Psoriasis: Pengalamanku

Salam sayang semua..hari ini nak share pengalaman saya menangani masalah psoriasis yang saya hadapi. Saya tak kan elaborate mengenai symptom atau apakah itu psoriaisis tapi lebih kepada modalities yang ada untuk manage psoriasis simptom. Kepada yang berminat untuk mengetahui mengenai psoriasis, sila klik di sini.

Post kali ini lebih ditujukan kepada insan-insan bertuah yang terpilih oleh Allah untuk mendapat penyakit ini. 

I have my first flare up selepas 5 bulan melahirkan anak pertama. Pada mulanya, saya just ignored kulit kering yang mula tumbuh secara bertompok2 di tangan dan badan saya. ImageKawasan tersebut bersisik dan bewarna kemerah-merahan. Gatalnya, Allah sahaja yang tahu. Keadaan semakin teruk apabila ia mula menyerang bahagian kulit kepala. Kulit kepala menjadi berkeruping, Pantang diusik mula berguguran kepingan umpama salji. Kegatalan menyebabkan saya selalu menggaru dan cuba mencabut kulit tersebut. Hampir saja kepala menjadi botak. 

ImageImageImage

 

Pergi ke farmasi (masa tu belum buka farmasi sendiri lagi dan masih bekerja di KKM), dicadangkan memakai polytar syampoo dan menggunakan sabun sastid. Krim pula diberi candid-B. (Mungkin ahli farmasi tersebut melihat keadaan saya dan membuat kesimpulan yang saya dijangkiti kulat. Selepas mencubanya, keadaan makin teruk. Sendi-sendi lutut dan siku pula selalu sakit, terutama pada waktu pagi. 

Saya mula hilang keyakinan diri. Saya memang tak terfikir yang saya menghidap psoriais. Kulit tangan semakin teruk. Ia mula merebak ke sekitar kawasan sulit. Pada ketika itu, saya menyusukan anak dengan susu badan sepenuhnya. Lingkaran hitam sekitar puting payudara juga hilang akibat penyakit misteri ini. Setiap hari en. husband akan menyapu rumah dan akan dapat dikumpul lebih kurang 3 genggam cebisan kulit dan rambut yang berguguran dari badan dan kepala. Sedih yang amat sangat masa tu. Terfikir mengapa saya yang terpilih dari banyak2 manusia untuk mendapat penyakit ini. Saya stress…!

Image

Satu hari, saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor untuk masalah kulit saya. Setelah diberitahu rawatan yang telah saya cuba, dia menyesorkan saya untuk berjumpa dengan pakar kulit. Saya memilih untuk berjumpa dengan pakar kulit di Hospital Sungai Buloh kerana lebih mudah untuk ke tempat kerja. Cut the story short, setelah menunggu tarikh temujanji yang agak lama juga, saya didiagnosed dengan GUTTAE Psoriasis.. (Kim Kardashian pun salah seorang pesakit psoriasis ye!!)

Image

Saya diprescrib dengan krim betametasone dan salicylic acid. (Kalau spital gomen dia akan bekalkan dalam dua bekas berlainan dua krim ni. kena bancuh sendiri before sapu kat kulit). Nampak perubahan tapi gak lambat. Pada temujanji kedua, dia mengesyorkan saya untuk mencuba rawatan UVB therapy yang kebetulan memang ada di hospital tersebut.  

Saya membuat rawatan tersebut 3 kali seminggu. Saya maklumkan kepada bos saya mengenai masalah tersebut dan meminta kebenaran khas untuk masuk lambat setiap hari isnin, rabu dan jumaat. Saya juga membuat bacaan lanjut mengenai penyakit psoriasis dan mula join Psoriasis Association of Malaysia di Facebook, juga banyak maklumat mengenai cara-cara untuk hidup dengan penyakit ini. 

Alhamdulillah, saya mulakan rawatan pada akhir bulan Oktober, 2011, pada awal bulan Feb, 2012 saya resolved sepenuhnya. Tiada langsung kesan parut di tangan, lengan, kaki, payudara dan bahagian sulit. Saya rasa seperti mendapat hidup baru!!

 Ramai yang manage psoriasis dengan menggunakan ubat yang diberikan oleh hospital iaitu krim betametasone dan salicilic acid. Tapi ramai yang tidak mengetahui mengenai kaedah rawatan tambahan iaitu  menggunakan phototherapy. Dari pembacaan saya juga, krim Daivobet (high dose calcipotriol dengan bethamethasone juga amat membantu). Saya gunakan krim Daivobet di kawasan kulit yang bersisik dan cloderm lotion di kulit kepala sebelum saya masuk ke machine UV tersebut. Kesannya amat menakjubkan. Mandian juga saya tak gunakan sabun sebarangan. untuk memastikan kulit sentiasa lembab, saya gunakan aqueous cream sebagai sabun. kadang-kala jika kulit menjadi gatal, saya gunakan Pinertasol lotion/moisturizer. 

Image Image

Kini setelah saya mempunyai farmasi sendiri, ada banyak lagi produk yang boleh disyorkan untuk menangani kegatalan tanpa steroid. contohnya mengambil virgin coconut oil atau virgin olive oil. Pesakit psoriasis tak boleh stress.. Stress akan menerukkan kondidi penyakit. Oleh itu, saya banyak menasihatkan pesakit psoriasis untuk menguruskan stress mereka. Saya syorkan untuk selalu solat tahajjud kerana itulah terapi stress yang terbaik.. MAnaging psoriasis memang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi juga dari segi masa. Psoriasis mungkin bukanlah penyakit yang boleh membawa maut dalam jangka masa yang cepat tetapi efeknya kepada emosi dan sosial amat menekan. Hanya mereka yang menghidap psoriasis sahaja yang tahu betapa tertekannya dan rendahnya keyakinan diri.Image

Walau apapun, saya amat bersyukur kerana pernah mendapat penyakit ini kerana kini saya dapat memahami dan membantu pesakit-pesakit psoriasis yang datang ke kedai saya. Saya amat memahami tekanan perasaan yang mereka hadapi dan saya dapat memberikan konsultasi dan cadangan dengan lebih baik kerana saya sendiri pernah mengalaminya. 

 

Image

Nasihat saya kepada mereka yang menghidapi psoriasis, jangan rendah diri.. Kim Kardashian, peragawati terkenal Cara Delevingne juga penghidap Psoriasis.. Lihat betapa confidentnya mereka menjalani hidup!

ImageImage

 

127 thoughts on “Psoriasis: Pengalamanku

  1. Assalamualaikum sis..saya salah seorang pengidap psoriasis. mula2 kena dekat bawah lengan bahagian ketiak dua2 belah..sekarang kat leher….stress jugak…gatal nye…Allah saja yang tahu….x tahan sangat..masa dalam pantang anak no.2 teruk sangat…. saya cari2 jumpa blog sis ni. kalau saya nak beli krim daivobet ni macam mane? email saya halmeyah@gmail.com…harap sangat sis boleh bantu.

    • Anys Syazwani says:

      Salam sis.. saya juga penghidap psoriasis.. saya sekrang pregnant 19w.. boleh dikatakan seluruh tubuh badan saya dijangkiti penyakit ini.. tapi yg paling teruk di bahagian tangan dan kaki.. kepala saya kena jugak.. dh macam kelemumur.. gatal yg amat.. bermacam2 ubat saya cuba tapi xberhasil.. saya dh buntu.. kat mane saya boleh dpt krim tue ya? Boleh sis tlg guide saya.. saya harap sgt penyakit saya sembuh.. saya dh malu hidup ngan keadaan kulit cam nie..

      • Salam Anys,

        seperti yang saya maklumkan, kebanyakkan farmasi ada jual krim dan ubat2 yang saya catatkan dalam blog ni.. Boleh try tanya mana2 farmasi dan dapatkan khidmat nasihat dari ahli farmasi yang bertugas. Kalau susah nak carik, Farmasi saya juga postkan ubat2 tersebut kepada saudari.

      • Anys Syazwani says:

        Salam..

        Bagaimana saya boleh dptkan krim2 tersebut daripada farmasi puan ya? Saya betul2 nak..

  2. fauzi says:

    Salam, sekadar berkongsi..

    memang betul kata sis minyak biji aprikot pun boleh mengawal psoriasis..saya ada beli dan dah try sebotol..nak naik kuping2 baru memang lambat..skrg masih lagi pakai dan nampak juga bezanya…murah pun murah..

    lagi satu, ada jumpa seorang brother yang kebetulan juga mengidap psoriasis yg nampak dah agak baik sikit..(tapi belum sembuh sepenuhnya sbb psoriasis ni kalau kata sembuh sepenuhnya payah juga nak agak..memang dia akan datang menyerang lagi) (..dia pun dah berpuluh tahun kena psoriasis sama dengan adik beradik dia semua kena teruk.) dia syorkan pergi ke klinik pakar kulit Dr. Nathan di Bangsar..(bersebelahan dengan stesen LRT bangsar)..tapi dah namanya klinik pakar kos nya agak luar biasa le jugak….lagi satu punya lah ramai orang..saya dah try pergi tapi..kaunter tu suruh datang hari lain..nanti jenuh tunggu katanya…so belum lagi berkesempatan nak pegi lagi..

    lagi satu..kalau psoriasis di kepala macam kelimumur boleh cuba shampoo Follow Me botol warna hitam untuk dundruf…(Harga murah je RM14 lebih kurang..botol pun besar..kat giant biasanya ada)..sebab shampoo tu ada campuran tar yg juga diguna utuk shampoo rawatan psoriasis..dulu saya pakai shampoo polytar…biasalah botol kecil cepat habis..tapi pakai shampoo follow me tu kena guna dua kali sehari..satu botol boleh tahan sebulan..mandi pagi dan malam tenyeh cukup2…InshaAllah yang macam kelimumur tu kurang sikit…tapi sekadar mengawal sahaja lah..macam tadi saya kata..nak kata sembuh sepenuhnya psoriasis ni nasib2 je lah..

    moga bermanfaat…

  3. abdul halim says:

    Assalamualaikum para pembaca sekelian,Saya ingin menyampaikan ,saya ada buat ramuan tradisional yang telah membantu pesakit psoriasis(insyaallah).Bahan utama ramuan ini ialah madu.Kalau ada yang berhajat boleh hubungi saya di rosliharon1965!@gmail.com or call.019-251 9440.Terima kasih

  4. lin says:

    assalamualaikum sis..
    sy rasa sy menghidap sakit ni la jugak tp ble pegi spital die ckp mebi kulat..derang bg cream.xjd ape pn..alhamdulillah di bhagian bdn sy sume ok xde masalah..jz kepala je yg trk.mcm2 sy try pakai sbb memula igt kelemumur..syampoo bagai2 da try.myk klapa pn xjln.limaupurut pn xde rupe.daun gelenggang pn xmenbantu.org tua2 kata pakai belerang,pn xde efek..ni sy seyes da xtaw nk boh ape je da lg kt kpale sy.asal pns je mulala gtl2..hope sis bole tlg advice cne nk wt

  5. fathiah says:

    assalamualaikum.sy baru didiagnos mghidapi pnykt ini.tp masih d pringkat awl. Sy dh bjumpa dgn skin specialist n dberi ubt2 yg mild dosage..biji2 merah yg sudah lama ada kini tlh bkurang n hilang.ttpi biji2 baru d kwsn lain pulak yg naik..even sdikit tp sy risau kalau melarat..boleh x share apakah diet terbaik utk pnykt ini n dlm situasi sy apakah lg yg boleh dlakukn selain bgantung pd syampu n krim2 dr doktor pakar?

  6. saya brumur 22 tahun. dapat pnyakit ni dari umur 19 thun. bnda ni bermula dari kepala. dan ia sangat gatal. merebak ke leher dan bhgian perut. saya sangat malu bila rakan tegur. lsaya bertudung, jika panas terkena terik cahaya matahri sangatlah gatal. sedih sgt, susah nk cari ubat yang berkesan. lebih2 lagi saya student. kewangan jugak tak mengizinkan utk mncari rawatan yg lebih efektif,da bnyk kali saya botak sebab tk dapat uruskan kulit kepala saya. stress jgn ckplah.. every sem di universiti sy akan busy dgn mcm2 assignment yg melibatkan kerja luar seperti shooting dan aktiviti2 luar yg lain. sekarang dah nk merayap ke bahgian muka . dia nk ke dahi dan celah mata. saya takut ia akan mencacatkn kulit muka juga.. hrmm. ibu bapa sy pun tidak mengambil keras tntang masalah sy, sy berseorang dgn pnykit yg tak ramai org alami ni. minta pndapat =(

    • Salam yuyu…
      memang stress kalu dapat penyakit ni lagi2 bila duduk dikalangan orang yang tak paham kondisi kita ni.
      saya sngt mencadangkan agar yuyu dapat pergi dapatkan rawatan segera di mana2 klinik. Minta doktor yang bertugas untuk referkan kepada Doktor pakar di hospital besar. The most important thing, Never Give Up and always yakin yang penyakit u boleh dikawal.
      Kalau u dipengaruhi dengan rasa stress, penyakit akan bertambah teruk. Manage ur stress, Insya Allah.

  7. Leen says:

    Assalam sis… Sy dah hidap psoriasis 20 tahun lebih kurg…. Memg naik turun pernah ok sepenuhnya tapi x lama… Lepastu dia naik balik… Nak mintak sugestion utk sabun mandi la mana yg terbaik…..

    • Salam Leen,
      So far, Sebamed Anti-dry range have done wonders for me. Cuma sekarang ni saya amalkan buat rendaman magnesium seminggu sekali. Cuba Leen google mengenai Magnsium depletion with psoriasis.

  8. Muhd says:

    Assalammualaikum akak saya baru mengalami tanda2 psoriasis tp saya x tahu cara nk dapatkan rawatan penyakit ini di tempat saya.. alor setar ada tak klinik2 yg merawat atau hospital kerajaan

    • Salam,
      Boleh dapatkan diagnosis yang tepat dengan cara pergi kemana2 klinik kesihatan dan minta untuk direferkan kepada Doktor pakar di hospital besar. Kita mesti minta untuk direferekan. jika tidak mereka akan buat rawatan biasa.

  9. Firmansyah says:

    Assalamu’alaikum,

    Boleh kah awak hantar ubat-ubat untuk psoriasis macam cloderm shampoo, cloderm lotion, krim daivobet via post (Datok Keramat KL).
    Mohon info to my email.

  10. Anna says:

    Hi sis , saya ada penyakit ni daripada umur 4 tahun. Sekarang sudah 21 tahun . Sebelum ni penyakit ni boleh kawal lagi. Tapi lepas saya makan noni penyakit ni keluar lagi banyak. Bila kita tergoris sikit terus berdarah . Sis boleh recomend tak ubat yang patut saya guna .

    • Salam Anna,
      Maaf atas kelewatan membalas soalan.

      Saya pasti anna telah berjumpa dengan ramai doktor pakar memandangkan Anna telah menghidapi penyakit ini sejak berumur 4 tahun.

      Anna boleh terus gunakan ubat2 yang direkomen oleh doktor dan hospital. Sebagai tambahan, saya amat mencadangkan agar Anna cuba menambah mineral magnesium dalam badan Anna. (Anna boleh cuba google kaitan magnesium depletion dengan psoriasis).

      Cuba buat rendaman magnesium seminggu sekali atau sekurang-kurangnya sebulan sekali. berendam dalamair suam yang telah dicampurkan dengan 2-3 sudu besar epsom salt. insya Allah Anna akan nampak perubahan.

      untuk intake magnesium, samada anna ambil supplement atau gunakan ConcenTrace drop daily.

      • Anna says:

        Concentrace mineral tu nak dapatkan dimana ? Farmasi ada jual tak ? Sekarang saya amalkan makan fukole . Alhamdulillah kurang banyak . Tinggal parut saja . Dia punya kulit dah tak beruping macam hari tu . But fukole tu saya kena ambil sebulan sekali . Kalau tidak dia akan naik balik .

  11. Nadzri lutfe says:

    Salam pn..sy salah seorg pesakit yg menghidap psoriasis..kini sy menetap di sabah..bolekah pn mengesyorkan ubat yg sepatotnya sy gunakan..

    • Salam Tn Nadzri.
      Maaf atas kelewatan membalas soalan tuan. Pertama sekali, sudahkah Tuan mendapatkan pendapat/pandanga pakar sakit kulit mengenai penyakit yang tuan hadapi?

      Semua ubat2 yang pernah saya guna telah saya tuliskan didalam entry yang berkaitan.

      Namun jika tuan mahukan pendekatan serana natural, Tuan bolehlah mencuba membuat rendaman magnesium sebulan sekali. caranya seperti berikut:
      campurkan 2-3 sudu besar epsom salt ke dalam tub mandian. Gunakan air suam untuk serapan lebih baik. Rendam diri selama 15-20 atau selama mana yang tuan mahu. Insya Allah akan ada perubahan.
      Tuan juga boleh spray kawasan kerupin atau yang ada flare menggunakan air kangen pH 2.5 sekerap mungkin.

      Insya Allah, jika serasi dengan tuan, tuan akan nmpk kulit tuan beransur pulih dan parut juga berkurangan. Apapun, semuanya hanya dengan izin Allah jua.

    • lepas buat rawatan.. saya psoriasis free for almost 2 years. lepas tu flare balik lepas 5 bulan melahirkan anak kedua. but it only lasted for 2 months then dia hilang balik… So saya dapat concludes yang the psoriasis will flared bila saya stress or ada hormonal changes. saya juga dah tau cara nak come over it. I manage my stress and my psoriasis will go.. Insya Allah.

  12. miss shahz says:

    salam sis,

    suami saya juga menghidap penyakit ni. saya ajak pergi klinik danhospital tp dia tak mahu. malu katanya. saya faham perasaan dia sis, mungkin dia rasa rendah diri. dah dekat setahun dia macam tu. dah bermacam2 ubat kami bube. alhamdulillah utk bahagia kulit kepala, suami gunakan cloderm dan dan semakain baik. cuma tak boleh stop ubat tu. kene sapu secara konsisten (tiap2 hari) baru baik. cuma di bahagian badan, semakin hari semakin teruk. suami saya kene pso jenis yang merah2 dan kuping2. hampir satu badan. setakat ni kami guna kan cream fucidin . ada tak apa2 cream yang sis nak suggestkan utk suami saya cuba?? dkt nama saya nak dpatkan sabun polytar (sabun arang). bantu saya sis.. tq

    • Salam Miss shahz.
      Maaf atas kelewatan membalas soalan miss. Saya agak busy kebelakangan ni. Untuk makluman miss, saya sedang berhadapan dengan flare psoriasis ketiga. Saya baru melahirkan anak ketiga dan of course the stress have triggered the flare!
      Even though creams and syampoo have done wonders to the conditions, tapi saya sedang cuba menggunakan terapi yang lain yang lebih natural kerana saya tidak mahu bergantung terus dengan steroid dan senagkatan dengannya.
      Saya sekarang sedang menggunakan terapi Air Kangen untuk luaran dan juga campuran madu dan cuka epal untuk mandian. Hasilnya lebih kurang sama dengan dengan menggunakan cream2 steroid.
      Walaupun saya seorang ahli farmasis tetap saya juga percaya yang ilmu Allah ini luas begitu juga dalam bidang perubatan. Saya juga yakin setiap penyakit ada ubatnya maka kita wajib berikhtiar dengan semua cara.
      Sabun polytar boleh didapati di kebanyakan farmasi atau guardian. Cuma sekarang ini, stok agak limited. di farmasi saya juga tidak ada stok.

      Saya juga mencadangkan agar suami puan membuat rendaman magnesium sebulan sekali.
      Beli epsom salt di mana2 farmasi, masukkan 2-3 sudu besar epsom salt ke dalam tub mandi (boleh sewa hotel untuk semalam untuk lakukan ini, make sure hotel tu ada bath tub). Guna kan air yang suam. rendam selama 15-20 mins.

      Sila buat bacaan lanjut mengenai kebaikan magnesium.

      Selamat mencuba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s