ADVERSE DRUG REACTION VS MEDICATION ERROR

Salam sejahtera,

Pernah terbaca di dada akhbar berita dengan tajuk sensasi seperti “pesakit buta setelah makan ubat farmasi” ataupun “Kulit terbakar, doktor salah bagi ubat”? Benarkah kejadian-kejadian tersebut berpunca dari kes salah beri ubat atau ianya adalah akibat Kesan Adverse Ubat atau Adverse Drug Reaction (ADR)? Sejauh mana pengetahuan anda mengenai ADR. Hari ini saya ingin mengupas dan memberi kefahaman sedikit sebanyak mengenai perbezaan antara ADR dengan Pemberian Ubat yang Salah (Medication Error)

ADR boleh terjadi kepada sesiapa sahaja walaupun dengan memakan ubat yang paling selamat seperti Paracetamol ataupun ubatan herba dan ubat homeopathy. Ianya adalah kesan yang terjadi akibat tindak balas sistem imun badan yang luar biasa terhadap ubat yang diambil. Apa yang perlu difahami oleh orang awam adalah, ADR tidak sama dengan Medication Error.  Dalam kes ADR, ubat yang diberi adalah untuk indikasi yang betul tetapi badan pesakit bereaksi secara luar biasa terhadap ubat.

Medication error, jika mengikut definisi adalah  side effect yang boleh dicegah yang disebabkan oleh penggunaan ubat-ubatan yang tidak sesuai sehingga menyebabkan kemudaratan kepada pesakit. Boleh berlaku semasa mengpreskrib, mendixpen, disebabkan sistem ataupun cara konsultasi dan cara penggunaan yang salah oleh pengguna sendiri.  Bacaan penuh di sini.

Sila ikuti rentetan 2 kes berikut untuk mendapat lebih kefahaman mengenai perbezaan ADR dan Medication Error.

Contoh kes 1: ADR

Pesakit datang ke farmasi saya dan menunjukkan tangan dan badannya menjadi kemerah-merahan dan melepuh selepas mengambil satu ubat. blister (bukan gambar pesakit tersebut. ini gambar yang diambil diinternet yang menyerupai keadaan pesakit tersebut)

Bila diminta contoh ubat, didapati ubat yang diambil adalah ibuprofen 400mg. Bila ditanya lagi (history taking), diberi ubat ini untuk apa, beliau menyatakan yang beliau sakit gigi. (Indikasi: betul). Di tanya lagi bilakah reaksi mula berlaku, Beliau menyatakan yang ianya berlaku selepas 2-3 jam mengambil ubat tersebut.

Terdapat kerisauan diriak wajah beliau dan mula menyatakan rasa tidak puas hati kepada doktor yang memberi ubat tersebut. Beliau menuduh yang doktor memberi salah ubat kepada beliau.

Saya menenangkan beliau dan mengatakan yang doktor tersebut tidak memberi salah ubat. Ubat tersebut memang bagus untuk sakit gigi dan indikasinya adalah betul. Inilah yang dinamakan Adverse Drug Reaction. Ianya jarang berlaku tetapi boleh berlaku kepada sesetengah orang.

Apa yang perlu dilakukan jika anda mengalami kejadian seperti ini?

1) Hentikan serta merta pengambilan ubat tersebut tidak kira ianya dalam bentuk pil,mahupun krim.

2) Jumpa semula dengan prescriber anda/ doktor/ ahli farmasi yang memberikan anda ubat tersebut. Dapatkan pandangan beliau adakah symptom ini normal atau adakah ianya suspected ADR?

3) Doktor akan memberikan rawatan untuk symptom tersebut. Jika pengambilan ubat adalah di farmasi, anda akan dirujuk ke hospital berdekatan.

4) Pihak doktor/ahli farmasi perlu mendapatkan detail anda dan membuat laporan kepada National Centre For Adverse Drug Reactions Monitoring yang diselia di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Borang Report On Suspected ADR boleh ddapati di laman sesawang BPFK

Contoh kes 2: Medication Error

Seorang bapa bertanya melalui whatapps kepada saya mengenai ubat yang diberikan untuk anaknya yang berusia setahun 3 bulan. Dari gambar yang ditunjukkan, beliau menerima sebotol Beprosalic Lotion

Beprosalic scalp

Saya menyangkakan yang anak beliau mempunyai keruping dikepala. Tetapi selepas ditanya kepada bapa tersebut, rupanya ubat tersebut adalah untuk disembur kedalam hidung kerana anak beliau mengalami selsema dan hidung tersumbat.

Untuk makluman, ubat tersebut adalah untuk rawatan keruping dikepala dan telinga yang disebabkan oleh psoriasis. Jadi disebabkan beliau telah menyemburkan ke hidung anak beliau, hidung bayi beliau telah menjadi bengkak dan kemerahan.

Untuk kes seperti ini, ianya tergolong dalam Medication Error. Tidak dapat dipastikan punca kecuaian samada dari pihak doktor atau dari pihak yang memberikan ubat. (Mungkin sahaja doktor telah memberikan ubat yang betul tetap staf yang dispense memberi ubat yang salah). Untuk kes seperti ini, kejadian perlulah dilaporkan ke Medication Error Reporting System oleh pihak doktor tersebut.

Contoh-contoh senarai  ADR yang boleh berlaku boleh dibaca di sini.

Berikut adalah beberapa gambar reaksi ADR yang biasa berlaku dengan ubat bernama Ibuprofen. Ubat ini biasa diberi kepada kanak-kanak untuk demam panas.

download images (1) images

Steven johnson syndrom juga adalah salah satu kesan allergik dari ubatan dan semakin kerap terjadi kebelakangan ni. Ibu saudara saya sendiri mengalami reaksi ini selepas mengambil paracetamol. Walhal, beliau bukanlah pertama kali mengambil paracetamol. Maka, seperti yang telah saya beritahu sebentar tadi, ADR boleh berlaku pada bila-bila masa dan kepada sesiapa jua walaupun dengan ubat yang paling biasa diambil iaitu paracetamol.

stevens-johnson-syndrom-lawyer-common-medications-linked-to-infographicG_SJS_d03

Pesakit perlu memaklumkan kepada doktor/ahli farmasi jika mereka mempunyai alahan kepada ubat. Ini bagi memastikan doktor/ahli farmasi tidak memberikan ubat tersebut atau ubat dari group yang sama kepada pesakit tersebut.

Seringkali kes yang keluar di dada akhbar dikatakan disebabkan pemberian ubat yang salah padahal, setelah dirincikan, ianya adalah akibat ADR. Sedikit sebanyak salah faham tersebut menyebabkan imej doktor mahupun ahli farmasi yang dituduh tercalar. Hakikat yang perlu difahami, ADR boleh terjadi kepada sesiapa sahaja kerana ianya berkait rapat dengan cara sistem imun kita bertindak balas terhadap ubatan.

Adalah diharapkan agara artikel ini dapat member lebih kefaham kepada orang ramai mengenai ADR.

Sekian.

P/s: Artikel ditulis dengan niat memberi kefahaman kepada orang awam mengenai ADR dan bukan dengan sebarang niat lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s