Tips tidur lena…

Salam…Rindunya nak menulis.

Terpanggil untuk menulis sebab melihat trend di farmasi ideal kebelakangan ini. Sesuatu yang agak merunsingkan apabila banyak pesakit datang dengan prescription untuk ubat penenang dan ubat tidur.  Psychotropc drugs. Ubat-ubat seperti Alprazolam, Stilnox, Xanax, dan seangkatan dengannya. imsomnia

Yang menyedihkan adalah, rata-rata umur pesakit yang datang untuk mendapatkan ubat tersebut adalah dalam lingkungan 30 hingga 40-an. Terfikir juga kenapa ye? Mungkin taraf hidup sekarag ni menyebabkan semakin ramai yang mengalami depressi dan kemurungan sehingga menyebabkan masalah sukar tidur yang agak teruk.

Kami tak simpan ubat-ubat yang seperti ini kerana ianya memerlukan special kabinet untuk penyimpanan. Lagipun, side effectnya banyak….Tapi sebagai ahli farmasi, kami cuba membantu golongan sebegini dengan modaliti lain.

Antara tips yang kami berikan untuk memudahkan mereka tidur adalah seperti berikut:

1. Aromatheraphy

Cuba gunakan aromatherapy. Gunakan minyak Lavender dan Ylang-Ylang untuk membantu tidur yang lebih lena. Pasangkan di bilik anda seawal jam 8 malam dan biarkan deria anda menghidu baunya. Otak akan terstimulate untuk tidur dan berasa lebih tenang untuk tidur.aromatherapy

2. Berurut dengan essential oil.

Urut bahagian leher dengan minyak essential seperti lavender dan Ylang-Ylang. Anda pasti kagum dengan hasilnya kerana biasanya leher akan berasa tegang bila kita berada dalam keadaan stress. Urutan lembut dapat mengurangkan ketegangan urat di leher dan membantu kita untuk tidur.stress massage

3. Makan sebiji pisang.

Percaya atau tidak, pisang amat membantu untuk mendapatkan tidur yang lena. Tryptophan, bahan kimia yang terdapat dala pisang bukan sahaja membantu melawan stress, malah ia dapat membantu mendapatkan tidur yang sangat lena. Makan sebiji pisang sebelum tidur untuk mendapatkan hasil yang terbaik.pisang

4. Mendengar muzik klasik/ayat Quran

Kedua-dua musik klasik/aaa al-qurankan menghasilkan gelombang yng dapat menenangkann otak kita. Ianya merupakan salah satu terapi yang agak nerjaya digunakan di seluruh dunia untuk membantu mengatasi anxiety.al quranmusic

5. Pengambian supplement

Supplement berasaskan herba seperti Himalaya Ashvagandha dan  21st Century Herbal sleep juga telah membantu ramai pesakit saya yang sukar tidur.P272035286

6. Mandi dengan air suam

Mandian dengan air suam juga boleh membantu untuk tidur. Lebih baik jika dapat berendam dalam air rebusan herba yang suam…..(pakai rebusan herba untuk ibu bersalin tu pon ok).. ataupun, boleh guna bunga sebagai ganti herba kalau anda jenis yang tak suka atau allergik dengan herba!mandi

7. Melakukan hubungan intim

Kelebihan untuk mereka yang telah berkahwin adalah, melakukan hubungan seksual amat membantu mendapatkan tidur yang lena. Hubungan seksual mempunyai banyak kelebihan seperti mengurangkan stress, mengawal migran dan sakit kepala dan banyak lagi. Kelebihan hubungan seks akan dibincang lanjut di entry yang lain ye.

One thought on “Tips tidur lena…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s