Posted in Koleksi puisi

Puisi 1: Melayu Bangsaku

Melayu bangsa subsidi
Melayu bangsaku lebih suka makan gaji daripada bekerja sendiri
Pemimpin melayu bangsaku lebih suka dipuji daripada dimaki
sarjana melayu bangsaku lebih memuja tokoh barat daripada tokoh tempatan
pegawai melayu bangsaku lebih suka bermain golf daripada bermain gasing
wanita melayu bangsaku lebih suka mempamirkan diri di majlis rasmi
itulah dia melayu bangsaku
jangan puji diriku, kutuklah aku
Pujilah Allah bukannya manusia
Karya:
Mokhtar Taib
Taman Pujangga Jerteh
Posted in Positive thinking technique

MESTI POWER….

hehe.. tajuk yang di pilih kali ni agak catchy kan? Sebenarnya, mummy masih dalam mood positive sebab malam tadi mummy gi seminar Dr. Azizan Othman di Melaka.. ya, Melaka!! sebab apa gigih pergi sampai Melaka? sebab kami dah terlepas untuk pergi seminar yang sama di KL hari ahad yang lepas.

Mesti ramai tertanya-tanya, kenapa nak gi seminar mamat poyoz ni..hehe, senang je, TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Berapa ramai yang betul2 kenal Dr. Azizan ni. Mummy percaya ramai tak kenal pun dia, tapi ramai dah memandang negatif kat dia sebab iklan trademark dia RAHSIA TARIKH LAHIR tu kan? Ala yang letak jari kat dahi tu..

Actually hati kami terbuka untuk pergi dengar ceramah dia ni bila kawan kami, Sh. Nur Haya mengpromot beliau kepada kami. Lepas tengok transformasi pada diri Haya yang benar2 hebat, kami terus tak tunggu lama, terus carik tarikh seminar terdekat and sign up.. Tak mahal pun. sorang RM 45 je.. Berbanding ilmu yang kami dapat malam tadi, memang berbaloi2 bayar RM45 tu.

BTW, seminar malam tadi adalah mengenai MARKETING POWER.. it’s about how to boost your company’s sales.

Ramai yang tahu fakta ni, :

“JIka anda ada produk terbaik kat dunia sekalipun, tapi kalau takde siapa tahu mengenai produk anda, anda tetap tidak akan berjaya”

Tapi tak ramai yang tahu apakah strategy marketing yang terbaik dan paling sesuai untuk perniagaan mereka. Tapi apapepun, perkara pertama yang dibuat oleh Dr Azizan dalam seminar dia ni ialah, dia betulkan dulu mindset kita yang penuh dengan negativity ni. Akal dan otak kita memang dipenuhi dengan negativity tanpa kita sedar..Jadi malam tadi, kami di brainwashed supaya menjadi insan yang lebih positif.. Tapi seminar yang betul2 akan betulkan our sub-conscious mind bukan seminar yang ini.. seinar yang sebetulnya adalah seminar Kenali Potensi Diri. Dalam seminar ni lah, kita bleh tau potensi diri kita and kita di ajar teknik2 untuk sentiasa positif dan yakin.

Antara bende yang kami belajar malam tadi adalah : MESTI POWER..

Apa tu? hehe.. KAlau kita nak berubah dan berjaya dalam perniagaan kita perlu ikut formula MESTI POWER ni.

M: Mentor/ modelling.

Cara paling epat nak berjaya ialah kita perlu mempunyai mentor atau modelling. Gunakan prinsip tiru and improve..Contoh, kalau kita nak buka kedai kopi, cari kedai kopi apa yang paling kita suka konsepnya. Contoh: Coffebean/ Starbuck. Kita kaji sistem dia and tiru je konsep and ubah sikit2..kan senang. tak perlu nak mula dari scratch…

E: Elmu/ Emosi

Maksudnya, perniagaan kita perlu mempunyai emosi. contohnya, jika kita buka restoran, kita kena pastikan emosi pelanggan semasa berada di kedai kita sentiasa seronok. Supaya experience yang dia dapat semasa di kedai kita adalah yang akan memberi impression terbaik. Orang/manusia merupakan tool marketing terbaik. Jika dia berpuas hati, tak mustahil dia akan merekomen restoran anda kepada orang lain kan?

S: Sistem

Perniagaan yang baik perlu mempunyai sistem. Persolannya, perlukah kita membuat sistem sendiri? Kalau perniagaan kita memang jenis perniagaan yang tak pernah di buat orang, jawapannya ya. tapi kalau kita telah mempunyai mentor/modelling yang mmg sangat berjaya… buat apa susahkan diri.. Tiru and Improvised je lah!!

T: Tindakan

Inilah part yang paling penting yet paling orang takut nak buat. Bila kita telah membuat keputusan untuk memulakan perniagaan, ramai yang suka bertangguh. Kenapa? sebab ramai yang tak yakin dan takut. Ramai yang nak buat sikit2 or pelan2. Mengikut kata Dr. Azizan, “FAST ACTION, FAST RESULT”. Berubah perlu secara drastik, pantas dan ada momentum.. Ramai yang cuba berubah, tetapi tergeheh-geheh, sikit2.. memanglah tak kan dapat result..Untuk itu, KUASA TINDAKAN sangat penting.. if you have everything tapi tak bertindak.. ‘Kirim salammm”… kata Dr. Azizan.. You’ll go nowhere!

I: Impian

Setiap orang perlu mempunyai Impian..It doesn’t matter apa pun impian anda. tak realistik pun takpe. Beranilah untuk bermimpi. Ramai kita jumpa orang yang berkata begini ” ok pe tak kaya, aku cukup je makan pakai. aku suka tak kaya.. buat apa nak kaya”.. Kata Dr. Azizan, ini kata2 orang BANGANG!! Dia kata buat apa nak kaya? Bila kita kaya, lebih banyak amal dan lebih bermanfaat kita kepada orang lain dan alam ni. BUkankah memberi manfaat kepada orang lain tu sesuatu yang di tuntut. orang yang tak kaya sebenarnya selfish!

Dalam sesi ni, Dr. Azizan minta kita membayangkan hidup kita 5, 10 dan 20 tahun akan datang.. Dia suruh kita tanam dalam minda kita who we really wanna be. Kene implant dalam sub-conscious kita.. Kuasa imaginasi ni jangan di pandang rendah ye. Sebab Subconscious mind lebih power dari concsious mind..cuba kita tak tau camne nak manipulate our subconscious mind untuk jadi orang yang luar biasa.

Hehe.. letih plak nak tulis semua. ada masa nanti mummy sambung tulis pasal POWER plak ye.. Hari ni cukuplah dulu share pasal MESTI je.

Apa yang mummy tulis mungkin nampak general sebab mummy bukanlah Dr. Azizan. Tapi kalu u’all pergi kelas/seminar dia.. Insya Allah u’all pun akan jadi sangat excited dan positif seperti kami.

7-8 May ni ada seminar yang lebih hebat. tapi oleh sebab mummy akan dalam pantang masa tu, so Papa irfan sign up sorang je. NAk tau berapa harga seminar tu? RM 8,888 je.. tapi for those yang sign up malam tadi harga dia cuma RM998 je.Oklah tu. Tak salah melabur sket untuk dapatkan ilmu hebat dari mentor yang berjaya macam Dr. Azizan ni.

ERm.. u all nak cakap apa pun sukatilah.. YAng pastinye, Dr. AZizan memang hebat.

Posted in Positive thinking technique

Teknik Barat Mengawal Minda Separa Sedar

Terdapat 8 jenis teknik-teknik barat dalam pengawalan minda separa sedar yang telah dikenal pasti. Teknik-teknik tersebut ialah teknik Charles Baudoin, teknik terima kasih, teknik tidur, teknik alasan, teknik penetapan, teknik bioskop mental dan teknik menulis. 

Teknik Charles Baudoin
Charles Baudoin adalah profesor di Rousseau Institut Peranchis. Beliau adalah ahli psikoterapi yang cekap dan pengarah penelitian dari New Nancy School of Healing yang mencipta cara terbaik bagi memberi kesan kepada minda separa sedar melalui cara masuk semasa tidur. Sebagai contoh, anda menghadapi masalah hutang yang bertimbun-timbun. Sebelum melelapkan mata pada waktu malam, bacalah ayat ini berulang kali, “Selesai dengan memuaskan menurut kehendak Tuhan”. Idea dan ayat tidak perlu panjang berjela-jela. Cukup apabila ayat itu dilafazkan secara pendek supaya mudah diingat. Kecerdasan tidak terbatas yang bekerja melalui hukum bawah sedar mendatangkan penserasian menurut prinsip keserasian.

Ulangi proses ini setiap malam selama 10 malam berturut- turut. Rasailah kedamaian serta ketenangan dan anda boleh tidur dengan lena. Keesokan pagi, anda dapat bangun daripada tidur dengan perasaan nyaman dan damai kerana masalah anda sudah selesai.

Teknik Terima Kasih
Islam menekankan permintaan kepada Tuhan serta mengucapkan syukur. Hati yang berterima kasih selalu dekat dengan tenaga kreatif alam semesta. Ia menyebabkan banyak anugerah mengalir kepadanya kerana hukum timbal balik adalah berdasarkan hukum kosmik daripada aksi dan reaksi.

Saya ingin berkongsi dengan anda cerita berkenaan Pak Cipto yang selalu berkata, “Hutang bertampuk, aku tidak ada pekerjaan serta mempunyai anak lima dan tidak berduit. Apakah akalku?” Secara teratur, setiap malam selama tiga minggu beliau ulangi kata-kata, “Syukur pada Allah atas kekayaan ini,” dengan tenang dan damai sehingga perasaan syukur dan terima kasih pada Tuhan meresapi seluruh sanubarinya. Perasaan kekurangan, kemiskinan serta kehinaan, hilang dengan perlahan- lahan. Ucapan syukur dilakukan olehnya sekerap mungkin.

Walaupun belum lagi menjadi kenyataan, namun beliau tetap mengucapkan syukur dengan kepercayaan serta keyakinan yang tinggi. Akhirnya, Pak Cipto berjaya meraih pendapatan yang lumayan dengan dinaikkan pangkat oleh majikannya.

Contoh yang mudah, umpama seorang ayah yang berjanji kepada anaknya hendak membelikan sebuah motosikal yang cantik apabila anaknya berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Sudah pasti anaknya mengucapkan terima kasih kepada ayahnya, walaupun motosikal itu belum lagi dibelinya. Begitulah juga dengan teknik ini, ucapkan kesyukuran dengan yakin dan gembira walaupun belum lagi diterjemah ke alam nyata.

Teknik Tidur
Lakukan teknik ini semasa anda hendak melelapkan mata. Pada masa itu, anda berada dalam keadaan hipnogogik (antara lena dan jaga). Gelombang otak anda adalah antara alfa dan delta. Minda anda juga berkualiti dan efektif.

Apabila anda menghadapi masalah yang rumit, semasa hendak tidur, katakan, ” Dengan kuasa Tuhan, semua masalah selesai dengan baik.” Apabila anda terjaga daripada tidur, ulangi lagi perkataan yang anda ucapkan semalam berkali-kali. Rasailah kepuasan dan ketenangan yang tidak terhingga. Minda separa sedar anda sebenarnya umpama robot dan tidak berperasaan. Maka, setiap perkara yang anda nyatakan pasti diterimanya 100 peratus.

Teknik Alasan
Teknik ini banyak digunakan oleh para doktor bagi merawat pesakit. Doktor memberi keyakinan kepada pesakitnya, penyakit yang mereka hadapi itu lebih disebabkan oleh pola fikiran mereka yang negatif. Pesakit selalunya merasakan mereka ditimpa malang apabila mendapat penyakit. Pada masa ini, peranan doktor adalah menegaskan kepada pesakitnya yang penyembuhan boleh berlaku apabila pesakitnya berfikiran positif.

Ini bermakna, pesakit perlu yakin yang penyakitnya dapat sembuh. Minda separa sedarnya pasti percaya yang dia boleh sembuh daripada penyakitnya. Dengan itu, organ- organnya bertugas dengan baik dan urat sarafnya pula menjalankan tugas dengan cekap bagi penyembuhan secara efektif. Dr. Quimby dari Maine banyak menggunakan teknik ini antara tahun 1849 hingga 1869.

Teknik Penetapan
Daya penetapan ada pada diri kita semua. Dalam konteks ini, kita bertambah yakin apabila kita sedar yang Tuhan menjadikan kuasa alam semesta ini semata-mata bagi kepentingan manusia.

Seorang perempuan muda yang cantik menghadapi masalah diganggu oleh seorang lelaki yang tidak dikenali melalui panggilan telefon pada setiap hari. Oleh itu, setiap hari perempuan muda itu membuat penegasan, ” Dengan kuasa Allah, aku berserah kepadanya. Allah akan melepaskan aku daripada masalah ini. Aku bebas daripada masalah ini.” Akhirnya, perempuan muda itu terselamat. Lelaki yang selalu mengganggunya itu hilang pergi entah ke mana. Justeru, apabila kita yakin dan berserah pada Tuhan, apa yang kita hajati pasti tercapai dan pasti ada jalan penyelesaiannya.

Teknik Bioskop Mental 
Teknik ini lebih menitikberatkan gambaran yang dicipta dalam minda. Pepatah Cina ada menyatakan, ‘sebuah gambar berharga lebih daripada seribu kata’. Minda separa sedar sentiasa sensitif pada gambaran yang dibina. Ia menggambarkan serta bertindak seolah-olah diri kita melalui apa yang kita gambarkan. Lalu gambaran itu pasti menjadi kenyataan.

Teknik ini pernah digunakan oleh pemuda yang bernama Ahmad semasa dia cuba menjual barangan syarikat yang dinaunginya. Sebelum tidur pada waktu malam, dia melakukan meditasi (rujuk teknik meditasi) di kerusi malas kepunyaannya. Selepas itu, dia menggambarkan dalam mentalnya dengan terang dan yakin, ramai orang yang mahu dan berminat membeli barangan yang dijualnya. Dia juga dapat merasakan dan menghadirkan bau wang yang diterima daripada setiap pelanggannya. Selepas itu, dia terus tidur dengan penuh rasa kepuasan seolah-olah dia sudah berjaya menjual barangannya.

Pada keesokan harinya, dia terkejut apabila perkara yang digambarkannya pada malam itu benar- benar berlaku. Ini kerana, kecerdasan tidak terbatas menjalankan tugasnya bagi merealisasikan apa sahaja yang digambarkan. Tuhan maha berkuasa. Dia menjadikan kita dengan kelebihan yang hebat iaitu keupayaan dan kebolehan berimaginasi.

Teknik ini juga berkesan bagi menggambarkan penyembuhan pada penyakit yang berjangkit. Keajaiban pernah terjadi di mana seorang pemuda menghidap penyakit barah otak. Hasil pemeriksaan doktor, pemuda ini sudah tidak berpeluang sembuh daripada penyakit itu. Dia juga diramal berpeluang hidup dalam tiga bulan sahaja lagi. Namun begitu, pemuda ini tidak pernah berputus asa. Setiap malam, dia melakukan meditasi (rujuk teknik meditasi) dan menggambar-kan sel- sel barah otaknya kian hilang. Dia juga membayangkan yang dia semakin sembuh dari hari ke hari. Pada suatu hari, apabila doktor memeriksa penyakitnya, sel-sel barah pemuda itu sudah tiada lagi. Dengan lain perkataan, pemuda itu sudah sembuh daripada penyakitnya. Sesungguhnya, minda manusia diberi kehebatan bagi penyembuhan secara semula jadi. Begitulah hebatnya kuasa minda yang dianugerah Tuhan.

Teknik Menulis
Teknik menulis ini pernah digunakan oleh bekas Presiden USA, James A. Garfield. Semasa beliau berumur 10 tahun, beliau terlihat seorang lelaki yang berpakaian mewah sedang menaiki kereta kuda. Beliau bertanya kepada ibunya siapa lelaki itu. Ibunya memberitahu yang lelaki itu adalah ahli kongres.

Kemudian, beliau terus berazam yang beliau ingin menjadi seorang ahli kongres seperti lelaki yang dilihatnya apabila beliau dewasa. Keesokan harinya, beliau terus menulis hajatnya, “Saya akan menjadi seorang ahli kongres.” Beliau melihat tulisan itu pada setiap hari. Dalam konteks ini, minda separa sedar beliau menerima maklumat berkenaan matlamat dan cita- citanya. Seterusnya, minda separa sedarnya menjalankan tugasan bagi merealisasikan cita-citanya. Beliau menggunakan kemahuannya yang bersungguh-sungguh (will power) bagi menjadi seorang ahli kongres.

Pada hari minggu, beliau bekerja memotong kayu supaya dapat mengumpul duit bagi membeli buku dan belajar cara- cara menjadi ahli kongres. Apabila berumur 16 tahun, beliau bekerja sebagai penjaga kedai bagi membantu ibunya. Beliau juga menyambung pelajaran bagi menjadi ahli kongres. Ketika berumur 18 tahun, beliau mendapat kontrak menyapu lantai di Akademi Kolej William dan mendapat punca pendapatan lain dengan mengajar di sekolah. Pada hari minggu pula, beliau mengambil upah memotong kayu. Semasa berumur 20 tahun, beliau berjaya menerima Ijazah Undang-undang dengan kepujian dari Kolej William. 6 tahun kemudian, beliau menjadi senator di wilayahnya dan semasa berumur 33 tahun, beliau berjaya menjadi ahli kongres.

Kejayaannya itu berpunca daripada apa yang difikirkannya. Minda sedarnya menghantarkan maklumat kepada minda separa sedar dengan cara melihat tulisan cita-citanya. Menulis impian anda pada sekeping kertas boleh membawa pemikiran minda separa sedar (subconscious mind) supaya bertugas bagi mencapai impian anda. Berikut adalah cara yang teratur bagi teknik ini:

Tentukan matlamat. Apabila anda hendak berjaya dalam bidang perniagaan, tentukan matlamat secara jelas. Pastikan matlamat itu logik dan mampu anda capai. Misalnya, anda hendak mendapat keuntungan perniagaan RM5, 000 sebulan. Jelaskan pada diri anda yang jumlah itu pasti tercapai.

Kejutkan 12 bilion sel-sel otak dengan menulis matlamat anda. Ini membangkitkan minda separa sedar anda supaya bertugas dan menjayakan matlamat anda. Minda separa sedar bertindak membantu anda mencari peluang bagaimana mendapatkan keuntungan sebanyak RM5, 000 sebulan secara ghaib (di luar jangkauan pemikiran biasa).

Setiap hari, lihat impian yang anda catatkan. Dengan melihat impian itu, ia melibatkan saraf optik yang ukurannya 17 kali lebih besar daripada saraf-saraf yang lain. Saraf itu juga menyebabkan saraf- saraf lain terus menuju ke otak anda.

Buat gambaran setiap hari iaitu selepas anda melihat impian yang anda tulis. Gambaran juga dapat dibuat pada waktu malam, selepas anda bermeditasi dan bertafakur.

Bina cadangan spontan pada diri anda. Buat pernyataan positif pada diri yang anda boleh mencapainya. Gambarkan seolah- olah anda sudah pun mencapai impian yang anda bina. Ucapkan kesyukuran yang tidak berbelah bahagi pada Tuhan. Pastikan anda lakukan dengan penuh perasaan dan emosi. Minda separa sedar hanya bertindak apabila anda beremosi dan berperasaan.

Sentiasa berfikir berkenaan cara mendapatkan RM5, 000 setiap bulan. Minda separa sedar anda pasti mencetuskan idea yang tidak anda duga dan fikirkan sebelum ini. Apabila minda separa sedar anda mencetuskan idea, catat serta lakukan kerja berdasarkan idea itu.

Anda juga boleh menggunakan teknik- teknik di atas bagi pelbagai kegunaan dan kehendak anda. Minda separa sedar anda sedia menerima apa sahaja saranan dan arahan daripada minda sedar tanpa membantah. Anda perlu yakin yang usaha anda akan memperoleh hasil yang baik.

Dipetik daripada: Bab 3, buku Kuasa Minda Separa Sedar oleh Mohd Rozani Pawan Chek

Posted in Usaha Kebajikan

Bantuan diperlukan…sudikah anda?

Rasulullah s.a.w pernah mengungkapkan keutamaan amal jariah di antara semua jenis kebajikan, iaitu pahalanya tetap mengalir walaupun orang yang melakukannya telah tiada (wafat). Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila meninggal anak cucu Adam (manusia), maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal sahaja iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaatnya oleh manusia, dan anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Riwayat Ahmad).

Salam sejahtera,

Hari ni mummy dan papa irfan  nak mulakan satu kempen mengutip dana untuk membantu sahabat seagama islam kami dari kemboja yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan (Kep) di Kolej Insaniah Kedah Darul Aman.

Sahabat ini kami kenal secara peribadi apabila Papa Irfan mengikuti program korban dan akikah pada Aidil Adha yang lepas. Selepas berada sendiri di rumah beliau dan menyaksikan kegigihan beliau untuk meningkatkan taraf hidup penduduk kampung dan juga jihad untuk menjadikan orang islam di kemboja lebih maju dan mendapat pelajaran yang sepatutnya, kami terpanggil untuk membantu apa yang terdaya.

Pada bulan Januari yang lepas, beliau dan isteri mendapat tawaran menyambung pelajaran di Kolej Universiti Insaniah, Kedah. Beliau sebelum ini pernah berkerja di Bukit Gelugor Pulau Pinang sebagai guru tahfiz. Beliau mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran supaya beliau dapat menyumbang dengan lebih bermakna lagi.

Beliau dan isteri datang ke Malaysia tanpa sebarang biasiswa atau bantuan selain duit yang dikumpul semasa beliau mengajar dahulu. Tetapi kenaikan yuran di Kolej tersebut telah menyebabkan kesulitan timbul untuk membayar yuran mereka suami isteri.

Papa Irfan pernah membuat kutipan di Masjid seksyen 24 untuk mengumpul dana dan berjaya mengutip sebanyak RM855.80.  Usaha tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan sara hidup beliau di kolej tersebut. Walaubagaimanapun, urusan pembayaran yuran pengajian masih lagi tertangguh kerana ketiadaaan sumber. Pelbagai cara telah di cuba termasuk meminta dari pihak zakat Kedah, tetapi beliau dimaklumkan bahawa duit zakat tersebut hanya untuk asnaf di Malaysia.

Mummy agak sedih kerana kalau diikutkan beliau layak untuk mendapat zakat tersebut kerana beliau adalah pelajar (termasuk dalam asnaf yang layak mendapat zakat). Cuma silapnya, beliau bukan orang Malaysia. Kita di negara Malaysia, wang zakat yang dikutip adalah terlalu banyak sehingga mencecah jutaan ringgit. Namun rakyat kita juga tidaklah terlalu miskin. Berbanding dengan rakyat kemboja yang sangat daif. Dapatkah dibayangkan berapa ramai yang layak mengeluarkan zakat? mungkin penerima yang layak lebih ramai jumlahnya berbanding orang yang layak mengeluarkan zakat tersebut.

Bantuan2 yang dihulurkan kebanyakkannya adalah untuk membina masjid kerana mentaliti orang kita, hanya membina masjid dianggap amal jariah. Tetapi bukankah membantu orang menuntut ilmu agama juga merupakan sedekah jariah? Jika beliau berjaya mendapatkan ilmu tersebut dan mengajarkan kepada orang lain dan diamalkan pula oleh anak murid dan disambung lagi ke generasi seterusnya, kita akan mendpat juga sahamnya walaupon sesudah kita mati kerana usaha kita membantu beliau mendapatlkan ilmu tersebut.

Oleh yang demikian, mummy & papa irfan ingin menyeru dan memohon kepada rakan2 sekalian kiranya sudi membantu sahabat seislam kita ini dalam jihadnya menuntut ilmu di bumi kita yang bertuah ini. Kami tidak mengharapkan sebarang imbuhan dan dengan ikhlas ingin membantu beliau. Ini lah saja usaha yang dapat kami lakukan.

Kami juga berharap agar rakan2 dapat menghulurkan bantuan secara berterusan walaupun dalam jumlah sedikit (RM10) setiap semester. Janganlah memandang remeh sedekah yang kecil kerana ia besar ertinya buat sahabat kami ini.

Profil beliau dan ringkasan perbelanjaan yang diperlukan oleh beliau adalah seperti berikut:



Nama                                              : BADRI YUNUS @ NOS PETRY

Inilah sahabat kami yang memerlukan pertolongan

No. Pasport                                      : N0564445

No. Kad Pelajar                                : A102067602

No.Telefon                                       : 017-403 9432

Tarikh Lahir                                     : 13 Januari 1984

Pekerjaan Ibu Bapa                         : Pesawah

Pendapatan Ibu Bapa Sebulan         : 100 USD (RM302.40 ; mengikut nilai semasa 10 April 2011)

Nama Isteri                                     : KHOSIAH YUNOS @ NOS KHOR SI YAS


No. Pasport                                      : N0656080

No. Kad Pelajar                                : A102067702

Isteri beliau bersama anak mereka berumur 4 tahun yang kini ditinggalkan di kampung halaman

No.Telefon                                       : 010-293 3790

Tarikh Lahir                                     : 24 Februari 1994

Nama Anak                                      : KHALIL BIN PETRY@BADRI

Alamat (Malaysia)                            :141 – A, Jalan Sultanah Sambungan Taman Wira Mergong 05150, Alor Setar, Kedah

Alamat (Kemboja)                            : Ph. Kg. Krong, Sr Kg. Kreang, Kampot, Cambodia.

Alamat E-mail                                  : badrykhas@yahoo.com

Facebook                                         : Nos Rosly Nos Rosaly

Bank                                               : Bank Muammalat

No. Akaun                                       : 0704-0001571-72-8

Adalah diharapkan agar rakan2 sahabat sekalian dapat bank-in terus bantuan kepada akaun bank beliau dan bukan melalui kami untuk memastikan wang tersebut sampai sepenuhnya kepada beliau.

Yuran yang perlu di bayar setiap semester

Akhir kata, adalah menjadi harapan mummy & papa irfan jika rakan2 sahabat sekalian dapat membantu sahabat kita ini dengan ikhlas. Bayangkan jika kitalah yang lahir di kemboja…..bersyukur kita di lahirkan di Malaysia dan di beri peluang oleh Allah dengan rezeki dan nikmat yang tak terkata dan dengan nikmat tersebut dapatlah kita beramal jariah..

” barang siapa yang meringankan kesulitan saudaranya yang lain, Insya Allah kesulitannya juga akan dipermudahkan…”

Posted in Muhasabah Diri

Istimewa buat yang bernama wanita

Buat teman-teman yang diingati..
Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji…

Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka…

Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa…

Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji….

Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih…

Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu…

Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian…

Wahai sahabat wahai teman
Carilah dia kerana tuhan
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman…

Wahai sahabat wahai teman
Cintalah dia kerana beriman
Dijadikan tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan tuhan

Wahai sahabat wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk angaplah dugaan
Andai baik pujilah tuhan…

Wahai sahabat wahai teman
Ingatlah akan janji tuhan
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenagan…

” jaDIlAh HaMbA yAnG sENtIaSa MeNdAmBAkAn kAsIh DaRi yAnG MaHa EsA “

Posted in Financial Jurnal

Ide untuk gain extra income….

Mummy ligat mencari-cari idea untuk mendapatkan extra income.. bukan sebab mummy tak cukup duit sekarang ni.. tp apa salahnya kalau ada extra income kan.. mummy minat nak meniaga tapi don’t really have idea what kind of business suits me.. Mummy ada terpikir nak jadi dealer tudung.. tp dengan lambakan dealer yang ada ni, boleh ke? Mummy memang cukup takut sebenarnya. kalau nak compare ngan adik Mummy si Sikin tu, memang jauh panggang dari api lah.. dia tu walaupun belajar sampai STPM je and keje pun bukan as pegawai, tp.. otak dia nak niaga memang marvellous..mantop..hati kering punye orang..jual apa pon memang laku..huhuhu…tu lah kehebatan adik mummy yang sorang ni.

So this thing make me think.. maybe, kekuatan mummy bukan jual barang. Well, trend business sekarang bukanlah produk based tp more to services oriented. Jadi Mummy terpikir gak, what kind of service yang mummy bleh explore? Tiba2… Ting!!!!!! dapat idea.. time mummy ngah sibuk2 browse blog jual jubah2 moden ni kan, mummy terpikir, y not jadi tailor? bleh wat part time and modal pon minimal jeh.. risiko kurang sebab tailor ni atas permintaan.. lagipun, kitra leh jadi model sendiri kan.. Mummy terpikir nak jadi tailor yang specialtynye jahit jubah moden and baju kanak-kanak.. hehe.. pasaran luas tu.. kalau dapat jahit skirt comel2 kan.. untuk kanak-kanak 1-6 tahun….

Idea ni mummy terpikir kat ofis.. erm..terus mummy call mama. Secara kebetulannya, memang kat umah mama ada kelas menjahit every rabu and khamis..dengan fees yang sangat murah.. So, mummy rasa y not grab the chance kan.. nanti masa pantang pon banyak masa nak belajar juga..and boleh lah mummy mula ambik tempahan dari dak2 ofis..dorang pon ramai yang ada anak pompuan and kalau dorang tengok mummy pakai vogue2, mesti ramai tergoda kan? heheheeh…

So, next week mummy akan start belajar menjahit.. alaa, belajar asas je.. seb bek mesin jahit, peralatan menjahit semua bleh pinjam mama punye.. hehe.. nanti umah mama tu bleh lah jadi ofis butik aku.. huhuhuuhu.. sambil2 tu bleh mintak dia tulung2 gak kan.. Irfan pon adalah auntie nur ngan uncle adi dia jaga kan..huhuu..

menariknye plan saya ni.. papepun, i need to discuss this thing with Papa Irfan..Btw, both bisnes Papa Irfan pun, service oriented.. and he’s doing quit good juga..

Papepun, lepas bincang ngan Papa nanti, mummy kene wat solat istikharah mintak petunjuk kalau2 Allah merestui perancangan mummy ni.. Apapun kita buat, sebaiknya biarlah dapat restu dari Allah dulu kan? huuhu

Posted in Preggy Jurnal, Uncategorized

Melalutz…..

Bulan ni bulan yang cukup crucial for me, sebab dah mula nak menghitung hari..huhuh.. berdebar, tak sabar, takutz semua ada.. tak tau nak rasa apa.. papepun, next week bersamaan 11/4/2011 secara officialnye, mummy akan start cuti..bukan mummy malas keje, tapi mummy malas nak travel gi keje. letih sangat rasanya drive pegi balik keje ni.. pinggang lenguh..lainlah kalau ada papa irfan tolong anta ambik kan.. tp Papa irfan pon bz giler mencarik rezeki..so malas lah nak ganggu dia. Btw, banyak je keje2 ofis  yang mummy leh buat dari umah je..

Btw, segala persiapan untuk di bawa ke spital telah pon disediakan..huhu.. hopefully cukup lah..barang irfan rasanya semua dah cukup, barang mummy? ermm cukup lah tu kot.. nak bawak apa pon kan… dah tanya2 kat orang lain yang pernah bersalin, compare2 nampak macam semua dah complete..

Cuma sekarang ni, nak kene prepare mental ngan emosi plak.. camne lah rupe si irfan nanti..tak sabar nak tengok.. hope dia sempurna sifat dan akal.. Doa sangat agar dia dapat menjadi anak yang menyejukkan bukan sahaja hati kami as parent tapi juga hati Rasullulah s.a.w dan menjadi hamba Allah yang taat dan cemerlang serta bermanfaat kepada orang lain.

Harapan Mummy, kelahiran Irfan akan menambah rezeki kami sekeluarga, menambah kasih sayang antara mummy ngan papa serta mengeratkan lagi hubungan dua keluarga ini. Maklumlah, Irfan kan cucu pertama.

Tapi mummy ngan Papa ada satu prob yang tak sort out lagi..nanti kalau mummy dah keje, Irfan nak tinggal ngan sape? huhuhuhu… duit untuk Akikah Irfan pun macam blom sediakan lagi ni.heheh.. ala, bukan nak buat besar-besaran pon.. asal dapat berkat 7 hari tu ok lah.. tak nak lambat2 sangat..

Papepun, harapan dan doa mummy supaya kelahiran Irfan dipermudahkan. Irfan lahir sebagai manusia yang sempurna sifat, akal dan akhlak…tiada anugerah yang lebih bernilai melainkan Anak yang soleh…aminnn…