Berpantang cara Mummy Mr. Haris & Ms. Azra

Berpantang kali ini juga sama di rumah mama di Klang. Bezanya, kali ni mama kena jaga dua orang since my sister pun lahirkan anak juga. beza 25hari lah anak-anak kami.

Since ini dah anak kedua, mummy bercadang untuk mengikut pantang dengan ketat dan betul2 buat semua bende yang disarankan. Masalahnya, mama dah banyak lupa bende2 nak kena buat dalam pantang. But seriously, alhamdulillah, tukang urut banyak ingatkan. Jadi terasa jugalah macam dalam pantang. Berpantang kali ni banyak yang buat sendiri.. Mama lebih banyak uruskan adik. Maklumlah mummy dah kira senior and this is my second time, adik plak baru first time jadi banyak yang dia tak tahu lagi.. En. husband pun dah expert. baby pon lepas dah 10 hari dia yang mandikan.. and since dia dah tau rutin, before mummy bangun, air mandi untuk mummy dah siap, air mandi baby pon dah siap. Masa mummy mandi, dia mandikan baby. Batu tungku pon dah disiapkan, jadi lepas mummy mandi terus boleh bertungku..Alhamdulillah, senang sket bila en. husband banyak bantu and pandai jaga bini.. hihihi.. Tq en. husband!!

Dari segi pemakanan, Mummy terus terang cakap, banyak tak ikut juga. Contohnya, jangan minum banyak air tu, mummy mmg tak boleh nak control. sentiasa haus. So, mummy counterlah dengan makan lauk yang tidak berkuah. kebanyakkan cuma goreng kering makan ngan nasi panas. Tapi mummy pon jarang makan nasi. Mummy banyak makan mihun lah (berbagai resepi: Bihun singapore, bihun sup), nasi impitlah, (maklumlah pantang masa raya!!!). Banyak makan roti benggali and kalau bosan buat spageti or mee goreng. Buah pon mummy bantai je. nangka, durian and pisang. Mula2 makan sikit je sebab mummy 8 hari sembelit.. Dah tak tahan. Tengok Ms. azra pon ok je tak kembong and tak masuk angin, mummy bantai tiap2 hari pisang and nangka tu.. tapi adik mummy mmg tak boleh makan buah2 tu sebab memang anak dia senang kembung. Jadi bab makanan ni, mummy rasa bergantung pada penerimaan anak2 uolz lah.. kalau ok, ok lah..kalau tak, uols jangan teruskan, kena stop. Sian baby and sian uolz sendiri nanti nak layan anak bila dia meragam..

Apa yang mummy nak highlight kali ni bukan pasal makanan tapi amalan-amalan untuk menjaga dalaman si ibu lepas bersalin dan mempunyai kesan masa panjang jika tak ikut.

Routin pantang mummy yang ketat sepanjang 5 hari lepas bersalin.

6.30pg: Mandi herba (berbagai jenis daun-daunan plus herba mandian Tanamera). memang menyegarkan mandi pakai mandian nih. Badan pun bau wangi je.Image

6.45pg : Bertungku seluruh badan selepas mengoles badan dengan minyak afiat untuk panaskan badan.

7.45/8.00pg : Berurut & Mandikan baby (tukang urut yang mandikan n urutkan baby)

9.00pg : Bertangas (sangat best!! Kena salai uolz!),Tujuan bertangas adalah untuk melancarkan aliran keluar darah nifas dan membantu mengecutkan rahim. Arang di bakar hingga berbara, di letakkan daun pandan, daun serai wangi, halia, kulit bawang putih (letak sume dalam periuk. Lagi banyak asap lagi bagus). Pastu, kita pun kangkanglah kat atas bara tu. Kita berselimutlah dengan kain yang besar sampai ke leher. Biar badan pon berpeluh-peluh skali. Rasa macam bersauna.Image

Pakai bengkung moden cap Tanamera/ Jamu Mak dara. Ikat kasi ketat kat area perut yang menggeleber untuk kasi cepat slim balik dan buang angin.Image

Berpilis- Guna pilis dari Jamu Mak dara yang di buat dari kulit kayu manis dan bawang putih. Ini adalah untuk kurangkan pening dan elak darah putih naik kepala.( Apa bende darah putih naik kepala pon mummy tak faham!).

Image

Berbedak sejuk seluruh muka dan leher. Bedak sejuk ni bila dah kering dia jadi macam masker. Jadi bila kering gonyoh2 lah kat muka kasi licin kulit dan kat leher untuk hilangkan kesan hitam yang muncul masa mengandung dulu.. Masa dalam pantanglah nak kasi cantik balik kulit.. hihi..

10.00pg: Brunch. Biasanya mama dah siapkan makanan.

11.00pg: Bertungku lagi dan rehat 

1.00 ptg: Bersihkan muka dari bedak sejuk dan pilis

5.00 ptg: Mandi herba dan berparam. Bengkung pakai yang strap je ( warna biru beli dari cosway)

 

Itu memang routin strict untuk 5 hari pertama. Ada tukang urut datang setiap hari untuk uruskan mummy and Ms. Azra.

Selain itu, orang dalam pantang mesti buat bende2 berikut:

1. Sentiasa berstokin supaya urat-urat tak kembang bila kaki kita pijak simen or tiles yang sejuk.

2. Jangan duduk bersila- especially bagi yang bersalin normal. Takut jahitan terbuka lah kak oiiii..ngeri uolz!

3. Jangan minum ais- takut urat bentan..

4. Jangan minum teh- anak senang kembung.. Kalau anak dah kembung, korang taulah azabnya nanti anak nangis jeh.. sediakanlah minyak yuyi kat tepi katil tuh..

5. Tidur kalau boleh dalam keadaan duduk dan straight. Jangan terlipat2 siku ke lutut ke. takut urat tersimpul kot..(tapi mummy takleh ikut sngat yang ni.. Tak selesalah!!!)

6. Walaupun mata macam sakit tengok rumah serabut, jangan mengada-ngada nak menyapu atau buat koje rumah tuh.. Bior jelah tak pon upah leh pembantu rumah harian tu untuk tolong uolz buat koje. Yang penting korang jaga dulu badan, otot, rahim dan tulang-tulang uolz.. Lepas dah sebulan tu barulah nak ganas2 pun. Biaq pi lah orang nak kata korang ni pemalas ke, manja ke, apa ke.. Yang  menanggungnye nanti badan uolz sendiri, bukan dorang pun.. Inilah rahsia kenapa nenek-nenek kita tetap cun dan bertenaga walaupun dah berusia… mereka berpantang dengan bersungguh-sungguh untuk jaga kesihatan dalaman mereka.

Rasanya ada banyak lagi, tapi since Ms. azra dah calling2 mummy… Mummy kena stop dulu lah.. Btw, Mummy guna Set berpantang Afiat, Tanamera dan Ibu Halimah…

Imageas, Image

Image

One thought on “Berpantang cara Mummy Mr. Haris & Ms. Azra

  1. Bestnya kak ! Hehe excited baca psl orang berpantang, rindu berpantang, ekekek. Tangas tak buat masa berpantang Khayla dulu, but rasa nak buat lah if ada rezeki next baby, masa gi berurut 2 wks ago, makcik tu kata elok tangas sebulan sekali even bkn dlm pantang.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s