Posted in Uncategorized

Baik beli ngan cina, kesian pusat zakat nak bayar mahal….

Pernah terjadi seorang asnaf zakat bawa surat kelulusan membekal barangan perubatan. Bila kami check, eh, surat kelulusan bukan untuk farmasi kami. Tapi nama farmasi lain.

Penerima tersebut menerangkan yang farmasi tersebut menolak untuk membekal kerana harga dah naik. Laaa, boleh pulak macam tu. Saya tanya kenapa awal2 x minta quotation dari kami? Dia jawab, biasanya harga kat kedai farmasi melayu ni mahal dari farmasi cina. Kesian kat Pusat Zakat nanti kena bayar mahal kalau ambik dengan farmasi melayu.

πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’

Macam ni punya pemikiran pun ada ye? Heheheh.. Maka saya pun ceramahkanlah beliau.

Saya beritahu rasionalnya membeli dari kedai farmasi melayu islam. Lagi2 untuk penerima zakat. Kami ni tiap tahun akan bayar zakat perniagaan kepada pusat zakat disamping cukai kepada LHDN. Duit zakat yang dibayar oleh peniaga2 melayu islam ni lah yang diagihkan kepada asnaf2 yang memerlukan. Nampak tak kitaran duit tersebut untuk ekonomi dan kemaslahatan orang islam sendiri?

Bukan rasis atau menggunakan sentimen agama, tapi ini adalah satu perkara yang perlu difikirkan. Kadang yang dikatakan mahal tu beza cuma Rm0.50- RM2. *sigh*

Kadang orang kita ni jimat seposen tapi rugi seringgit. Kadang tu demi perbezaan harga RM1, sanggup beliau drive 20km dan bayar parking semua untuk ke kedai farmasi yang murah RM1 dari kedai kita. 

Saya tak rasa ralat pun kehilangan pelanggan tu cuma saya rasa kesian je.

Sekarang ni, lepas 5 tahun berniaga saya dah lali dengan pelbagai ragam pelanggan.

 Ada yang jenis pembuli, ada yang jenis x berkira, macam2 lah. Cuma selalunya, bila diuji dengan pelanggan yang baran atau pelik2, kami anggapkan itu adalah sebagai kafarah dosa kami. Mesti ada dosa kecil kami lakukan pada hari tersebut sehingga Allah balas dengan cara menghadirkan pelanggan yang fussy kepada kami.

Ada je jenis pelanggan yang baik hati dan bertimbang rasa. Contohnya, beliau datang untuk bertanya tentang sesuatu ubat. Kadang sesi penerangan mengambil masa 15-30minit. Tapi ubat yang hendak dibeli tiada kami simpan, tetapi beliau beli juga supplement atau barangan lain sebab katanya, “saya dah ambil masa awak lama, jadi saya belilah something for that valuable consultation walaupun ubat yanv saya nak xde”. 

Allahu Akbar, masa dengar tu memang gembira sangat.. Terus cari dan cuba ingat balik, apalah kebaikan saya atau staff dah buat harini hingga Allah hadirkan pelangvan semulia itu.

Hehehe.. Itulah antara kisah2 yang berlaku di Farmasi Ideal.  Apapun, saya masih belajar dan cuba refleks apapun yang berlaku adalah sequences dari apa yang kita ucap, fikir dan lakukan kepada orang lain. So, always be good to others!!! 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s