Aside

Supplemen: Kepercayaan & Fakta

Ada banyak kepercayaan-kepercayaan mengenai supplement dan antioksidan yang menghantui pengguna-pengguna seluruh negara. Tak kurang juga yang menggunakan kepercayaan-kepercayaan ini untuk melariskan produk-produk mereka. Ramai yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan serta malas mencari maklumat akan terus mempercayai kepercayaan-kepercayaan ini.

images (1)

Jom kita lihat fakta sebenar di sebalik beberapa kekeliruan dan salah faham tersebut.

KEPERCAYAAN #1: Antioksidan tidak mempunyai kesan untuk pencegahan kanser

Fakta: Kepercayaan di atas adalah disebabkan oleh hasil kajian klinikal  di mana supplement tunggal, seperti beta- karotena, telah diambil secara oral sekali sehari selama beberapa tahun oleh individu yang berisiko tinggi mendapat kanser (seperti perokok tegar). Hasil kajian menunjukkan bahawa insiden kanser paru-paru dan kanser yang lain meningkat dalam kumpulan yang mengambil beta- karotena berbanding dengan mereka yang tidak mengambil beta- karotena.

supplement2

Walau bagaimanapun, penggunaan satu antioksidan sahaja dalam populasi yang berisiko tinggi tidak boleh diambil kira kerana :

(a) perokok tegar mempunyai persekitaran oksidatif yang tinggi dalam badan mereka , dan

( b ) suatu antioksidan tunggal, seperti beta- karotena, akan rosak dalam persekitaran sedemikian dan kemudian akan bertindak sebagai ( radikal bebas ) pro -oksidan berbanding sebagai antioksidan.

Keputusan yang diperolehi daripada penggunaan antioksidan tunggal tidak boleh dibandingkan dengan pengambilan antioksidan gabungan kerana bila ada banyak source of antioksidan, ia akan mereversekan effect pro-oksidant tersebut. Kalau perasan, di pasaran jarang ada supplement yang jual antioxidant yang mempunyai hanya satu source sahaja.

KEPERCAYAAN #2: Antioksidan tidak dapat  melindungi daripada kerosakan yang dihasilkan oleh pelbagai jenis agen berbahaya, seperti radiasi, bahan kimia toksik, dan virus bakteria dan patogenik.

radiation

FAKTA : Sinaran (seperti sinar-X, sinar gamma) dan bahan kimia toksik tertentu (seperti gas mustard dan gas klorin) menyebabkan kerosakan kepada sel-sel  dengan penghasilan radikal bebas yang berlebihan serta menyebabkan keradangan samada acute ataupun kronik. Antioksidan adalah satu-satunya kumpulan nutrien yang boleh memusnahkan radikal bebas, mengurangkan keradangan akut dan kronik, dan merangsang fungsi imun.

KEPERCAYAAN #3: Lebih banyak supplemen anda ambil, lebih sihat tubuh anda.

kaunter supplement

FAKTA : Kepercayaan ini sebenarnya boleh membahayakan kesihatan anda kerana pengambilan supplemen secara berlebihan  boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada badan anda. Sebagai contoh, dengan mengambil sejumlah besar vitamin A (25,000 IU atau lebih setiap hari untuk tempoh masa yang panjang) boleh membawa kepada kerosakan hati dan  kulit. Vitamin A, walaupun pada dos yang lebih rendah daripada 10,000 IU atau lebih, boleh meningkatkan risiko kecacatan kelahiran di kalangan wanita hamil dan keretakan tulang di kalangan wanita lebih tua. Pengambilan yang berlebihan selenium-400 mikrogram (mcg) atau lebih setiap hari sepanjang tempoh masa yang panjang boleh menyebabkan katarak. Serta banyak lagi contoh lain.

KEPERCAYAAN #4 : Kehadiran mineral surih (Trace mineral) seperti besi (iron) dan tembaga (copper) dalam pelbagai persediaan  multivitamin yang mengandungi vitamin C adalah baik untuk kesihatan anda.

supplement

FAKTA : Badan anda memerlukan mineral surih  dalam jumlah  yang kecil untuk pertumbuhan dan hidup. Jumlah ini boleh diperolehi daripada diet harian. Badan mempunyai cara yang unik untuk menghilangkan mineral ini sebaik sahaja mereka memasuki badan , jadi penambahan besi (iron), tembaga (copper), mangan(manganese) atau dalam apa-apa persediaan mutivitamin adalah tidak bagus jika diambil dalam jangka masa yang lama. Umum mengetahui bahawa vitamin C bersama dengan besi(iron) atau tembaga(copper) akan menghasilkan lebih banyak radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel dan / atau mengurangkan keberkesanan vitamin. Di samping itu, penyerapan mineral surih (trace mineral) dalam usus adalah lebih banyak dengan kehadiran vitamin C , seteruskan meningkatkan kandungan besi(iron) dalam darah. Kehadiran besi(iron) dalam bentuk bebas (tidak bterikat dengan protein) di dalam darah boleh meningkatkan risiko kanser, penyakit jantung, dan beberapa penyakit neurologi seperti penyakit Parkinson.

KEPERCAYAAN #5: Diet yang seimbang adalah mencukupi untuk perlindungan optimum terhadap kanser.

diet

FAKTA : Walaupun diet yang seimbang adalah penting untuk mencegahkanser, namun  ianya mungkin tidak mencukupi untuk perlindungan optimum kerana:

  • Konsep diet seimbang tidak ditakrifkan dengan baik
  • Vitamin A,C,E dalam pemakanan seimbang mungkin telah rosak semasa proses penyediaannya.
  • Tahap optimum antioksidan endogen seperti glutation, alfa Lipoik asid, dan koenzim Q10 tidak boleh diperolehi daripada diet yang seimbang dan
  • semua makanan yang kita makan setiap hari mengandungi kedua-dua bahan-bahan perlindung dan toksik. Untuk memaksimumkan pengambilan bahan-bahan perlindungan dan untuk perlindungan maksimum terhadap kanser, supplemen tambahan, termasuk antioksidan, perlu digabungkan dengan diet yang sihat

images (2)k

Oleh yang demikian, berbincanglah dengan doktor dan ahli farmasi anda sebelum mengambil keputusan untuk mengambil sebarang supplemen tambahan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s