Posted in Financial Jurnal

Biarkan duit bekerja untuk kita..

Salam semua,

Walaupun my last entry entah berapa kurun lepas, namun visitor tetap ramai. Especially ke entry2 berkaian kesihatan. Ramai juga yang hantar soalan-soalan secara personal melalui emel. Mana yang saya sempat jawap, saya jawap ye. Tapi ada juga soalan2 tu yang berulang dan dah dijawab di entry2 itu sendiri. hihi..

Lately terasa penat sangat bekerja dan berniaga. Lagi-lagi bila sale agak merudum sikit. Tak tau mana silap nya. Tapi bila berorak dengan rakan2 lain memang katanya bila musim cuti sekolah, sale memang menurun sikit. fuhhhh, lega rasanya. Ye lah kita baru 2 tahun meniaga, kita tak nampak lagi trend naik turun sale ni. Rakan-rakan seniorlah yang banyak membantu dan bagi semangat.

Tapi bila hari-hari duduk di kedai dari jam 10 pagi ke 10 malam (sebenarnya taklah full time sangat, kadang keluar juga dating dengan suami!), terfikir tak kan sampai ke tua saya kena duduk menguruskan kedai ni kan? Mesti kena ada strategi supaya kedai ni bergerak sendiri dan jadi salah satu source income saya. So, saya mula duduk balik and susun strategi semula. Saya perhatikan, ramai businessman yang kaya-raya ni tak pon bekerja secara hardworking. Mereka tidak bergantung kepada active income, tapi yang menjadikan mereka kaya adalah passive income mereka. Tapi tak dapat dinafikan, yang mereka2 yang kaya ni tidaklah terus bergoyang kaki. Mereka juga bertungkus lumus pada awal fasa pengembangan pernigaan mereka. Saya ambil 5 tahun sebagai tempoh paling minima untuk bekerja dengan sehabis kuat. Lepas tu sepatutnya telah ada strategi supaya duit kita bekerja untuk kita.

Hasil dari pembacaan yang pelbagai, saya dapati salah satu cara untuk menjana pasif income adalah dengan melabur di unit2 trust. Ada banyak jenis unit trust. Bergantung pada tahap risiko yang sanggup diambil. Kalau jenis duit banyak dan sanggup rugi besar, boleh ambil yang jenis agresif. Kalau tak, boleh ambil yang jenis menghasilkan income seperti bond dan FD atau yang dijamin kerajaan seperti ASB.

Lain2 punca pasif income adalah melalui pelaburan hartanah. Mungkin ramai yang kata pelaburan hartanah memerlukan modal yang besar. Tapi tahukah anda anda boleh terlibat dengan pelaburan hartanah hanya dengan modal serendah rm1000/ Ramai tak tahu kan?

Selain itu, menjadi penulis e-book atau blogger juga merupakan punca pendapatan pasif. tapi untuk ini anda memerlukan idea sentiasa.

Menjalankan perniagaan internet yang berjalan secara automatik juga merupakan salah satu source of pasif income. Tapi bagi menjadikan perniagaan internet anda  ini income pasif, ianya perlu mempunyai beberpa ciri seperti berikut:

  • transaksi atau bisnes tetap berjalan walaupun kita bercuti raya atau ke luar negara selama berhari2.
  • anda tidak perlu menyemak order dan menyediakan barang untuk penghantaran secara manual.

Lagi satu cara untuk menambah pendapatan secara pasif adalah dengan memiliki mesin-mesin vending senidri ataupun mempunya mesin urut berbayar ataupun mesin menjual air. ini juga satu cara yang mudah untuk mempunyai pendapatan pasif yang lumayan. Walaupun modal awalnya tinggi, tetapi anda telah menjimatkan kos overhead, kos pekerja, dan takk perlu buat inventory yang memeningkan…

Maka, saya rasa saya kena rancang betul2 bagaimana saya nak dapatkan pasif income selepas 5 tahun nanti. Saya berazam saya tak akan bergantung kepada aktif income sahaja. Mesti ramai yang mulakan dulu kan/ Saya budak baru belajar. Tap better late then never, betul tak?

Sehingga bertemu semula di entry yang lain yang tak tau lagi bila  nakk munculnya… hahahahaha

Salam Aidil Adha!

Posted in Financial Jurnal

Ide untuk gain extra income….

Mummy ligat mencari-cari idea untuk mendapatkan extra income.. bukan sebab mummy tak cukup duit sekarang ni.. tp apa salahnya kalau ada extra income kan.. mummy minat nak meniaga tapi don’t really have idea what kind of business suits me.. Mummy ada terpikir nak jadi dealer tudung.. tp dengan lambakan dealer yang ada ni, boleh ke? Mummy memang cukup takut sebenarnya. kalau nak compare ngan adik Mummy si Sikin tu, memang jauh panggang dari api lah.. dia tu walaupun belajar sampai STPM je and keje pun bukan as pegawai, tp.. otak dia nak niaga memang marvellous..mantop..hati kering punye orang..jual apa pon memang laku..huhuhu…tu lah kehebatan adik mummy yang sorang ni.

So this thing make me think.. maybe, kekuatan mummy bukan jual barang. Well, trend business sekarang bukanlah produk based tp more to services oriented. Jadi Mummy terpikir gak, what kind of service yang mummy bleh explore? Tiba2… Ting!!!!!! dapat idea.. time mummy ngah sibuk2 browse blog jual jubah2 moden ni kan, mummy terpikir, y not jadi tailor? bleh wat part time and modal pon minimal jeh.. risiko kurang sebab tailor ni atas permintaan.. lagipun, kitra leh jadi model sendiri kan.. Mummy terpikir nak jadi tailor yang specialtynye jahit jubah moden and baju kanak-kanak.. hehe.. pasaran luas tu.. kalau dapat jahit skirt comel2 kan.. untuk kanak-kanak 1-6 tahun….

Idea ni mummy terpikir kat ofis.. erm..terus mummy call mama. Secara kebetulannya, memang kat umah mama ada kelas menjahit every rabu and khamis..dengan fees yang sangat murah.. So, mummy rasa y not grab the chance kan.. nanti masa pantang pon banyak masa nak belajar juga..and boleh lah mummy mula ambik tempahan dari dak2 ofis..dorang pon ramai yang ada anak pompuan and kalau dorang tengok mummy pakai vogue2, mesti ramai tergoda kan? heheheeh…

So, next week mummy akan start belajar menjahit.. alaa, belajar asas je.. seb bek mesin jahit, peralatan menjahit semua bleh pinjam mama punye.. hehe.. nanti umah mama tu bleh lah jadi ofis butik aku.. huhuhuuhu.. sambil2 tu bleh mintak dia tulung2 gak kan.. Irfan pon adalah auntie nur ngan uncle adi dia jaga kan..huhuu..

menariknye plan saya ni.. papepun, i need to discuss this thing with Papa Irfan..Btw, both bisnes Papa Irfan pun, service oriented.. and he’s doing quit good juga..

Papepun, lepas bincang ngan Papa nanti, mummy kene wat solat istikharah mintak petunjuk kalau2 Allah merestui perancangan mummy ni.. Apapun kita buat, sebaiknya biarlah dapat restu dari Allah dulu kan? huuhu

Posted in Financial Jurnal

Simple Financial Tips for Fresh Grads

Akhirnya, uolz telah mencapai kemerdekaan yang selalu uolz impikan. Bagaimana dengan kebebasan kewangan yang baru sahaja bermula?

Berikut mungkin beberapa tips yang boleh dijadikan panduan bagi adik-adik yang baru sahaja mula melangkah ke alam pekerjaan. Mummy merasakan agak penting untuk fresh grad ni ada sedikit ilmu sebab Mummy takut mereka tersilap langkah macam Mummy dulu masa mula kerja..
  • Get A Job – Uolz harus bermula di sesuatu tempat. Uolz akan pergi temuduga dan sebagainya. Melaburlah untuk pakaian yang sesuai. tak semestinya mahal tapi proper. Mahal tak semestinya sesuai kan? Buatlah pilihan bijak dan buat research dahulu tentang tempat kerja baru uolz… Surprised them…!
  • Gaji Pertama – Jangan membazir dengan perkara yang boros. sering kali gaji pertama dihabiskan dengan membelanja kawan2. Padahal, itu semua tak penting. Mungkin lebih afdal kalau diberi kepada Ibu bapa atau disedekah- jariahkan gaji pertama uolz supaya lebih berkat. Fikirkan cara untuk memaksimumkan kenikmatan hasil kerja keras uolz yang pertama ini.
  • Tempat tinggal baru – Kemerdekaan tidak perlu bererti keluar dari rumah ibu dan ayah. Tetapi jika perlu, contohnya, tempat kerja bukan dalam negeri sendiri dan memerlukan uolz berpindah, nilai duit uolz untuk make sure berapa banyak yang uolz mampu bayar untuk sewa setiap bulan. Tak perlu tinggal di kondo mewah jika masa yang diperuntukkan di rumah cuma pada waktu malam sahaja. Bersederhanalah.. Jangan difikirkan sangat apa kata kawan-kawan uolz tu.
  • Perancangan Kewangan – Tidak pernah terlalu awal untuk memulakan perancangan kewangan uolz sendiri. Bahkan, waktu terbaik untuk memulakan adalah sekarang. Belilah buku-buku berkaitan Perancangan kewangan yang banyak di pasaran. Bacalah dan dapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai pelaburan dari bank-bank berdekatan. Xyah malu sebab dorang dibayar gaji untuk membantu uolz.. Ataupun, daftarlah di AKPK untuk belajar cara menguruskan kewangan dengan bijak. Perkhidmatan kaunseling nye free je pon.
  • Mulakan Tabungan – Jalan uolz masih terlalu panjang di depan. Uolz akan memiliki 20 tahun atau lebih sebelum uolz bersara. Jadi, mulai menabung sekarang untuk memastikan bahawa uolz tak akan lemas di kolam hutang yang besar.
  • Gaya hidup – Kemerdekaan sepatutnya menggembirakan tetapi sebaliknya berlaku ketika kebebasan menagih kos yang tinggi. Ketika memutuskan pada jenis gaya hidup yang sesuai untuk uolz, jangan lupa untuk menimbang pada keperluan dan kehendak. Jangan terlalu mengikut arus bandar dan menganggap gaji uolz tu besar. Fikir sedalam-dalamnya setiap perkara yang hendak di beli. Jangan fikir untuk jangka masa pendek. Fikirkan untuk jangka mas panjang. Mungkin ketika ini, ketika uolz bujang, uolz mampu untuk memakai kereta yang mewah, menghabiskan 1/4 dari gaji uolz untuk kereta jer, tapi satu masa nanti uolz nak kawen, , macam mana duit lagi 3/4 itu nak dibahagikan untuk kegunaan masa berkahwin nanti….
  • Perhatikan perbelanjaan uolz! – Jangan menjadi hamba fashion dan gadjet. Tunda niat membeli gadjet terbaru di pasaran. Tunggu harga turun – biasanya tidak selepas beberapa bulan. Kurangkan kesukaan kepada barangan berjenama yang tidak memberi sebarang kelebihan kepada uolz. Contohnya, handbag berjenama Coach dan jenama Elle sama2 mempunyai fungsi yang sama iaitu membawa dompet dan barangan peribadi yang kecil. Jadi mengapa perlu membayar extra RM1K untuk membeli Coach? Janganlah menjadi hamba kapitalism. Jangan di hirau pandangan orang. Live within your means….
  • Insurans – Banyak perkara yang tak terduga dan di luar kawalan kita. Persiapkan lah diri dengan insuran atau takaful. Dapatkan pandangan daripada rakan-rakan uolz atau ahli keluarga mengenai agen insuran yang terbaik. Mummy punye agen mmg terbaik n mummy sangat puas hati… ( mummy bleh rekomen kalau uolz nak!) Kos perubatan hari ini amat mahal dan dengan membayar RM100 je (min) sebulan, kerisauan uolz dapat dikurangkan dan tidak perlu membebankan ahli keluarga yang lain jika uolz di timpa kecelakaan. Sedikan payung sebelum hujan.
  • Kad kredit– Kemudahan ini amat mudah didapati. Dengan mudahnya uolz akan di beri kredit kad oleh pihak bank. Percayalah, se terror mana pon uolz kata uolz boleh control, kadang-kala uolz akan terlebih guna juga. Temptation untuk menggunakan kad tersebut sangat tinggi. Ramai belia bawah 30 tahun diisyhtiharkan muflis oleh kerana penggunaan kad kredit yang tidak berhemah. Jadi nasihat mummy, tak payahlah cuba-cuba start guna kad kredit. Amalkan dalam otak, jika saya tak mampu bayar cash, bermakna saya masih belum mampu lagi. Jangan cuba berhutang kerana ianya akan menyebabkan tidur mlam tak lena dan siangnya pula tidak tenteram…
Semoga adik-adik yang membaca ni akan mendapat manfaat ye… Pengalaman orang lain merupakan ilmu berharga buat insan yang lain pula…..

Posted using Tinydesk Writer iPhone app

Posted in Financial Jurnal

Pelaburan Emas

Hari rabu lepas, papa irfan telah menambahkan folio pelaburannya iaitu dalam emas. Sebenarnya dh lama kami berbincang mengenai emas ni. Mummy pun dh lama baca mengenai dinaar emas dan kepentingannya.

Saranan Tun Dr. Mahathir supaya negara2 islam menggunakan matawang dinar seperti zaman nabi dahulu sebenarnya amat bagus tetapi tidak begitu mendapat sambutan dikalangan negara islam sendiri. Jika semua negara OIC menggunakan matawang Dinar, umat Islam mungkin boleh mengalahkan Kesatuan Eropah dari segi ekonomi. Tapi seperti biasa Pak-Pak Arab yang sangat terikat dengan USA tidak mahu memberikan komitmen dan ini secara langsung menyebabkan cadangan yang begitu baik ini tidak dapat dilaksanakan.

Berbalik kepada investment Papa Irfan ni. Bila masa yang terbaik untuk beli emas? Ramai orang cakap harga emas akan naik masa Tahun Baru Cina.. tapi kan kalau kita tengok dan ikuti trend harga tahun ni, harga emas adalah pada kadar terendah minggu ini. Bulan Disember 2010, harga emas adalah agak tinggi iaitu dalam RM 150/gram, tapi minggu leaps harganya turun kepada RM137/gram.. Memang rugilah kalau tak beli time ni.

Pada pendapat Mummy lah, yang paling penting kene rajin monitor harga emas ni dari masa ke semasa. Lock harga pada nilai yang kita mampu beli. Bila kita dah set, contohnya, setiap kali harga emas dalam lingkungan RM 140 kebawah, aku akan beli emas, so kita akan ada target dan tahu bila masa terbaik untuk kita beli.

Namun sayang, tak ramai orang melayu kita ni yang invest dalam emas. Kebanyakan lebih suka invest dalam ASB, unit trust dan sebagainya. Memang tak salah, tapi dalam banyak2 investmentlah, yang pernah disebut oleh Nabi adalah EMAS & Perak. Terpulanglah pada setiap individu bagaimana nak mengatur kewangan masing2.

As for mummy, mummy nak langsaikan segala hutang-piutang mummy dulu then lepas ni, akan tambah investment. Biar hidup sederhana sekarang untuk keselesaaan masa depan.