurusan dengan pembekal terutama dengan Sales Repnya. Oleh kerana sumber pendapatan utama sales rep ini adalah berdasarkan komisyen jualan, maka mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menjual kuantiti yang banyak kepada kita. Oleh kerana pada awalnya kita tidak mempunyi grup dan kawan2 yang otai, kita tak pandai nak menolak apa yang rep2 ni suggest. Kita rasa malu kalau tak ambik apa yang dioffer. Akibatnya, ada ubat yang setelah 9 bulan cuma jalan satu tube je dari 98 kotak yang kita dah bayar!! Maknanya kita dah rugi kat holding stok.. Naseb baik lepas masuk group business farmasi2 wanita, banyak yang saya belajar, rupanya kalau ubat kita tak jalan, kita boleh nego ngan sales rep untuk pulang dan tukarkan dengan barang yang memang laku.. Lepas tu kalau rep tu push2 kita, kita jangan malu2 untuk tolak and kata tak nak sebab yang akan tanggung kerugian nanti bukan dia, tapi kita.. Skill negotiate saya semakin baik sejak akhir2 ini especially bila selalu bertanya kepada kakak2 @ mentor2 yang dah lama berniaga dalam bidang ni. Alhamdulillah…. memang betullah kita takkan terus pandai dalam berniaga ni.. tapi semuanya melalui pengalaman dan ringan mulut.. Nasihat saya, siapa yang nak bukak farmasi, pergilah buat kawan dengan owner2 farmasi yang berdekatan than kalau boleh buat strong connection yang dorang supaya kita boleh tanya2 nanti and kalau lagi baik boleh kongsi2 beli barang.. banyak jimat tu walaupun kalau ikut law, tak boleh!!! hihih..

That’s all for now.. tunggu sambungan Part 2 tau.. banyak lagi kesilapan yang dah buat nih sebenarnya…nak share sgt ngan orang2 lain supaya uolz tak yah buat kesalahan nih bila mula niaga nanti…

Advertisements
Posted in Uncategorized

Belajar berunding…(negotiate)

Dua tiga harini agak hectic for me and faris. This new business yang kami nak venture memang really challenging to us. 100% product based and not service based as our pharmacy now. So, we really need to study the market and have a very good business plan. Since it is product based we really need to plan the marketing strategy and how we gonna sell the product.

Semalam we had a meeting with our potential manufacturer. Alhamdulillah banyak pencerahan dapat dari beliau yang amat berpengalaman (18 tahun kot pengalaman pakcik nih). Banyak advice and tips yang beliau ajar. Dari segi formulation of product, pendaftaran dengan KKM, mendapatkan sijil Halal JAKIM hinggalah macam mana nak pasarkan ke luar negara. What we’ve gained from the discussion was beyond expectation. The way he explained and negotiated dengan kami langsung tak merendahkan kami walaupun dia tahu kami ni memang zero and baru first time nak blaja negotiate..

Pengalaman sebelum ni pernah juga kami cuba discuss dengan satu mamat ni, konon nak venture ngan dia mengusahakan mineral water, kita datang bincang dengan dia sebab dia kata dia berpengalaman, sekali dia punya borak layan tak layan je sebab dia ingat kita macam tak layak nak borak ngan dia. Sebab dia kata kita tak kan mampu nak masuk pasaran.. Masa tu tak tau nak rasa apa, rasa nak tumbuk dia pon ada, tebal gila muka pun ada.. Bila borak2, tanya dia dah berapa kilang dia ada, dia kata takde pun, cuma pengalaman keje kat kilang mineral water je. Eek leh…..!!!!!!)

So sebab tu lah, bila nak gi jumpa ngan uncle manufacturer yang akan produce product kami ni, kami betul2 study dulu and prepare semua kemungkinan soalan dia akan tanya kami. Dari segi financial partlah, marketing part lah…kami takut jadi macam mamat mineral water tu. Alhamdulillah, uncle ni atau lebih mesra dikenali sebagai En. Zeck ni seorang yang sangat professional. Dia yang facilitate the meeting. Everything went so smooth sebab dia pemudahcara. Langsung tak look down kat kami.

So, kesimpulan di sini adalah, berjumpa dengan orang-orang yang penting dalam bisnes ni memerlukan satu skill yang kita actually tak boleh gained melalui buku. Ianya memerlukan kita hands-on dan melaluinya sendiri. Makin banyak kita deal dan jumpa ngan orang secara semuka, lebih pandai kita negotiate dan lebih matang cara kita handle meeting tu. We might not get the result we want, tapi Insya Allah, setiap pertemuan itu adalah satu pengajaran baru buat kita.