Pengajaran Perang Badar

Perang Badar as semua orang tahu adalah antara perang yang sangat penting untuk survival Islam.
 
Ada banyak sangat pengajaran dari peristiwa perang Badar. Saya list kan 5 dulu,
 
1. Number means Nothing – 2:249
2. Kemenangan hanyalah dari Allah dan dengan pertolongan Allah – 3:126
3. Jangan perlekehkan kuasa Doa
4. Kekuasaan Allah tiada bandingan – 3:125
5. Kekuatan Ummah pada Penyatuannya – 8:48
 
So, today jom kita kupas pasal pengajaran yang pertama..
 
NUMBER MEANS NOTHING.
 
Antara fakta menarik dalam perang Badar adalah, umat islam yang berkekuatan cuma 313 orang dengan tidak mempunyai kelengkapan perang yang lengkap telah berjaya mengalahkan tentera Quraisy Mekah yang berkekuatan 1000 orang lengkap dengan segala persiapan perang seperti kuda, senjata , perisai dan lain2.
 
(p/s: sebaiknya, masa baca ni korang ada Quran terjemahan sekali untuk korang rujuk bila saya bagi referal Nama Surah dan ayat. Baru nanti semuanya akan relate dengan cantik)
 
Ok, jom rewind sikit kebelakang. Cuba korang bayangkan korang adalah antara orang yang ada dalam pasukan Badar ketika itu. Asalnya korang ikut Nabi bukan untuk perang pun. Korang cuma keluar untuk rampas barang dagangan Abu Sufyan je. Sampai kat tempat yang dijangka rombongan dagangan tu lalu, tak muncul pula sebab rombongan tu dah guna jalan lain. Tetiba korang dapat tau, ada satu kumpulan TENTERA tengah on the way nak serang korang. Yang mana waktu tu, kalau ikut logik memang tak kan menang dah disebabkan jumlah korang yang sikit. Tu dah satu faktor yang korang rasa akan menyebabkan korang kalah lah kan.
 
Lagi satu faktor yang mungkin menyebabkan korang kalah adalah, dalam pasukan korang tu, ada 2 golongan pula. Satu golongan (ie: orang muhajirin) memang confirmlah kena join sebab perang ni memang berkaitan dorang. Tapi lagi satu golongan ni, takde kaitan apa2 pun dengan orang mekah. Tak de permusuhan apa2 pun dengan orang Mekah tu. Kalaulah golongan ni patah balik ke Madinah makin sedikitlah jumlah pasukan Badar ni. (Muhajirin:86, Ansar: 227).
 
So, secara jujurnya lah kan, apa perasaan korang masa tu? Mesti takut dan gerun kan? Mesti korang teringat anak bini dan harta2 korang kan? Mesti kat kepala korang fikir yang ni adalah misi membunuh diri kan? Macam tu juga lah perasaan kaum muslimin ketika tu. Lalu Allah bagi peringatan melalui Surah Al-Anfal: 27-30.
 
Bila dengar ayar2 ni, terus semua pasukan Badar tersedar dan taat dan ready untuk mengikut perintah Allah dan Rasulnya. Sebenarnya, Nab Muhamad minta pendapat dulu samada dari sahabat2 Nabi samada mereka akan maju untuk berperang atau tidak.
 
Sahabat2 dari kaum Muhajirin seperti Saidina Abu Bakr, Saidina Umar Al Khattab semua memang sokong seratus peratus. Nabi risau tentang sahabat dari kaum Ansar. Tapi ternyata keimanan dan kecintaan kaum Ansar amat tinggi kepada Allah dan Nabi melebihi nyawa mereka sendiri dan mereka menyatakan kesanggupan untuk berperang bersama Nabi melalui ucapan pemimpin nya Saad bin Muaz.
 
Tapi , untuk menambahkan motivasi orang2 ni untuk berperang walaupun semua kemungkinan menunjukkan mereka akan kalah dan mungkin mati syahid, Allah saw turunkan lagi satu kisah kaum Bani Israil selepas kewafatan Nabi Musa as. Kisah ni sangat signifikan kepada tentera Perang Badar sebab Allah macam bagi bayangan yang pada zaman sebelum Nabi Muhamad saw pun pernah ada pertempuran sebegitu. Perang antara raja Thalut dan Jalut. Di mana tentera Raja Thalut sangat sikit jumlahnya berbanding tentera Jalut yang sangat lengkap perisai, senjata dan mempunyai askar yang ramai. dan Jalut, seorang komander yang sangat hebat dan lengkap berperisai telah dikalahkan oleh Nabi Daud yang ketika itu hanya seorang budak/remaja.(Baca Al Baqarah: 246-251).
 
Masya Allah, bila turunnya ayat2 ni, umat Islam tak kira yang Muhajirin atau Ansar terus bersemangat kerana bertambah KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN yang mereka akan menang dengan pertolongan Allah. Lagi2 bila Allah berikan janji cara pertolongan tu dalam ayat 9-13, Surah Al-Anfal. Maka menanglah mereka dalam Perang Badar ni.
 
Kat sini, terbukti bilangan yang sikit tak semestinya kalah dan bilangan yang banyak tak menentukan kemenangan.
 
Perkara pertama terpenting adalah Kepercayaan, Keimanan dan Ketaatan kepada perintah Allah lah yang menyebabkan mereka menang hasil dari pertolongan dan beberapa faktor lain yang menyusul disebabkan KEIMANAN mereka ini.
 
Kedudukan sahabat yang terlibat dengan Perang Badar atau zaman ni kita panggil VETERAN BADAR sangat mulia dan tinggi kerana mereka menjadi contoh terbaik untuk semua umat islamselepasnya. Sikap mereka, Keimanan mereka dan keteguhan hati mereka menjadi penyebab syiar Islam terus tersebar sehingga hari ini.
 
Hahahahahah… panjang kan? Baru pengajaran pertama… Sorrylah, benda ni terlalu best untuk diceritakan.Kalau uols nakbaca ringkasan perang badar, banyak je bersepah kat internet ni. Tapi saya saja tulis in depth supaya kita appreciate ayat2 Quran tu. dan supaya kita dapat belajar betul2 dari Sirah. Its all realted. Nak belajar dan appreciate Quran, kita kena tau sebab penurunan ayat, nak tau sebab penurunan ayat, kena tau sirah. hehehehe..
 
Btw, saya tak kisah kalau takde yang baca, saya memang suka menulis dan saya yakin yang membaca kisah ni adalah hasil dari ilham dan dorongan Allah jua. No, worries, takdeyang baca pun, saya akan tulis juga sambungannya. Insya Allah.
 
Jika ada yang salah, saya mohon maaf. Saya olah ni dari ceramah beberapa ustaz seperti Nouman Ali Khan, Mufti Menk dan Suleyman Omar.
 
p/s: ada ke yang baca sampai habis? ke terus tekan Like sebab kesian je. wakakak. Kalau baca sampai habis, type ‘BADR’
 
#lessonfromwar
#sayasukamenulis
#seberatzarah
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s