Tafsir Al-Infithar : Nouman Ali Khan

Tuan Tanah dengan Pekerja
 
Tuan tanah telah maklumkan pada semua pekerjanya yang mereka bebas buat apa sahaja di kebun miliknya tetapi ada beberapa kawasan yang dia tak boleh masuk. Dan tuan tanah dah bagitau apa hukuman yang akan mereka terima jika pekerja2 ni masuk kawasan larangan tu. Tuan tanah pun dah bagitau yang seluruh kawasan kebun tu ada CCTV.
 
Ada beberapa pekerja yang degil dan cuba2 juga masuk kawasan tu walaupun tahu ada CCTV. Kali pertama, hati mereka rasa bersalah sangat sebab langgar arahan. Tuan tanah tau perbuatan dorang tapi tak buat apa2. Dia tengok je dan simpan rakaman tu. Tapi lepas tu, pekerja2 ni buat lagi dan lagi dan lagi selama bertahun2 dan menganggap ianya bukan kesalahan lagi kerana dibiarkan tuan tanah tanpa diberi apa2 hukuman. Tapi tuan tanah simpan segala rakaman salah laku pekerja tersebut. Tuan tanah tetap menjalankan tanggungjawab beliau sebagai tuan tanah terhadap pekerjanya dan berlaku baik kepada mereka. Diberikan gaji dan bonus dan macam2 lagi.
 
Setelah 10 tahun, tuan tanah panggil pekerja2 tersebut. Lalu bertanya, “kalian ingat lagi tak, saya pernah melarang kalian dari masuk beberapa kawasan di kebun ni?”
 
Pekerja2 menjawab, “ingat… tu lah. masa mula2 kami takut juga, tapi bila tuan macam tak kisah, kami rasa tuan cuma menakut-nakutkan kami je. Kelakar pula bila ingat masa awal2 tu kan, kawan2..hahahaah”
 
Tuan tanah lalu berkata, ” Nope, aku tak main2 tentang hukuman tu. Sekarang ni, aku akan kira balik berapa kali kamu masuk dan hukum kamu hari ini sehingga habis jumlah hukuman”
 
Pekerja2 tersebut terkejut bukan kepalang dengan penyataan Tuan Tanah tersebut. Sungguh mereka tidak menyangka, bahawa hukuman tersebut benar2 akan dilakukan oleh tuan mereka. Mereka sangkakan ianya hanyalah ancaman main-main sahaja kerana selama ini tidak pernah pula mereka dihukum atas kesalahan tersebut.
 
Lalu menyesallah mereka dengan sebenar2 sesal atas perbuatan mereka melanggar arahan tuan mereka dan tersalah sangka bahawa diamnya tuan mereka tanda redha. Namun, pada hari tersebut, sesal mereka tidak berguna lagi sebab segala bukti rakaman telah ditunjukkan, dan merekajuga tidak dapat memberi alasan bahawa mereka tidak tahu, kerana manual dan arahan tersebut telah jelas diberikan kepada mereka bertahun2 dahulu.
 
Anda rasa kisah ni analogi kepada apa? Ada rasa relate tak?
 
Actually contoh ni diberi oleh Ustaz Nouman Ali Khan dalam menerangkan tafsir surah Al-Infithar ayat ke 5-6. 
 
Dalam dunia ni ada ramai manusia yang tidak beriman kepada Hari Akhirat. Dan cara mereka menunjukkan ketidakpercayaan juga terbahagi kepada beberapa peringkat. jom check, ntah2 kita pun termasuk dalam salah satu golongan…erkkk…Naudzubillah…
 
1. Golongan yang memang langsung tak percaya dan menganggap tidak akan ada apa2 lepas kita mati mati, that’s it. End of story. and we only live for this life. So, bagi mereka, buatlah apa saje ikut logik dan hati mereka kerana tak kan ada consequences apapun melainkan didunia sahaja.
 
2. Golongan yang tak percaya sebab tiada bukti fizikal mengenainya. Golongan ni sentiasa mahukan bukti. Dan jika ianya tak dapat dibuktikan depan mata mereka, mereka tak kan percaya.
 
3. Golongan yang percaya bukan sebab keimanan tapi sebab logik. Especially bab justice. Mereka percaya setiap sesuatu mesti ada two sides of it. If some people tak dapat keadilan di dunia, dia mesti akan dapat pengadilan di tempat lain. So, they believe akan ada tempat lain untuk dapat pengadilan ni.
 
4. Golongan yang percaya adanya hari akhirat, tapi tak percaya yang Allah akan buat betul2 segala siksaan tu sebab anggap Allah kan sayangkan hambanya. Allah kan Ar Rahman Ar Rahim. Takkanlah Allah nak lempar kita dalam api neraka semata2 terlupa solat atau buat salah sekali sekala. Golongan yang merasakan Allah cuma acah2 je supaya kita takut dan akan follow cara hidup yang betul.
 
5. Golongan yang percaya pada akhirat, pada syurga dan neraka, tapi yakin yang Allah tak kan siksa kita sebab kita akan ada shield. Contohnya, orang kristian percaya mereka tak kan disiksa sebabJesus dah tanggung semua dosa umat dia. Ada golongan yang gunakan status sebagai Umat Nabi Muhammad untuk merasakan yang dia akan selamat dari api neraka sebab Allah sayang Nabi, so kalau kita sayang sangat kat Nabi and puja2 nabi, nanti Nabi akan bantu kita walau sebesar mana salah kita pada Allah swt.
 
6. Golongan seterusnya lebih ekstrem. Golongan ni percaya yang syurga dan neraka hanya cerita untuk orang2 yang imannya biasa2 sahaja. Bagi mereka yang maqamnya lebih tinggi, mereka dekat dengan Allah dan merasakan hal syurga neraka sudah tidak penting lagi. Jadi mereka merasakan tidak perlu melakukan segala ritual agama dan mengharapkan syurga kerana darjat mereka yang tinggi di sisi Allah swt.
 
So, kisah tuan tanah dengan pekerja tu adalah analogi kita nanti di akhirat. Ada beberapa golongan di dunia yang terpedaya dengan kemurahan dan kasih sayang Allah sehingga menyangkakan bahawa di akhirat nanti mereka tidak akan dihukum atas kesalahan2 mereka di dunia.Padahal, Allah cuma menangguhkan sahaja hukuman tersebut.
 
Pergh… siapa sangka macam ni punya deep pengajaran dari Surah Al-Infithar ni. Selama ni baca macam tu je kan? Rupanya… fuhhhhhh….Saya cuma ambil satu ayat je, actually kalau saya tulis semua dari ayat 1 hingga 19, terkeluar mata uols nak baca.. hahahaha
 
Disclaimer: most of the words memang saya translate terus dari kata2 ustaz NAK. Apa saya cuba buat adalah supaya mereka yang tak faham English, dapat juga manfaat dari kuliah Ustaz Nouman Ali Khan melalui terjemahan saya ke bahasa melayu. Those yang faham English dan ada masa, boleh subscibe Bayyinah.tv untuk dengar semua tafsir atau in depth view of all Surahs in Quran. Saya cuma nak share keterujaan saya terhadap tafsiran beliau dengan sahabat2 yang mungkin tidak berpeluang subcribe website tersebut.
 
Next saya sambung lagi pasal Perang Badar ye.. Sorry, ada selingan pula.. hehehehe
 
#seberatzarah
#sukamenulis
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s