Posted in Preggy Jurnal

Antenatal Class @ KPJ Shah Alam

Hari sabtu yang lepas bersamaan 29 Januari 2011, mummy bersama2 Papa Irfan menghadiri kelas antenatal di KPJ Shah Alam. Mummy dah daftar lama and fee dia pun amat berbaloi dah affordable iaitu RM80 je untuk 2 kelas. Provide minum pagi and goodie bag.

Kelas bermula jam 8.30 pagi dengan sesi pengenalan dengan Puan Faridah, Midwife berpengalaman di KPJ. Puan Faridah ni best sebab dia banyak cerita dari pengalaman2 dia. so, sesi pertama tak begitu specific lah. Kemudian pada jam sepuluh pagi, kami berehat dan minum pagi yang disediakan oleh pihak KPJ.

Kelas sambung balik dengan ceramah mengenai option2 tahan sakit semasa bersalin. Penceramah dia adalah Pakar Bius KPJ tu sendiri. Since diorang ni private hospital, of course lah diorang akan promote penggunaan epidural tu. Selain tu ada juga ETONOX ( nitrous Oxide + Oxygen) atau bahasa kampung nye, Laughing gas. Tapi very informativelah session ni sebab participantnye termasuk mummy sendiri banyak bertanya hal2 yang selama dengar dari orang kan.Ramai juga yang tanya caj yang akan dikenakan kalau kita minta epidural nih. Erm…boleh tahan juga ye. Kalau kebetulan kita bersalin siang, lain harganya compare kalau kita bersalin malam ( of coz malam lagi mahal lah).. Kelebihan kalau pakai epidural ni adalah, memang kita tak kan rasa sakit langsung masa contraction tu tapi keburukan dia dalah, bila kita tak rasa sakit langsung, kita tak kan ada urge yang kuat untuk meneran. Sebab kita tak tau how hard to teran. Kalau kita rasa sakit, mesti kita kan teran kuat2 supaya baby tu keluar terus. Jadinye, tendency untuk kita menggunakan pertolongan lain seperti forseps dan vakum adalah tinggi… Pheww… sian nanti kepala irfan lonjong kalau pakai forseps.

Session seterusnya disambung semula oleh Mak bidan kita, Puan Faridah. Jenis-jenis kelahiran. Normal, breech, forceps dan caesarean. Mummy harap mummy dapat lahirkan Irfan menggunakan cara normal. Sian tengok orang susah lahirkan anak. Kalau ikut history mama, senang je lahirkan anak. Tak lah senang sangat, tapi tak lah sesusah yang k.Yus cerita. Puan Faridah ni tak suggest plak orang ambik epidural sebab effect lepas beranak tu anak prolong. Paling tak tahan adalah back ache. Tapi anaesthecian tu mati-mati defend kata tak. Sakit belakang tu bukan sebab epidural tapi sebab bende lain macam jaga nak. Eleh, dia kan anaes, mesti lah biased sket.. hehehe.. mummy buat spekulasi.

Dalam kelas mummy hari tu ada seorang tu yang dah pergi sesi kedua tapi tak pegi lain sesi pertama, jadi untuk tallykan ngan dia, kami buat dulu sesi breastfeeding pada hari tersebut. Sesi ni fun sebab ada dummy baby. Ada juga dummy breast. Pua Faridah ajar cara/ posisi yang betul menyusukan bayi. Lucunye, dia macam dah jadi duta Spectra dan baby kiko untuk product breastpump dan botol susu. Tapi seriously sesi ni mmg menarik. banyak info baru yang selama ini orang melayu buat tapi sebenarnya bukan betul pun. Contohnya posisi baby masa nak Burpp kan ngan masa nak bagi breastfeed. Mummy ngan Papa Irfan tak sabar nak pergi Jusco lepas tu untuk beli botol Baby Kiko tu bebanyak untuk simpan susu nanti. Erm, Pn. Faridah pun ada cakap yang the best type of fridge untuk simpan susu ni adalah 2-doors fridge. Hehe, lagilah ada alasan kukuh nak mintak kat Papa Irfan fridge baru. huhuhu. Naseb abik, Papa Irfan yang cakap dulu ….takdelah nampak sangat Mummy yang nak..huahuahua…

Last sekali dia tunjukkan makanan yang baik untuk membanyakkan susu badan nih. Antaranya, daun kuchai, lobak putih, jantung pisang, dan ulam pegaga. selain tu kalau orang cina plak, elok makan red dates dan untuk orang india, makan Halba.

Next week punye session lagi menarik kot sebab dia nak ajar cara senaman yang betul untuk ibu mengandung, cara mandikan bayi dan diet semasa berpantang.

Nanti Mummy update lagi pasal ni ye. Apapepun, kepada sesiapa yang ngah mengandung tu, sebaik-baiknye daftarlah untuk mana-mana kelas antenatal. Mummy rasa ianya bagus untuk prepare mental kita untuk proses kelahiran dan menyambut bayi nanti. Kalau nak  tahu lebih lanjut bolehlah layari laman web ni ye : www.kpjselangor.kpjhealth.com.my

Nak booked tarikh boleh call no ni: 03- 5543 1111 minta sambungkan ke Education unit. Jangan risau sebab mereka akan layan dengan baik.

Posted in Asam Garam Kehidupan

Bukan Pilihanku…

Harini mummy nak tulis perihal nasib. Bila mummy berjumpa dengan ramai orang, mummy belajar banyak perkara. Mummy bukan jenis yang suka buat kawan baru. Sangat berbeza dengan Papa Irfan.Disebabkan Papa irfan rajin buat kawan baru yang terdiri dari pelbagai latar belakang, maka dari situlah mummy belajar banyak perkara.

Ada kawan Papa Irfan tergolong dalam kategori orang berada, ada yang begitu dhoif dan ada yang sombong, ada juga yang sangat merendah diri. Orang Malaysia sangat beruntung kerana lahir di bumi bertuah ini. Pernah tak sahabat sekalian cuba berborak dengan abang2 bangla atau indon yang jadi pelayan kat restoran/kopitiam tu? Papa irfan pernah berborak dengan abang bangla di Restoran Kayu Nasi Kandar seksyen 7, shah Alam. Cuba bayangkan, mereka ni bekerja sebulan hanya diberi cuti sehari sahaja, kerja 12 jam setiap hari, tinggal di rumah 3 bilik berhimpit sehingga 15 orang serumah untuk gaji RM700 shj. itupun kene tolak lagi RM200 untuk bayar levi. dalam keadaan mereka yang terdesak untuk mencari rezeki untuk di hantar kepada keluarga mereka di kampung, tauke di sini pula mengaut untung yang banyak. Bak kata pepatah melayu, “Seperti menangguk di air keruh”

Persoalannya, adakah mereka meminta untuk dilahirkan di Bangladesh/ Indonesia/Pakistan dalam keadaan miskin? Kadang-kadang Mummy sedih sangat bila fikirkan keadaan mereka dan melihat betapa ada segelintir orang kita yang suka mencemuh dan menghina pekerja2 ni. Cuba bayangkan kalau kita yang berada di tempat mereka? Setiap kita dilahirkan dalam keadaan kita sekarang ini sebagai pelengkap antara satu sama lain. Bukan hak kita untuk menghakimi kehidupan orang lain. Apa yang penting, kita perlu sentiasa ingat bahawa dalam setiap rezeki yang di beri oleh Allah kepada kita, ada hak orang lain di dalamnya.

Kita beruntung kerana kita hidup di Malaysia, sesusah mana pun kita masih banyak saluran bantuan yang boleh dirujuki. Tapi bantuan-bantuan ini tidak terdapat di negara lain. Sehinggakan begitu sukar untuk belajar kerana ketiadaan wang untuk menampung yuran pengajian. natijahnya, sumbangan ikhlas dari orang lain di pohon. Namun, Malaysia bukan seperti Syria ataupun Jordan di mana pelajar amat di bantu. Pelajar malaysia di Syria atau Jordan tidak akan kebuluran kerana ada sahaja dermawan tak kira dari golongan kaya atau miskin yang akan menghulurkan bantuan samada dari segi wang ringgit ataupun makanan.

Mummy terfikir, kenapa fenomena tu takde di Malaysia ye? Kenapa tiada budaya menolong pelajar? Especially pelajar miskin yang datang dari luar negara. Padahal orang Malaysia ni boleh dikatakan mewah. Tak pernah lapar, tidur beralas, berbumbung. baju sentiasa bertukar. tapi bila derma di minta dalam RM10 pun masing-masing berkira.

Kalaulah setiap manusia tau dan yakin denganhikmah dan berkat bersedekah kepada orang yang menuntut ilmu, pasti berlumba-lumba orang besedekah ke arah itu.

Mummy berharap hari itu akan tiba. Mummy akan latih En. Irfan untuk menjadi seorang yang suka bersedekah tanpa prejudis.

Posted in Financial Jurnal

Pelaburan Emas

Hari rabu lepas, papa irfan telah menambahkan folio pelaburannya iaitu dalam emas. Sebenarnya dh lama kami berbincang mengenai emas ni. Mummy pun dh lama baca mengenai dinaar emas dan kepentingannya.

Saranan Tun Dr. Mahathir supaya negara2 islam menggunakan matawang dinar seperti zaman nabi dahulu sebenarnya amat bagus tetapi tidak begitu mendapat sambutan dikalangan negara islam sendiri. Jika semua negara OIC menggunakan matawang Dinar, umat Islam mungkin boleh mengalahkan Kesatuan Eropah dari segi ekonomi. Tapi seperti biasa Pak-Pak Arab yang sangat terikat dengan USA tidak mahu memberikan komitmen dan ini secara langsung menyebabkan cadangan yang begitu baik ini tidak dapat dilaksanakan.

Berbalik kepada investment Papa Irfan ni. Bila masa yang terbaik untuk beli emas? Ramai orang cakap harga emas akan naik masa Tahun Baru Cina.. tapi kan kalau kita tengok dan ikuti trend harga tahun ni, harga emas adalah pada kadar terendah minggu ini. Bulan Disember 2010, harga emas adalah agak tinggi iaitu dalam RM 150/gram, tapi minggu leaps harganya turun kepada RM137/gram.. Memang rugilah kalau tak beli time ni.

Pada pendapat Mummy lah, yang paling penting kene rajin monitor harga emas ni dari masa ke semasa. Lock harga pada nilai yang kita mampu beli. Bila kita dah set, contohnya, setiap kali harga emas dalam lingkungan RM 140 kebawah, aku akan beli emas, so kita akan ada target dan tahu bila masa terbaik untuk kita beli.

Namun sayang, tak ramai orang melayu kita ni yang invest dalam emas. Kebanyakan lebih suka invest dalam ASB, unit trust dan sebagainya. Memang tak salah, tapi dalam banyak2 investmentlah, yang pernah disebut oleh Nabi adalah EMAS & Perak. Terpulanglah pada setiap individu bagaimana nak mengatur kewangan masing2.

As for mummy, mummy nak langsaikan segala hutang-piutang mummy dulu then lepas ni, akan tambah investment. Biar hidup sederhana sekarang untuk keselesaaan masa depan.

Posted in Preggy Jurnal

Backpain…

Position to do stretchingAnother common problem faced by pregnant mum is back pain. I believe it’s a common scene to see a pregnant women to rub her belly and hold her back at the same time. Back pain and pregnancy just seem to go together!

So, what can we do to alleviate it?

Here are some tips:

1. Practice good posture : Stand up straight and tall, Keep your shoulder back and relaxed, choose a chair that support your back or place a small pillow at your low back.

2. Get A Right Gear: Low-heeled shoes with good arc support, maternity pant with low and supporting waistband.

3. Lift Properly : When lifting small object, squat down and lift with your leg. Better to ask for help. Well, that;s the advantage of being pregnant!!

4. Sleep On Your Side:  Sleep on your side, not your back. Keep one or both knees bent. It might also help to place one pillow between your knees and another under your abdomen, or use a full-length body pillow.

5. Try heat, cold or Massage : Use a heating pad to apply heat to your back, or alternate ice packs with heat. Rubbing your back also might help. Better yet, ask someone to rub your back for you or schedule a professional prenatal massage.

6. Include Physical Activity in Your Daily Life: Do simple exercise such as swimming or brisk walking. It’s good to relieve the back pain. Or You might also stretch your lower back. Rest on your hands and knees with your head in line with your back. Pull in your stomach, rounding your back slightly. Hold for several seconds, then relax your stomach and back — keeping your back as flat as possible. Gradually work up to 10 repetitions.

7. Complementary Therapy: Go for acupuncture or chiropractic. But remember to consult your health care provider first to ruled out any underlying cause of your backpain..

So, Mums…Hope you’ll find this helpful.. As for one thing that really help me to sooth the backpain is exercise. I do walking in the park 3 times a week and sleep on my side. It’s really help. Why don’t you try.. it’s not only good to relief the pain, but you’ll get to relax by meeting and chatting with other people..

~In Allah’s Will~

Posted in Muhasabah Diri

Istighfarlah….

Hadis Kudsi:

“Daripada Abu Said Al-Khudri r.a, katanya:

” Aku mendengar Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

‘Iblis berkata kepada Tuhannya: ” Demi keperkasaan-Mu dan Keagungan-Mu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih di jasad mereka.’

Allah menjawab : ‘ Demi Keperkasaan-Ku dan Keagungan-Ku, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepada-Ku'”

Masya-Allah, Maha Penyayang… Allah telah berjanji akan memberi ampun selagi kita meminta mapun kepada-Nya, tetapi berapa banyak kali kita memohon ampun pada-Nya? Setimpal kah permohonan maaf dan rayuan ampunan kita kepada-Nya berbanding dosa-dosa dan kesalahan yang kita perbuat? Samada dalam sedar ataupun tidak. Sedangkan Nabi yang maksum itupun bertaubat/beristighfar 70 kali setiap hari.. tapi kita?

Aku mengingatkan diri ku sendiri, mengapa aku begitu sombong terhadap Penciptaku.. Bongkak dan terus-terusan melakukan dosa dlam kehidupan eharian namun begitu liat untuk memohon maaf. Padahal, lafaz maaf tidak memerlukan modal walau sesen pon melainkan hanya masa dan sedikit tumpuan. Apalah sangat masa 5 minit berbanding 24 jam yang diberikan/dipinjamkan oleh Allah kepada kita setiap hari.

Bila ku renungkan kembali, sungguh sedikit sekali aku bersyukur atas nikmat Allah dan Pengasihnya Allah keranamasih menghulurkan nikmat kepadaku walaupun amat sedikit sekali aku mengingatinya…

Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa2 ku, Dosa suami ku, Dosa kedua ibubapa kami dan dosa guru2 kami. Ampunkan juga dosa adik beradik kami dan rakan-rakan rapat kami serta seluruh kaum muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah kembali kepada mu….

Sesungguhnya kami tergolong dalam orang2 yang menzalimi diri kami sendiri. Ampunkanlah kami atas dosa yang telah kami perbuat samada dalam keadaan sedar ataupun tidak.

Hanya kepadamu kami memanjatkan syukur atas kurniaan rezki yang melimpah ruah dan atas belas ihsan mu dapat kami hidup di muka bumi ini dlam keadaan sihat sejahtera.

Janagnlah kau palingkan hati2 kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami.. Hanya kepada-Mu lah kami bertwakkal dan Engkaulah sebaik-baik penolong kami…

Amiiinnnn.

 

Posted in Preggy Jurnal

My pregnancy experience: Constipation

Pregnancy is a unique experience for every mum. I do agree with this statement. I am so lucky to have an easy pregnancy. Why am i saying that? I don’t experience any morning sickness since i learnt that i’m pregnant. Most people will considered me lucky.

Most preggy mum will have their worst phase of morning sickness during their first trimester and reside after they entered he second trimester. Not little cases where preggy mum had worst phase on second or third trimester. It’s all depend on mum’s hormone.

As for me, my main problem is not nausea or vomiting ( which i thanks God so much!!), but constipation!! it’s really killing me. At first , it was the side effect of the blood-making meds (Iron, ferrous fumarate, Vit B Co).  I ask my doc to change the meds to Obimin. However, the problem still persist. As a pharmacist, i should know better that it can be countered by taking more water and vegetable but instead i contered it by stop taking the Obimin.. but, i cant be so selfish either. When i think about it, the meds is not only meant for me, but rather for the baby development. Worsen by family history of anemia, i know that the med is crucial to have healthy baby.

So, i start taking the Obimin back but instead of every day dose, i adjust it to every other day.. Hehehe.. i think no harm lah.. i’ll counter it with iron-riched food.

Now, at 25th week of pregnancy my constipation still persist but not as worse as before.  There are many ways to alleviate this problem naturally. Some people will go straight to pharmacological solution but not for me. I prefer to do it naturally.

Some beneficial and no cost method are :

  • Excercise.. many pregnant women thought that they should stop doing exercise. But it’s totally wrong. I dont mean an aggresive type of exercise, but please go for brisk-walk or just strolling along the beach. I’ve read somewhere that an active preggy mum will tend to get genius baby!! Isn’t that great? So, mums.. let’s get your lazy ass to the lake or park near your house. It’s not only good for health, but also for your relationship as you can spent a quality time with your husband…….
  • Drink a lot of water.. when i said A LOT, i’m not kidding.. I drank more that 5 Liters of plain water just to make sure i have enough liquid to moisten the stool… hahahaha… funny huh.. but of course this practice will make you visit the toilet more often. Owh ca’mon, take it positively.. It’s another way to exercise, right!!!

There some more i would to share.. but i think i’ll stop for now. as my husband already crawling beside me and give signal that he need the light to go off..

So good nite.. i’ll do some update later on…..take good care and have a sweetest dream…

Posted in Uncategorized

A new chapter

2011..

This is just another year for others but not for me.. It is a very special year as i am expecting a baby boy in May.. Already has a name for him.. Everyday is a great experience for me and my husband.

I learnt that it is a very good practice to write a journal during your pregnancy. It will help in modulating and stabilizing your emotion. So, i think, why not give it a try..

So, i think as t is on January, it’s not too late to start a blog. I am still thinking of what to write and a theme for my blog. But i guess i’ll just write whatever issue that pops out of my head..

I hope it wont turned out to be a crappy blog.. hopefully it can provides as many knowledge to share with others.

I hope one day, when irfan already able to read, he’ll be proud with what his mum did/wrote…

To my dearie Irfan…. I dedicate this blog for you…