Hukum Tarikan dalam Perniagaan

Penulisan ini adalah berdasarkan apa yang dialami sendiri oleh penulis.

Law

Pertolongan Allah dan cara Allah memberi rezeki kepada kita memang dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tak terfikir oleh akal kita. Adakala dalam bentuk ilham juga dalam bentuk doa yang makbul. Kita juga tidak pasti bilakah saat makbulnya doa kerana itu semua adalah rahsia Allah.

Lately, saya selalu mengalami perkara yang menakjubkan. Ianya juga dirasai oleh staf-staf di Farmasi Ideal. Mungkin bagi uolz, rasa bende ni biasa je. Not for us….

Kes 1.

Satu pagi, semasa sedang mengemas kedai (bersihkan habuk dan mengemop lantai) bersama staf, i pun buatlah produk knowledge kat diorang pasal first aid kit. Jenis-jenis first aid kit, kesesuaian saiz untuk penggunaan rumah, sekolah dan kilang dan sebagainya. End up pada hari tersebut, sebanyak 15 kotak First Aid kit terjual! Walaupun hari sebelum tu almost 2 weeks kotak first aid kit tu terbiar di shelves. Menakjubkan kan?

Kes 2.

Satu tengahari, seorang regular customer masuk kedai dan bertanya tentang testkit untuk mengesan dadah dalam air kencing. Tidak pernah kami menerima permintaan seperti itu. kami juga tak tahu mana nak dapatkan benda tu. Tapi kami minta customer tersebut untuk meninggalkan no phone, dan berjanji akan call dia jika kita dapat supplier. What happen next? Out of blue moon, masuk satu supplier baru product disposable. Guess what? This supplier dari Johor ada testkit tersebut!! Masya Allah… Speechless saya….

Kes 3.

Satu hari, kami berbincang tentang range product yang boleh ditambah di Farmasi Ideal. Antara suggestion adalah membawa masuk singlet cegah boroi, seluar fit untuk lelaki yang mengalami air pasang, alat untuk support tulang belakang dan sebagainya. Maka, kami pun mulakan pencarian mencari supplier. Surprisingly, petang dan malam tersebut, masuk beberapa customer, bertanyakan tentang produk-produk tersebut!! MAsya Allah.. kami semua takjub.. Maha Suci Allah..

Banyak lagi kejadian-kejadian yang menarik berlaku sebenarnya. Teringat pada buku Law of Attraction yang pernah saya baca lama dahulu. Saya relatekan dengan apa yang terjadi. Saya juga teringat kata-kata motivator hebat Dr. Azizan Osman. Bila kita cuba menambah nilai hidup orang lain, Insya Allah, Allah akan memberikan jalan dan rezeki dari jalan yang tak tersangka. Dulu saya tak berapa ambil peduli dengan kenyataan beliau. Tapi selepas saya mengalaminya sendiri, memang saya sendiri terkejut dan mengakui kebenarannya. Saya juga kini mengubah cara berniaga saya. Dulu, saya sering memikirkan bagaimana strategi bagi manikkan keuntungan syarikat. Untung adalah point utama. Tapi kini saya sentiasa berfikir bagaimana farmasi saya dapat memberi manfaat kepada orang. Apa produk selain ubat yang boleh saya jual bukan sahaja demi untung tapi boleh memberi manfaat besar kepada pelanggan saya. Apa lagi perkhidmatan yang boleh kami tawarkan untuk pelanggan sekitar farmasi saya.

law2

Alhamdulillah, bila saya mula mengubah direction perniagaan saya, saya nampak, rezeki lebih mudah masuk. Pelanggan juga semakin bertambah dan kurang karenah. Mungkin Allah beri rezeki dengan cara lembutkan hati customer.

Apapepun, dalam perniagaan memang kita kena sentiasa berfikir positif dan bersangka baik dengan Allah. Cakap pun mesti perkara yang positif sahaja. Kita tak tahu bila saat dan ketika waktu doa itu makbul. Setiap tutur kata patah perkataan kita adalah doa. Kadang-kala, apa yang terlintas di fikiran juga boleh menjadi kenyataan. Maha pemurahnya Allah.

Law of Attraction is real and no jokes….Belajarlah mendalaminya. Serapkan sisi ajaran Al-Quran di dalam praktikalnya.. Insya Allah teruja dengan hasilnya… law of attraction

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s