Posted in Uncategorized

Another milestone: Pembekal barangan perubatan kepada penerima Zakat Selangor

Bermula bulan Mac yang lepas, Farmasi Ideal tanpa diduga dan dijangka telah menerima tawaran untuk membekalkan alatan perubatan kepada penerima bantuan zakat Selangor. Semuanya bermula apabila seorang pelanggan bertanya samada Farmasi Ideal boleh menjadi pembekal untuknya. Kami pada ketika itu, tidak tahu menahu mengenai perkara ini, tapi demi tidak mengecewakan pelanggan tersebut kerana kebetulan kamilah satu-satunya Farmasi Melayu yang terdekat dekat kawasan rumah beliau, Kami pun mengambil inisiatif untuk pergi ke PUsat Zakat Selangor dan bertanyakan mengenai perkara tersebut.

Rupanya bukan susah untuk jadi panel zakat. Asalkan ada penerima zakat yang datang untuk meminta kita jadi pembekal, dan kita mempunyai kapasiti untuk membekal, Pusat Zakat tidak mempunyai sebarang masalah untuk meluluskan permohonan.

Prosesnya cukup mudah,

1. Pemohon bantuan akan datang dan berbincang dengan kami mengenai barangan yang diperlukan, sebagai contoh lampin dewasa, susu tepung diabetik, kerusi roda atau apa saja berkaitan dengan perubatannya.

2. Pihak farmasi akan mengeluarkan quotation harga untuk pemohon tersebut serahkan kepada Pusat Zakat bersama dokumen2 lain yang perlu disediakan oleh pemohon tersebut.

3. Pusat zakat akan menjalankan evaluasi ke atas pemohon dan membawa masuk permohonan ke dalam meeting bulanan samada untuk meluluskan kesemua permohonan ataupun sebahagian.

4. Surat kelulusan bantuan perubatan akan dikeluarkan kepada pemohon dan disalinkan kepada kedai farmasi yang mengeluarkan sebutharga@quotation tadi.

5. Pemohon boleh mula datang untuk mengambil barangan seperti yang telah dipersetujui dalam surat kelulusan dan menandatangani Delivery Order bagi membuktikan beliau telah menerima barangan untuk bulan tersebut.

6. Pihak Farmasi perlu mengemukakan surat tuntutan bayaran kepada Pusat Zakat Selangor bersama DO yang telah ditandatangani, Salinan Invois dan salinan surat kelulusan .

7. Pihak Farmasi akan menerima bayaran dalam bentuk cheque yang akan di pos ke alamat farmasi dalam tempoh masa paling lama 30 hari dari tarikh surat tuntutan bayaran dikemukakan.

Alhamdulillah, setakat ini Farmasi Ideal telah memberikan khidmat kepada 5 orang pemohon yang mengambil barangan mereka setiap bulan di sini. Kami sangat seronok dengan perkembangan ini, kerana bagi kami, bukan sahaja ianya merupakan satu jenis income yang confirmed, tetapi hasrat utama kami untuk membantu penduduk Kampung Jawa dimakbulkan Allah dengan jalan ini.

Memang rezeki Allah itu datang dari jalan yang tak disangka-sangka… kami tidak pernah terfikir untuk menjadi salah satu dari pembekal pusat zakat, tapi perancangan Allah itu lebih ¬†baik kan.. Kami bersyukur sangat2. Walaupun kalau diikutkan kami baru sangat2 membuka kedai ini, tapi Alhamdulillah, nampaknya Allah permudahkan jalan.

Kami amat yakin yang jika kita teguh dengan pendirian untuk menjauhi yang syubhah, Allah pasti bukakan jalan..

Advertisements
Posted in My Drug Stor

Cosway Pharmacy: An Update

Salam alaik..

Dah lama tak hapdet blog ni.. Maklumlah dah agak busy with my new grown business nih.. Orang cakap the first two years of business memang kena struggle kan and really a crucial time untuk menentukan jatuh bangunnya business you dikemudian hari.

Again, after 8 months running Farmasi Ideal, datang lagi offer dari my friend to join his group of Cosway Pharmacy. This time under¬† a very strong leader, Serina Chef Wan.. Jangan main-main, retis tau!! Group dia dari segi networking memang power, no doubt about it. Banyak artis join bawah dia, antaranya Saiful Apex, louisa chong(betul ke nama dia nih?), Heliza, erm ramailah…. yang bukan artis pon ramai juga. So, to cut the story short, me and my business partner @en.husband pun ikutlah our friend ni dengar presentation dari Serina di outlet farmasi dia yang baru beroperasi di The Strands, Kota Damansara. Quite impressive juga outlet dia. First, sebab location very strategik, and working hours dia pun mcm gila juga. 10pagi-2am! Her presentation was superb. both of us dropped jaw and tak blink langsung dengar from strat to end. Kekuatan dia memang sebab dia pandai cakap lah.

Bila balik dari presentation tu, memang semangat sangat nak join, sebab rasa the business model as compared to yang i buat sekarang ni, memang amat mudah and murah. However, kami tidaklah terburu-buru memberi harapan kepada our friend. I carik any aoutlet Farmasi Cosway sekitar Shah ALam and Alhamdulillah, in one outlet tu rupanya ex-officemate i.. Apa lagi mintak lah pandangan dia sejujurnya. Dia pon bagitaulah apa dia rasa, apa yang dia tak puas hati and the real scenarion of being a cosway pharmacist…Lepas dah dengar explanation dia, to my surprised, rupanya dia dah nak resign pun bulan ni. (If anyone nak tau details, of things yang bukan dia resign, boleh PM me at my emel. hendrawati83@gmail.com or we can chat).

So, Alhamdulillah, ianya telah membulatkan lagi rasa hati untuk tidak join this business, kami nekad meneruskan busines kecil kami dan mengembangkan nya menjadi sebuah legasi. Alhamdulillah, baru-baru ni dikala ngah pening nak carik modal untuk buka cawangan, tiba-tib adengan izin Allah, datang seorang hamba Allah yang nak jadi investor.. Waaaahhhhhhh!!! Syukur sangat!! seronok tak terkata.. Biar susah tapi tak syubhah… memang Allah akan lorongkan jalan…

Oklah, that’s just an update about Farmasi Cosway yang saya nak share. Btw, if ada pharmacist yang nak join cosway farmasi, my advice is, gi tanya those pharmacist yang dah memang dah jadi cosway pharmacist. if possible tanya yang dah keje for more than a year. kalau tanya yang baru2 join, memang indah belaka. Tak pon, uolz, open uplah sendiri punye, memang susah dan perit tapi rewarding.. and banyak bantuan ada actually to support you.. Yang penting, Istikharah lah dulu sebelum buat keputusan.

p/s: I resign fromgovernment on Jun 2012, open up my pharmacy on September 2012, and never once regretted the decision that i’ve made….

Posted in My Drug Stor

Independent & Cosway Pharmacy: In dilemma..!

Since sign offer letter loan punb hari jumaat lepas, hati tiba2 rasa berbelah bagi..asyik search pasal cosway farmasi je. Pastu terbaca plak blog sorang pharmacist yg dh join n ada outlet cosway pharmacy sendiri. Dr cara dia tulis, mmg worth itlah kalau join cosway ni. Hati jadi berbelah bagi. Rasa nak je join cosway tu sebab teramat mudah caranya and modal pon tak ler tinggi mana dengan gaji yang confirmed everymonth..

But on the other hand plak, if ak join cosway, which dh terang-terangan subsidiary Berjaya group yang main activity adalah magnum, boleh ke dari segi syariah? Camne duit yang aku dapat tu? Pastu ada sistem network plak and aku bleh plak dapat income pasif dari orang2 bawah yang diassign secara automatic .. So camne ye? Mungkin aku perlu dptkan pandangan ustaz zaharuddin dulu before decide. Klau tak fikir halal haram, mmg sgt untung join cosway, tp kalau fikir kemaslahatan dan ekonomi islam, mcm tak patut plak join cosway. Tapi ye ke klau join cosway tak bantu ekonomi islam?
Buntu n betul2 perlukan istikharah!!!

Posted using Tinydesk Writer iPhone app