Logo Halal: Satu Kupasan

Salam sejahtera,

Hendrawati Mummy Haris…sahabat yang kusayangi…) apa pendapat anda ttg produk kesihatan tanpa tanda halal??komen sikit pharmacist…really need to know…???”

Hari ni sebagai memenuhi janji kepada sahabat fb bernama Nor Herlina Irriyanti yang meminta saya mengulas mengenai tanda halal pada produk makanan, maka saya akan kupaskan sedikit dari sudut pandang seorang ahli farmasi setelah membuat beberapa rujukan dari kertas-kertas kerja badan2 bertauliah dan juga dari website JAKIM.

Image

Bisnes halal cukup luas pengertiannya dalam konteks kehidupan hari ini. Pengarang The Halal Journal, Kamarul Aznam Kamaruzaman mentakrifkan logo halal sebagai ‘bukan setakat menjamin produk tidak mengandungi apa yang telah Allah haramkan, ia mesti menjadi tanda bukti produk berkenaan dikeluar oleh syarikat yang berbisnes mengikut cara yang penuh etika dan berakhlak.’

Walaubagaimanapun, sijil HALAL hanya dikeluarkan oleh syarikat yang memohon. Oleh kerana tiada undang-undang yang mewajibkan produk makanan kesihatan mempunyai logo halal, maka tidak mempunyai logo halal tidaklah bermaksud ianyaTidak Halal. Sebagai contoh, produk ANUGERAH, (Gamat King Anugerah, Cerdik Cerdas Anugerah, Kopi Shafakallah dan Syafakillah Anugerah) kesemuanya tidak mempunyai logo Halal, tetapi ianya dikeluarkan oleh syarikat yang menggunakan ayat-ayat alquran dan claim menggunakan herba asli. Profil syarikat boleh dirujuk di sini

Image

Manakala bagi produk Pati Ikan Haruan yang biasa diambil oleh ibu bersalin, jenama yang paling popular kini adalah Harwany (penaja utama rancangan Pencetus Ummah) dan Maspati (Duta Ustazah Norbayah), dikeluarkan oleh pengilang yang sama iaitu Lenfa Medical Supply (M) Sdn Bhd yang juga mengeluarkan pelbagai produk makanan kesihatan dari herba chinese mempunyai LOGO HALAL dan mendapat pengiktirafan HALAL JAKIM. Rujuk disini dan sini. Dari segi ramuan dan cara pemprosesannya, pihak JAKIM telah mengesahkan yang ianya memang Halal maka tiada keraguan untuk mengambilnya. Tetapi jika kita melihat kepada definisi Halal yang lebih mendalam seperti yang dinyatakan oleh Pengarang Halal Journal, adakah Syarikat ini menepati ciri-ciri yang dinyatakan iaitu berbisnes mengikut cara yang beretika dan berakhlak? Muamalat islam juga menyeru supaya memberatkan membeli dari pengusaha dan penjual dari kalangan orang islam sendiri. Tetapi jika dalam situasi ini, bagaimana anda akan membuat pertimbangan ketika membeli? Beli dari pengeluar cina yang mempunyai Logo Halal atau dari Pengeluar Islam yang tidak mempunyai logo Halal?

Image  Image 

Mungkin antara kekangan pengusaha muslim untuk mendapatkan logo halal adalah yurannya yang agak mahal. Bagi pengusaha kecil, sebagai permulaan mungkin mereka memilih untuk tidak mendapatkan pensijilan tersebut, tetapi mempunyai sijil Halal, sebenarnya adalah merupakan satu pelaburan yang sangat bagus untuk jangka masa yang lama. Even pengguna bukan muslim seluruh dunia juga mencari produk dengan logo Halal kerana, logo tersebut menunjukkan kebersihan dan kesucian sesuatu produk. 

Bagi ubat-ubatan dan supplement pula lebih complicated. Tetapi akan diterangkan di entry yang lain.

Tuan/puan boleh menyemak status produk makanan kesihatan yang diambil di Direktori Halal Malaysia. Semoga bermanfaat.

Antara produk kesihatan yang telah mendapat pensijilan Halal Jakim adalah seperti berikut:

  • V’Asia – Appleslym dietary, Fair N White, Machoman, Soy Premix dan Orangeslym Collagen Image
  • Jamu Ratu Malaysia – Jus Persis DaraImage
  • HR Manufacturing- Higoat Milk powder, Higoat premium Kurma Madu, Image

Antara supplemen yang telah mendapatkan pensijilan Halal JAKIM adalah seperti berikut:

  • Upha CCM Pharmaceutical- Naturalle EPO, GArlic Oil, Omega 3
  • Hovid Berhad- EPO, Omega 3 100mg,
  • Halagel – Semua product 

Supplemen lain yang juga mempunyai tanda Halal tetapi bukan dari JAKIM adalah seperti berikut:

  • Safwa – Sijil diperolehi dari Australian Federation of Islamic Councils (AFIC), iaitu autoriti akreditasi pensijilan HALAL di Australia yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  • Shaklee- Halal certificate dari Islamic Services of America

 

Bnyak masa diambil untuk menulis artikel ini supaya dapat memberikan info yang paling tepat.. Harapan semoga ianya dapat memberi info kepada mereka yang bertanya. 

 

Rujukan. :

  1. Direktori Halal Malaysia
  2. Persatuan Perunding Produk Halal
  3. Maklumat Pensijilan Terkini JAKIM
  4. Keberkesanan Undang-undang Makanan dan Produk Halal di Malaysia

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s