Pengalaman bersalinku

Alhamdulillah… Setelah menanti dengan penuh debaran, lahir juga puteriku pada jam 3.04 ptg, 1/8/2013 bersamaan 23ramadhan 1434h di Hospital Sg Buloh.
Kelahiran baby girl kali ini boleh dikatakan mudah dan cepat berbanding abangnya. Mungkin kedegilanku untuk melahirkan secara natural birth berbanding induced ada hikmahnya. Pada mulanya doktor plan untuk induced kelahiran sebab baby sudah berumur 41 minggu. Tapi oleh kerana aku argue dan degil kerana bg pendapatku jika tiada sebarang masalah kenapa nak paksa baby keluar lainlah kalau umur baby dah 42 mggu atau air ketuban kurang atau baby movement weak, munasabahlah juga kan nak induced. Tapi aku tetap ditahan di hospital kerana bila buat VE jam 1 pagi, jalan dah buka 3cm. Erm terkejut juga sbb kul 11 tadi check, jalan langsung tak buka lagi. Oleh kerana jalan baru 3cm maka tiada sebarang rasa kontraksi dialami sehingga lah jam 1.30tghari esoknya.
Mengikut pengalaman melahirkan haris dulu, agak lama jugalah rasa kontraksi dan sakitnya starting 3 cm lagi. Jadi, aku bajet klau kul 1 ptg baru rasa sakit mungkin kul 10 mlm br bersalin. Tapi kul 1.45pm kontraksi yang dialami agak kerap dan agak lama. Berlanjutan sehingga jam 2.30pm. Ketika itu, aku masih menunggu katil untuk berehat sebenarnya sebab terlampau ramai pesakit. Dari mula datang jam 9mlm tadi hingga jam 2.30pm tu, ak hanya ditempatkan di ruang menunggu dan duduk berehat di kerusi.
Jam 2.35pm aku minta pada nurse untuk dibenarkan rehat di mana-mana katil kosong. Bila nurse buat VE, didapati bukaan pintu rahim sudah 6cm dan aku pun terkejut tapi dlm fikiran, aduhai mesti lama lagi nak menanggung sakit kontraksi ni(yelah, dulu dari 6cm nk ke 10cm ambik masa 4jam tau!).. Tapi aku pasrah je lah. Setiap kali terasa kontraksi, aku pon berzikir Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Fatah,Ya Latif.. Kuat jugalah aku berzikir sebab nak counter sakit tu. jam 2.50pm, tiba2 aku rasa gumpalan air likat dan hangat keluar dari faraj dan apalagi aku pon tekan lah panic button untuk panggil nurse. Masa ni, rasa kontraksi tu dah kurang sikit. Nurse kata dah fully dilated and i am so ready to deliver. Aku tgk jam kul 2.55pm bila smpi labor room. Labor room pula x ready nk terima pt lagi. Cun2 aku pindah katil jam 3.00pm, nurse kata kepala baby dh nmpk and cakap terus push kaat aku. Dengan sekali push aku terasa seperti gumpalan air likat yang keluar. Ku fikirkan air ketuban x abis keluar, rupanya my girl dah selamat lahir at 3.04pm.. Aku betul2 x percaya baby dah keluar siap tanya kat nurse lagi, “dah lahir ke baby?!”… Nurse senyum, tunjuk baby kat aku dan minta aku sahkan jantina baby.. Masa tu mmg x sempatlah nak panggil en. Husband masuk. I bet dia mmg have no idea yang aku dah bersalin pun. Pastu biasalah, kuarkan uri dan sesi jahit menjahit dan bersihkan baby. Siap sume dalam kul 3.45pm. Aku pon dihantar ke bilik transit sementara menunggu wad di atas ready. En.husband smpi ke wad transit jam 4.30 dengan muka terperanjat sebab dia expect aku baru nk bersalin tapi tengok2 dah pegang baby dah. Dia pun terus azan dan iqamat kan baby.

Jadi itulah sedikit sebanyak pengalaman bersalinku kali ini. Sangat berbeza dengan kelahiran yang pertama. Yang pastinya, ia adalah satu pengalaman yang amat menyeronokkan dan sangat berharga. Pengalaman melahirkan Ms Azra Ramadhani….

Menunggu bed untuk berehat

Ms Azra Ramadhani @day 6.....

Posted using Tinydesk blog app

One thought on “Pengalaman bersalinku

  1. Hery says:

    Salam Hendra.. Tahniah.. Duhal dh anak kedua!!! Sik tauk pun ko pregnant anak kedua.. Apa2 pun tahniah skali gik.. Selamat Hari Raya Aidilfitri juak.. Maaf segala silap salah dan tergurau lebih2… Yeah!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s