Posted in My Life Jurnal

Terkejar- kejar….

Hari ini bangun seawal jam 4 pagi untuk bersiap menghadiri mesyuarat mingguan BNI Ikon. Mata agak panda sebab adik Luq agak fussy malam tadi.

Hari ni meeting sangat best sebab setting dewan yang sangat awesome oleh Nadia, Nahara Lab. Dan visitor saya ie Tn.Hirwan pula memberikan referal yang besar2 kepada beberapa orang ahli Ikon. Syukurrrr..

Lepas meeting, kami ada sesi Bragg dan 121 Party.. Masa tengah meeting tu, tetiba dapat whatapp minta saya buat inspection di Miri jam 2 petang.. Erkkk, tengok jam masa tu jam 10 pagi. Sempat ke nak kejar gi airport. Tapi since minggu ni memang langsung xde inspection, saya pun, ok kan je. So, keluar dari Pusat Kreatif Kanak kanak Tuanku Bainun dalam jam 11.15 pg, terus nak shoot ke KLIA2. Tapi half way, baru teringat, pagi tadi pakai high heel😂😂. Memang kena balik rumah jugak untuk ambil sneakers. Mana boleh naik kapal pakai high heel..

So sampai rumah dah jam 12.15(ye, sejam jugak dari TTDI ke Sijangkang tuu). Tukar seluar, tukar tudung, terus sarung kasut adidas pink (sebab sketches tu kanda baru basuh malam tadi, x sempat kering). Siap semua, terus pecut ke KLIA2.

Sampai ke KLIA dalam jam 1.30ptg. Baru perasan belum check in. Flight jam 2.45. Kena masuk boarding room jam 1.55… arghhh, stress😫😫😫.

Sampai kiosk, masa tengah beratur, disapa dengan sekumpulan wanita berpurdah meminta tolong untuk check in. Seram gak dikerumuni wanita2 ni. Dari lenggok bahasa dan gaya cakap, saya rasa mereka dari kemboja tapi destinasi yang dituju adalah ke Jogja. Hendak sambung belajar katanya. Saya kerling jam, alamak dah jam 1.40 ptg. Nak tolong ke tidak ni… Akhirnya saya tekad untuk tolong sambil dalam hati berdoa, "Ya Allah, kau mudahkanlah urusan ku berkat aku membantu mereka ini".

Habis urusan check in dan boarding pass, mereka xtau pula cara untuk drop baggage. Alamakkk, dah lah dah lambat ni.. jam dah tunjuk pukul 1.55.. saya bawa mereka ke lane yang menunjukkan ke Indonesia dan meminta petugas Airasia membantu urusan mereka. Setelah memintaizin, saya pun berlarian menuju ke tempat pemeriksaan bagasi. Alhamdulillah, tak ramai orang. Syukurrr.. saya turun tangga dan confirmkan gate pelepasan, aduhhhh K14 pula. Jauhnyaaaa😔😔. Saya jalan laju2 sambil doa "Ya Allah, sempatkanlah aku sampai ke pintu K14 tuu"

Rasanya kalau saya masuk lumba jalan kaki memang boleh menang lah. Punya besar langkah kaki saya. Hahahha. Syukur, sampai gate K14, rupanya flight delay. Sempatlah saya duduk rilax dan update perjalanan ke kanda..

SampI ke Miri, jam menunjukkan 5.45pm. Abang Syafiq, PIC dah tunggu di luar untuk membawa saya ke kapal. Saya maklumkan kepada beliau yang flight balik saya jam 9.15 malam. Terkejut beliau bila tau saya balik malam ni juga.😂😂😂.

Saya memang jenis yang akan balik hari walaupun outstation. Saya nak tidur juga dengan suami dan anak2. Walaupun outstation ke Singapore, Kemaman, Labuan, tetap nak balik hari. Orang yang mengikuti saya di Fb kadang2 hairan tengok saya ada dimana2. Tak kurang juga yang bertanya, x penat ke travel balik hari? Ada juga yang cakap, saya ni dah sama level ngan Bangla bekerja. Saya balas, bangla pun kerja 5 hari je seminggu weii😂😂😂.

Hahahahah… tu lah hidup saya, memang ada masanya terkejar2 sangat. Masa kadang2 macam tak cukip 24 jam. Tapi terus terang cakap, saya sangat enjoy terkejar2 begini. Teraa setiap masa tu berguna dan terisi. Saya jenis yang balik je dari inspection, malam tu dah siap report. Xde nak tangguh2 ke esok hari. Dalam flight saya akan siapkan report tersebut. Balik rumah, nak spend masa layan anak2 dan suami yang kerinduan. Huhuhuhu…

Sepatutnya flight balik jam 9.15, tapi dimaklumkan delay ke 11.30 malamm😭😭😭😭

bertabahlah hendra!!! Pasti ada hikmah dan benda baik Allah nak bagi esok ni.💪🏻💪🏻😍😍😍