Posted in Uncategorized

Untungkah Membuka Kedai Farmasi Mutakhir ini?

“Waaah…. tokey hebat ni!! Ada jugak melayu bukak kedai Farmasi ye.. mesti kaya-raya nih!”

Reaksi biasa kami dengar jika berjumpa dengan kawan baru yang bukan berada dalam bidang farmasi.

Image

Ramai beranggapan perniagaan farmasi ini sangat menguntungkan. Yelah, ada kedai sendiri, kerja ikut masa sendiri. Betul tak?

Tapi sebenarnya, perniagaan farmasi ini ada banyak kelemahan dan sekatan dan agak lambat untuk berkembang sebenarnya. Antara faktor yang menyebabkan pemilik sesebuah farmasi independent tidak mempunyai banyak cawangan adalah:

1. Akta yang menyatakan seorang ahli farmasi hanya boleh memegang 1 lesen di kedai yang dia bekerja sahaja. Ini bermaksud, jika seseorang ahli farmasi itu juga seorang bisnes owner, dia tidak boleh sewenangnya membuka cawangan lain kerana dia perlu mencari ahli farmasi lain untuk memohon lesen di kedai cawangan barunya itu.

Berbeza dengan perniagaan lain seperti kedai menjual barangan bayi atau kedai menjual pakaian. Seorang pemilik bisnes boleh membuka sebanyak mana pon cawangan (Contohnya: Lunatots yang dimiliki oleh Cik Puan Suraya yang kini mempunyai 8 outlet di sekitar Lembah Klang semenjak mula berniaga pada tahun 2009). Mereka tidak tertakluk di bawah mana-mana akta atau lesen professional dan boleh mengembangkan perniagaan mereka dengan cepat.

2. Pengeluar ubat-ubatan (supplier) sering menaikkan harga ubat yang kadang-kala kenaikannya sehingga 3 kali setahun. Perkara ini tentu sahaja menjejaskan margin keuntungan pihak kedai farmasi. Pelanggan yang tidak mengetahui perkara ini sering menganggap kedai farmasi sewenangnya menaikkan harga dan sering memarahi ahli farmasi dan stafnya. Bagi pihak pengeluar ubat, mereka tidak menghadapi masalah berdepan dengan pelanggan dan mereka juga tahu, oleh kerana ubat mereka telah biasa diambil oleh pelanggan, kedai farmasi tetap juga terpaksa membeli stok untuk di simpan.

Perkara ini merupakan cabaran terbesar dalam bisnes farmasi runcit. Di tambah lagi dengan Tier-pricing yang di lihat agak tidak adil kepada kedai farmasi runcit. Tahukah anda apa itu tier-pricing? Ianya merujuk kepada harga yang berbeza-beza yang diberikan oleh pihak pengeluar ubat kepada kedai farmasi, doktor di klinik swasta juga di hospital swasta. Dan biasanya harga yang diterima atau ditawarkan kepada pihak doktor adalah jauh lebih murah. Mengapa hal ini sedikit sebanyak menjejaskan kedai farmasi? Apabila pihak doktor di klinik swasta tadi mendapat harga yang murah walaupun tidak perlu membeli dengan kuantiti yang banyak, mereka dapat menjual ubat tersebut dengan harga yang murah yang kadang-kala merupakan harga kos kepada kedai farmasi tadi yang terpaksa membeli dalam kuantiti yang banyak untuk mendapatkan harga yang sama.

Akibatnya, kedai farmasi tetap tertindas dan pesakit tetap menganggap yang kedai farmasi menaikkan harga dengan sewenangnya. 

3. Kecenderungan peniaga-peniaga dari bangsa lain (biasanya pemilik kedai bukan ahli farmasi) yang menggunakan pendekatan memberi diskaun untuk ubat-ubatan telah menyebabkan kedai farmasi yang sepatutnya merupakan sebuah tempat mendapatkan perkhidmatan professional, menjadi tidak ubah seperti pasar ikan di mana setiap pelanggan akan meminta diskaun untuk ubat walaupun harga ubat tersebut cuma 50 sen!! Kadang-kala terasa sakit hati juga dengan karenah customer yang akan memaki-maki kita mengatakan barang kita mahal padahal, customer tersebut telah mendapat kaunseling secara percuma bukan sahaja mengenai ubat yang dibeli tetapi tentang berbagai perkara lain. Itulah masalahnya apabila nilai duit hanya diletak pada barang tetapi bukan pada servis yang diberikan.

Image

Untuk makluman, kaunseling yang diberikan secara percuma kepada seorang pesakit di farmasi itu amat mahal harganya kerana ianya memerlukan 4 tahun proses pembelajaran plus beberapa tahun pengalaman sebelum dapat memberikan kaunseling yang terbaik.

4. Persaingan yang amat sengit terutama dari  Farmasi rangkaian seperti Alpha pharmacy, Caring, Cosway, Bee Pharmacy dan berbagai lagi merupakan antara cabaran yang besar kepada farmasi-farmasi persendirian seperti Farmasi Ideal. Hal ini tidak perlu dirungkai dengan panjang lebar kerana jika mengikut logik pun, pembelian secara pukal akan mendapat harga yang lebih murah! Walaubagaimanapun, salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah memastikan kita tidak membuka farmasi di kawasan bandar sebaliknya carilah kawasan tepi bandar yang agak sibuk yang belum mempunyai kedai farmasi lagi. Biasanya jika kita satu-satunya farmasi di situ dan terdekat, dan dapat membina rapport yang baik dengan pelanggan setempat, kita tetap akan menjadi pilihan mereka walaupun harga kita sedikit mahal.

5. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan, jika kedai farmasi tersebut pandai mencari ‘niche’ untuk kedainya iaitu menawarkan perkhidmatan baru yang tidak ditawarkan oleh farmasi lain, sudah pasti ianya boleh membawakeuntungan yang banyak. Juga jika kedai farmasi tersebut dapat mengeluarkan rangkain produk sendiri seperti watson dan guardia yang mempunyai rangkain produk penjagaan diri berjenama sendiri, sudah tentu keuntungan dapat ditingkatkan kerana mereka tidak perlu membayar kepad supplier  bahkan keuntungan adalah seratus-peratus milik mereka sendiri.

6. Jika sesebuah kedai farmasi itu hendak maju dan berjaya, saya merasakan perkara yang paling penting yang perlu ada adalah modal permulaan yang tinggi dan bukan cukup-cukup sahaja. Kerana seperti yang dinasihatkan oleh pengasas pasaraya Mydin, jika sesebuah kedai hendak maju dan sentiasa mempunyai pelanggan, dia perlu menjaga 3 faktor berikut:

“Availability, Visibility & Customer service”

“Availability” bermaksud, kita perlu menyediakan pelbagai range produk untuk memastikan pelanggan tidak keluar dengan tangan kosong dan merasa kecewa kerana ubat atau vitamin yang biasanya boleh diperolehi di farmasi lain tidak terdapat di farmasi kita dan hal ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi kepuusan pelanggan tersebut untuk datang lagi ke farmasi kita. Tetapi untuk memastikan availability ini dapat dipenuhi, modal yang tinggi amat perlu.. Jadi, kepada sesiapa yang hendak memulakan perniagaan farmasi, tolonglah allocate jumlah yang banyak untuk stok permulaan ya.. Jangan allocate banyak sangat pada renovation kerana decorasi yang menarik tidak memberi nilai tambah sangat kepada sale kita. apalah guna kedai yang cantik tapi semua barang pun takde!!!

Customer service juga amat penting dapat memastikan kedai farmasi kita berjaya dan dapat memberi pulangan yang memuaskan. Bayangkan jika anda masuk ke kedai farmasi tetapi staf dan ahli farmasi tidak langsung bertanya kepada anda apa keperluan anda.. Menyakitkan hati kan? Ataupun, ahli farmasi yang terus sahaja memberi ubat tanpa sebarang kaunseling tentang cara pemakanan ubat kerana semua telah ditulis di label. Agak sakit hati kan jika berdepan situasi seperti ini? Sudah tentu pelanggan tadi akan menceritakan pengalamannya kepada kawan-kawan yang lain dan ianyakan akan memberi impak yang tersangat buruk kepada kedai kita!

Jadi… untungkah buka kedai farmsi sekarang ni? Jawapannya memang menguntungkan dengan syarat anda tidak mengusahakannya dengancara traditional. Kedai Farmasi kini perlu memberi lebih dari apa yang pelanggan harapkan. Faktor supplier menaikkan harga, dan Akta yang mengongkong adalah di luar kawalan kita sebagai peniaga, namun banyak lagi area yang sebenarnya boleh diperkemaskan untuk memastikan perniagaan yang kita jalankan ini menjadi sangat menguntungkan.

Image

 

Creative and hardwork is the essence of success… No doubt about it!

Advertisements
Posted in Uncategorized

JANGAN BUNUH HANG NADIM NANTI MUNCUL HANG JEBAT!

Sangat indah cara penterjemahan rasanya…

Genta Rasa

hang jebat“Kaedah pengurusan saya ‘simple’. Tegas dan jelas. Yang bekerja dengan baik berikan ganjaran dan yang buat masalah berikan hukuman. Hasilnya… awak tengok syarikat saya sekarang,” kata seorang pengurus sebuah syarikat pembekal makanan halal kepada saya sewaktu kami menghadiri kursus pengurusan dan kepimpinan.

Saya tersenyum, membuka laluan untuknya terus berkata-kata. Sejak dari awal perbualannya sehinggalah sekarang, dia sentiasa mendominasi perbualan.

“Lihat berapa banyak anugerah kecemerlangan yang saya berikan untuk staf. Mereka tentu berpuas hati dan akan memberi pulangan yang tinggi untuk syarikat nanti. Mereka untung dan saya sebagai pemilik syarikat untung. Sama-sama untung.”

“Yang buat masalah, mereka terima akibatnya!”

Saya terus diam. Mencari ruang untuk mencelah yang sejak tadi belum diberikan.

“Berapa ramai pekerja yang kekal sejak awal penubuhan syarikat?” tanya saya mengalih sedikit hala tuju perbualan.

“Bilangan jari. Ramai pekerja baru. Saya tidak bimbang… saya punya kemampuan kewangan untuk mendapat tenaga-tenaga baru. Yang berhenti atau diberhentikan mudah sahaja mencari gantinya.”

View original post 1,014 more words

Posted in Uncategorized

More Tips Kejayaan from Datuk Ameer Ali… Semoga bermanfaat..

Image

SEPETANG BERSAMA Y.BHG. DATUK WIRA (DR.) HAJI AMEER ALI BIN MYDIN

4 JULAI 2013

TINGKAT 3, MYDIN RETAIL ACADEMY SDN. BHD. (MYRA)

MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD

 LESSON LEARNED

TO SUSTAIN AND DEVELOP THE BUSINESS

1. ONE STOP CENTRE

Image

  • menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung termasuk surau, mesin atm, food court,  tandas dsb.
  • Juga memastikan segala keperluan dan keinginan pengunjung dibawah satu bumbung.
  • Ruang berniaga utk penyewa2 luar. Pengunjung juga mendapat kemudahan lain antaranya kedai handphone, Al-Ikhsan, Ayam Penyet, Booth Astro, KFC, butik dan sebagainya.
  • Ruang- ruang utk peniaga luar menambahkan popularity Mydin agar lebih meriah dengan pelbagai jenis perniagaan.

2. OTT / OTM (Other People Time/Money)

  • Guna khidmat / kepakaran org lain drpd melakukannya sendiri yang boleh mengakibatkan pembaziran dari segi masa dan wang ringgit. 
  • Image
  • Contohnye pengurusan 2 buah gudang Mydin yang ditadbir urus oleh Pure; syarikat yang menguruskan keluar masuk barangan di gudang dari dalam mahupun luar Negara. Pengurusan mereka amat cekap sehinggakan pemindahan pallet dari loading bay ke salah satu 20 line 8 tingkat storage hanya mengambil masa kurang 4 minit.
  • Ruang- ruang utk peniaga luar menambahkan popularity Mydin agar lebih meriah dengan pelbagai jenis perniagaan.

3. RENOVATION

  • Membelanjakan jutaan ringgit utk meng’upgrade’ Mydin Mall  baru2 ini seiring menandingi pesaing baru di sebelah – pasaraya Giant yang baru siap dan telah memulakan operasi sejak Jan 2013.
  • Agar berdaya saing dengan pesaing terdekat yang baru. Antara kata2 Datuk,
    • “ Never underestimate your competitor”
    • “Bila bini baru datang, Bini lama kenalah Make-up lebih sikit… barulah suami tak jemu!’ dengan merujuk suami sebagai pelanggan, Mydin sebagai Bini lama dan Giant di sebelah sebagai bini baru.

4. SENTIASA BERSEDIA

  • Ahead from the rest (other competitor ) – i.e Mydin dah start jual keperluan Ramadhan dan Raya termasuk kurma dari pelbagai range harga, baju raya, songkok dsb.
  • Jangan tunggu dan menanti untuk menyediakan keperluan utk pelanggan.
  • Kene bijak mengenalpasti pefect timing utk launching.

 5. WUJUDKAN NICHE FOR BUSINESS

Image

  • Slogan “ Why Pay More” / “Mengapa Bayar Lebih”
  • Kemajuan seiring teknologi terbaru – Special Promo utk pemegang kad Meriah Mydin saban hari.
  • One Stop Centre utk para Jemaah haji dan umrah mendapatkan keperluan mereka.
  • Ruang khas utk display dan penjualan minyak attar dan segala macam rempah ratus.
  • Niche mewujudkan kelainan perniagaan yang tidak boleh didapati di tempat lain under one roof.

6. FAKTOR PENTING UNTUK JUALAN YANG LAKU

  • Availability – keperluan pelanggan sentiasa ada di premis dan tidak pernah putus stok.
  • Visibility – keupayaan untuk pelanggan senang lihat dan meng’access’ pada keperluan.
  • Layanan – layanan yang mesra dari para staf.

 

TRANFORMASI MYDIN – RAHSIA KEJAYAAN BY DATUK AMEER

1. Inovasi

  • Kadang2 x perlukan modal yang besar pun. Yang penting sentiasa mencari idea utk menambah nilai dalam perniagaan.
  • Kene cepat
  • Profit is not everything, it’s everything. Pelik juga bile dgr dr Datuk, tp mgkin yg beliau maksudkan ialah perniagaan bukan semata-mata utk mendapatkan keuntungan, tp tanpa keuntungan perniagaan xkan maju.

2. Tidak mudah utk mengetahui apa yang anda mahu lakukan dalam hidup – tp yg penting anda sentiasa perancangan masa depan. Life is a journey.

3. Pemilihan nama perniagaan perlulah simple, org lain senang ingat dan sellable. Terang beliau dalam rancangan terbaru perniagaan menamakannya SAM Groceria; Saya Anak Malaysia.

4. Never Give Up merujuk pd video motivasi by Nick Vujicic ; ‘Are you gonna finish strong’.

5. Learn / know how the Negotiation Skills.

6. Always Positif

Image

7. Objektif jelas.

8. Yakin

9. Amanah

10. Kreatif

11. Teamwork

12. Work hard

13. Give what customer want, not what you want.

14. Listen to your customer

15. Able to change.

16. Value the money – menidakkan pembaziran.

17. Staff is your biggest assets. They’re important.

Image

18. THINK BIG, START SMALL better than think small, start big.

Special Thanx to mydin, esp to Datuk Ameer for his sharing moment dan kpd PUNB yg sudi menjemput pengurusan Farmasi Ideal.

Image 

 

Prog amat bermanfaat di samping berpeluang berkenalan dgn ramai usahawan2 yg lain dr pelbagai bidang.  Bersembang dengan Pengusaha Lunatots yg dah jutawan; first time jumpe pun macam dah kenal lame sampai x sedar waktu dah lewat maghrib.

Image

 

Thanx atas segala perkongsian ilmu. Nanti kite lepak lagi k, byk yg kami nak menuntut.

Image

 

Thanx to all…

Posted in My Drug Stor, Uncategorized

Sepetang bersama Datuk Wira (Dr) Hj Ameer Ali Bin Mydin

Semalam saya dan suami dijemput menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Unit Latihan PUNB untuk membuat lawatan ke Distribution Centre Mydin di USJ dan mengadakan lawatan ke Mydin Mall yang pertama dan terbesar di Malaysia. Acara yang paling best adalah sesi berkongsi pengalaman bersama pengasas Mydin sendiri iaitu Datuk Wira (Dr) Hj Ameer Ali b. Mydin.

Image

Pada mulanya kami menyangka yang gudang yang dimaksudkan adalah gudang di tingkat 1M (di tingkat pemborong) Mydin USJ itu sendiri, tapi rupanya, gudang yang dimaksudkan terletak di tempat lain dan kami perlu menaiki bas yang disediakan khas untuk melawat tempat tersebut. Sampai di sana, memang kami kagum dengan keluasan gudang dan taklimat mengenai sistem pengurusan gudang yang digunakan. Memang hebat Datuk Ameer nih..Tapi kami tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang gambar di dalam gudang tersebut. Kami menghabiskan masa lebih kurang setengah jam di gudang tersebut. Rasa excited sangat sebab rasanya tak semua orang berpeluang untuk masuk ke dalam gudang tersebut kan?!! Berbaloi rasanya ikut walaupun perut dah memboyot sangat dah.. hehe

Back to the Mall, kami disambut oleh Datuk Ameer yang kelihatan sangat mesra dengan senyuman dan menyapa kami di pintu masuk utama Mydin Mall. Setelah sesi perkenalan bermula, kami dipecahkan kepada dua group dan alangkah ruginya kami tidak mendapat group yang di bawa oleh Datuk Ameer. Kami diberi penerangan oleh Pengurus Besar Mydin Mall dan di bawa melawat ke dalam Mall tersebut dan diberi penerangan. BAnyak juga tips yang diberi oleh beliau mengenai perniagaan dan juga diterangkan mengapa Mydin invest untuk menukar Mallnya ke wajah baru yang lebih sofistikated. Maklumlah, sebuah Hypermarket Giant kan baru buka di sebelah Mydin, jadi “Never Underestimate your Competitor” kata Datuk Ameer. Sebab customer tak pernah loyal, they can switch at any time.. Satu ayat beliau yang agak lucu, “Bila bini baru datang, Bini lama kenalah Make-up lebih sikit… barulah suami tak jemu!’ dengan merujuk Giant sebagai bini baru.

Image Disambut mesra oleh Datuk Ameer sendiri. Kelihatan Jutawan Muda Suraya Lunatots mendengar dengan penuh kusyuk!ImageHabis sesi lawatan, kami di bawa ke tingkat tiga ke bilik Latihan Mydin. (MYRA). Pejabat dan bilik latihan tersebut memang luas dan korporat, kalaulah kami tak join program ni, sumpah tak tau Unit Latihan Mydin ni wujud. Sesi perkongsian pengalaman pun bermula dan cara penyampaian Datuk yang santai dan penuh dengan jenaka dan diselang-selikan dengan beberapa video inspirasi yang menarik menjadikan sesi tersebut tidak membosankan! Datuk memang pandai mengambil hati audience nya..Habis sesi tersebut, kami diberi peluang untuk bertanya soalan dan En. Suami pun mengambil peluang untuk bertanya mengenai bagaimana tips untuk mendapat staf yang sanggup mati untuk kita. Jawapan Datuk Ameer berikan dalam bentuk cerita bagaimana beliau sering menghadirkan diri ke rumah staf beliau yang menghadapi kematian dan kemalangan tak kira bangsa. Beliau begitu menghargai staf beliau tak kira sekecil mana jawatan staf tersebut. Sehingga beliau pernah menjamin staf beliau yang di tahan di lokap!

Habis sesi soal jawab, kami di beri peluang untuk mendapatkan tanda tangan beliau dalam buku biografi beliau yang diberikan percuma kepada semua peserta program. Oleh kerana kami mempunyai dua staf dan kebetulan kami both dapat senaskah, kami minta DAtuk tandatangan buku tersebut dan memberikan kata-kata semangat untuk diberikan kepada staf kami nanti.

Akhir sekali kami di bawa ke Restoran Nasi Kandar dan dijamu dengan jamuan ringan ala mamak selepas sesi bergambar di pintu masuk Mydin Mall.

Antara Tip-tip perniagaan yang dikongsi oleh Datuk Ameer sepanjang ceramah beliau adalah seperti berikut:

1. Never underestimate your competitor.

2. Manusia ni sebenarnya mampu melakukan sesuatu yang diluar jangkaan diri dia sendiri.

3. You must work hard to achieve what you want. Beliau bercerita betapa bapa beliau seorang yang terlalu kuat bekerja dan sentiasa berada di kedai tidak kira hari. Dan ketidakberadaannya di kedai menandakan beliau berada di hospital!

4. Always treat your staff like family and having a group of staff who would die for you is a blessed!

5. Always focus on what you do. Jangan nak buat semua perkara especialy benda yang you dont have expertise.

6. Sentiasa peka dengan trend terkini and be the trendsetter not trendfollowing.

7. Sell what your customer want not what you want to sell.

8. Working in group is always better than working alone.

9. Forgive every mistake your staff did except lying. Sebab everybody makes mistake and we learn from mistakes but lying involves attitude and lead to a bigger sin!

10. Keuntungan bukanlah segala-galanya tapi ADALAH segala-sagalanya dalam perniagaan. In business, everything is about profit. 

11. Orang yang kaya dan berjaya perlu pandai menggunakan wang dengan betul-betul bijak walaupun kadang-kala kita akan dipanggil KEDEKUT. 

Ada kisah menarik untuk point no 11 ni. Satu hari Datuk Ameer membawa bapanya Tuan Mydin makan di restoran mamak. Beliau memesan mee goreng mamak dengan air kosong sahaja. Kemudian beliau meminta limau lebih. Rupanya bukan untuk dimakan bersama mee goreng tadi tapi untuk diletakkan ke dalam air suam tersebut suapaya menjadi air limau suam!! Begitulah tabiat bapa beliau yang sangat berkira dalam soal duit. Bukan kerana beliau kedekut tetapi kerana kehidupan beliau yang sangat susah dahulu menyebabkan beliau begitu menghargai setiap sen wang hasil titik peluh beliau. 

12. Dalam bisnes yang mempunyai kedai, kita kena jaga tiga perkara: Availability, Visibility dan Customer Service. Sebab tu Mydin mempunyai kepelbagaian produk yang agak extensive. Ambil contoh kurma, Mydin ada dari range kurma yang paling murah hinggalah yang berharga ratus2 sekilo.. Dari segi Visibility pula, barangan yang dipamer dan susunletak haruslah diambil berat dan memudahkan pelanggan mencarinya. Paling utama adalah layanan kepada pelanggan. Jika kita tidak berjaya menawan hati pelanggan dengan layanan kita dan mereka berasa tidak puas hati, ianya sesuatu yang amat bahaya, kerana mereka mungkin menyebarkan ketidakpuashatian mereka melalui mulut ataupun media dan ini merupakan bad marketing bagi sesebuah perniagaan.

Kami memang sangat seronok petang semalam dan berasa amat bersemangat selepas balik dari Mydin. Betullah Dr Azizan cakap, sentiasa bergaul dengan orang yang berjaya untuk recharged dan mendapatkan aura kejayaan tersebut. 

Disamping itu, sempat juga kami berkenalan dengan dua pasangan hebat. Satu pasangan adalah pengasas Lunatots , Suraya dan Syazwan. Mereka ni sangat energetik, humble dan bersemangat serta banyak memberikan kami tip-tip untuk menigkatkan lagi jualan kami. Truly, a very good sharing moments we had with them yesterday.

Image

Banyak lagi nak share.. tapi dah penat n nak tutup kedai dah.. lain kali kalau rajin kami sambung lagi ye…

Posted using Tinydesk blog app

Posted in Uncategorized

STAF: ASET PALING BERHARGA SESEBUAH PERNIAGAAN

Semalam merupakan hari terakhir untuk pekerja kami yang paling lama berkhidmat. Beliau merupakan seorang pemegang diploma kejururawatan dari sebuah kolej swasta. Seorang yang cepat belajar dan boleh diharap ketika kita sangat memerlukan beliau. Juga mempunyai rapport yang baik dengan pelanggan tetap Farmasi Ideal dan sangat disenangi sehingga kadang-kala pelanggan hanya mahu dilayan oleh beliau kerana beliau telah tahu ubat2 yang biasa diambil oleh pelanggan tersebut.

Telah banyak kali cubaan beliau untuk berhenti dan bekerja di tempat lain. Tapi hasrat beliau telah ditolak secara baik oleh pihak pengurusan atas beberapa sebab. Antaranya adalah seperti tempoh notis perletakan jawatan yang terlalu singkat dan melanggar perjanjian semasa menerima tawaran kerja. Tetapi untuk kali ini, kami terpaksa merelakan beliau pergi kerana jawatan yang ditawarkan adalah jawatan yang beliau nanti-nantikan dan di tempat yang agak baik pula iaitu di IJN.

Entry kali ini bukanlah berkisar tentang pekerja ini tetapi lebih berkisar tentang bagaimana staf atau pekerja yang baik itu amat penting dalam sesebuah organisasi tidak kira sekecil manapon syarikat tersebut. Tanpa pekerja yang baik dan berdedikasi, amat sukar untuk sesebuah perniagaan atau organisasi itu untuk maju dengan kadar yang cepat.

Image 

Pengurusan yang cekap sahaja tidak cukup untuk menggerakkan sesuatu perniagaan, tetapi pekerja yang cekap juga amat penting untuk memastikan setiap agenda yang ditetapkan oleh pihak pengurusan dapat dilaksanakan dengan jayanya. 

Pekerja boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Ianya boleh disimpulkan melalui kisah yang agak terkenal ini,

Image

Pada satu hari, seseorang bertanya kepada Napoleon, bagaimana dia membuat keputusan untuk meletakkan askar-askar di pangkat-pangkat tertentu. Jawapan Napolean sangat mudah.

Tentera terbahagi kepada 4 jenis. Bijak atau bodoh, pemalas atau rajin.

  • Yang bijak dan rajin – akan saya jadikan Ketua Batalion Tentera di medan perang. Mereka ini tahu apa perlu dibuat dan boleh memimpin dengan baik.
  • Yang bijak tetapi pemalas – Saya akan jadikan Jeneral Tentera. Mereka ini juga tahu apa yang perlu dilakukan dan mempunyai banyak idea. Cuma mereka tidak berminat untuk melakukannya. Mereka tidak suka membuang tenaga dengan bekerja.
  • Yang bodoh dan malas – saya akan jadikan tentera bawahan. Mereka ini sedia berkorban untuk apa saja.

Jadi apa yang kamu lakukan terhadap mereka yang bodoh dan rajin?

“Mereka ini akan saya tembak”

Apa yang dapat kita ambil iktibar daripada cerita ini kepada pengurusan syarikat anda sebagai seorang boss ?

Beginilah juga kita dalam memimpin perniagaan kita.

Pekerja juga terbahagi kepada 4 jenis. Bijak dan bodoh, rajin dan malas.

  • Pekerja yang bijak dan rajin – Mereka ini sesuai dijadikan Pengurus Pemasaran. Mereka ini tahu apa untuk dilakukan untuk memasarkan produk anda dan mereka ini juga tahu mengerah salesman untuk membuat jualan.
  • Pekerja yang bijak dan pemalas – Mereka ini sesuai dijadikan CEO atau Pengurus Bahagian Strategi syarikat. Mereka juga tahu apa untuk dilakukan dan mempunyai banyak idea. Cuma mereka malas untuk melaksanakan idea tersebut.
  • Pekerja yang bodoh dan pemalas – Mereka ini sesuai digunakan untuk membuat kerja-kerja harian seperti menaip surat, mengangkat telefon, menghantar barang dan membayar bil serta kerja-kerja yang menggunakan tenaga

Bagaimana pula dengan mereka yang bodoh tetapi rajin ?

Mereka ini sesuai untuk dipecat.

Sebab: Orang yang bodoh tetapi rajin, akan membuat perkara bodoh. Lebih rajin dia, lebih banyak kesalahan yang akan dilakukan. Jadi orang seperti ini tidak sesuai untuk berada dalam syarikat anda.

Image

ERm… setujukah anda dengan pernyataan di atas? Terpulang… Bagi saya ada juga benarnya.. Cuma kadang-kala kita tidak berapa bernasib baik dalam soal pekerja. Kita tidak dapat sesekali menilai sikap individu melalui resume atau semasa sesi temuduga sahaja. Kadang-kala kita terpaksa ‘gamble’ atau percaya pada gerak hati semasa mengambil pekerja.

Jika sesebuah syarikat atau organisasi atau peniaga berjaya mendapat ciri-ciri pekerja yang terbaik, jangan ragu-ragu untuk offer bayaran tinggi sedikit kepada pekerja tersebut kerana ianya lebih berbaloi untuk menjadikan pekerja tersebut setia dengan kita dan boleh sama-sama memajukan syarikat/perniagaan kita. Seperti yang saya katakan awal tadi… Pekerja yang baik/cekap/cemerlang adalah aset terpenting sesebuah syarikat/perniagaan.

Bahkan pengasas produk Bosch iaitu Robert Bosch juga pernah berkata

” I dont pay good wages because i have a lot of money, but instead, i have a lot of money because i’ve paid good wages”

Renung-renungkan… dan semoga bermanfaat kepada yang membaca…