Pujuk hati dengan Surah Yusuf

Kalau tengah bersedih dan dalam keadaan terhimpit, baca dan ambillah pengajaran dari Surah Nabi Yusuf.
Surah tu turun masa Nabi Muhamad berada dalam Tahun Dukacita untuk memujuk Nabi yang tengah bersedih dan ditekan oleh orang2 Quraisy.
Almost all of us related dengan kisah Nabi Yusuf. At least 1 part of our life is gonna be relate dengan perjalanan hidup Nabi Yusuf. Sebab tu kisah Nabi Yusuf sangat detail dalam Al Quran.
Terlampau banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah hidup Nabi Yusuf. Dari segi Parenting, Mentadbir, Menghadapi Fitnah, Yakin dengan takdir, Tentang Dendam dan berbagai lagi.
Memang takde mana2 hadis pun yang suruh kita baca Surah Yusuf masa kita sedih. Tapi jika kita lihat masa penurunan Surah Yusuf ni, kita boleh belajar sesuatu. Pasti ada sebab kenapa surah ni turun masa Nabi tengah berdukacita dan rasa sangat tertekan.
Sesungguhnya Surah Yusuf adalah antara Surah yang paling seronok untuk dibaca dan diambil pengajaran dan intipatinya. Kebanyakkan kita pasti tahu kisah Nabi Yusuf di fitnah dan digoda. Tapi sebenarnya, ada banyak lagi pengajaran dari setiap peringkat umur Nabi Yusuf.
Antara Link youtube yang best untuk dengar kisah Nabi Yusuf ni adalah ceramah oleh Omar Suleiman – Guidance from Surah Yusuf

yusuf

Kisah Nabi Yusuf adalah antara kisah nabi favaourite anak2 saya. Tapi cara saya cerita lebih kepada basic dulu.Belum sampai peringkat memahami yang tersirat kerana mereka masih kecil lagi. At least dorang tau Nabi Yusuf tu siapa lah.. hehehe..
Next post nak ulas pasal Parenting as Al Quran quoted lah..
Advertisements

Pengalaman bersalin 3 anak … Awesome experience ever!!!

Bila nampak di wall ramai share kegembiraan sebab melahirkan anak, terus saya teringat momen2 melahirkan 3 cekodok tu.😂😂. Setiap mereka mempunyai momen yang berbeza walaupun dilahirkan di hospital yang sama iaitu Hospital Sg. Buloh.

Ye, saya lahirkan anak2 saya semua di hospital kerajaan. Tak pernah terlintas nak lahirkan anak di hospital swasta walaupun masa mengandung anak sulung ada lah survey2 juga KPJ, Hospital Bersalin Razif, dan SMC. Tapi last2, decide pergi HSB. Tapi, alasan kenapa saya pilih hospital awam berbanding swasta, saya tulis kt post lain lah ye.

Anak pertama:Muhamad Haris, 3.65kg, 26 April 2011

Biasalah, bila anak pertama, memang tak tau nak expect apa. Walaupun dah pergi kelas persediaan bersalin di KPJ masa tu, tapi memang blank. Pada tarikh yang di expect haris lahir, saya actually xde rasa apa2 pun. Tapi pagi tu macam perasan darah atau 'show' dah keluar. So, cakap kt kanda, "i think its time". So, kami pun pergi terus ke HSB lepas inform both our parents. Sampai HSB,(masa tu baru bukaa, patient pun tak ramai), terus ada HO attend. Dia buat VE, katanya baru 2cm bukaan. Tapi bila scan, dia kata air ketuban dah kurang and agak bahaya untuk baby. So, saya terus di bawa ke ward atas. Masa tu masih senang dapat katil. Dalam 2-3 jam menunggu,asa tu contraction sekali sekala je dan x intense pun. Sekali datang pakar dan maklumkan yang saya perlu di induced sebab takut baby affected sebab air ketuban kurang. Saya pun sign borang setuju. Terus doctor masukkan pil yang pertama. 2 jam lepas tu, contraction bermula.. Pergh memang sakit gilerr. Maklumlah first time rasa kan.. Saya bertarung menahan sakit contraction tu almost 7 jam jugaklah😫😫😫. Saya asyik nak ke toilet sebab rasa nak terberak dan terkencing je masa contract tu, tapi tak keluar apa pun. Husband pun tak tentu arah tgk saya masa tu. Kesian tengok saya tapi dia pun x dapat buat apa.

Menangis je lah mampu sambil zikir minta dipermudahkan guna zikir nabi yunus tu.

Lailahailla anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin

Bila dah buka 8cm, saya di bawa ke bilik bersalin di bawah. Masa tu husband tunggu kat luar. Kat bilik ni agak sengsara sikit, sebab kena pasang alat untik monitor kat perut, so kita kena telentang je. Padahal contraction tu sakit giler dan untuk kurangkan tu saya lebih selesa mengiring. Dalam tu dekat 3 jam jugaklah. Bila sampai masa, few doctors masuk, tetiba student pun masuk, paling lega bila kanda pun masuk.

Since ini anak pertama, memang serious tak tahu macam mana nak push. Siap ada masa rehat, sebab saya putus nafas. Sampai nurse yang ada tu pun hangin ngan saya.. Hahahaha. Memang serious susah nak keluar. Tapi bukan sebab apa, sebab kita memang xde pengalaman. Cut story short, akhirnya lahir gak si haris setelah doktor uguk nk guna vakumm kalau saya x teran lama2. Klaka plak bila fikir part tu. So, lepas baby lahir je, terus dorang letak kt dada sementara doktor nak jahit. Yes, semua kelahiran saya kena jahit. Lepas bersalin tu, tangan saya lenguh sangat2 sampai tiga hari!!

Anak Kedua: Azra Ramadhani, 3.7kg, 1 August 2013

Azra lahir masa bulan ramadhan. Seminggu lepas adik lahirkan anak sulung dia. Masa ni dah pandai sikit. Maklumlah, tak jauh sangat beza dengan anak pertama. So, dah tau dah and dah target dah, cuma akan pergi kalau betul2 sakit je. Tapi masalah nye, masa tu dah lebih 3 hari dari tarikh dia patut lahir, tapi memang xde tanda pape. Tapi pergi jugaklah menyerah diri kat HSB tu. Ikut doktor time tu, dorang nak suruh induced. Tapi bila terkenang betapa sakitnya dan xbestnya pengalaman kena induced tu, saya terus query kenapa saya perlu diinduced. Sebab, semua result menunjukkan baby ok, air ketuban pun cukup. The only reason adalah sebab saya dah overdue 3 hari.

Saya bertegas yang saya nak lahirkan secara normal tanpa induced. For me, baby tu belum ready nak keluar kenapa nak paksa2. So, lepas dah di briefed oleh doctor pakar dan dah sign borang AOR(at own risk) saya pun pulang dan meniati saat2 akhir pregnancy dan makan sehabis mungkin. Ye lah nak pantang time raya, azab weiiii😂😂😂.

Lepas seminggu, saya mula rasa tanda2 nak lahirkan azra. Show keluar petang, tapi saya tetap tunggu dan rilex2 dulu dirumah. Bila selang masa contraction dah start every 5 minits, saya ajak kanda ke hospital. Sampai HSB, saya pun terus tuka baju. Kanda tunggu kat luar. Masa ni saya dah tau dah macam mana nak handle sakit contraction tu. Saya banyak berjalan dalam tempat menunggu tu. Masa ni patient ah ramai, dan saya tak dapat katil sebab semua penuh. Tapi saya ok je. Sebab saya lebih selesa berjalan2 untuk kurangkan sakit. Alhamdulillah, saya masuk jam 8pm, jam 10pm saya dah masuk labor room. Saya sangat tenang dan relax. Walaupun sakit tapi saya dah boleh tau bila nak push. Seriously, lahorlan azra agak mudah cuma sebab dia besar sikit, memang koyak juga dan perlu dijahit. Beza sangat rasa sakitnya bila baby betul2 nak keluar xengan jika kita paksa. Sakit kalau baby betul nak keluar, seekejap je dan nak push pun senang sebab memang dia dah nak keluar and masa dia dah tiba. Kalau induced, baby actually belum ready nak keluar, tapi kita guna ubat untuk paksa rahim tu tolak baby keluar. So, boleh bayang kan, senario tu. Hence beza rasa sakit tu macam mana.

Anak ketiga: Luqman Hakim, 3.88kg, 2 May 2015

Kelahiran Luq memang paling mudah dan kelakar. Memang masa tu kita tertunggu2 dia keluar, sebab berharap sangat dia lahir sama tarikh dengan saya iaitu 29 April. So, pada 28 April tu pergilah HSB menyerah diri. Tapi doktor suruh balik sebab dia kata baby belum ready nak keluar lagi. Pulakkkk! Keciwa makkkk..

Tapi pada malam 1 May tu, saya pergi ke HSB ditemani kanda. Siap lepak minum kat hentian jejantas sungai buloh dulu. Dalam jam 12 tu saya pun pergi HSB. Masa tu memang tak rasa apape,cuma sebab dah ada show, maka datang jugaklah. Bila buat VE, doktor kata dah bukak 5cm. Serious lahh.. Sebab memang tak rasa any contraction. Kat bilik sebelah sorang pompuan ni dah terpekik terlolong. Seram gak dengar, bila tanya nurse dah nak bersalin ke tu, nurse cakap baru bukak 2 cm.. Adudududdu… Siannya.. Mesti anak pertama tu. Tu sebabdia rasa sakit sangat contraction tu. Tak taulah macam mana dia nak hadapi contraction masa 8-10cm tu. Lagi intense.

Btw, back to Luq story, lepas dah masuk and tukar baju, saya pun menunggu di depan kaunter. Macam biasa katil takde untuk saya berehat. Saya redha je. Saya macam biasa buat rutin berjalan. Keluar masuk jumpa kanda yang tengah buat kawan xengan bapak2 lain kat luar. Lebih kurang jam 2 camtu, saya rasa contraction setiap 2 minit. Saya rasa nak terberak sangat. Teringat nurse cakap, kalau ada rasa nak terberak, jangan gi toilet. Tapi saya pergi juga sebab sakit makin kuat dan saya rasa lega bila dapat duduk di toilet tu. Masa tu saya kencing but suddenly rasa macam blopping sound. Air banyak giler keluar. Menggelabah ayam weiii.. Masa tu tak tau nak fikir apa. Keluar toilet cepat2 and bgtau kat doktor yang rasanya air ketuban saya dah pecah. Doktor panik, time tu tak ramai patient tapi nurse pun tak tau kat mana semua. Rasanya dorang attend patient kat bilik2 yang tengah kesakitan kot. So saya terus duduk kat satu katil ni. Sorang nurse datang dan terus seluk saya kat situ gak. Dia cakap, aduh, dah ready sangat ni. Terus dia bawak saya ke bilik bersalin. Nasib baik ada yang memang dah ready dan kosong. Masa tu memang saya rasa nak keluar sangat dah si Luq tu. Bila dorang transfer je, saya terasa satu contraction yang sangat kuat, saya pun teran sekali. Plup, macam tu je Luq keluar. Macam tak percaya sangat saya dah bersalin masa tu. Macam pisang dia keluar, very smooth, saya bersyukur sangat. Mungkin sebab Luq anak ketiga dan jalan nak keluar tu pun memang dah ada, maka senang sangatlah proses kelahiran beliau tu. Pengalaman lahirkan Luq memang paling amazing dan paling senang😍😍😍

Tapi betullah Allah tu maha adil. Ikut ranking bersalin,paling suzah is Haris>Azra>Luq. Tapi ranking nak jaga bila dah besau ni, paling susah nak jaga is Luq>Azra> Haris..hahha..

Pasrah je lahhh..

So tu jelah nak cerita pengalaman bersalin saya. Cuma nak bagi few tips lah;

  1. Kalau takde masalah pada kandungan, silalah opt out induced.
  2. Banyakkan berjalan masa contraction untuk mudahkan proses bersalin. Baring lagi sakit wei. Baik jalan. Bila contraction occur, korang berhenti pegang dinding, tahan sambil zikir Ya Fatah, Ya Salam.
  3. Kalau korang choose bersalin di hospital kerajaan, sila expect the worst. Sebab bila korang dilayan baik sikit korang akan rasa betsyukur sangat. Jangan expect layanan macam kat swasta plak. Memang ko akan kecewa pastu meroyan kat Fb lah gamaknya.
  4. Bagi yang first time melahirkan, dont worry, memang sakit giler rasa contraction tu. Tp actually sebab u never experiences that kind of pain. My advice is, just enjoy the pain. Cakap kat otak, rasa sakit tu sebab baby tak sabar nak kluar jumpa you!!
  5. Untuk expect the pain, sentiasa pandang jarum saat jam. Biasanya kita akan notice bila rasa sakit tu akan muncul. Then you'll be ready. Dah boleh ready nak pegang dinding atau nak mengerekot. Seriously it helped me. Bila kita dah expect rasa tu datang, the intensity of the pain macam reduced sebab u are mentally prepared. Hehehe..

Oklah, saya rasa cukuplah cerita saya pasal bersalin ni. Sekarang ni Haris pun dah 7 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru semalam lahirkan dia.

Tq Allah for the opportunity merasa pengalaman melahirkan 3 orang hamba Allah ni. Saya doakan, semua yang membaca entry ni, jika sedang menunggu hari, semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti. Jika anda masih belum berpeluang merasai pengalaman ini, jangan sesekali putus asa dengan rahmat Allah ye. Teruskanlah usaha dan berdoa. Allah Ya Baari' pasti sedang aturkan yang terbaik untuk kalian.

Siti NurHaliza pun akhirnya dapat juga cahayamata selepas 11 tahun penantian.

Sampai jumpalagi di post yang lain.

“Mommy, kenapa ‘Bird’ saya keras?”… erk……

“Mommy, abang nak tanya sikit boleh?” Haris tiba2 bersuara sambil tangan dia main slime.

“Tanya apa?”

” kenapa bird abang jadi keras kalau nampak perempuan cantik?”

‘Erkk….ye ke bang? Nampak perempuan cantik kat mana?”

“kadang2 kat dalam TV, kadang2 kat rumah pengantin, kadang2 kat wayang, kat mana2 lah”

” perempuan cantik tu maksud abang yang pakai seksi2 tu ke?”

” bukan, yang muka dia cantik sangatt”

“owhhhh…….”

Ini adalah conversation sebenar saya dengan anak sulung saya, Haris yang berusia 7 tahun. Seriously masa dia tanya tu, memang dia bersahaja je. Tapi saya yang macam tertelan biji nangka nak jawab. Actually, serious tak tau nak jawab macam mana. I do expect this day would come, but not this early. Masa kejadian tu pula, Papa dia takde di rumah. Aduhhh….. Memang jenuh jugaklah fikir camne nak jawab.

So, saya just cakap kat dia masa tu, It’s normal untuk boy dan itu tanda abang dah nak jadi budak besar. Tapi saya bagitau dia yang saya akan buat bacaan dulu dan bagitau dia kenapa perkara tu terjadi.

Well, mommies. Nak tanya ni, kalau soalan ni popped up, how would you explain it?

Setelah membuat beberapa rujukan di few website dan forum, saya dapat simpulkan beberapa perkara dan tips untuk jawab persoalan sepertini.

  1. Pertama sekali, pastikan anda jangan marah dan bereaksi seumpama anak anda sedang melakukan satu kesalahan. Tindakan dia bercerita kepada anda menunjukkan anak anda sangat percaya dan selesa dengan anda. Jadi jangan rosakkan kepercayaan dan rasa selesa itu. Believe it or not, tak semua budak nak bercerita hal macam ni pada parent dia tau.6855008_stock-photo-strong-grandmother-with-her-grandson
  2. Betulkan mindset anda sebagai parent. Bahawa tujuan anda memberitahu maklumat adalah ikhlas untuk bantu dia faham tentang diri dia. Jadi akan berterus terang dan tidak rasa segan untuk berbincangdengan anak anda. Treat dia sebagi budak yang dah boleh faham. Jangan pandang dia sebagai budak kecil yang tak faham apa2. Lebih baik dia dapat kefahaman dari anda dengan informasi yang betul, daripada dia cuba cari sendiri di internet atau cuba faham sendiri. Takut nanti dia salah faham dan confused dengan diri dia sendiri! Kesian anak anda.
  3. Maklumkan pada anak anda yang perkara tersebut adalah Normal process. Sebaiknya, tugas memaklumkan dan explaination dilakukan oleh sang bapa. Tapi bergantung kepada siapa yang anak tersebut lebih rapat, maka decidelah siapa lebih layak untuk memberi penerangan tersebut. Normal proses bermaksud, ianya akan berlaku kepada semua budak lelaki. Cepat atau lambat je. Nak buat dia faham, maklumkan juga yang ayah dia juga dulu lalui perkara yang sama. Dan dia tak perlu cemas dengan kejadian itu.dady and son moments
  4. Sebanyak mana informasi perlu diberitahu? Ini sangat bergantung kepada umur dan tahap kecerdasan anak anda. Ada kalanya, anda hanya perlu beritahu tentang apa yang terjadi secara physiology sahaja. Iaitu, oleh kerana kita suka atau excited, salur darah akan mengembang dan akan masuk masuk penuhkan ruang dalam penis secara automatik. Kalau rajin, bolehlah tunjukkan gambar atau info mengenai fisiologi sebenar penis kepada nak tersebut. Tapi jika anak anda telah hampir ke umur baligh, sesuai sangat nak cerita terus tentang perubahan2 yang bakal dia nampak pada diri dia. Seperti, perubahan suara, otot2 semakin membesar, kulit akan lebih berminyak, wet dreams, dan lain-lain. Kalaudia dah dibagitau awal2, maka dah tentu dia tak terkejut bila terjadi perubahan tersebut.itsoktotalk_twitter_logo_400Px_1
  5. Kena juga explain dari segi implikasi agama. Kenapa kena control. Cuma kena pastikan jangan sampai buat dia rasa bersalah. Sebab waktu sekarang ni, ereksi tu terjadi secara automatik tanpa di triggered oleh anak kita. Untuk kes Haris, dia cukup bijak untuk detect punca ereksi itu, maka lebih mudah nak explain. Maka, bolehlah terus explain kenapa Allah suruh orang lelaki tundukkan pandangan seperti dalam Surah An-Nur tu. Maka, harapannya dia akan faham lah. Dalam masa dia nak kenal diri, dia akan mula explore badan dia, maka perkara ini sangat perlu diexplainkan implikasinya dari segi agama. Anda juga sedang mendidik anakanda menjadi laki-laki beriman, Insya Allah.tundukkan pandangan
  6.  Oleh kerana Haris bagitau saya, yang triggered dia bukan perempuan yang seksi, maka saya ajarkan supaya jika nampak perempuan yang pada standard dia “Cantik” hingga boleh buat dia ereksi, saya suruh dia puji Allah dulu sebab ciptakan makhluk yang sangat cantik. Puji kehebatan Allah sebab Allah pandai sangat buat perempuan jadi cantik. Suruh zikir Ya Kholiq, Ya Musawwir, Ya Badi’. Lepas tu, alihkan pandangan dia. Jangan tengok lama. Sebab dia ada juga bagitau, bila ereksi tu terjadi dia rasa senak dan tak selesa. Hahahaha.. (memang detail Haris cerita kat saya!!). So, saya cakap, kalau abang tengok lama, nanti bird keras, abang yang sakit. Jadi baik abang jangan tengok lama2 sampai boleh jadi keras. Nanti abang yang sakit!! Dia nampaknya macam faham. (Hopefully)portrait-handsome-boy-who-just-has-got-idea-caucasian-inspired-facial-expression-isolated-white-background-58156923

So far, itu je lah yang dapat saya kongsikan. Apapun, layankan setiap pertanyaan anak anda dengan hikmah. Jangan terus marah atau cakap benda tu dosa! tak adil bagi dia sebab bukan terjadi sebab dia buat. Terjadi sendiri dan ianya adalah fitrah semulajadi badan dia nak membesar.

Sebenarnya, ianya juga adalah latihan untuk kita lebih mengenali Allah. Bila kita dapat explain dan kaitkan setiap kejadian tu dengan kekuasaan Allah, Insya Allah, kita akan lebih dekat dengan Allah.

Ermmm… lepas ni giliran nak explain dan prepare anak perempuan saya pula. Sekarang dia baru 5 tahun, tapi dah banyak dia tanya tentang hal-hal perempuan. Contohnya, kenapa mommy period, kenapa breast mommy besar and etc.. Fuhhhhhh, seriously cabaran sangat. Masa saya kecik dulu, saya serious segan nak tanya pada mak saya. Belajar dan explore dan faham sendiri je lah!! Tapi as kids nowaday beza ngan kids zaman dulu, kita sebagai parent pun memang kena prepare dan bersedia untuk hadapi situasi macam ni. Bantu anak-anak kita untuk faham diri mereka. Bantu mereka faham, apa yang betul dan apa yang tidak. Sedar atau tidak, inilah permulaan pendidikan seksual kepada kanak-kanak secara informal oleh ibu bapa.

Saya sangat mengalu-alukan jika rakan2 atau sesiapa yang lebih berpengalaman dan layak untuk berkongsi tips dan kaedah untuk handle situasi seperti ini. For the sake of other mommies juga! Jika ada kesalahan, mohon juga beri komen ye!

download

 

Robocop & Al Musawwir

Few days ago, saya menonton movie Robocop. Yang pakai suit hitam tu. Actually dah repeat few times dah. Tapi ntah kenapa malam tersebut bila saya menonton movie tu, saya jadi sangat takjub.

Bila ada satu scene tu yang bila the doctor and the team nak prepare dia for duty, they have to insert macam2 dalam badan dia, with precise calculation supaya otak, paru2, dan jantung robocop tu boleh function dengan sebaiknya. Antara bahan yang dia masukkan adalah antibiotic, protein, carb, dan cecair yang mengandungi tenaga berjumlah beberapa kJ kalori. I was so amazed dan saya ucapkan Masya Allah few times.

Like seriously?! Bila tengok scene tu terus ternampak kehebatan Al Kholiq. Tuhan yang Maha Pencipta, terus juga kekaguman dengan betapa creative dan sempurnanya penciptaan kita ni. Allahumma Ya Musawwir memang takde tolok banding.

Tahukah anda, ada banyak kejadian atau aktiviti badan kita yang berlaku secara automatik? Dan kalau lah kita perlu set semuanya setiap pagi, saya rasa sampai ke maghrib x settle tau.

Contoh nye,cuba bayangkan yang kita kena set dan reset secara manually benda2 macam di bawah ni,

1. Rambut perlu gugur dalam 80-100 helai setiap hari.

2. Darah merah perlu ditukar setiap 3 bulan.

3. Sel kulit perlu diperbaharui setiap seminggu.

4. Jantung perlu berdegup 4,800 kali setiap jam.

5. Mata perlu berkedip sebabyak 1,200 kali sejam

6. Perut perlu menghasilkan sebanyak 20-100ml cecair yang mengandungi campuran asid hydrochloric, potassium chloride dan sodium chloride yang mana perlu berada dalam pH 1-2 bagi memastikan pencernaan makanan berlaku dengan baik.

7. Otak perlu menapis infomasi yang doterima sepanjang hari dan memastikan kita bermimpi untuk membuang infomasi yang tidak perlu setiap hari.

8. Emosi perlu diregulate seperti cerita inside out tu.

Banyak lagi sebenarnya.. Bayangkan kalau kita kena set dan reset semua ni sendiri? Mampukah kita? Iskk, tak terbayanglah dek akal.

Maka betullah, dalam penciptaan manusia ni sebenarnya dah cukup dah untuk membuktikan kekuasaan, kebesaran, kebijaksanaan, kekreatifan dan kehebatan Allah yang Maha Agung!!

Kadang bila orang cakap tengok movie barat tu melalaikan, saya rasa tak jugak. Ada banyak benda yang kita boleh belajar dan melihat kebesaran Allah dari movie2 tu. Saya pun bercerita hal ni kepada anak2 saya. For me, its how you see and accept. Sebab tiada sesuatu pun yang terjadi adalah sia2. Yang menyia-iakan adalah kita sendiri.

Wallahualam.. Kalau ada mana2 bahagian dalam penulisan ini yang salah,maafkan saya ye. Bolehlah tinggalkan komen untuk dibetulkan.

Kisah Mak Mak Membawang

Semalam saya dinner dengan family di satu gerai nasi lemak di kampung. Biasalah si Luq akan ke sana kemari mengeksplore bagai. Bagi phone, dia settled down.

Tengah sedap kami makan, kat belakang kami ada group mak2 dengan bayi2 mereka. Bukanlah nak sangat dengar dorang bercerita, tapi kalau dah suara tu memang macam nak semua orang dengar, makanya terpaksalah dengar. Dapat disimpulkan bahawa, mak2 ni baru ada anak sorang, kiranya ibu muda lah.

So dorang ni pun sibuk lah cerita perkembangan anak2 dorang, which tak lah menarik sangat perhatian saya. Tapi ada satu part yang membuat saya fokus. Hehehe..

"ko, kalau anak ko demam dah lebih 2,3 hari, ko pergi je mintak antibiotik"

Ha, lebih kurang gitu lah perbualan yang menyebabkan saya fokus tu.. Ermm…. Saya cuba hadam dan tak buat sebarang spekulasi dulu. Tapi tulah mindset orang. Kalau nak cepat baik, mesti kena makan antibiotik. Tak kira sakit apa pun, mesti nak antibiotik. Siapa ek yang mulakan suka bagi antibiotik nih? Rasa nak sekeh je kepala tu. Disebabkan hal macam ni lah masalah kerintangan antibiotik semakin menjadi2!

Emo makcik! hahahahah

Soalan sekarang adalah, betul ke statement mak tersebut? Kalau sakit lebih je, mesti kena ambik antibiotik?

Ermm, actually bila kita demam, memang lah satu indikator yang badan kita sedang dijangkiti. Oleh apa? Boleh jadi oleh kuman @ bakteria, virus, atau fungus. Untuk makluman, antibiotik hanya berkesan untuk jangkitan kuman atau bakteria. Tapi kebanyakkan kes selsema adalah disebabkan virus. Di mana virus tidak akan mati jika diberi antibiotik. So, actually tak boleh lah sewenangnya jumpa doktor atau farmasi nak mintak antibiotik. Bila kita tak bagi dan bagitau kenapa, dikatakannya pula kedai atau klinik kita tak bagus.. Hisshh, ku "bawangbesar"kan jugak mulut tu kang!!

Biasanya dari result darah lah yang akan membantu doktor buat keputusan samada perlu atau tidak untuk memulakan rawatan menggunakan antibiotik.

So, kepada mak2 muda, sila tukar mindset ye. Tak semua demam perlukan antibiotik, ok!

Kuliah Pengajian Dhuha 02/2018: Akhlak Rasullullah SAW

Semalam lepas sampai rumah dari MIRI, kanda faris ajak untuk pergi memenuhi jemputan menghadiri kuliah pengajian anjuran Mapim di Hotel Carlton Holiday Seksyen 13 Shah Alam. Selalunya saya jarang nak ikut, tapilately, hati tusuka nak join program2 keilmuan ni. Mungkin faktor umur dan mula rasa kematian semakin dekat membuat hati lebih lunak untuk hadir program2 begini. Terima kasih Allah Ya Rahman, Ya Rahim. Allahumma Ya Fattah lah yang membuka hati kami untuk mengnal dan mencari MU.

kuliah dhuha

Tajuk kuliah dhuha kupasan ustaz Syekh Ahmad Awang sangat menarik. Akhlak Rasullullah SAW. Kupasan kepada buku Ensiklopedia Akhlak Muhammad oleh Mahmud Al-Mishri

ensiklopedia

 

Isi penting:

  1. Nabi lain semua diutus spesifik untuk kaum masing-masing. Beza dengan Nabi Muhamad adalah, Rasullullah diutus untuk mempasakkan tauhid kedalamseluruh umat manusia tidak mengira bangsa atau negara.
  2. Keistimewaan Nabi Muhamad saw sehingga dapat melaksanakn misi tersebut bukanlah pada kekuatan fizikal seperti maharaja Rom atau Hercules. Tetapi keistimewaan yang palin utama adalah pada AKHLAKnya yang hebat. Sudah pasti hebat kerana, Nabi Muhamad saw didik sendiri oleh Allah swt.
  3. Nabi Muhamad saw juga maksum sejak kecil dan sebelum diangkat menjadi nabi lagi. Tidak pernah Nabi Muhamad melakukan perbuatan yang melangkaui akhlak yang baik. Berbanding nabi yang lain seperti Nabi Musa. Sebelum menjadi Nabi,beliau pernah membunuh manusia lain.
  4. Allah swt sendiri memuji akhlak Nabi Muhamad sepeti yang disebut dalam surah Al Kalam.

Surah Al-Kalam Ayat 4 (68:4)

Dan  sesungguhnya Engkau (Muhamad) benar benar berbudi pekerti yang luhur (Akhlak yang Agung)

5. Antara akhlak Rasulullah yang pernah diungkap oleh isteri kesayangannya iaitu Siti Khadijah selepas Nabi menerima wahyu yang pertama:

  • Selalu menolong orang yang susah
  • tidak pernah bercakap bohong
  • sentiasa menghubung silaturrahim

Dalam Surah Ali-Imran : 102

Wahai orang2 beriman, bertaqwa lah kepada Allah dengan sebenar2 taqwa dan janganlah kamu mati dalam keadaan musyrik.

Surah An-Nisa (4:1) (surat madaniyah)- Suarah ni special sebab ditujukan kepada semua manusia. Biasanya ayat2 madaniyah ditujukan hanya kepada orang2 yang beriman. Bermaksud, Allah nak semua manusia tak kira kaum negara dan bangsa menjadi Islam dan bertakwa kepada Allah. Dan Setiap manusia perlu mempunyai AKHLAK yang baik supaya saling berharmoni dan saling menghormati dikalangan semua manusia walaupun berbeza bangsa dan negara. Tak kira apa keturunan, kita semua berasal dari Adam dan Hawa maka akan mempunyai fitrah yang sama, berkasih sayang.

Wahai manusia, bertakwalah kamu kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada diri kamu yang satu Adam dan menciptakan pasangannya Hawa. Dan dari keduanya membiaklah manusia lelaki yang banyak dan perempuan.

Ayat kedua lebih ditujukan kepada orang yang beriman supaya patuh ekpada perintah Allah dan jagalah silaturrahim. Makanya, menjaga silaturrahim itulah asas kepada akhlak yang baik dalam Islam.

Kesimpulannya:

Kenapa Akhlak Nabi perlu diperhalusi? Kerana dengan kehebatan akhlak itulah, Nabi boleh mengislamkan seluruh manusia. Dan Allah mengingatkan seluruh manusia itu berasal dari Adam dan Hawa. Maka menjaga hubungan silaturrahim itu sangatlah penting sebagai asas kepada Akhlak yang baik.

Untuk kuliah seterusnya, Syekh dah bagi hint yang akhlak tu ada kaitan dengan sifat Allah Al Khaliq. Lepas tu kuliah tu akan menjawab juga persoalan samada, adakah akhlak yang didefinisikan dalam Islam ni sama dengan maksud budi pekerti atau morality yang difahami ketika ini?

Menarik tu, Allahumma Ya Baari’,aturkanlah supaya kami dapat hadir ke sesi kuliah seterusnya. Seronok juga dengar huraian syekh ni.. Terima kasih Allah Ya Qodir, dengan kehendakMu kami dapat hadir menuntut ilmu pada hari ini.

By the way, venue harini pun best dan selesa. Di Carlton Holiday Shah Alam. Sebelah Pusat Akuatik Selangor. Next kuliah adalah pada hari jumaat/sabtu minggupertama setiap bulan. Kalau uols ada kelapangan, meh lah join program ni. Dia akan mensyarahkan kitab Eksiklopedia Akhlak Rasulullah SAW.

kuliah dhuha 2

carlton holiday