KEPENTINGAN MOSQUITO REPELLANT

KENAPA PERLU ADA MOSQUITO REPELLENT / PENGHALAU NYAMUK
47427741_1852669074850664_908602083815456768_n
 
Gigitan dari serangga seperti nyamuk, lalat hitam, langau, dan semut api boleh meninggalkan kesan pada kulit dan menyebabkan kegatalan yang kadang-kadang boleh menjadi serius akibat dari infection sekunder. Gigitan dan sengatan kebiasannya merah, bengkak dan gatal. Tanpa mosquito repellent, tak ada limit atau had berapa banyak gigitan dan snegatan yang boleh kita dapat terutamanya apabila berada di kawasan yang berlainan semasa melancong.
 
Tak kira lah jika anda melancong atau sedang bercuti untuk beberapa minggu, penghalau nyamuk adalah sangat diperlukan sebagai langkah berjaga-jaga. Mari kami share kan kenapa anda perlu simpan Mosquito Repellent ketika anda melancong atau bercuti.
 
MENGELAKKAN GIGITAN SERANGGA ADALAH SULIT
 
Tanpa mosquito repellent, menghindarkan diri dari serangan gigitan serangga dan nyamuk adalah amat sukar. Nyamuk ni boleh didapati di hampir kesemua kawasan di dunia kecuali Antartika. Nyamuk lebih kerap mendiami kawasan yang lembap, terutamnya di negara-negara yang hampir dengan climate tropica seperti hutan dan kawasan paya di Amerika Tengah dan Amerika Selatan, Asia Tenggara dan juga negara sub-sahara seperti Afrika.
 
NYAMUK DAN MALARIA
 
Hanya sedikit sahaja nyamuk yang tidak mendatangkan penyakit kepada manusia.Apabila nyamuk menggigit, mereka boleh mentransimisikan penyakit merbahaya seperti Demam Denggi Berdarah dan Malaria. Terutamanya pada waktu musim tengkujuh seperti sekarang, jika kawasan rumah kita terdedah kepada takungan-takungan air bersih, nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan Denggi akan senang untuk membiak dan ini mendatangkan ancaman penyakit Demam Denggi kepada manusia. Terutama bagi mereka yang gemarkan hiking dan camping, anda boleh mengelakkan gigitan nyamuk merbahaya ini hanya dengan satu semburan Mosquito repellent. No hassle kan?
 
Sekarang ni dah berbagai jenis mosquito repellent yang dijual di pasaran. Dari jenis roll-on, krim, patch-on sehinggalah spray untuk setiap peringkat umur, mahupun untuk baby lagi pun dah ada. Jadi, tak perlu nak takut dengan keselamatan menggunakan mosquito repellent untuk bayi, yang penting tanya saja pada Ahli Farmasi anda, okay?
 
#TeamFarmasiIdeal
#FarmasiIdealShares
#FarmasiIdealCares
#YourHealthCompanion
 
more Health info at : FB: Farmasi Ideal
Advertisements

SEMBELIT DALAM PANTANG

Ramai ibu bersalin yang mengalami sembelit selepas melahirkan bayi. Sebenarnya ianya agak normal jika anda tidak membuang air besar selepas beberapa hari pertama melahirkan.

Ada beberapa kemungkinan mengapa anda sembelit selepas bersalin:

1. Jika anda menggunakan ubat tahan sakit seperti pethidin semasa proses kelahiran, kemungkinan untuk anda mendapat sembelit adalah tinggi.

pethidine

Photo credit: motherandbaby.co.uk

2. Anda masih meneruskan pengambilan pil zat besi. Pil Iron juga boleh menjadi punca kepada masalah sembelit.

3. Kesan koyakan yang besar semasa bersalin.

4. Kandungan hormon progesteron yang tinggi semasa mengandung juga boleh menyebabkan masalah sembelit kerana hormon tersebut menyebabkan otot2 usus dan sistem pencernaan menjadi relax.

5. Ada juga yang menjadi sembelit disebabkan ketakutan bahawa jahitan akan terbuka jika cuba mengeluarkan najis!

Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan sembelit dari terjadi?

1. Sebaik sahaja melahirkan anak, makan dan minumlah dengan secukupnya. lebihkan makanan berserat tinggi dan banyakkan minum cecair lebih2 lagi jika anda telah mula menyusukan anak.

2. Jangan abaikan rasa hendak membuang air besar tersebut. Terus ke tandas apabila anda rasa hendak membuang air besar.

3. Jika anda takut jahitan akan terbuka (which tak mungkin berlaku), ambil tuala wanita, lipat dua dan tekupkan di bahagian jahitan tersebut semasa anda sedang meneran. ini adalah untuk memberikan keyakinan kepada diri sendiri bahawa jahitan tersebut tidak akan terbuka.

4. Di dalam wad atau dirumah, selepas anda melahirkan anak (secara normal), anda boleh cuba untuk berjalan2 secara perlahan2 dan dalam jarak dekat dan kerap, sentiasa berbaring atau duduk akan membuatkan sembelit lebih teruk.

Apakah ubat2 yang selamat digunakan oleh ibu2 yang menghadapi masalah sembelit tetapi sedang menyusukan anak?

1. Anda boleh menggunakan ubat untuk melembutkan najis seperti Lactulose. Ada beberapa jenama di pasaran seperti LACTUL, NOPHALAC, dan DUPHALAC. Tanyakan ahli farmasi anda mengenai perkara ini.

WhatsApp Image 2018-11-02 at 4.00.22 PM

2. Pengambilan probiotik juga dapat membantu proses pelawasan. Boleh ambil dalam bentuk serbuk ataupun ready made seperti di dalam Yakult dan yogurt.

WhatsApp Image 2018-11-02 at 4.02.08 PM

3. Jika pelembut najis tidak memberi kesan yang diharapkan, boleh lah mengambil enema bersekali dengan fibre seperti Physillium Husk

WhatsApp Image 2018-11-02 at 4.04.04 PM

4. Jika anda sedang mengambil supplement yang mengandungi zat tambah darah seperti folic acid, atau ferrous fumarate, mungkin anda boleh mengambilnya secara berselang hari dan tidak mengambilnya hari2.

Namun, jika masalah tersebut masih berlarutan walaupun telah mengambil ubat2 OTC, anda mungkin perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Semoga bermanfaat!

Kami di farmasi ideal mengucapkan Tahniah kepada semua ibu-ibu hebat yang baru melahirkan anak2 ye. Enjoy the journey of motherhood dan kami doakan agar setiap susah payah yang anda rasai kerana mengandungkan, melahirkan dan menjaga anak2 tersebut akan dibalas dengan sebaik-baik pembalasan dari Allah swt..

precious moment

Photo credit: samanthajunephotos.com

Vitamin untuk kulit. C atau E?

Kulit yang cantik bukanlah kulit yang putih melepak, tetapi kulit yang cantik adalah kulit yang sihat, tidak kusam dan terhidrat.

Ramai bertanya vitamin apa yang sesuai untuk kulit yang kusam.

Perdebatan selalunya adalah antara vitamin C dan E.

Meh kita kupas sikit pasal 2 vitamin ni.

Vitamin C

Vitamin C adalah sejenis anti oksidan. Selalunya akan ada banyak dibawah lapisan kulit. Fungsinya jika secara mudah nak faham adalah, dia akan ambik sinaran UV yang bahaya tu dan tukar jadi bahan yang tak bahasa kepada kulit. Semua orang tahu, UV light ni boleh menyebabkan kanser kulit kan? Jadi Vitamin C ni kiranya macam pendinding lah.

Selain itu, ia juga memastikan penghasilan kolagen dalam badan adalah mencukupi. So, kalau rsa kulit ala2 kusam and tak tegang tu cubalah boost dengan vitamin C. Dose harian untuk dewasa adalah dalam 1000mg. Sebab semakin kita berusia, semakin kurang penghasilan kolagen tu.

Vitamin E

Vitamin E juga adalah sejenis antioksidan dan mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan Vitamin C dalam reaksinya terhadap sinaran UV. Cuma ianya tidak mempunyai efek langsung dalam penghasilan kolagen. Vitamin E lebih efektif jika disapu berbanding dimakan. Jika anda mengalami masalah kulit kering, cuba sapu minyak vitamin E selalu. Pasti akan nampak perbezaannya.

Tapi kan, sebenarnya, makanlah apapun jenis vitamin, rules yang paling penting adalah, anda perlu minum air kosong dengan banyak. Itulah kunci untuk memastikan semua vitamin yang anda ambil berfungsi dengan baik. Kulit yang mendapat cukup air, pasti akan glowing dan nampak gebu walaupun gelap.

Jika ditanya, mana lebih efektif, yang dimakan atau disapu. Bagi saya, dua2 pun penting. Bagi area yang terdedah dengan pancaran matahari, sapuan krim yang mengandungi vitamin C dan minyak Vitamin E adalah perlu sebagai extra protective measure. Lebih lebih lagi di negara khatulistiwa seperti Malaysia.

Pengambilan suplemen juga sama penting kerana reaksi oksidasi yang menyebabkan sel2 kanser menjadi aktif bukan sahaja berlaku di kulit tetapi juga di dalam organ dan sel lain di dalam tubuh badan.

Antara produk vitamin C dan E yang laris dan selalu mendapat permintaan yang tinggi adalah seperti berikut:

1. Flavette Effervescent Glow

Ni paling top sekarang ni sebab penangan drama Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Nellydia Senrose tu.

Dalam dia lengkap ada Glutathion(untuk cerah), Vitamin C dan Vitamin E. Memang powerful untuk kulit. Harga dia antara RM35-40 untuk botol yang mengandungi 15 biji tablet.

2. Live-Well Time C-500 with RoseHip

Saya suka rekemen brand ni sebab dia jenis Time release. Maksudnya, sebijik tu cukup untuk satu hari walaupun dose dia cuma 500mg. Sebab teknologi dia, dia akan release dose tu sikit2 dalam usus untuk diserap. Lepas tu harga dia pun berpatutan. Satu botol cukup untuk 5 bulan.

3. Organic Aid Vitamin E oil and moisturizing cream

Yang ni saya selalu rekemen kepada mereka yang nak hilangkan parut jerawat dimuka. Atau sebagai moisturizing agent yang guna masa steroid free period bagi pesakit ekzema atau psoriasis yang menggunakan krim steroid.

Untuk kesan parut tu, memang ambik masa sikit kalau pakai minyak ni tapi dia akan bantu merawat kulit sekali. Parut hilang, kulit pun jadi halus dan flawless je.

4. Nature’s Bounty E-400

Yang ni untuk mereka yang nak cari vitamin E yang plain. Dia boleh guna dua cara. Satu ditelan, satu lagi, boleh pecahkan soft capsule tu pastu minyak dia boleh oleskan kat muka sebagai anti parut atau untuk kecutkan jerawat.

5. UHC Vitamin C+E+Rosehips

Yang ni product baru masuk di Farmasi Ideal. I choose utk simpan sebab bagi pandangan saya, kandungan dia sangat baik untuk kulit. Walaupun baru masuk, ramai customer setuju untuk cuba sebab kandungan extra dia adalah rosehip. Saya pun belum cuba lagi. Tapi kalau anda ada bajet yang tight, boleh choose supplement yang ini sebab both Vitamin C dan E ada. Dankalau anda takde masalah besar sangat dengan kulit muka cuma sekadar nak kasi glow je, yang ni dah mencukupi tanpa perlu mengambil cream dia.

Tapi kalau ada parut atau jeragat disertai dengan kulit yang terlampau kering, boleh lah ambil sekali krim dia. Untuk effect yang lebih baik dan berkesan

6. Last but not least, untuk mereka yang mencari pelembab muka untuk masalah jeragat, kering dan kusam, boleh guna cream dari jenama Fruit of the Earth. Cream dia sangat likat, sesuai untuk dijadikan mask waktu tidur. Biarkan ianya meresap dalam kulit dan esok pagi anda akan rasa kulit macam lembab je. Kalau kerja anda jenis yang memang kena berpanas, choose yang ada Aloe vera tu. Dia boleh sejukkan dan rawat kulit. Vitamin E pula akan babtu melindungi dari pancaran uv yang merbahaya tu.

So, itulah antara produk vitamin C dan E yang selalu saya rekemen kepada customer yang meminta pendapat untuk masalah kulit mereka.

Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah PM di Fb page Farmasi Ideal. Consultant kesihatan kami sedia memberikan konsulatasi kepada sebarang masalah anda.

VIRAL: ALOE VERA GEL FOR DEMAM

Semalam saya bertugas full day di Farmasi Ideal. Saya didatangi ramai parent yang mencari Aloe Vera Gel Brand Fruit of Earth. Saya tanyalah kenapa semua orang cari Gel ni.

foe_aloevera

Rupanya tengah viral orang guna gel ni untuk sejukkan badan yang panas.

Asalnya aloe vera gel digunakan untuk menyejukkan kulit selepas berjemur atau sun burnt. After sun use. Bagi saya xde salah pun kalau guna gel ni untuk sejukkan badan yang terlalu panas. Tapi saya x pasti ada beza kalau guna teknik tepid sponging atau tidak. Tepid sponging adalah teknik menyejukkan badan menggunakan tuala yang dibasahkan. Ala, macam orang tua2 selalu buat dulu tu. Letak tuala kat kepala, bawsh ketiak dengan kaki.

Cuma mungkin kalau guna towel ni, anak2 x selesa. Kalau guna gel lebih mudah penggunaannya.

Kuasa viral ni memang power kan. Orang kita memang percaya kuasa testimoni. Kadang jenuh gak nak explain dari segi scientificnya. Hihihi. Kalau benda betul ok je, tapi kalau macam kes difflam ungu tu, ermmm, sebenarnya, tak semua orang sesuai guna. Jadi, nasihat ahli farmasi masih diperlukan untuk menyaring siapa yang betul2 perlukan ubat tersebut bagi mengelakkan kesan samping atau pembaziran.

Parut ohh parut!!!!!!

Harini akak agak free di kedai.. takde keluar outstesen memana. Makanya, rasa rendu nak menulis di blog yang berhabuk ni. Tapi hari ni akak nak menulis secara santaiiii je…… Sebab tulis entry ni? Sebab ramai sangat yang PM tanya pasal nak hilangkan parut. Lepas tu terfikir, betul juga kan. Orang tau pasal hilangkan jerawat je, tapi produk untuk parut ramai yang tak tau. Maka dengan hati yang ikhlas dan tulus(fefeling suciii), akak lembutkan jari jemari akak yang runcing dan panjang ni untuk menaip mengenai parut ye…

Parut menjadi satu trauma kepada semua orang. Tak kiralah parut apapun.. Tapi yang paling keji adalah parut chickenpox yang kena masa umo dah lebih 25 tahun. Lagi keji bila parut tu banyaknya di muka!!! huhuhuhu, sedeeehhh tau!

Parut yang terhasil dari jerawat batu ataupun penyakit kulit seperti psoriasis, eczema, dematitis dan sebagainya juga tak kurang menyakitkan hati. Bayangkanlah, kadang-kadang orang siap tegur kita ni kena chicken pox ke, padahal tu parut jerawat.. Idok ke stress dibuatnya(bayangkan muka yang sedih…)

Kat Farmasi Ideal ni pun, ramai yang datang mencari penyelesaian kepada masalah parut ni. Jangan kata perempuan je ye, lelaki pun ramai jugak dek nonnnn. Kadang minta kita consult personally. Sebelum consult, mesti diorang akan meluahkan perasaan dulu. Kita pun dengar je lah, kita kena ada rasa empathy kan.

Masa awal-awal dulu kami cuma simpan satu jenis krim je untuk parut ni. Iaitu Mederma (RM39.90/20g), tapi sebagai ahli farmasi yang prihatin (ecewahhh), bila semakin ramai yang datang, maka akak pon mencari-carilah apa lagi solusi-solusi (takde kaitan dengan majalah solusi ye) lain yang ada di pasaran. Akak pun mulalah bertanya-tanya kepada pakar-pakar kulit disekitar Klang ni (bukan senang tau nak mintak dorang share!) tentang kombinasi-kombinasi yang baik. Hasilnya, sekarang ni skill consultation akak bab-bab parut ke bab kulit ke dah agak mantappp ler…(cehh, fefeling setanding Dr Ko, pakar kulit tuuu!)

Awak awak orang jangan tak tau tau (bayangkan gaya Azwan haji Ali bercakap), walaupun banyak jenis krim ada untuk parut di pasaran, bukan boleh suka-suka gigi nak guna yang mana-mana awak orang suka. Awak orang kena sesuaikan dengan kondisi kulit awak orang. Jenis kering ke, jenis sensitip ke, jenis berminyak ke. Tu sebabler awak-awak orang kena dapatkan nasihat orang-orang macam akakkkk ni time nak membeli. Jangan risau, kat Malaysia ni bukan macam kat negara-negara lain yang mana consultation seorang ahli farmasi perlu dibayar. Kat Malaysia ni, tak kiralah awak orang ambik masa ahli farmasi tu 100 jam pun untuk dengar masalah awak orang, ianya free. (Kadang-kadang lepas consult berjam-jam, awak orang pegi pula kedai lain beli barang tu! sedih tau! Yeler.. akak kena faham konsep rezeki…tapi, agak2 lah kannnn!)

Lagi satu, kalau nak kesan yang ultimet, cuba ambik bersama vitamin E atau C. These two vitamins akan membantu mencantikkan lagi kulit dan membantu mengurangkan kesan parut dengan cepat dan berkesan.(macam ayat iklan tv plakk)

So antara produk yang agak femes kat farmasi akak untuk masalah parut adalah:

  • Mederma : RM39.90mederma
  • Natopherol DERMAL-E – RM32.80dermal e
  • Organic Aid Vitamin E moisturizing cream- RM18.90organic aid cream
  • Organic Aid Vitamin E Oil- RM55.90organic aid oil
  • Hiruscar Gel- RM17.90hiruscar
  • Strivace Scar- RM30.90strivace
  • Dermatix Ultra
  • Argan Oil Secret Leaf -RM75.00
  • Vitamode Derma-Q Gold Softgel – RM115.00/ 30 biji (yang ni mmg thorrbaik!)derma q

Okler, harap-harapnya entry kali ni dapat membantu awak orang-awak orang yang sedang stress dengan parut-parut degil di muka dan kulit awak-awak orang! Kalau nak consultation, silalah buat appointment dengan akak ye.. (ecewahhhh, appointment katanya!!!)

(sejak akhir-akhir ni macam terminat dgn TMJ tu yang asyik guna “awak orang” jerr) Sila jangan menyampah ye…. hahahaha

Thinks out of box..

Salam sejahtera,

Semua orang tahu yang seorang peniaga seharusnya berfikir di luar kotak (Think Out-of-box kata orang putihnya), tapi berapa ramai yang betul-betul mempraktikkannya? Dalam bidang saya, iaitu Kedai Famasi Retail, macam mana kita nak praktikan ye?

Saya tak tahu prang lain buat macam mana. Tapi antara cara saya adalah dengan menawarkan perkhidmtan yang kedai farmasi lin tak buat iaitu Pengurusan Luka atau Dressing. Kawasan saya ni banyak kilang. Maka banyaklah expatriate nye. Mereka2 kalau ke klinik untuk buat basic dressing pun dah kena caj ratus2. Maka saya melihat perkara ini sebagai satu peluang. Kebetulan pula staf saya semuanya jururawat terlatih dan mereka memang biasa buat dressing ni, maka setelah mendapat persetujuan mereka maka kami pun menawarkan perkhidmatan ni dengan harga yang berpatutan. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan.
Bukan sahaja abang2la yang mendapatkan perkhidmatan kami, malah orang tempatan juga datang utk buat dressing terutama bagi penghidap lencing manis dan selepas kemalangan..

Alhmdulillah, disamping mendapat sale kami juga dapat membantu mereka2 yang memerlukan perkhidmatan ini. Kadang kala, perkhidmatan ini dilakukan dirumah pesakit terutama bagi mereka yang tidak dapat bergerak.

So, ini adalah salah satu tindakan berfikir di luar kotak yang telah kami praktikkan di kedai kami..

20141007-123741.jpg

Supplemen: Kepercayaan & Fakta

Ada banyak kepercayaan-kepercayaan mengenai supplement dan antioksidan yang menghantui pengguna-pengguna seluruh negara. Tak kurang juga yang menggunakan kepercayaan-kepercayaan ini untuk melariskan produk-produk mereka. Ramai yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan serta malas mencari maklumat akan terus mempercayai kepercayaan-kepercayaan ini.

images (1)

Jom kita lihat fakta sebenar di sebalik beberapa kekeliruan dan salah faham tersebut.

KEPERCAYAAN #1: Antioksidan tidak mempunyai kesan untuk pencegahan kanser

Fakta: Kepercayaan di atas adalah disebabkan oleh hasil kajian klinikal  di mana supplement tunggal, seperti beta- karotena, telah diambil secara oral sekali sehari selama beberapa tahun oleh individu yang berisiko tinggi mendapat kanser (seperti perokok tegar). Hasil kajian menunjukkan bahawa insiden kanser paru-paru dan kanser yang lain meningkat dalam kumpulan yang mengambil beta- karotena berbanding dengan mereka yang tidak mengambil beta- karotena.

supplement2

Walau bagaimanapun, penggunaan satu antioksidan sahaja dalam populasi yang berisiko tinggi tidak boleh diambil kira kerana :

(a) perokok tegar mempunyai persekitaran oksidatif yang tinggi dalam badan mereka , dan

( b ) suatu antioksidan tunggal, seperti beta- karotena, akan rosak dalam persekitaran sedemikian dan kemudian akan bertindak sebagai ( radikal bebas ) pro -oksidan berbanding sebagai antioksidan.

Keputusan yang diperolehi daripada penggunaan antioksidan tunggal tidak boleh dibandingkan dengan pengambilan antioksidan gabungan kerana bila ada banyak source of antioksidan, ia akan mereversekan effect pro-oksidant tersebut. Kalau perasan, di pasaran jarang ada supplement yang jual antioxidant yang mempunyai hanya satu source sahaja.

KEPERCAYAAN #2: Antioksidan tidak dapat  melindungi daripada kerosakan yang dihasilkan oleh pelbagai jenis agen berbahaya, seperti radiasi, bahan kimia toksik, dan virus bakteria dan patogenik.

radiation

FAKTA : Sinaran (seperti sinar-X, sinar gamma) dan bahan kimia toksik tertentu (seperti gas mustard dan gas klorin) menyebabkan kerosakan kepada sel-sel  dengan penghasilan radikal bebas yang berlebihan serta menyebabkan keradangan samada acute ataupun kronik. Antioksidan adalah satu-satunya kumpulan nutrien yang boleh memusnahkan radikal bebas, mengurangkan keradangan akut dan kronik, dan merangsang fungsi imun.

KEPERCAYAAN #3: Lebih banyak supplemen anda ambil, lebih sihat tubuh anda.

kaunter supplement

FAKTA : Kepercayaan ini sebenarnya boleh membahayakan kesihatan anda kerana pengambilan supplemen secara berlebihan  boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada badan anda. Sebagai contoh, dengan mengambil sejumlah besar vitamin A (25,000 IU atau lebih setiap hari untuk tempoh masa yang panjang) boleh membawa kepada kerosakan hati dan  kulit. Vitamin A, walaupun pada dos yang lebih rendah daripada 10,000 IU atau lebih, boleh meningkatkan risiko kecacatan kelahiran di kalangan wanita hamil dan keretakan tulang di kalangan wanita lebih tua. Pengambilan yang berlebihan selenium-400 mikrogram (mcg) atau lebih setiap hari sepanjang tempoh masa yang panjang boleh menyebabkan katarak. Serta banyak lagi contoh lain.

KEPERCAYAAN #4 : Kehadiran mineral surih (Trace mineral) seperti besi (iron) dan tembaga (copper) dalam pelbagai persediaan  multivitamin yang mengandungi vitamin C adalah baik untuk kesihatan anda.

supplement

FAKTA : Badan anda memerlukan mineral surih  dalam jumlah  yang kecil untuk pertumbuhan dan hidup. Jumlah ini boleh diperolehi daripada diet harian. Badan mempunyai cara yang unik untuk menghilangkan mineral ini sebaik sahaja mereka memasuki badan , jadi penambahan besi (iron), tembaga (copper), mangan(manganese) atau dalam apa-apa persediaan mutivitamin adalah tidak bagus jika diambil dalam jangka masa yang lama. Umum mengetahui bahawa vitamin C bersama dengan besi(iron) atau tembaga(copper) akan menghasilkan lebih banyak radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel dan / atau mengurangkan keberkesanan vitamin. Di samping itu, penyerapan mineral surih (trace mineral) dalam usus adalah lebih banyak dengan kehadiran vitamin C , seteruskan meningkatkan kandungan besi(iron) dalam darah. Kehadiran besi(iron) dalam bentuk bebas (tidak bterikat dengan protein) di dalam darah boleh meningkatkan risiko kanser, penyakit jantung, dan beberapa penyakit neurologi seperti penyakit Parkinson.

KEPERCAYAAN #5: Diet yang seimbang adalah mencukupi untuk perlindungan optimum terhadap kanser.

diet

FAKTA : Walaupun diet yang seimbang adalah penting untuk mencegahkanser, namun  ianya mungkin tidak mencukupi untuk perlindungan optimum kerana:

  • Konsep diet seimbang tidak ditakrifkan dengan baik
  • Vitamin A,C,E dalam pemakanan seimbang mungkin telah rosak semasa proses penyediaannya.
  • Tahap optimum antioksidan endogen seperti glutation, alfa Lipoik asid, dan koenzim Q10 tidak boleh diperolehi daripada diet yang seimbang dan
  • semua makanan yang kita makan setiap hari mengandungi kedua-dua bahan-bahan perlindung dan toksik. Untuk memaksimumkan pengambilan bahan-bahan perlindungan dan untuk perlindungan maksimum terhadap kanser, supplemen tambahan, termasuk antioksidan, perlu digabungkan dengan diet yang sihat

images (2)k

Oleh yang demikian, berbincanglah dengan doktor dan ahli farmasi anda sebelum mengambil keputusan untuk mengambil sebarang supplemen tambahan.