3 Cara Luarbiasa Menjamin Masa Depan Anak Anda (jika ditakdirkan anda mati awal)- Part 1

baby

Satu soalan yang paling biasa bermain di fikiran setiap ibu bapa adalah: “Bagaimana saya dapat terus memberi makanan dan perlindungan kepada anak2 saya bila saya meninggal?”

Antara hal yang paling dirisaukan oleh kita sebagai ibubapa adalah tentang masa depan anak2 jika ditakdirkan kita mati awal.

Ramai yang hidup dalam keluarga yang mana hanya seorang yang merupakan breadwinner atau mempunyai punca pendapatan. Dan masih ramai yang bergantung hidup dari satu slip gaji ke slip gaji seterusnya. Sedikit sahaja simpanan dapat dibaut dan mempunyai hubungan sosial yang terhad untuk bergantung harap.

Persoalannya, bagaimana kita dapat menjamin masa depan keluarga kita ketika mengalami bencana? How is that even possible bila bencana yang mendatang juga tidak kita ketahui bentuk dan masa datangnya?

Dilema ini sebenarnya bersifat universal dan telah ditanya sejak dari dulu lagi. Ayat Al Quran dalam Surah Al A’raf; 188, Allah menyuruh Nabi berkata “Aku tidak kuasa mendatangkan manfaat maupun menolak mudarat bagi diriku kecuali yang dikehendaki Allah. SEKIRANYA AKU MENGETAHUI YANG GHAIB,NESCAYA AKU AKAN BERBUAT KEBAJIKAN SEBANYAK-BANYAKNYA DAN TIDAK AKAN DITIMPA BENCANA. Aku hanyalah pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.

Ini bermaksud, sedangkan Nabi Muhamamd juga tidak dapat mengetahui tentang masa hadapan, tetapi Nabi Muhammad telah meninggalkan kepada kita model untuk diikuti dan best practices untuk diimplementasikan yang insya Allah dapat menjamin masa depan anak2 kita di kehidupan ini serta kehidupan seterusnya.

  1. Jaminlah masa depan anak anda – Spiritually

Dalam kisah Nabi Musa a.s dan Nabi khidir a.s (QS al Kahf 18:60-82), kedua mereka melintasi satu perkampungan dimana penduduknya bersikap kasar terhadap kedua nabi tersebut. Namun, Nabi Khidir a.s telah membaiki sebuah rumah yang dindingnya hampir runtuh. Hal itu menyebabkan Nabi Musa a.s bertanya sebab kepada perbuatan baik nabi Khidir a.s tersebut terhadap penduduk yang tidak layak diperbuat kebaikan kepadanya. Lalu dijawab oleh Nabi Khidir a.s,

“Dan adapun dinding rumah itu adalah milik dua anak yatim, yang dibawahnya tersimpan harta bagi mereka berdua, dan ayahnya adalah seorang yang SOLEH.Maka Tuhanmu mengkehendaki agar keduanya sampai dewasa dan keduanya mengeluarkan simpanannya itu sebagai rahmat dari tuhanmu. Apa yang kuperbuat bukan menurut kemahuan sendiri. Itulah keterangan perbuatan-perbuatan yang engkau tidak sabar terhadapnya”

Kesimpulannya, Allah mengilhamkan nabi Khidir dan Musa a.s ke tempat yang mereka yang jangka untuk sampai, berbuat perkara yang mereka tak terfikir untuk lakukan, untuk memelihara harta dua orang anak yatim yang tidak mereka kenali, semata-mata kerana kemuliaan yang Allah letakkan keatas bapa mereka disebabkan keSOLEHANya.

SOLEH: Kunci Pemeliharaan Ilahi Terhadap Anak Anda

Dari kisah tersebut, dapat kita simpulkan bahawa kualiti yang ada pada bapa tadi sehingga masa depan anak2nya dijamin adalah keSOLEHan dan kesungguhanya kepada Allah swt.

Kadang kala, agak sukar untuk kita mengaitkan kerohanian dengan situasi real life, tetapi inilah yang diajarkan oleh Nabi Muhamad saw dan sahabat2Nya yang mulia telah amalkan dalam kehidupan seharian.

Allah swt berfirman dalam surah At Thalaq ayat 2&3 yang intipatinya bermaksud,

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak dijangka. Barangsiapa bertawakal kepadaNya, nescaya akan dicukupkan keperluannya…”

Apabila kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah samada di depan orang ramai ataupun dalam keadaan tersembunyi, Allah pasti akan melindungi kita dan anak kita dengan cara yang tidak dapat kita terfikirkan.

Untuk sampai ke tahap ini, kita perlu sentiasa mempunyai kesedaran tentang keadaan rohani kita dan apa akibat dari perbuatan kita kepada kita dan keturunan kita.

Dalam kita memperkukuhkan aspek kerohanian, tidaklah bermaksud menidakkan kepentingan perlunya perancangan kewangan yang mencukupi untuk masa depan anak kita.

Bapa didalam kisah Nabi Musa a.s tadi digambarkan sebagai seorang yang soleh dan bertakwa, namun beliau bukanlah orang yang tidak mempunyai apa2 langsung. Kerana jika beliau tidak mempunyai apa, sudah tentu beliau tidak akan mempunyai rumah yang mana mempunyai dinding khas didalamnya yang berfungsi untuk menyembunyikan harta2nya. Ini menunjukkan, sepanjang waktu hidupnya, bapa tadi telah menjalani kehidupan yang terbaik sehingga dapat memenuhi keperluan material anak-anaknya.

Hehe.. Hadam dulu Part 1 ye.. Insya Allah nanti kita sambung lagi di PART 2. dimana kita akan bincangkan bagaimana kita dapat menjamin msa depan anak2 dari segi FINANCIALLY.

Advertisements

Betapa kuatkah keyakinan kita kepada ALLAH s.w.t?

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Pernahkah anda melalui fasa hidup dimana kita sering dibelenggu rasa risau, takut dan bimbang dalam semua hal? Biasanya, hal berkaitan rezeki,. Hal berkaitan kerja, hal mengenai masa depan anak2 bila kita mati nanti, hal hutang dan kebimbangan sekiranya apa yang kita usahakan tidak menjadi. Tak selesa kan rasa itu. Kadang sampai mengganggu masa tidur kita.

buntu

photocredit : darinholic.com

 

Kesemua perkara di atas sudah pasti merenggut ketenangan dari hidup kita sehingga kadang kala membuatkan kita tidak dapat melelapkan mata, betul tak? Kita mungkin dapat menyembunyi keresahan dan kebimbangan tersebut dari orang sekeliling kita, namun kita tak kan mampu menyembunyikan rasa tersebut dari diri kita sendiri apatah lagi dari Allah Ya Alim , Yang Maha Mengetahui.

insomnia

Photo credit: penntoday.upenn.edu

Setelah  Nabi Adam dan Hawa melanggar perintah Allah akibat terpedaya dengan hasutan syaitan sehingga dikeluarkan dari syurga, Allah memerintahkan Nabi Adam, Hawa dan syaitan  turun ke dunia. Sebelum turun dari syurga, syaitan telah berjanji akan menyesatkan keturunan Nabi Adam. Maka elemen takut, bimbang, risau dan sedih inilah yang dimainkan oleh syaitan ke dalam hati manusia untuk menyesatkan manusia. Namun, Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya. Allah Maha Mengetahui keperluan makhluk ciptaanNya.

 

Lalu Allah berfirman:

“Kami berfirman, “Turunlah kamu semua dari syurga!  Kemudian jika datang kepadamu petunjukKu, maka barang siapa mengikuti petunjukKu, nescaya tiada ketakutan dan dukacita ke atas mereka”.(Al Baqarah 2:38)”

 

Allah menurunkan sekali bersama manusia petunjukNya melalui utusan2nya iaitu nabi-nabi dan rasul-rasul sejak zaman Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad saw. Dan yang terkahir ditinggalkan Al Quran yang membenarkan serta merangkumi keseluruhan ajaran2 dari kitab2 yang telah diturunkan sebelumnya.  Inilah kompas yang Allah turunkan supaya kita tidak tersesat dalam hidup ini akibat tipudaya syaitan yang dilaknat oleh Allah itu dan menghalang kita dari dihumban ke dalam neraka bersama syaitan.

 

Firman Allah:

“Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.(Al Baqarah 2:2)”

 

Maksudnya di sini kompas hidup kita ialah Al Quran. Di dalamnya ada panduan untuk mengatasi rasa takut, bimbang, risau dan sedih dalam hidup ini. Apapun, kesemuanya bergantung kembali kepada betapa kuat keyakinan kita kepada setiap apa yang dikatakan oleh Allah didalam Al Quran.

 

Banyak masa kita berasa ragu dengan apa yang diajar didalam Al Quran kerana ianya bertentangan dengan logik akal dan juga menongkah sistem yang dibuat oleh manusia. Seringkali kita akan berasa hesitant untuk mengikuti apa yang diajar dan diperintahkan didalam Al Quran. Lagi teruk jika kita tak cuba langsung mengambil tahu apa yang cuba disampaikan oleh Al Quran.

jauh dari quran

Sesungguhnya, al Quran itu diturunkan sebagai petunjuk. Bukan sekadar dibaca tanpa difahami maksudnya. Jom kita belajar memahmi intipati Al Quran. Percayalah, bila kita cuba untuk betul2 belajar, Allah akan permudahkan. Kita jangan risau pada result dia. Sebab result atau hasilnya hanyalah dalam pengetahuan Allah dan ditentukan oleh Allah sahaja. Tugas kita hanyalah berusaha dulu.

 

Semoga kita dapat menjadi tenang dengan Al Quran sebagai kompas kita.

#seberatzarah

Perumpamaan Kusyuk dalam solat

Ada orang bertanya, apakah hukum solat yang tidak kusyuk?
solat-1
Seorang pendakwah/ilmuwan di Indonesia yang agak terkenal tetapi sedikit kontroversi iaitu Muhammad Quraish Shihab memberikan jawapan yang disertai dengan satu analogi yang sangat menarik dan mudah difahami.
quraish shihab
Jawapan beliau kepada persoalan di atas adalah “ Dari segi hukum, tidaklah terbatal solat jika tidak disertai dengan kusyuk. Tetapi maksud kusyuk bukanlah bermaksud langsung menghilangkan segala benda/urusan dunia dari fikiran”
Quraish Shihab memberikan satu analogi melakukan solat itu umpama mendapat undangan ke galeri lukisan untuk pameran lukisan2 agung dan terkenal.
arts1-3
  1. Ada orang yang apabila mendapat undangan, diatak berminat dan tak pergi sebab dia memang tak faham apa2 pasal lukisan so, dia rasa buang waktu dia.
  2. Ada orang dapat undangan, instead tak tahu apa2, dia pergi jugak sebab hormatkan orang yang mengundang. So mereka datang, masuk dan pusing di galeri tersebut, tanda tangan di guest book, dan pulang.
  3. Ada orang pula, dia ada pengetahuan pasal lukisan, maka dia pergi ke galeri tu dan seronok melihat setiap lukisan. Tapi mereka tak betul2 menghayati setiap lukisan dan melihat2 dengan sekali lalu sahaja kerana ada benda lain yang lebih menarik perhatian mereka.
  4. Ada orang bila dapat undangan, walaupun tak tahu apa2, tapi dia berminat nak belajar, lalu diapun memenuhi undangan dan cuba bersungguh2 menghayati keindahan lukisan tersebut. Secara kasar dia seronok tengok kecantikan lukisan tetapi dia tak faham maksud tersirat lukisan tersebut. Tapi yang secara kasar tu pun dah membuatkan dia seronok dan looking forward for another invitation.
  5. Bagi seorang pakar seni dan lukisan, mendapat undangan ke galeri lukisan begitu mengujakan dia. Dia datang dengan the best dress and paling awal sebab nak spent so much time to menghayati setiap lukisan dalam galeri itu. Dia ambil masa untuk menghayati dan terpaku di setiap lukisan. Bila keluar dari galeri, dia mengecapi kenikmatan dan keseronokan sebab dapat melihat lukisan yang begitu mengkagumkan dan meninggalkan kesan di pemikiran dan hati mereka.
Di sini, orang yang ke-5 itu dikatakan mempunyai tingkat kusyuk yang paling tinggi. Jadi lakukanlah solat mengikut tahap kita. Oleh kerana pemahaman kita berbeza2 maka tingkatan kusyuk kita juga berbeza. Bagi mendapatkan kusyuk yang lebih baik, seharusnya kita meningkatkan kefahaman kita tentang MENDIRIKAN SOLAT.
Quraish Shihab adalah antara ilmuwan yang mengkaji Al Quran di Indonesia. Ada menulis tafsirnya iaitu Tafsir Al-Misbah. Namun, ada beberpa pendapat dan tafsirannya yang menjai kontroversi dan tidak dipersetujui oleh ilmuwan dan ulama lain di indonesia. Salah satunya adalah berkaitan pandangan beliau terhadap isu tudung/hijab.
tafsir al misbah
Apapun, kupasan tafsir beliau adalah antara asbab kepada terbukanya hati untuk mempelajari Al Quran secara in-depth. Saya berdoa agar Allah membimbing dan membantu untuk sentiasa mencari ilmu yang benar dengan niat untuk mengenali Allah dan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah selalu.
#noteformyself

Beautiful order in the Last 10 Surahs of Al Quran – Malay translation

Tahukah anda adanya kaitan dari Surah Al Fil hingga Surah An Nas? Semua surah ni berkait dan mempunyai flow…

Since kita berada di 10 malam terakhir Ramadhan, saya rasa best juga kalau kita boleh tahu how these last ten surahs in Quran connected. (Post agak panjang, warning awal2)

Ok, bermula dengan doa Nabi Ibrahim dalam Surah Al Baqarah:126, baginda meminta agar bumi mekah menjadi negeri yang aman (asking protection) dan berilah rezeki berupa buah buahan kepada penduduknya (indicating prosperity). Dua perkara ini, Allah makbulkan dan buktinya ada dalam surah Al Fil dan Surah Quraisy.

Surah Al Fil menceritakan bagaimana tentera bergajah hendak menghancurkan Mekah tapi Allah protect dan serangan tidak berjaya. Ini sangat berkait dengan doa pertama Nabi Ibrahim kan?

tentera abrahah

Kemudian Allah menceritakan bagaimana orang Quraisy iaitu penduduk Mekah yang telah diberi kelebihan dan dihormati oleh seluruh bangsa arab ketika itu. Deskripsi mereka ini Allah narrate dalam Surah Quraisy.

Tiada satu bangsa berani kacau mereka ni. Mereka bebas berdagang pada bila2 masa dan dimana2 tanpa risau akan dirompak. Kenapa ye mereka ni dihormati? Ada dua sebab,

1. Setiap bangsa/kabilah arab mempunyai satu jenis berhala yang mewakili bangsa mereka. Dan semua berhala ni ada di Mekah dan dijaga oleh kaum Quraisy. So, kaum lain risau, kalau dorang buat pape kat orang Quraisy, takut orang Quraisy buang pulak berhala dorang dari Mekah. Nanti akan jadi terhinalah dan x dapat mereka melakukan haji ke mekah. Berhala Utama

patung berhala

2. Sejak peristiwa serangan tentera bergajah tak berjaya, Kaum Quraisy digelar The Untouchable. Ye lah, tentera paling kuat pun xboleh mengalahkan dorang waktu tu wei dan mereka ni dipelihara Allah. Up sikitlah kasta mereka.

Pada ketika tu, orang arab dah makin terpesong dari millat Nabi Ibrahim. Mereka tidak lagi menyembah Allah tetapi memuja berhala. Mereka melakukan haji dan korban tetapi bukan seperti yang disyariatkan kepada Nabi Ibrahim.

Lalu, Allah turunkan Surah Al Maun.

Dalam surah ni Allah panggil dan describe sifat2 orang Quraisy yang sangat bertentangan dengan Nabi Ibrahim. Mereka dipanggil pendusta agama. Walaupun mereka tinggal di Mekah tapi mereka tidak langsung mengikut legasi Nabi Ibrahim dari segi layanan kepada anak yatim, orang miskin dan sikap mereka yang riyak, yang kedekut dan tidak mahu berzakat. Allah kata “No, these people is not worthy untuk mewarisi agama Nabi Ibrahim”.

So, what happen next? Allah appoint seseorang yang layak dan mengikut millat Nabi Ibrahim. Seseorang yang bersolat (menyembah Allah dan menyembelih binatang korban hanya kerana Allah). Masa ni Nabi baru diangkat jadi Nabi dan pengikut semakin ramai. Tapi nabi pun banyak penentang dari kalangan orang kafir quraisy. Maka dalam surah At Kautsar ni, Allah tegaskan bahawa Nabi Muhammad adalah orang yang layak untuk mewarisi legasi Nabi Ibrahim dan Allah cakap, orang Quraisy yang x ikut Nabi terputus dari rahmat Allah. Orang2 ni bukan dah dari kalangan nabi walaupun mereka satu bangsa.

Hence turun
surah Al Kafirun. Allah terus panggil orang2 yang xikut nabi dalam surah At Kautsar dengan panggilan “Orang2 Kafir!”. Pada kebiasaan orang2 arab dulu2, bila ada puak cakap ” ko bukan dari kalangan kami,so ko buatlah apa ko nak buat” means jugak orang tu dah dianggap musuh! So, dalam erti kata lain, surah Al kafirun ni macam declaration of war lah antara orang kafir dan orang islam. Bukan maksud perang lawan pedang tu. Tapi perang ideologi. Samada agama nenek moyang atau agama baru islam yang akan menguasai Mekah later. Bila kita kata perang mesti ada pihak yang menang kan? So, siapa rasa2nya akan menang?

Sejarah Perang Badar Lengkap

Allah bagi jawapan dalam Surah An Nashr. Surah ni merupakan janji Allah yang Islam akan menang. Tapi bukan terus menang. Ianya akan ambil masa tapi pasti akan menang dan pada ketika tu, berbondong2 manusia akan memeluk agama islam. But wait…. masa tu macam tak nampak jalan, macam mana Islam nak menang? Padahal orang kafir lebih kuat dan orang islam banyak yang tertindas. Macam mustahil hokay. So, untuk menguatkan janji dan keyakinan bahawa kemenangan itu pasti, Allah bagi sikit sign/petanda.

Pada awal islam berkembang, antara musuh islam yang paling teruk adalah Abu Lahab dan isterinya. So, Allah turunkan surah Al Masad untuk bgtau bahawa jalan menuju kemengan semakin mudah sebab Allah dah bereskan Abu lahab. Sebab bila Abu Lahab dengar pasal surah ni, hati dia menjadi gentar dan kurang sikit perbuatan2 jahat dia. So, Insya Allah jalan menuju kemenangan telah Allah mudahkan dan umat islam semakin yakin.

Tapi kan, uols perasan tak, bila kita dah lama berperang, kadang2 kita terlupa apa objektif utama kita berperang. Kadang2, bila kita dah menang war tu, kita mula menyimpang dari tujuan utama kenapa kita nk menang. Betul tak? Contoh lah, pada asalnya anak cucu nabi Ismail yang di tanah arab semua bagus ikut arahan untuk solat semua. Tapi bila semakin lama dorang dah mula kembali syirik dan menyimpang dari kebenaran. Sebab tu Allah bagi reminder melalui Surah Al Ikhlas.

Surah Al Ikhlas adalah sebagai reminder kepada semua bahawa hanya Allah je yang layak disembah, hanya Allah tempat bergantung. Allah suruh kita pasakkan keimanan yang kukuh dalam hati.

Next, bila dah ada iman dalam hati, ianya perlu dipelihara dengan bersungguh2 sebab akan ada banyak cubaan dan gangguan untuk merosakkan iman tersebut.

Maka Allah bagi Surah Al Falaq dan Surah An Nas. Both Surah adalah sebagai cara meminta pertolongan Allah dari ancaman yang boleh merosakkan iman dari unsur luaran dan dari dalam diri sendiri…

Kat dalam kedua surah ni, Allah bagitau kita apa ancaman luaran yang perlu kita perhatikan seperti syirik, sihir dan perbuatan orang yang dengki terhadap kita. Ini adalah ancaman luaran (surah Al Falaq) Tapi Allah juga remind dan menegaskan bahawa, ancaman yang paling utama adalah bisikkan was was dan idea kejahatan oleh syaitan ke dalam dada kita melalui jin ataupun manusia (hawa nafsu). Yang ini lebih bahaya, sebab tu sampai 3 kali kita describe Allah masa nak minta perlindungan..

Fuhh.. Amacam? Lenguh ibu jari den menaip. Menarikkan perkaitan 10 surah terakhir ni.

Selama ni kita baca setiap surah dalam Alquran as independent surah dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. Tapi kan inilah antara kehebatan Al Quran, in how Allah menyusunnya. Sangat sistematik dan simetri. Between the surah as well as within the surah. Itulah antara mukjizat Al Quran. Yang sangat mengkagumkan ramai bijak pandai arab ketika itu. Mereka pun mengakui hal ni, tapi tetap tidak mahu beriman sebab ego.

Btw, berikut adalah turutan 10 surah terakhir Al Quran

Al Fil (105)
Al Quraisy (106)
Al Maun (107)
At Kautsar (108)
Al Kafirun (109)
An Nashr (110)
Al Masad (111)
Al ikhlas (112)
Al Falaq (113)
Al Nas (114)

Penulisan ini adalah hasil mendengar kuliah Ustaz Nohman Ali. One of my feveret ustaz in tafsir. Lecture dia utk tajuk ni lebih kurang satu jam. In English. So, saya cuba translate and tulis semula supaya siapa yang tiada masa dengar ceramah dan kurang faham bahasa inggeris boleh juga mendapat manfaat dari penulisan ini kan. Dari tulis hal politik better den tulis benda camni. Ado gak manfaat orang yang membacanya.

Siapa nak dengar kupasan ustaz NAK yang lebih comprehensive mengenai tajuk ni, boleh guna link
https://youtu.be/k9VjnoPYiD8

Oklah, sampai sini saje perkongsian untuk pagi ni. Dah nak akhir Ramadhan ni, jom ligan. Sebarkan ilmu pun kira ibadah yang baik kan.. Esok jika diberi keizinan kita tulis lagi ye… Lepas ni kalau solat, and baca surah2 lazim ni bacalah sambil benar2 memahami maksud dan hikmahnya, barulah solat lebih manis dan bermakna kan…

Jom gandakan ibadah…Selamat berpuasa!

#journeytounderstandQuran
#notetomyself
#mayAllahease