Posted in Uncategorized

Day 2- Kuching trip

Hari kedua yang mengujakan telah bermula.. Kul 6.30 dah terang benderang kat sini. Kul 9.30 kami keluar sarapan di matang jaya. Saje jalan-jalan. Nothing special pon di matang jaya ni.. Hajat di hati teringin nak makan di sugar bun, skali dia buka kul 10 pg plak.. Ek eleh!!!

Lepas makan kami terus menuju ke cultural village di Damai. Tapi bila sampai kami tak masuk pon sebab macam mahal sgt plak fees. rm60/head. Silap kami tak deal awal ngan kak hana( orang yang arrange keta sewa) klau tak dapat murah sket. Kalau pakai student card pon murah juga. So lami pon lepak2 lah di tepi pantai saje sambil menunggu sebijik lagi keta sewa sampai.. Tapi sampai kul 11.30 tak sampai2, kami pon ambik keputusan gi Muzium Kuching di DEwan Bandaraya Kuching Utara. Menarik gak muzium ni. All about cat ado. Masuk free, kamera je kn bayar. RM 4 untuk kamera dlsr n setaraf, rm3 untuk kamera hanset.

Kami lunch di restoran dayang di Satok. Tell u what, makanan dia mmg terbaik!!!!!!! Walaupun kedai dia mcam cabok je tapi dont jugde the stall by its facade!!! Hehehe

Lepas tu terus gerak ke Semenggok untuk tgk orang utan.. Kami sampai sebelum kul 3, just nice before feeding time.. Best seyyy tgk orang utan bebas.. Tapi u must be really quite, takut orang utan bad mood nnti dia serang korang plak!!! Dlm 1 jam lebih kat situ kami pon dah kepanasan dan kelerihan padahal kena walk around 200 metres je pon.. Tu pon sempoottttttt!! Nmpk no takde seminar.

Then kami balik berehat di rumah sebab petang hujan agak lebat. Dalam kul tujuh kami pin memulakan misi mencari ayam penyet yang sedap and yes, kami jumpa seelah masjid bandaran yang banyak kubur di bandar kuching. Mmg best ang terbaik ayam n sambal dia. Siap tambah tuuuu! Rugi klau tak cuba. Again, the restaurant is very descent… Tp orang tak putus2 datang! Pastu sempat lagi en iman layan chess ngan local uncle yang baru balik solat kt masjid..

Pastu jalan2 pusing2 area astana n pustaka tapi oleh sebab dah mlm maka tidak ler nmpk pape, jadi kami pon pulang ke rumah untuk tomorrow’s journey!!

Papepon harini mmg mengujakan!!!

Di muzium kuching... Haris sibuk giler tgk cat
Selamat hari gawai, replica umah depan DBKU
Pintu keluar dari orang utan reservation center, Semenggok
Ayam penyet terbaikkkkk!!
Teh c special yang tak bleh xde!

Posted using Tinydesk Writer iPhone app

Advertisements
Posted in Our Travelog

Day 1- kuching -sarikei trip 23-28/5/2012

23/5/2012
Bertolak dari shah alam jam 9.30pg-singgah dengkil mkn sampai jam 10.15am- sampai lcct jam 10.45am- check-in tapi got problem sebab lupa bawak surat beranak haris but settle by police report- boarding plane 11.05am
1.30 keluar airport- keta wish merah menyala sudah menunggu-bertolak ke homestay di jalan depo-rehat
4.30pm jalan ke barok, makan mee kolok, laksa sarawak and the most important thing, teh c peng special, terbaekkk!!!!!- naik sampai jalan di waterfront-6.45pm gi airport ambik ila n family- mlm mkn di satok-9.30 balik homestay…-finish day 1 in kuching.

Harga homestay di jalan depo tu RM230/day. 3 bilik tapi amat berbaloi2. Rumah lengkap fully aircond, rumah macam di deco oleh eric leong gitu..
Keta wish plak rm150/day, keta baru. Mmg puas hati sangat!!

Our homestay
Brook cafe & bistro at waterfront
Naik sampan, 50sen je tambang!
My dear haris sangat seronok main
Nak turun ke jeti sampan

Posted using Tinydesk Writer iPhone app

Posted in My Drug Stor

Independent & Cosway Pharmacy: In dilemma..!

Since sign offer letter loan punb hari jumaat lepas, hati tiba2 rasa berbelah bagi..asyik search pasal cosway farmasi je. Pastu terbaca plak blog sorang pharmacist yg dh join n ada outlet cosway pharmacy sendiri. Dr cara dia tulis, mmg worth itlah kalau join cosway ni. Hati jadi berbelah bagi. Rasa nak je join cosway tu sebab teramat mudah caranya and modal pon tak ler tinggi mana dengan gaji yang confirmed everymonth..

But on the other hand plak, if ak join cosway, which dh terang-terangan subsidiary Berjaya group yang main activity adalah magnum, boleh ke dari segi syariah? Camne duit yang aku dapat tu? Pastu ada sistem network plak and aku bleh plak dapat income pasif dari orang2 bawah yang diassign secara automatic .. So camne ye? Mungkin aku perlu dptkan pandangan ustaz zaharuddin dulu before decide. Klau tak fikir halal haram, mmg sgt untung join cosway, tp kalau fikir kemaslahatan dan ekonomi islam, mcm tak patut plak join cosway. Tapi ye ke klau join cosway tak bantu ekonomi islam?
Buntu n betul2 perlukan istikharah!!!

Posted using Tinydesk Writer iPhone app

Posted in My Drug Stor

Another milestone…

Hari ni kena hadiri sesi menandatangani surat tawaran dan perjanjian pinjaman di PUNB bersama Kanda Faris.

Poning otak den baca dokumen legal yang berkeping2 tu.

Rupanya pinjaman ni dalam bentuk tawarruq. Means, kami minta PUNB beli minyak sawit satu tan dengan harga RM 175k, pastu PUNB jual balik pada kami dengan harga RM 235K, and kami beli semula dengan bayaran tangguh.

Disbursement duit plak akan diberi selepas semua dokumen dah complete ditandatangan, bayaran pemprosesan borang RM 350 dah dibuat, resolusi pembukaan bank akaun maybank islamik dihantar, resolusi aqad tawwarruq, tenancy agreement, CF, borang takaful n few others yg lain.

Seb bek kedai kami pon blom dpt CF so xdelah nk duit tu cepat sgt..
Erm, mmg agak rumit proses punb tp tulah, bersusah payah lah dulu, inilah yang dinamakan perniagaan. Insya Allah, akan dibantu. Yang penting Yakin dengan jaji Allah. Siapa berusaha dia pasti dapat!!! Caiyok2!!!

Posted using Tinydesk Writer iPhone app

Posted in My Life Jurnal

This is good.. tersentuh hati bila membacanya..

Genta Rasa

SAYANG…BAHAGIAKAH KITA?

Sepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di belakang. Mereka melalui jalan berhadapan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum petang.

Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan suami isteri itu bertembung. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang berbasikal melalui hadapan vilanya.

Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi hati mereka sempat berbicara…

“Alangkah bahagianya mereka,” bicara hati suami yang sedang menunggang basikal. “Rumah besar, duduk bersantai pula dengan menikmati makanan yang enak-enak. Isterinya cantik, kereta besar…”

Apa pula bicara hati suami yang sedang duduk bersantai di halaman vilanya?

“Oh, romantik sungguh kedua-dua suami isteri itu. Isterinya memeluk erat di belakang. Alangkah bertuahnya mendapat seorang isteri yang disayangi. Tidak seperti aku, sekalipun mempunyai harta yang melimpah ruah tetapi aku tidak bahagia seperti mereka…” begitulah bisik hati si suami…

View original post 1,838 more words

Posted in My 2 Cents

Dengan izin Allah

Kita ni kan jenis orang yang macam mana ye? Jenis yang menunggu sesuatu berlaku or jenis yang menjadikan sesuatu itu berlaku?

A good muslim should be kind of person who makes thing happen @ proactive.. We should be our own scriptwriter. Dengan izin Allah, apa yang kita rancang dan tuliskan dalam skrip kehidupan kita akan menjadi kenyataan. Tapi kalau apa yang kita rancang tidak menjadi kenyataan, senyum dan yakinlah bahawa perancangan Allah itu lebih baik..

Janganlah kita menjadi orang yang hanya mengikut arus kehidupan tanpa adanya matlamat. Kita tak mahu satu hari apabila umur kita 50 tahun, kita bertanya pada diri sendiri, “apakah yang telah aku lakukan sepanjang 50 tahun aku hidup di bumi Allah ini?” dan kita tersedar yang kita telah mensia-siakan zaman muda yang kuat dengan tidak optimum.

Seharusnya kita memaksimumkan masa kita yang amat pendek ini untuk menjadi ladang kita menyemai benih2 pahala untuk akhirat. Lakukan segala perkara untuk mengimarahkan dunia dan berbagai lagi.

Alangkah rugi masa dihabiskan untuk menjadi orang biasa2 sahaja. Yang hanya bermanfaat untuk memenuhi keperluan fizikal diri dan keluarga kita sahaja.
Peringatan untuk diri sendiri….

” to live is the rarest thing in the world. Most of us exist, that is all” – Oscar Wilde

Posted using Tinydesk Writer iPhone app

Posted in My Life Jurnal

Reset the ‘Giant’ within us- Our subconscious mind


Terpanggil untuk mencoretkan pandangan selepas menonton vblog Prof Dr. Muhaya Muhamad sebentar tadi.

Mengimbau kembali perangai sendiri bila berhadapan dengan peristiwa negatif dalam kehidupan sehari-hari. Antara contoh yang mudah adalah penyebaran video kanak-kanak 10 bulan yang didera oleh ibu kandung sendiri baru-baru ini. Video negatif tersebut telah tersebar bagaikan virus H1N1 di FB dan tweeter serta telah menimbulkan pelbagai reaksi ari rakyat Malaysia.  Tidaklah niat di hati untuk mengulas mengenai video tersebut di sini, tapi perkara yang lebih penting adalah bagaimana seseorang individu bereaksi terhadap perkara negatif seperti ini.

Seperti kata Prof Muhaya, mereka yang negatif akan suka membaca perkara yang negatif. Kadang kala bukan kita sedar pun yang kita ni negatif. Tapi cuba sekali sekala kita duduk diam-diam, cipta satu ruang dalam minda kita dan kita perhatikan apa jenis rancangan Tv yang kita tengok, siaran radio dan lagu-lagu yang bagaimana yang kita dengar, kawan yang macam mana yang kita bercampur, blog yang bagaimana yang kita baca.  Cuba nilai sendiri, adakah kita mengarah kepada perkara positif atau negatif? Adakah tumpuan kita terhadap membaiki perkara fizikal atau dalaman?

Now, bila kita dah nilai diri kita, tiba masa untuk kita decide, what kind of person i want to be now. Masih tidak terlalu lambat untuk kita programkan kembali pemikiran kita. Betulkan kembali segala perkara yang telah diprogramkan dalam minda kita sejak kita dari kecil lagi. Kita perlu choose wisely apa yang kita nak dengar setiap hari, apa yang kita nak tengok dan baca setiap hari.

The best way to change adalah dengan menulis jurnal kehidupan. Beli buku prof Muhaya, Jurnal kehidupan dan coretkan perkara yang berlaku sepanjang hari dan reaksi kita terhadap peristiwa tersebut. Kalau tak setiap hari pun takpe kot, bila ada satu peristiwa yang signifikan, kita coretkan.

Bagus juga kalau kita dapat buat timeline kehidupan kita. Lagi best jika timeline tersebut dirancang bersama pasangan supaya kedua-duanya dapat menjalani kehidupan dan seiring mencapai matlamat yang ultimate.

Apapun, yang paling penting, kita perlu berusaha dan mempunyai azam untuk menjadi orang yang memilih bagaimana untuk melayari kehidupan dan menjadi pengemudinya, bukan menjadi pelayar yang kehilangan layar dan belayar tanpa persiapan dan membiarkan angin membawa kita ke destinasi yang tak pasti…

Banyak pengisian menarik oleh Prof Muhaya di http://www.assohwah.com.  Selamat membaca….

Posted using Tinydesk Writer iPhone app