Jom berniaga…

Salam…. lama sangat rasanya dah tak menulis blog nih.. Sesungguhnya amat tak sangka yang ramai terinspired untuk buka kedai farmasi setelah membaca pengalaman2 saya. Alhamdulillah, niat membantu lebih ramai orang buka kedai sendiri dan meramaikan lagi peniaga muslim nampaknya membuahkan sedikit hasil. Ramai juga yang menelefon dan datang ke kedai saya bertemu face-to-face untuk mendapatkan pandangan dan juga tunjuk ajar. Saya dengan suka hati membantu sesiapa sahaja yang meminta tunjuk. Saya dan suami beri 100%. Sebab kami dulu pun masa nak buka kedai, ada mentor yang sanggup bantu kami sehabis .. Kini kami rasakan menjadi tanggungjawab kami untuk membantu mereka yang lain pula. Walau apapun, ingin saya tegaskan bila kita berniat untuk berniaga, kita mesti set niat kita dengan betul. Tujuan utama kita berniaga mestilah untuk membantu orang di tempat kita nak niaga tu. Niat untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata. Dari situ, rezeki, kekayaan pasti akan mengejar kita. Cabaran untuk start up memang amat getir. Segelintirnya pasti akan tersungkur. Tak kira samada kita buat bermodalkan duit sendiri, berpartner, under cosway mahupun menggunakan loan, semuanya ada cabaran sendiri. Jika tujuan utama berniaga kerana nak kaya, kita pasti akan tercungap-cungap dan merasakan kesusahan yang amat menyesakkan dada. Terutama pada phase awal (membuat business plan, mendapatkan loan, karenah owner kedai, karenah birokrasi pihak berkuasa tempatan dan macam-macam lagi). Tapi percaya dan yakinlah, jika memang niat kita kuat untuk membantu orang, segalanya dipermudahkan oleh Allah yang Maha Kaya. Akan ada banyak dugaan sebelum dan semasa berniaga. Permainan harga, di tipu, dipermainkan dan macam-macam lagi. Tapi itulah asam garam rempah ratus dalam berniaga. Kadang kala kita akan rasa give up sebab rasa the law yang ada tak begitu menyebelahi kita. Takpe, jangan stress, eventually kita pasti dapat mengharungi keadaan yang sukar tersebut.

Sering kali, kita berasa takut untuk bertukar. Itu amat normal. Pastilah kita akan takut kerana kita tak tahu samada perniagaan kita akan sukses atau sebaliknya. Tapi selagi kita tak mula, kita tak kan tahu potential diri kita yang sebenar. Dulu saya juga begitu. Asyik takut gagal. Tapi saya twistkan pemikiran saya dari “what if i failed” kepada “What if i’m succeed”… Kita selalu bayangkan kegagalan.. Kenapa tak cuba bayangkan diri kita yang berjaya? hihi….Seronok tau berangan-angan jadi orang kaya. Dari situ akan timbul banyak idea dan dorongan untuk maju terus.

Ramai juga yang datang dan kata nak berniaga, tapi nak buat part time dulu. Maksudnya, dia nak guna lesen orang lain untuk buka farmasi dan dia sendiri masih kerja makan gaji. Percayalah, pasti sukar laluan itu.  Sebabnya? kita still rasa kita ada income fix, maka kita tak kan bersungguh nak bangunkan business kita. Tapi kalau kita letak jawatan, kita memang takde punca pendapatan lain, dan kita dah put everything we’ve got in the business, kita pasti akan usaha dengan 200% sebab kita memang takde pilihan lain selain perlu berjaya!! No turning back dah!

Saya sendiri, masa nak buka farmasi ni, saya guna semua simpanan saya (keluar duit KWSP, ASB, tunaikan emas yang tak seberapa tu, duit simpanan bank) lebih kurang RM60K. Tak ada yang tinggal. Serius ni. Tak tipu…. Hidup selepas itu, bergantung pada bisnes fotostat tu lah. Tinggal pon masa tu dalam kedai farmasi juga. Masa tu dengan anak satu umur baru lapan bulan. Alhamdulillah, rumah mama dekat. Boleh tolong jaga anak waktu siang sampai tutup kedai. Point di sini adalah, masa tu memang nekad-senekadnya, apapun halangan kena jalan terus, kena rempuh terus!

Alhamdulillah, dari sekodong-kosong kedai, sikit2 kedai mula banyak barang. Oleh sebab niat memang nak bantu orang tempatan, apa yang dorang request, kita try juga carikkan. Kadang-kadang pergi belikan dari farmasi lain. Dan waktu yang betul-betul sukar berlalu tanpa disedari. Ada satu masa tu, dalam 6 bulan lepas buka, kami punya sales tak cukup untuk bayar supplier, menyebabkan supplier tak nak hantar barang untuk bulan berikutnya. Hutang makin banyak sebab tak berhati-hati beli stok masa awal2 buka. Memang rasa amat stress masa tu. Rasa tersepit sangat. Dapat surat hutang dari supplier besar.

Tapi, kami call supplier, nego minta bayar sikit dan plan payment kami. Tak sangka, lepas 4 bulan, semua hutang yang menyesakkan dada tu habis. Kami dapat beli semula stok tanpa masalah. Syukur sangat. Masa tu kami belajar beberapa perkara penting…

  1. Bila kita beli stok dan kita memang niat untuk bayar on time, Allah pasti bantu kita.
  2. Kita kena ada skill negotiation untuk memudahkan kita handle waktu susah kita
  3. Betapa pentingnya ada networking dengan peniaga-peniaga lain. Kawan-kawan farmasi saya yang lain banyak bantu masa saya tak dapat beli barang dari supplier. Mereka tolong orderkan guna akaun mereka. Alhamdulillah. Syukur sangat Allah bantu dengan mempertemukan saya dengan group of businesswomen yang baik hati ni.

Nampak tak hikmah di sebalik kesukaran yang kami alami tu? Banyak kan? Saya tak tahu macam mana nak gambarkan betapa seronoknya berniaga ni. Saya suka nak share keseronokan ini kepada mereka yang baru nak mula. Baru nak bertatih. Jangan takut. We are born fighter. Actually, cycle berniaga sama macam cycle kehidupan manusia. Kita lahir, menangis, belajar meniarap, belajar duduk, merangkak, berdiri, berjalan, lama2 berlari.. advance lagi kita naik basikal, bawa moto, pandu kereta, mungkin ada yang pandu jet.. Itulah analogi kehidupan manusia dengan perniagaan. Kita pasti akan jatuh kadang-kala seperti kita mula-mula belajar berjalan. Tapi dari situ kita bangkit semula, bangkit lagi dan lagi sehingga kita pandai berlari…

Akhir kata, marilah kita berniaga..

p/s- saya kembali menulis, sebab banyak dapat emel minta saya keep menulis tentang perjalanan Farmasi Ideal. Saya tak sangka ada orang baca rupanya blog saya yang ntah apa-apa ni. Apapepun, terima kasih kerana sudi membaca.

 

 

7 thoughts on “Jom berniaga…

  1. husna says:

    lepas baca terus rasa bersemangat.. dah lama saya follow blog puan. saya bukan seorang pharmacy ( saya dalam bidang dietetic) tapi saya dan adik(student farmasi tahun akhir) sedang merancang ke arah mempunyai perniagaan sendiri. saya dah ambil keputusan untuk quit kerja sekarang dan enroll dlm bidang management di retail pharmacy. just untuk dapatkan pengalaman sebenar. hopefully boleh kenal pn. hendra lebih rapat untuk dapatkan inspirasi dan tips mulakan perniagaan. adik saya student farmasi uitm. dia penah kate die kenal puan.

    • thanks sebab sudi baca blog ni.. Saya share pengalaman saja. Boleh je berkenalan.. kalau ada masa datanglah kedai saya, boleh kita berkenalan dengan lebih mesra lagi. Kalau adik saudari student farmasi uitm, maknanya dia junior saya lah tu..

  2. muhammad faizal says:

    ingin sangat ketemu suami puan.. sbb saya juga ingin memulakan perniagaan tetapi kekuatan dalam diri x kuat lagi..

  3. Ashikin says:

    Hi, pn hendrawati, saya ashikin, bercadang nk bkk farmasi retail, tp pengalaman memang zero dan sesungguhnya sgt blur…nk sgt dpt khidmat nasihat dr pn…boleh berkenalan? Macamana nk berhubung?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s