Parut ohh parut!!!!!!

Harini akak agak free di kedai.. takde keluar outstesen memana. Makanya, rasa rendu nak menulis di blog yang berhabuk ni. Tapi hari ni akak nak menulis secara santaiiii je…… Sebab tulis entry ni? Sebab ramai sangat yang PM tanya pasal nak hilangkan parut. Lepas tu terfikir, betul juga kan. Orang tau pasal hilangkan jerawat je, tapi produk untuk parut ramai yang tak tau. Maka dengan hati yang ikhlas dan tulus(fefeling suciii), akak lembutkan jari jemari akak yang runcing dan panjang ni untuk menaip mengenai parut ye…

Parut menjadi satu trauma kepada semua orang. Tak kiralah parut apapun.. Tapi yang paling keji adalah parut chickenpox yang kena masa umo dah lebih 25 tahun. Lagi keji bila parut tu banyaknya di muka!!! huhuhuhu, sedeeehhh tau!

Parut yang terhasil dari jerawat batu ataupun penyakit kulit seperti psoriasis, eczema, dematitis dan sebagainya juga tak kurang menyakitkan hati. Bayangkanlah, kadang-kadang orang siap tegur kita ni kena chicken pox ke, padahal tu parut jerawat.. Idok ke stress dibuatnya(bayangkan muka yang sedih…)

Kat Farmasi Ideal ni pun, ramai yang datang mencari penyelesaian kepada masalah parut ni. Jangan kata perempuan je ye, lelaki pun ramai jugak dek nonnnn. Kadang minta kita consult personally. Sebelum consult, mesti diorang akan meluahkan perasaan dulu. Kita pun dengar je lah, kita kena ada rasa empathy kan.

Masa awal-awal dulu kami cuma simpan satu jenis krim je untuk parut ni. Iaitu Mederma (RM39.90/20g), tapi sebagai ahli farmasi yang prihatin (ecewahhh), bila semakin ramai yang datang, maka akak pon mencari-carilah apa lagi solusi-solusi (takde kaitan dengan majalah solusi ye) lain yang ada di pasaran. Akak pun mulalah bertanya-tanya kepada pakar-pakar kulit disekitar Klang ni (bukan senang tau nak mintak dorang share!) tentang kombinasi-kombinasi yang baik. Hasilnya, sekarang ni skill consultation akak bab-bab parut ke bab kulit ke dah agak mantappp ler…(cehh, fefeling setanding Dr Ko, pakar kulit tuuu!)

Awak awak orang jangan tak tau tau (bayangkan gaya Azwan haji Ali bercakap), walaupun banyak jenis krim ada untuk parut di pasaran, bukan boleh suka-suka gigi nak guna yang mana-mana awak orang suka. Awak orang kena sesuaikan dengan kondisi kulit awak orang. Jenis kering ke, jenis sensitip ke, jenis berminyak ke. Tu sebabler awak-awak orang kena dapatkan nasihat orang-orang macam akakkkk ni time nak membeli. Jangan risau, kat Malaysia ni bukan macam kat negara-negara lain yang mana consultation seorang ahli farmasi perlu dibayar. Kat Malaysia ni, tak kiralah awak orang ambik masa ahli farmasi tu 100 jam pun untuk dengar masalah awak orang, ianya free. (Kadang-kadang lepas consult berjam-jam, awak orang pegi pula kedai lain beli barang tu! sedih tau! Yeler.. akak kena faham konsep rezeki…tapi, agak2 lah kannnn!)

Lagi satu, kalau nak kesan yang ultimet, cuba ambik bersama vitamin E atau C. These two vitamins akan membantu mencantikkan lagi kulit dan membantu mengurangkan kesan parut dengan cepat dan berkesan.(macam ayat iklan tv plakk)

So antara produk yang agak femes kat farmasi akak untuk masalah parut adalah:

  • Mederma : RM39.90mederma
  • Natopherol DERMAL-E – RM32.80dermal e
  • Organic Aid Vitamin E moisturizing cream- RM18.90organic aid cream
  • Organic Aid Vitamin E Oil- RM55.90organic aid oil
  • Hiruscar Gel- RM17.90hiruscar
  • Strivace Scar- RM30.90strivace
  • Dermatix Ultra
  • Argan Oil Secret Leaf -RM75.00
  • Vitamode Derma-Q Gold Softgel – RM115.00/ 30 biji (yang ni mmg thorrbaik!)derma q

Okler, harap-harapnya entry kali ni dapat membantu awak orang-awak orang yang sedang stress dengan parut-parut degil di muka dan kulit awak-awak orang! Kalau nak consultation, silalah buat appointment dengan akak ye.. (ecewahhhh, appointment katanya!!!)

(sejak akhir-akhir ni macam terminat dgn TMJ tu yang asyik guna “awak orang” jerr) Sila jangan menyampah ye…. hahahaha

7 thoughts on “Parut ohh parut!!!!!!

  1. faiz jamean says:

    Assalamualaikum.

    Puan Hendrawati,

    Frankly, harini first time saya membaca blog puan.. kebetulan, saya tengah mencari information and knowledge tentang bisnes kedai farmasi.

    Untuk makluman puan, saya sedang mencari mentor yg sudi berkongsi ilmu, pengalaman dan pengetahuan tentang selok belok perniagaan farmasi ni.. Alhamdulillah, saya ada modal.. and as for now, nak mencari business yg sesuai untuk masa depan, sambil menyumbang kembali pada masyarakat.. as you well aware, business ni dimonopoli oleh certain race kan.. hopefully, kalau wujud lebih banyak farmasi melayu, ada laa option yg lebih baik utk kawan2 bangsa kita ni..

    anyway, saya amat berharap kalau kiranya puan sudi utk berkongsi pengalaman dgn saya.. InshaaAllah, kalau ok, i’ll come over to your farmasi kat padang jawa for discussion.. semoga Allah membalas jasa baik puan..

    Terima kasih.

    Faiz Jamean
    01112828248

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s