Posted in Our Travelog

Jerebu oh jerebu

Since semalam masa memandu pulang dari tempat kerja, dah perasan yang kualiti udara dari P.Jaya sampai ke Shah Alam memang teruk. Lebih teruk lagi bila hujan langsung tak turun untuk membersihkan udara yang tercemar ni.

Hasil pembacaan secara lalu di online news tadi, jerebu ini berpunca dari kebakaran hutan di Sumatrra indonesia. IPU (Indeks Pencemaran Udara) di Shah Alam semakin terus dan kini mencatatkan bacaan 129, iaitu dalam kategori tidak sihat.

Pagi tadi bangun tgk udara masih tak getting better. So, kami plan untuk keluar dari Selangor untuk ke tempat yang kurang tercemar. Kebetulan abah Pasoh ada jemput untuk datang kenduri lenggang perut kak Teh, so apa lagi, lepas habis tengok movie “what’s your number”, kami pun cepat2 packing dan bertolak ke felda Pasoh 3 di Nogori Sembilan..

Malam ni start masak air bersama abang-abang ipar angkat. Masak bawah bangsal tau.. Very the kampung… Pengalaman yang menarik untuk Haris..

Jgn terparut tangan sudah...!
Fokus & tenang melakukan tugas (parut kelapa !)
Nilah bangsal yang buat masak air tu..(nmpk scary kan?!)
Ini kaki ayam... (obviously!)
Rabbit jantan yang terasing
Memotong & menyiang ayam di pagi hari
Dari kolam sendiri

Posted using Tinydesk Writer iPhone app