Facts about Glutathione…

Banyak produk kecantikan di pasaran ketika ini claim mengandungi jumlah Glutathione yang tinggi. Kadangkala sehingga 100k-900,000mg! Yang menjadikan produk-produk ini laku bagai pisang goreng panas adalah claim yang dibuat oleh pengeluar produk yang mengatakan Glutathione boleh mencerahkan dan menggebukan kulit wajah. Di tambah lagi dengan testimoni-testimoni pelanggan dan duta-duta artis yang telah ‘berjaya’ menjadi putih seperti artis Korea pujaan hati rakyat Malaysia. Persoalan di sini, benarkah kesan pemutihan yang dialami oleh si pemakai berpunca dari glutathione?

Sebelum menjawab persoalan tersebut, mari kita baca beberapa fakta mengenai Glutathione.

1. Glutathione dihasilkan secara semula jadi oleh hati kita dalam jumlah yang diperlukan oleh badan kita.

2. Fungsi utama Glutathione adalah sebagai anti-oksidan yang menghalang radikal bebas dari merosakkan sel badan.

3. Ia juga penting untuk membina DNA, protein dan bahan penting lain dalam badan kita.

4. Ianya juga penting untuk menghancurkan toxin dan Karsinogen (bahan yang menyebabkan kanser) juga untuk sistem imun badan.

5. Bagaimanapun, studies menunjukkan yang ianya TIDAK DISERAP oleh sel badan jika diambil secara oral (dalam bentuk tablet, air, elixir, syrup etc).

6. Penggunaan injeksi Glutathion mungkin mempunyai sedikit efek kepada pemakai. Biasanya injeksi Glutathione digunakan untuk mengurangkan toxic effect akibat kemoterapi. Tetapi penggunaannya bukanlah dengan kelulusan FDA.

7. Recommended dosage untuk diambil melalui oral adalah 50-600mg. Tetapi dose maksimum yang selamat diambil masih belum dapat dipastikan lagi.

 

Berdasarkan fakta-fakta tersebut, saya terfikir, jika glutathione tidak diserap oleh badan jika diambil secara oral, apakah ‘bahan’ yang sebenarnya diserap oleh badan pengguna produk kecantikan (yang claim mengandungi sehingga 900,000mg Glutathione), sehingga menjadi putih melepak? Scary juga memikirkannya kan?

4 thoughts on “Facts about Glutathione…

  1. aimizul says:

    Hen, BPFk dah keluarkan arahan supaya semua produk yg ada glutathione perlu dikelaskan sebagai produk farmaseutikal (sekarang semuanya masih dikelaskan sebagai minuman/makanan kesihatan) dan perlu berdfatar dengan PBKD. Syarikat diberi masa 6 bulan dari Ogos 2013 untuk habiskan stok-stok lama dan lepas ni kena berdaftar dengan PBKD.

  2. Haryani Ithnen says:

    Hah!…. ini bermakna slps ni glutathione hanya boleh didapati drp klinik dan farmasi shj la kan!…
    Camne plak dengan gluthathione yg disediakan dlm bentuk krim… juga spt hydroquinon ke?

    • ye.. semua product yang mengandungi glutathion perlu didaftarkan dan diklasifikasikan sebagai kosmetik, maka ianya perlu membuat notifikasi dan perlu mendapatkan nombor NOTIFIKASI.. Jika puan lihat mana-2 produk kecantikan mereka perlu mempunyai no notifikasi contohnya produk CELTYX Cleanser di botolnya mempunyai nombor notifikasi NOT120201440K. Produk kecantikan/kosmetik tidak perlu mempunyai nombor MAL seperti yang terdapat pada supplemen dan ubat.
      Sekian. Dimaklumkan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s