Posted in Uncategorized

Tu sebab sibuk, kalau tak sibuk?

Semalam pakcik tahir datang ke ofis untuk berbincang mengenai persiapan ke Kemboja untuk program korban tahunan mereka.

Pakcik Tahir tanya Faris, "macam mana sekarang, nampak sibuk je ke sana ke mari"

Faris jawab " Macam ni lah pakcik, sibuk bebenor. Jumpa hendra pun kadang susah walaupun serumah. Kadang tu touch & go je"

Pakcik balas, " Errmmmm, sibuk2 pun dah tiga anak awak tu.. kalau tak sibuk, mau 18 anaknya"

Cissss…. pakcik ni!! pandai plak dia melawak. Muka serious… hahaha😂😂😂😂

Tapi tu lah, memang lepas raya ni agak sibuk jadual. Kadang terfikir gak, adakah sibuk kita ini satu rezeki atau tanda Allah semakin jauh dari kita?

Saya suka bersangka baik dengan Allah. Walaupun ada banyak pendapat yang mengatakan tanda-tanda kita semakin jauh dari Allah adalah, bila Allah mula menyibukkan diri kita. Hingga kita tiada masa untuk beramal ie. ke masjid atau mendengar majlis2 ilmu. Bagi saya pula, tak patut juga fikir macam tu. Jumud sangatlah kalau mengkecilkan ruang lingkup beramal dan beragama itu hanya dengan mengukurnya dengan seberapa kerap kita ke masjid atau mendengar ceramah.

Zaman sekarang ni, sambil buat kerja di ofis pun kita boleh dengar ceramah. Pasang jelah youtube tu atau IKIM.fm. Bukan mesti awak pergi ke masjid.

Setiap orang tu Allah bagi peranan sebagai khalifah didunia ini dengan cara yang berbeza. Perjalanan hidup setiap orang adalah berbeza walaupun mereka lahir dari perut yang sama dan dibesarkan di rumah yang sama. Jadi amatlah tidak adil jika penglabelan itu dibuat berdasarkan satu template yang sama.

Apapun, saya bertekad pada diri, untuk tidak mengambil kisah pandangan manusia. Hanya Allah yang layak judge saya. Setiap perbuatan saya, niatnya hanya Allah yang tahu. Semoga kesibukan kami bukan sahaja untuk kebaikan kami didunia, tetapi menjadi bekal untuk kami di dalam kubur dan saham untuk masuk ke syurgaNya.

Kami bertekad, untuk menjadi manusia yang memberi sebanyak-banyak manfaat kepada manusia lain sebelum kami mati. Dan setiap perbuatan kami adalah ibadah kepada Allah.

Ramai orang nampak orang yang berjaya itu senang, tetapi tak ramai yang tahu pengorbanan yang perlu mereka lalui. Kadang-kala dicemuh sebagai manusia yang lupakan tuhan dan hanya mengejar kekayaan duniawi. Arrrgghhhh, lantak kome lah nak cakap apapun. Cemuhan dan kejian kalian tidak sedikitpun memberi kudis pada diri kami.

Eh, apadaaa emosi2 dipetang hari..  hahaha.. Saje melalut. Saya dah nekad takkan buat status di FB dan IG. Tapi gila jugak tangan ni rasa nak menulis apa yang ada di fikiran. Maka blog lah tempat terbaikk!! Ni blog saya, sukati sayalah nak tulis apa yang saya fikir.. heheh

oklah, nak gi ambil cekodoks dari school.. lenkali update lagii. chioww!!