Suamiku business partnerku- Best ke?

Salam semua,

Harini saya nak mengulas dan berkongsi pengalaman saya selama 5 tahun berbisnes bersama suami.

“Seronok ke kerja sekali dengan husband?”,

“tak bosan ke hari2 mengadap muka husband 24 jam?’,

“huntunglah, kerja ngan husband, bebila nak dating pun boleh”

Ini antara dialog dan pertanyaan yang biasa saya dapat dari rakan2 ataupun dari ahli keluarga. Oklah, sebab ramai yang tanya, meh saya listkan apa Best dan tak bestnya jika suami kita adalah business partner kita. huhuhuhu..

Best part…

  1. Punya BANYAK MASA bersama. Ni paling WIN lah kan, berbanding terpaksa berpisah 8-10 jam sehari jika berasingan tempat kerja..
  2. Menambahkan rasa Hormat dan Kagum kepada pasangan sendiri. Lagi-lagi bila kita lihat betapa bersungguhnya beliau berusaha untuk memajukan bisnes yang di bina. Melihat bagaimana beliau dari seorang yang tiada apa-apa grown to be a MAN. Sama juga sebaliknya, suami akan lebih respect kita bila dia lihat bagaimana kita boleh bawa diri dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Bagaimana kita berubah dari seorang gadis ayu yang biasa2, menjadi seorang yang kental dalam berbisnes. Hal ini yang lead kepada faktor ketiga iaitu keintiman.
  3. Dari rasa hormat dan kagum, akan lahir rasa keintiman. Akan menguatkan rasa kasih sayang kepada pasangan sebab kita rasa sendiri bagaimana support yang diberikan oleh pasangan semasa kita dalam keadaan tertekan dan jatuh.
  4. Paling best juga adalah, senang nak buat perancangan percutian atau apa2 aktiviti keluarga. Kami sentisa make time untuk dating berdua dalam waktu kerja. Jalan2 tengok wayang atau just go window shopping. Ye lah, berbisnes ni penat sebenarnya. To have a privilegde to spent 1-2 hours with your spouse is always rewarding and refreshing!
  5. Biasanya, setiap pasangan akan mempunyai karakter yang berlawanan. Sebab tu kita tertarik to each other. So, advantage nya bila berbisnes dengan pasangan sendiri, kita akan saling melengkapi each other and seterusnya akan membangunkan lagi bisnes dengan lebih berkesan.

Haaa…. Yang tu part yang best2 lah.. Meh baca plak part2 yang TAK BEST dan MENCABAR:

  1. Menyakitkan hati- hehehe.. ye lah, kadang2 bila dia atau kita ada buat salah atau lembab buat kerja, agak susah nak tegur tanpa menyakitkan hati. Kalau yang buat salah tu staff kita, kita boleh tegur atau marah direct tanpa memikirkan akibatnya bila balik rumah nanti. huhuhu.. faham tak? bab ni selalunya akan buat hati sakit sket.. Tapi biasanya masalah ni berlaku masa2 mula2 bekerja bersama je. Lama2 konfem dah pandai and tau cara nak bagitau pasangan yang dia buat salah tanpa menyakitkan hati dia.
  2. Tiada ME time- kadang-kadang memang bosan gak bila asyik berkepit je. KAdang nak juga ada circle kawan sendiri. Ni baru nak keluar 1-2 jam, dah pasangan call tanya bila nak balik. Blurghhh… Tapi yang ni pun, ada je cara nak settle. Kita kenalah duduk dan bagitau secara jujur yang kita perlukan space. Pasangan yang baik dan memahami biasanya akan faham this need.
  3. Asyik bercakap hal kerja atau business je walaupun berada di rumah atau tengah dating. HAhahahah.. yang ni memang sangat annoying lah. BAgi mereka yang tak kerja sekali dengan pasangan, biasanya, tak kan bercakap hal kerja dirumah dah. Balik rumah, it’s all about family. Tapi kalau dah berbisness bersama2, hermmmm, dari celik mata sampai nak tutup mata memang akan bercakap pasal business jerr..

Leave a comment