Posted in Koleksi puisi

Puisi 1: Melayu Bangsaku

Melayu bangsa subsidi
Melayu bangsaku lebih suka makan gaji daripada bekerja sendiri
Pemimpin melayu bangsaku lebih suka dipuji daripada dimaki
sarjana melayu bangsaku lebih memuja tokoh barat daripada tokoh tempatan
pegawai melayu bangsaku lebih suka bermain golf daripada bermain gasing
wanita melayu bangsaku lebih suka mempamirkan diri di majlis rasmi
itulah dia melayu bangsaku
jangan puji diriku, kutuklah aku
Pujilah Allah bukannya manusia
Karya:
Mokhtar Taib
Taman Pujangga Jerteh
Advertisements