Untungkah Membuka Kedai Farmasi Mutakhir ini?

“Waaah…. tokey hebat ni!! Ada jugak melayu bukak kedai Farmasi ye.. mesti kaya-raya nih!”

Reaksi biasa kami dengar jika berjumpa dengan kawan baru yang bukan berada dalam bidang farmasi.

Image

Ramai beranggapan perniagaan farmasi ini sangat menguntungkan. Yelah, ada kedai sendiri, kerja ikut masa sendiri. Betul tak?

Tapi sebenarnya, perniagaan farmasi ini ada banyak kelemahan dan sekatan dan agak lambat untuk berkembang sebenarnya. Antara faktor yang menyebabkan pemilik sesebuah farmasi independent tidak mempunyai banyak cawangan adalah:

1. Akta yang menyatakan seorang ahli farmasi hanya boleh memegang 1 lesen di kedai yang dia bekerja sahaja. Ini bermaksud, jika seseorang ahli farmasi itu juga seorang bisnes owner, dia tidak boleh sewenangnya membuka cawangan lain kerana dia perlu mencari ahli farmasi lain untuk memohon lesen di kedai cawangan barunya itu.

Berbeza dengan perniagaan lain seperti kedai menjual barangan bayi atau kedai menjual pakaian. Seorang pemilik bisnes boleh membuka sebanyak mana pon cawangan (Contohnya: Lunatots yang dimiliki oleh Cik Puan Suraya yang kini mempunyai 8 outlet di sekitar Lembah Klang semenjak mula berniaga pada tahun 2009). Mereka tidak tertakluk di bawah mana-mana akta atau lesen professional dan boleh mengembangkan perniagaan mereka dengan cepat.

2. Pengeluar ubat-ubatan (supplier) sering menaikkan harga ubat yang kadang-kala kenaikannya sehingga 3 kali setahun. Perkara ini tentu sahaja menjejaskan margin keuntungan pihak kedai farmasi. Pelanggan yang tidak mengetahui perkara ini sering menganggap kedai farmasi sewenangnya menaikkan harga dan sering memarahi ahli farmasi dan stafnya. Bagi pihak pengeluar ubat, mereka tidak menghadapi masalah berdepan dengan pelanggan dan mereka juga tahu, oleh kerana ubat mereka telah biasa diambil oleh pelanggan, kedai farmasi tetap juga terpaksa membeli stok untuk di simpan.

Perkara ini merupakan cabaran terbesar dalam bisnes farmasi runcit. Di tambah lagi dengan Tier-pricing yang di lihat agak tidak adil kepada kedai farmasi runcit. Tahukah anda apa itu tier-pricing? Ianya merujuk kepada harga yang berbeza-beza yang diberikan oleh pihak pengeluar ubat kepada kedai farmasi, doktor di klinik swasta juga di hospital swasta. Dan biasanya harga yang diterima atau ditawarkan kepada pihak doktor adalah jauh lebih murah. Mengapa hal ini sedikit sebanyak menjejaskan kedai farmasi? Apabila pihak doktor di klinik swasta tadi mendapat harga yang murah walaupun tidak perlu membeli dengan kuantiti yang banyak, mereka dapat menjual ubat tersebut dengan harga yang murah yang kadang-kala merupakan harga kos kepada kedai farmasi tadi yang terpaksa membeli dalam kuantiti yang banyak untuk mendapatkan harga yang sama.

Akibatnya, kedai farmasi tetap tertindas dan pesakit tetap menganggap yang kedai farmasi menaikkan harga dengan sewenangnya. 

3. Kecenderungan peniaga-peniaga dari bangsa lain (biasanya pemilik kedai bukan ahli farmasi) yang menggunakan pendekatan memberi diskaun untuk ubat-ubatan telah menyebabkan kedai farmasi yang sepatutnya merupakan sebuah tempat mendapatkan perkhidmatan professional, menjadi tidak ubah seperti pasar ikan di mana setiap pelanggan akan meminta diskaun untuk ubat walaupun harga ubat tersebut cuma 50 sen!! Kadang-kala terasa sakit hati juga dengan karenah customer yang akan memaki-maki kita mengatakan barang kita mahal padahal, customer tersebut telah mendapat kaunseling secara percuma bukan sahaja mengenai ubat yang dibeli tetapi tentang berbagai perkara lain. Itulah masalahnya apabila nilai duit hanya diletak pada barang tetapi bukan pada servis yang diberikan.

Image

Untuk makluman, kaunseling yang diberikan secara percuma kepada seorang pesakit di farmasi itu amat mahal harganya kerana ianya memerlukan 4 tahun proses pembelajaran plus beberapa tahun pengalaman sebelum dapat memberikan kaunseling yang terbaik.

4. Persaingan yang amat sengit terutama dari  Farmasi rangkaian seperti Alpha pharmacy, Caring, Cosway, Bee Pharmacy dan berbagai lagi merupakan antara cabaran yang besar kepada farmasi-farmasi persendirian seperti Farmasi Ideal. Hal ini tidak perlu dirungkai dengan panjang lebar kerana jika mengikut logik pun, pembelian secara pukal akan mendapat harga yang lebih murah! Walaubagaimanapun, salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah memastikan kita tidak membuka farmasi di kawasan bandar sebaliknya carilah kawasan tepi bandar yang agak sibuk yang belum mempunyai kedai farmasi lagi. Biasanya jika kita satu-satunya farmasi di situ dan terdekat, dan dapat membina rapport yang baik dengan pelanggan setempat, kita tetap akan menjadi pilihan mereka walaupun harga kita sedikit mahal.

5. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan, jika kedai farmasi tersebut pandai mencari ‘niche’ untuk kedainya iaitu menawarkan perkhidmatan baru yang tidak ditawarkan oleh farmasi lain, sudah pasti ianya boleh membawakeuntungan yang banyak. Juga jika kedai farmasi tersebut dapat mengeluarkan rangkain produk sendiri seperti watson dan guardia yang mempunyai rangkain produk penjagaan diri berjenama sendiri, sudah tentu keuntungan dapat ditingkatkan kerana mereka tidak perlu membayar kepad supplier  bahkan keuntungan adalah seratus-peratus milik mereka sendiri.

6. Jika sesebuah kedai farmasi itu hendak maju dan berjaya, saya merasakan perkara yang paling penting yang perlu ada adalah modal permulaan yang tinggi dan bukan cukup-cukup sahaja. Kerana seperti yang dinasihatkan oleh pengasas pasaraya Mydin, jika sesebuah kedai hendak maju dan sentiasa mempunyai pelanggan, dia perlu menjaga 3 faktor berikut:

“Availability, Visibility & Customer service”

“Availability” bermaksud, kita perlu menyediakan pelbagai range produk untuk memastikan pelanggan tidak keluar dengan tangan kosong dan merasa kecewa kerana ubat atau vitamin yang biasanya boleh diperolehi di farmasi lain tidak terdapat di farmasi kita dan hal ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi kepuusan pelanggan tersebut untuk datang lagi ke farmasi kita. Tetapi untuk memastikan availability ini dapat dipenuhi, modal yang tinggi amat perlu.. Jadi, kepada sesiapa yang hendak memulakan perniagaan farmasi, tolonglah allocate jumlah yang banyak untuk stok permulaan ya.. Jangan allocate banyak sangat pada renovation kerana decorasi yang menarik tidak memberi nilai tambah sangat kepada sale kita. apalah guna kedai yang cantik tapi semua barang pun takde!!!

Customer service juga amat penting dapat memastikan kedai farmasi kita berjaya dan dapat memberi pulangan yang memuaskan. Bayangkan jika anda masuk ke kedai farmasi tetapi staf dan ahli farmasi tidak langsung bertanya kepada anda apa keperluan anda.. Menyakitkan hati kan? Ataupun, ahli farmasi yang terus sahaja memberi ubat tanpa sebarang kaunseling tentang cara pemakanan ubat kerana semua telah ditulis di label. Agak sakit hati kan jika berdepan situasi seperti ini? Sudah tentu pelanggan tadi akan menceritakan pengalamannya kepada kawan-kawan yang lain dan ianyakan akan memberi impak yang tersangat buruk kepada kedai kita!

Jadi… untungkah buka kedai farmsi sekarang ni? Jawapannya memang menguntungkan dengan syarat anda tidak mengusahakannya dengancara traditional. Kedai Farmasi kini perlu memberi lebih dari apa yang pelanggan harapkan. Faktor supplier menaikkan harga, dan Akta yang mengongkong adalah di luar kawalan kita sebagai peniaga, namun banyak lagi area yang sebenarnya boleh diperkemaskan untuk memastikan perniagaan yang kita jalankan ini menjadi sangat menguntungkan.

Image

 

Creative and hardwork is the essence of success… No doubt about it!

8 thoughts on “Untungkah Membuka Kedai Farmasi Mutakhir ini?

  1. Muhammad Hafiz Sulaiman says:

    Terima kasih kak Hendrawati. saya pun tercari cari juga pengalaman orang farmasi ni.🙂 Kakak tahu ke macam mana Lovy pharmacy online tu boleh buat gitu, lesen ape die pakai boleh bukak farmasi online tu?

  2. maswati says:

    askm…puan hendrawati….saya maswati …seorang ahli farmasi komuniti …dari batu pahat,johor….ingin bertanyakan beberapa soalan on starting a pharmacy…. tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s